Selasa, 19 Mei 2009

Plastikwörter, James Bond dan Cuti Semester




Saya baru pulang daripada pertemuan ringkas dengan Ustaz Maalik Bennet, pensyarah Islamic Studies dan Moral Studies buat adik-adik di UTP. Hajat saya bertandang berjumpa dengan beliau adalah untuk meminjam buku karngan anak murid Prof. Seyyed Hosein Nasr, iaitu Prof. William C. Chittick yang bertajuk Science of the Cosmos, Science of the Soul: The Pertinence of Islamic Cosmology in the Modern World. Saya sudah membaca separuh kandungan buku ini di Kinokuniya tempoh hari dan ternyata nikmatnya luar biasa sekali.



Prof. Chittick pakar dalam sastera sufi klasik.


" I never like Chittick's writing. His old books are not good. But this one is like his final testimony on his life as an Islamic scholar." ujar Ustaz Maalik.





Saya dah lama belek buku ini di Kinokuniya tetapi harganya yang mencecah RM120 untuk buku setebal 130++ bagi saya tidaklah berbaloi untuk dimiliki. Alhamdulillah, Allah permudahkan hajat saya dengan melembutkan hati Ustaz Maalik untuk pinjamkan buku beliau itu. Sekarang buku tersebut sedang di'panas'kan atas mesin salin cetak di kopetro V3. Insya-Allah, saya akan bedah buku ini dengan Prof. Madya Dr. Adi Setia nanti. Dalam banyak-banyak anak murid al-Attas, beliau paling senang saya ajak bincang perkara-perkara macam ini sebab beliau sangat kerap baca buku!



Dalam banyak-banyak idea yang dilontarkan Prof. Chittick ke dalam buku tersebut, saya amat tertarik dengan rujukan beliau terhadap karya Prof. Uwe Pörksen, seorang ilmuan Bahasa dan Sastera Jerman dari University of Freiburg bertajuk Plastikwörter: Die Sprache einer internationalen Diktatur ataupun terjemahan dalam Bahasa Inggerisnya "Plastic Words: The Tyranny of Modular Language."


Prof. Uwe Pörksen menjelaskan hegemoni dan kekeliruan pengunaan perkataan yang timbul dalam masyarakat dengan merujuk kepada beberapa perkataan yang menjadi buat mulut para pemimpin dan orang ramai seperti "pembangunan", " globalisasi" dan banyak lagi yang telah disalah pakai oleh mereka yang berkepentingan ataupun benar-benar jahil terhadap ma'na sebenar perkataan tersebut. Kajian Prof. Uwe Pörksen ini senada dengan Antoni Gramsci (konsep hegemoni), Michel Foucault (konsep "ilmu yang terkurung" (subjugated knowledge), rujuk tulisan lama saya berkenaan masalah ini di sini) dan juga berpotensi besar untuk dijadikan alat bantuan penjelasan dalam melunaskan idea kritikan keras Prof. al-Attas pada penyelewengan kata kunci penting dalam tradisi keilmuan Islam oleh ulama' yang terkeliru.


Rumusan buku Plastikwörter, seperti yang tertera dalam laman web Penn State Press:


"Development." "Project." "Strategy." "Problem." These may seem like harmless words, but are they? German writer and linguist Uwe Poerksen calls these words "plastic words" because of their malleability and the uncanny way they are used to fit every circumstance. Like plastic Lego blocks, they are combinable and interchangeable. In the mouths of experts—politicians, professors, corporate officials, and planners—they are used over and over again to explain and justify plans and projects.

In the 1940s Harry S Truman made "underdevelopment" a keystone in U.S. foreign policy, and today the "developed" nations are dedicated to helping their "underdeveloped" neighbors. But who benefits from "development"? Who benefited from the housing "projects" of the 1960s and 1970s? And who among us does not worry when our leaders tell us they have a "strategy" for solving society's "problems"?

According to Poerksen, plastic words began as scientific words with specialized meanings. Many had been imported from the vernacular languages to the sciences, but he finds that in recent decades they have migrated back into the vernacular—stripped of their specialized meanings. They have international currency and appear repeatedly in political speeches, government reports, and academic conferences. They invade the media and even private conversation. They displace more precise words with words that sound scientific but actually blur meaning and disable common language.

Poerksen traces the history of plastic words, establishes criteria for identifying them, and provides a tragi-comic critique of the society that relies on them. He shows that when plastic words infiltrate a field of reality, they reorder it in their own image—hence their threat. They are building blocks for new models of reality that may seem utopian but that impoverish the world.

Plastic Words is a translation of the remarkably successful book first published in Germany in 1988. For the English-language edition, Poerksen has added a new preface, explaining the origin of the book and addressing the spirited public debate it has spawned. Bold and provocative, Plastic Words is social and linguistic criticism in the tradition of Jonathan Swift and George Orwell.

Menarik bukan? Sangat membantu kepada penjelasan masalah kehilangan adab dalam penggunaan bahasa serta taktik pengeliruan oleh puak kapitalisme untuk mengawal pemikiran massa.


Walaubagaimanapun, tulisan Prof. Chittick bukanlah setakat itu sahaja. Masih banyak yang belum saya hadamkan tetapi ternyata benar apa yang Ustaz Maalik katakan: buku ini benar-benar menarik!


Sebagai pulangan, saya pinjamkan buku yang saya miliki kepada Ustaz Maalik Bennet bertajuk Radical Reform: Islamic Ethics and Liberation karya cucu Imam Hassan al-Banna ya'ni Tariq Ramadan dan juga karya sulung Prof. al-Attas bertajuk Some aspects of Sufism as understood and practised among the Malays, satu kajian penting yang menjelaskan aktiviti tasawwuf dalam masyarakat Melayu di Semenanjung.


Macam-macam kami bincang tadi. Rugi pula tak rekodkan dalam telefon bimbit. Setiap kali jumpa beliau, ada sahaja perkara baru yang menjentik fakulti pemikiran saya. Memandangkan beliau sedang merancang kerja pembikinan tesis Phd yang berlegar berkenaan psikologi dan Ibn al-Arabi, sufi agung dari Andalusia, maka sebahagian besar isi perbincangan kami tadi banyak menyentuh berkenaan Ibn al-Arabi. Beliau suruh saya selongkar rak buku Ibn al-Arabi di Kinokuniya untuk memahami sendiri samudera pemikiran falsafi sufistik tokoh sufi agung tersebut. Saya juga mencadangkan beliau mengkaji karya Ibn Ata'Allah al-Iskandari bertajuk Kitab al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir (The Book of Illumination for Desisting from Selfish Calculation) dan Miftah al-Falah wa Misbah al-Arwah ( The Key to Salvation and the Lamp of Souls) sebagai rujukan tambahan untuk tesis Phd beliau.


Sebagai pencuci mulut, pasti sahaja Ustaz Maalik akan menceritakan kerisauan beliau tentang situasi umat masa kini.



"We need to study critical fields of knowledge especially about how the enemy of Islam plot and plan in subjugating us till today. Do you think the British has stopped plotting and planning after they decolonized the ummah? Come on, they have been doing this for hundred of years! They are so good at it and the only thing they continue to do today is by changing the methodology of colonialism. If before its about land, now perhaps about strategic resources such as oil and water. All of the wars that have been fought in these modern days are related so much to this agenda!"


Bila beliau cakap begini, teringat cerita James Bond Quantum of Solace yang saya tontoni hari Ahad yang lalu.




Mungkin bagi tokan movie, filem James Bond selayaknya digambarkan sebagai hiburan aksi heroisme ejen MI6 Inggeris, kaki perempuan (womanizer) dan segelas martini yang menjadi trademark kepada watak James Bond zaman-berzaman. Sebenarnya nilai filem tersebut lebih daripada aksi 'kulit' tersebut.


Untuk mendapat 'isi'-nya, sudah tentu anda perlu jadi failasuf. Senang sahaja. Bila tonton filem, cubahlah memaksimukan penggunaan fakulti pemikiran anda. Selidik tema disebalik segala macam aksi yang dilakonkan. Untuk Quantum of Solace ini, tema besar yang boleh dijadikan bahan kajian adalah berkenaan krisis alam sekitar itu sendiri.


Ya, filem Quantum of Solace ini menceritakan tentang konspirasi penjajahan sumber alam penting seperti air oleh syarikat-syarikat multinasional (baca: puak kapitalisme) yang berselindung disebalik slogan Corporate Social Responsibility (CSR) masing-masing. Dan dalam filem ini, sumber air telah diheret masuk ke dalam kancah realpolitik Bolivia yang menjadi buah catur kepada puak kapitalisme ini. Benda ini bukanlah satu perkara fantasi kerana memang dah berlaku pun!


Contohnya, Israel berusaha sakan mempertahankan Bukit Golan adalah kerana sumber air yang menjadi aspek geo-strategik yang penting buat survival mereka di Timur Tengah berada di kawasan tersebut! Begitu juga dengan perang Soviet ke atas Afghanistan, kemudian diteruskan oleh Perang Menentang Keganasan Bush adalah tidak lain tidak bukan kerana saluran perpaipan minyak. Anda kenal siapa Hamid Karzai? Bukalah Wikipedia dan fahami sendiri.


Ternyata kita hanyalah buah catur kuasa-kuasa besar jikalau ilmu tidak dijadikan tunjang perjuangan. Saya yakin kalaulah Tuan Guru Nik Aziz benar-benar tahu siapa dan apakah jenis makhluk bernama Tesco, Kelantan tidak akan 'dijajah' dengan mudah oleh mereka. Malangnya, gerakan Islam reformis ala politikus tersangatlah
naive berkenaan isu globalisasi kapitalisme ini.


Untuk menjadikan sesi menonton filem Quantum of Solace anda satu aktiviti yang benar-benar bermanfaat, silalah tampungnya dengan membaca dua buah buku ini:









Maaf, ustaz-ustaz politikus yang bercita-cita besar nak pimpin negara juga sangat naive tentang perkara sebegini. Mungkin golongan Erdogan ada sedikit pencerahan berkenaan perkara ini tetapi belum tentu selari dengan konsep yang ingin diperjuangkan Islam kerana Parti Keadilan Rakyat di bawah Anwar Ibrahim bermanhajkan liberalisme klasik dalam menerangkan perihal ekonomi. Depan orang kampung sudah tentu mereka tak akan cakap pasal Friedman, Hayek, Von Misses dan Adam Smith tapi dari segi pandangan alam mereka, inilah rujukan utama para penggubal dasar Kerjaan Pakatan Rakyat (termasuklah DAP) pada masa akan datang kalau Allah s.w.t memenangkan mereka kelak.


Jadi siapa nak betulkan semua ini? Ustaz-ustaz politik ke mahasiswa? Jawab sendirilah wahai sahabat-sahabat sekalian, terutamanya ahli Jemaah Islam Kampus. Ingat, permasalahan ini tidak berlaku dengan sekelip mata. Ianya satu proses yang panjang, sama seperti bagaimana Kerajaan Kristian menyisihkan umat Islam di Andalusia dengan begitu sistematik dan kesabaran yang tinggi. 


Ustaz Maalik juga menceritakan bagaimana kesungguhan British dalam mengumpul maklumat dan merancang penjajahan mereka di India. Ia bermula dengan aktiviti perdangan serbuk teh oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris ( British East India Company) yang menjalankan aktiviti perdangangan mereka secara konsisten di India selama 100 tahun. Dalam tempoh itu juga mereka telah mengkaji segala macam perkara berhubung dengan India dari segi geografi, pemikiran, budaya, kekuatan dan kelemahan pemerintahan di India. Setelah cukup maklumat barulah British menampilkan wajah sebenar mereka dan selebihnya menjadi sejarah buat titipan kita pada hari ini.


Kesungguhan dan keseriusan musuh Islam tidak tamat disitu malah diteruskan lagi dengan strategi yang lebih unik dengan tertubuhnya ratusan badan-badan pemikir, seperti RAND Corporation yang menjadi nadi utama perang saraf menentang sebarang gerakan yang berpotensi menjahamkan kepentingan Amerika Syarikat di dunia ini. Bukanlah susah sangat CIA nak tubuhkan satu gerakan Islam ataupun melahirkan diktator seperti Hitler, dan Pinochet. Paling cincai pun, menyebarkan fitnah kepada perjuangan Islam dan kealpaan gerakan Islam dengan mengabaikan warisan dan tradisi sejarah peradaban Islam hanya membantu lagi kerja-kerja mereka dalam perang saraf mengotori imej umat Islam pada hari ini.


Licik pada masa yang sama bijak. Ini tidak lain tidak bukan pengaruh fahaman Niccolo Mahiavelli dengan karya agung beliau The Prince. Elok sangatlah kalau buku ini dijadikan teks usrah para pimpinan Jemaah Islam Kampus kalau nak benar-benar faham psikologi politikus kita.


Banyak lagi yang boleh dikongsikan tetapi tangan ini sudah lenguh menekan punat papan kekunci ini. Nasib baik esok (20 Mei) kertas terakhir Corporate Ethics merupakan subjek yang bercabangkan ilmu falasafah dan ekonomi. Alhamdulillah, tidaklah saya risau sangat sebab aktiviti 'menggoreng' kertas tersebut memang sudah tersedia resepinya dalam ufuk minda ini.


Mungkin saya boleh cadangkan rakan-rakan di UTP memuat turun siri The Arrivals untuk tatapan dan kajian peribadi di rumah. Dapatkan siri filem bersaiz 4 gig tersebut dalam DC++ village masing-masing. Semester depan Insya-Allah kita boleh canaikan puluhan tema yang ada dalam filem tersebut dalam wacana ilmu di Islamica kelak. Walaupun The Arrivals sarat dengan elemen teori konspirasi, masih boleh dijadikan pemangkin kepada kesedaran massa. Kalau Jemaah Islam Kampus faham, sudah tentu filem ini boleh dijadikan faktor penarik kepada resipi dakwah inklusif di kampus masing-masing.


PERHATIAN!

Saya akan berada di Kuala Lumpur selama sebulan lebih. Mungkin akan banyak menghabiskan masa di UIA bersama-sama anak murid Prof. al-Attas ataupun di perpustakaan UIA sendiri (banyak buku nak disalin cetak).


Sekali sekala saya mungkin akan ziarah UKM bertemu guru dan rakan-rakan pensyarah dan pasca sarjana di sana. Sekali dua akan ke Pulau Pinang bertemu rakan-rakan NGO dan selebihnya boleh dicari di Kinokuniya, KLCC khususnya pada hari Jumaat. Selalunya lunch dengan Tuan Presiden PKPIM pada hari tersebut.


Maka, sebarang jemputan ceramah, wacana harus dinyatakan lebih awal dan dihantar kepada alamat sosialiskanan@gmail.com. Ceramah pada waktu malam haruslah tidak melebihi waktu operasi LRT melainkan ada khidmat pengangkutan hantar ke rumah.


Buat para peserta Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009, saya tidak akan membentangkan kertas kerja saya menggunakan powerpoint pada Ahad ini dek kerana penganjur kata tidak perlu. Maka ada baiknya kalian yang hadir dapat baca sedikit sebanyak berkenaan konsep Adab yang dianjurkan oleh Prof. al-Attas. Saya akan kupas yang lain pada hari Ahad ini.


Sekian, selamat bercuti kepada rakan-rakan UTP. Adik-adik, silalah baca buku-buku yang SERIUS pada waktu cuti ini, disamping berfikir berkenaan pelbagai perkara yang ada di persekitaran.


Wallahua'lam.


4 ulasan:

Syazwann Al-Qwantani berkata...

salam,saya kagum dan ingin mengucapkan terima kasih kpd saudara atas pelbagai posting berkenaan dgn buku2 yg asing bg sy.segala perkongsian saudara tentu sekali memberi impak kepada rakan2 bloggers yg lain,termasuklah sy sendiri.teruskan perjuangan!~

Rausyanfikir berkata...

Wassalam. T kasih. Sama2 kita mencerahkan minda ummah dengan perkongsian bahan bacaan. Di pulau pinang pun banyak juga.

ramona berkata...

Salaam.. setuju dengan syazwann..

pencerahan terhadap buku-buku yg sy kira "pelik" bg sy yang tak pernah menjadi sahabat baik buku dah jadi asbab nak dekati buku dengan lebih lagi.. syukran~

baca entri di sini, buka minda agar lebih mengetahui apa di luar sana dan tidak menyekat pemikiran di sisi yang sudah imun dengan diri sendiri.

teruskan perjuangan~

Wassalaam

Kelantanese berkata...

Sekadar ingin memberitahu berkaitan Tesco di Kelantan.

Itu adalah projek pihak istana Kelantan. Jika diikutkan lembah tempat tapak Tesco dibina adalah lembah yang sangat subur untuk pertanian. namun, kehendak istana jarang boleh disanggah. Feudalisme.

Dengan kata lain jika kerajaan negeri tidak meluluskan projek tersebut, maka perang dingin istana-kerajaan negeri akan tercetus sekali lagi.

Ini khabar yang saya dengar dari orang yang tinggal di sekitar itu.