Rabu, 6 Mei 2009

Pokemon, Chelsea dan Barcelona.






Malam ini mungkin bakal menyaksikan satu pertempuran yang cukup unik antara dua gergasi bola sepak eropah: Chelsea dan Barcelona. Sesiapa yang telah menonton perlawanan dua '
galacticos' tempoh hari antara Barcelona dan Real Madrid, sudah tentu anda boleh membaca akan cara permainan Barcelona yang sangat pantas dalam menyerang.


Tak sangka juralatih Barcelona yang terkini, Pep Guardiola yang baru sahaja menggantikan Frank Rijkaard telah berjaya membentuk satu pasukan yang benar-benar hebat walaupun ketiadaan bekas pemain nombor satu dunia, Ronaldinho dalam pasuka Barcelona.


Saya kira, apa yang Guardiola lakukan sebenarnya adalah
mengekalkan tradisi dan kesinambungan corak permainan Barcelona iaitu kekuatan di bahagian jentera penyerang.


Semalam Cristiano Ronaldo telah membuktikan sekali lagi bahawa beliau adalah yang terbaik dalam dunia bola sepak dengan membenam Arsenal tanpa belas kasihan.


Malam ini mungkin
alter-ego kepada Ronaldo, si cilik Lionel Messi bakal membenam pasukan jutawan Abromovich pula.


Apa yang menarik sebenarnya akan permainan bola sepak ini? Apa kaitan dengan realiti semasa yang mendesak? Selaku bekas pemain ragbi amatur peringkat remaja, jikalau benar-benar kita renungi dan fahami aspek sukan berpasukan, ternyata banyak
ibrah yang boleh diambil.


Sukan bola sepak moden adalah sukan yang mementingkan
perfection dalam banyak segi. Tidak pernah dalam sejarah manusia, sukan menjadi saintifik sebegitu rupa seperti yang ada kini. Ini bermakna, disiplin ilmu sains sukan yang ada pada hari ini bukanlah satu disiplin ilmu yang cabuk. Malah sukan, khususnya bola sepak pada hari ini sudah diikat kemas dengan faktor ekonomi dan komersial dan ini telah mengevolusikan sukan bola sepak ke bentuk yang lebih dahsyat dalam mencorak sosio-budaya sesebuah masyarakat.


Tetapi untuk entri kali ini saya hanya mahu bercerita berkenaan falsafah taktikal antara Chelsea dan Barcelona.


Bagi yang telah menyaksikan perlawanan pusingan pertama antara dua gergasi tersebut, ternyata Chelsea telah berubah menjadi pasukan pertahanan yang pasif dengan mengekang sebarang cubaan kreatif daripada bahagian enjin Barcelona yang ditunjangi oleh Xavi dan Iniesta. Taktik yang dilancarkan Guus Hiddink bagi saya amat berjaya dalam melembutkan serangan sepantas kilat daripada Barcelona - sama seperti mana cara menangkap bola kriket yang laju, hendaklah di 'serap' momentumnya dengan lembut.



Taktik Guus Hiddink ini ada logiknya juga seperti bermain permainan komputer bernama Pocket Monster atau lebih dikenali sebagai Pokemen.


Saya merupakan 'kaki Pokemen' sewaktu darjah 6. Bermain menggunakan Nintendo Gameboy skrin hitam putih.


Permainan Pokemen sememangnya menarik kerana untuk budak-budak kecil, watak-watak raksasanya sangat comel. Tetapi disebalik kecomelan permainan tersebut, tersimpan rahsia bagaiamana untuk memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan seharian dalam bertindak ketika pertarungan antara pemain Pokemon.


Barcelona pada ketika ini boleh dilabel sebagai Charmander, raksasa cicak berapi yang sememangnya melambangkan kepantasan bertindak dan menyerang.



Untuk berhadapan dengan Charmander@Barcelona, Chelsea tidak boleh bertindak menjadi Charmander mahupun Pikachu (berkuasa elektrik) kerana dari segi hukum taktikal elemennya tidak kena langsung. Mana mungkin api dan elektrik mampu melunturkan kuasa api?


Maka, taktik Guus Hiddikn pada perlawanan lepas adalah bertepatan dengan taktik yang harus dilakukan oleh setiap pemain Pokemon iaitu menggunakan air untuk melawan api atau dari segi analoginya, Chelsea memilih untuk menjadi Squirtle.




Sang Squirtle bukanlah jenis rakus bertindak seperti Charmander tetapi disebalik kelembapan Squirtle, kuasa air yang dimilikinya mampu melemahkan Charmander dengan skala yang berganda. Logiknya mudah iaitu memang air mampu melemahkan api dari hukum alamnya.


Saya percaya, survival Chelsea pada perlawanan lepas adalah kerana falsafah Squirtle yang dipilih bukan Charmander dalam berhadapan dengan serangan tiga serangkai Barcelona yang diketuai oleh Henry, Eto'o dan Messi.


Ramai yang mendesak Chelsea untuk bermain dengan lebih agresif dari segi serangan pada malam ini di tempat mereka sendiri. Tetapi dari segi persediaan, ternyata Chelsea masih jauh. Mungkin ada yang berkata "
the best defence is to attack" tetapi pada masa kini ternyata serangan Chelsea masih tidak mampu menggugah Barcelona secara efektif.


Pertembungan malam ini merupakan pertembungan yang sulit. Strategi Squirtle adalah penentu utama buat Chelsea dalam berhadapan dengan
free flowing Barcelona. Saya percaya 'Captain Fantastic' seperti John Terry dan pembantu handalannya Michael Essien perlu menjadi penyerap hentakan serangan tiga serangkai tersebut dengan MEMATIKAN DAHULU enjin serangan Barcelona di bahagian tengah iaitu Xavi dan Iniesta.


You cut the ball supply from Barcelona, you can at least breathing with ease during the game. You try to be hero against them by attacking superfluously, you are dead man walking Chelsea.


Sekarang apakah moral ataupun
giest kepada pembincangan di atas? Bolehkah anda aplikasi dalam gerakan Islam, politik ataupun kerja seharian anda?


Saya lihat, Pakatan Rakyat harus berundur dengan sabar daripada berkonfrantasi dengan Barisan Nasional di Perak. Undur, pasif tidak bermakna kita bacul dan kalah kerana permainan politik kini sangat tidak stabil untuk menjadi hero khususnya dalam dunia sedang dilatari dengan krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah manusia zaman moden.


Tak sanga menonton perlawanan bola sepak dengan AKAL mampu mendapat manfaat berbanding menonton bola sepak dengan EMOSI. Inilah berfalsafah namanya. Memaksimumkan daya kreativiti dan kritis fakulti pemikiran dalam kehidupan seharian.


Di masa hadapan saya akan cuba ulas strategi Fulham dalam membenam Chelsea pada tahun 2005 dan rahsia kekuatan Chelsea zaman Mourinho dengan menggunakan Claude Makelele untuk dianalogikan sebagai strategi gerak kerja gerakan Islam.





9 ulasan:

Samudera Tinta berkata...

Salam Ukhuwwah,

Hmm, dahsyat juga analisis bro nie. Siap ada pokemon lagi. Lepas tu boleh kait ngan gerakan islam.

Apa pun memang ternanti-nanti perlawanan malam ni. Saya penyokong Manchester United yang mengharapkan Barca akan menang.

Tapi The Magician Hidddink tu pakar taktikal. Tu yang risau ni.

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Samala kita. MU. Kadang kala blog ni perlu diringankan sedikit tarik orang biasa-biasa baca.

acabeire berkata...

makin lama, makin banyak bid'ah yang nak dibawanya dalam gerakan Islam. hish..(baca nada sinis ye bro)

Rausyanfikir berkata...

Hehe. Ko takpe acab. Hehe.

nami o fish berkata...

Tapi Xavi dan Iniesta tu best midfielder in the world.Mana mungkin kalau serangan bertalu-talu tiga serangkai tu?

Aku tetap rasa Barcelona akan menang walaupun tanpa Carles Puyol.Gerard Pique pun dah mantap sekarang.

Real Madrid dah menjadi mangsa Barca.Lepas ni Chelsea.

dan Barcelona-Man United di akhir nanti bakal menjadi the best game on the decade.

Rausyanfikir berkata...

haha. aku pun rasa begitu encik nami.

Susah2. Blitz!

Memang agak mustahil chelsea dapat dictate game.

EJAZARA'S HOME berkata...

huhuhu..suka hati koranglah nak ckp pe sal Chelsea, tapi aku tetap setia ngan Chelsea smpai bila2. Dari form 1 lagi minat ngan Chelsea...kira dah tegar arr...hehehe

Tanpa Nama berkata...

terlalu deep pemikiran anda. Anda mengilhamkan semua perkara yang berada disekeliling untuk merantaikan segala aspek kehidupan..

moga anda terus suksess..

budakpensel.blogspot.com
[barca, chelsea, ac milan fans]

jalanistana berkata...

salam ukhuwah.
teori anda ini selari dengan apa yg dicatat martin samuel menjelang perlawan ini.