Rabu, 20 Mei 2009

Menyingkap tabir Falsafah Aturan



Setelah selesai membaca skrip temubual intelektual gergasi Barat, Noam Chomsky bertajuk Chomsky on Adam Smith, saya berkesempatan bertukar-tukar pandangan dengan orang kuat badan tangki pemikiran (think tank) Dato' Seri Anwar Ibrahim, ya'ni Encik Khalid Jaafar atau lebih senang dipanggil sebagai Pak Khalid berkenaan status yang saya tulis dalam Facebook. Perbincangannya ringkat tetapi bagi saya cukup menarik: 


Wan Rausyanfikir: Thanks to Chomsky for stripping bare the fallacy of classical liberalism upon their own hero, Adam Smith. Don't read the snippet of Wealth of Nation, study the whole book instead! Don't read Chicago Schools version as they have sidelined some of the important ideas from the index to cover up the truth! Now I have strong argument for tomorrow's paper Corporate Ethics! Attacking Friedman, Hayek using their own Master!
Pak Khalid: Tahniah kerana menemui kembali Adam Smith
Pak Khalid:  Chomsky kena baca, mazhab Chicago kena baca. Begitu juga mazhab Austria (von Mises, Hayek, Rothbard). Kalau tidak dibaca semua ini bagaimana nak tahu tafsiran Adam Smith yang lebih berguna dan bermakna? 
Wan Rausyanfikir: Ya Pak Khalid. Sebelum saya menulis tahafut al kapitalisme, saya perlu kaji. Al Ghazali ambil 2 tahun kaji falsafah Yunani sebelum meng-tahafut-kannya :) 
Pak Khalid: al-Ghazali boleh ambil masa dua tahu kerana korpus ketika itu sedikit. Kalau sekarang ini al-Ghazali kena teliti Descartes, Kant, Leibniz, Hume, Locke, Mill, Rusell, Wittgenstein, Quine, Foucault, Derrida, Augustine, Aquinas. Sepuluh tahun belum tentu beliau boleh menulis Tahafutnya. Bagaimana dengan Mulla Sadra, Suhrawadi? Begitu juga dengan AdamSmith. Tidak memadai dengan Wealth of Nation, tetapi juga Theory of Moral Sentiments. Smith adalah sebahagian dari Scottish Enlightenment yang melibatkan David Hume, Adam Furguson. Setelah saudara teliti semua tanpa prejudis saudara mungkin tidak akan membuat Tahafut al-Kapitalisme, sebalik Radd ala Kirisme!
Wan RausyanfikirSaya pinjam kata-kata failasuf British, Alfred North Whitehead: “The safest general characterization of the European tradition is that it consists of a series of footnotes to Plato.” Saya rasa kita perlu cari akarnya sahaja. Hehe.


Saya pasti, rakan-rakan Jemaah Islam Kampus tidak mengetahui sepenuhnya berkenaan 'kekuatan intelektual' pasukan Dato' Seri Anwar Ibrahim melainkan anda benar-benar bercampur atau membaca penulisan mereka. Pak Khalid merupakan penggerak utama
Institut Kajian Dasar dan kumpulan wacana Jalan Telawi. Dengan berpegang kepada manhaj liberalisme klasik, sudah tentu Pak Khalid merupakan penyokong kuat Malaysian Think Tank London dan ini seterusnya menzahirkan status bahawa saya dan mereka sebagai seteru idealisme khususnya dalam bab ekonomi.


Memang banyak perkara saya tidak setuju dengan mereka tapi saya meraikan keterbukaan mereka dalam berwacana kerana kalau benar kita ingin lihat Islam di malakut yang tinggi dalam segala hal, kekuatan intelektualisme dalam menyelesaikan masalah semasa haruslah benar-benar mampu kita jelaskan kepada umum dan golongan intelektual khususnya. Jangan kita dihina seperti ini:


Banyak perkara yang boleh dikupas dalam wacana ringkas di atas tetapi saya hanya ingin pilih satu juzuk kecil iaitu berkenaan Alfred North Whitehead, seorang failasuf Barat yang mencetuskan konsep Falsafah Aturan (Process Philosophy) dalam era moden. 


Alfred North Whitehead

Saya selalu juga belek buku-buku Whitehead di Kinokuniya khususnya tajuk-tajuk seperti Process and Reality: An Essay in Cosmology, Adventures of Ideas, Modes of Thought dan Principia Mathematica (ditulis bersama failasuf logika agung Barat, Bertrand Russell) kerana tajuk-tajuk buku tersebut cukup menjentik pemikiran saya. Macam biasa, saya tak faham sangat pun tentang semua buku tersebut.

Semua itu menjadi lebih menarik setelah saya meneliti buku Islamic Science: Towards a Definition, karya Profesor Alparslan Acikgenc, mantan pensyarah ISTAC yang juga merupakan anak murid Prof. Fazlur Rahman sewaktu beliau di University of Chicago dahulu. Prof. Alpasrlan Acikgenc, yang sekarang ini sedang menjawat jawatan Naib-Rektor di Fatih University (universiti yang ditubuhkan oleh gerakan Nursi aliran Gulen) turut sama mengagumi pemikiran Prof. al-Attas yang mana beliau manfaatkan secara optimum selama 5 tahun beliau mengajar falsafah di ISTAC pada tahun 1995-1999.

Saya berkesempatan mengikuti beberapa siri kuliah beliau bermula di Persidangan Sains Islam di ISTAC pada awal tahun 2008 dan seterusnya beberapa siri kuliah jemputan di IKIM pada hujung tahun lepas. Ternyata Prof. Alparslan juga dipengaruhi oleh pemikiran failasuf agung Pencerahan, Immanuel Kant dan juga Whitehead sendiri seperti yang dirumuskan dalam laman Center for Islamic Science berkenaan pengembaraan intelektual beliau:

 

Acikgenc describes his intellectual journey after this work as follows: “Ever since I started my scholarly career I have been interested in the general features of ‘Philosophical Systems’ and fascinated by their structural features. My research eventually led me to observe the similar epistemological aspects between systems and worldviews, if what I conceive as the ground for the possibility of our mind to operate is termed worldview. Conceived as such, a worldview is the framework within which our mind operates. Supposing that we name all the contents of our mind as ‘knowledge’, worldview will be the scheme within which the mind operates and acquires such knowledge.


Hence, there is a functional affinity in the epistemological sense between systems and worldviews. Yet both schemes differ from each other in the way they are formed in the mind; a system is scientifically constructed, whereas a worldview arises in the mind eithernaturally or scientifically. The former can be termed ‘natural worldview’ and the latter ‘transparent worldview’. A transparent worldview arises in the minds of individuals in a society through a mechanism of knowledge that operates within the given society. This mechanism can be referred to as ‘dissemination of knowledge’.


On the other hand, a natural worldview is formed in the minds of individuals haphazardly and not through a sounddissemination of knowledge that is primarily directed by scientific inquiries of all kinds. I am using the word ‘science’ as equivalent to the term ‘ilm in Arabic, or the German word ‘Wissenschaft’. A sound mechanism works through stages; the first stage is an abstract level where the ‘Ulama’ is supposed to assume a duty to form a dynamic scientific tradition; the second stage is the concretized level where the abstract scientific knowledge of the ‘Ulama’ is concretized by intellectuals that include men of literature, artists, architects, teachers and educators; the third stageis the massive dissemination of knowledge through educational institutions and mass media; and the fourth stage is the social level where a transparent worldview is formed in the minds of individuals through the above process.


As a result of this I realized that the concept of worldview and system leads me to a new conception of philosophy. I tried to formulate this new conception of philosophy in a seminar delivered on April 19, 1988 at the Department of Philosophy, METU, and entitled “On What Philosophy Is”. But since the worldview that concerned and still concerns me is indeed the Islamic worldview, I could establish a relation between all these concepts. The result was the distinction that I noticed in the Qur’an between the ghayb and shahadah, as two epistemologically distinct, but intimately related ontological realms. The philosophical distinction, however, between systems and worldviews needed more elaboration. When I tried to do this I found out that Kant and Whitehead also pointed to the same conclusions that I had reached. Of course it was clear that neither Kant nor Whitehead had my approach. I tried, however, to show the similar results in their works. Hegel too had similar ideas concerning the concept of system, but it was sufficient then to stop where I was and pass on to another study: the formulation of this concept within the Qur’anic framework. 


Minda saya pun masih berselirat lagi dengan konsep-konsep yang cuba diketengahkan oleh Prof. Alparslan. Sewaktu saya bertandang ke IKIM tahun lepas, saya juga sempat menggeledah perpustakaan IKIM dan berjaya menyalin cetak makalah Prof. Alparslan yang agak menarik ini:  




Sudah baca 3/4 daripadanya dan makin tercerah sedikit apa yang cuba dijelaskan oleh beliau. Ternyata apa yang Prof. Alparslan sedang usahakan ini sebenarnya merupakan satu projek pembikinan satu sistem/kerangka falsafah bagi membolehkan umat Islam benar-benar mampu memiliki semula tradisi keilmuan Sains Islam yang tulen berlandaskan pandangan alam Islam yang syumul.
Ringkasnya, Prof. Alparslan cuba menjelaskan fenomena yang telah berjaya diwujudkan oleh ulama' silam dalam mengusahakan satu budaya ilmu yang agung. 


Semua ini memerlukan satu daya usaha pemikiran yang serius dan amat meletihkan kerana kita cuba menjelaskan sistem yang terbentuk dalam sejarah ketamadunan Islam dan mampu dijelaskan kembali dalam konteks semasa yang sarat dengan realiti dan zeitgeist tamadun Barat yang sekularistik sifatnya. Saya tak akan jelaskan sekarang apa yang saya faham tentang perkara tersebut kerana memerlukan huraian yang amat panjang tetapi saya yakin Falsafah Aturan ini boleh dijadikan satu konsep penting dalam merumus kembali beberapa aspek penting dalam khazanah tradisi keilmuan Islam.


Saya baru teringat bahawa Falsafah Aturan ini ada kaitan dengan satu buku yang cukup menarik telah saya miliki tempoh hari sewaktu memborong buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 200:
 





Buku yang ditulis oleh Dr. Jasser Auda terbitan International Institute of Islamic Thought cawangan United Kingdom ini persis dipengaruhi gagasan Falsafah Aturan ini tetapi lebih kepada pendekatan sistem (
systems approach).


Saya dah belek-belek dan baca sedikit ternyata buku ini sangat unik dalam menerangkan perihal
maqasid al-shariah secara lebih tersusun dan sistematik. Saya akan cuba bincang dengan Dr. Adi Setia dan juga beberapa anak murid Prof. al-Attas yang lain jikalau ada kesempatan kelak.


Oh ya, berbalik kepada persoalan Pak Khalid tadi, guru saya Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud menasihati agar membaca karya-karya agung yang lama terutamanya karya failasuf Yunani seperti Socrates, Plato dan Aristotle kerana idea tersebut diulang tayang dalam bentuk yang baru oleh para failasuf Zaman Pencerahan dan Zaman Moden (juga Pasca-Moden). 


Prof. al-Attas sendiri meneliti karya-karya failasuf Yunani dengan teliti untuk merumuskan cabaran Ketamadunan Barat. Semua ini senada dengan apa yang diperkatan oleh Whitehead seperti yang tertera di atas: tradisi falsafah Eropah hanyalah siri nota kaki kepada falsafah Plato.


Entahlah, saya sendiri pun belum habis kaji secara menyeluruh tentang Ketamadunan Barat tetapi setakat ini memang logik apa yang diperkatakan Whitehead. Mungkin itulah antara hasil rumusan yang timbul daripada kajian beliau berkenaan Falsafah Aturan.



Rujukan lanjut berkenaan Falsafah Aturan:


1.
 The Center for Process Studies

2.
Stanford Encyclopedia of Philosophy: Process Philosophy


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
tuan blog dah adjust ke ruang lebar kolum( macam yg disarankan oleh hasbullah pit)?..

awat rase mcm sakit mate lagi..@memang tujuannye memang untuk latihan mate..lebor sangat le yop

maaf sebab komen x berkenaan artikel

Tanpa Nama berkata...

salam

psal komen tentang lebar kolum tuh..ok da kot mcm ni..huhu

cume kadang-kadang je rase sakit mate skit..ok
(klu perlu ejais skit kot)

tp apa2pon tetap sempoi.

terry bogart berkata...

ishh

asyik dapat jumpa 'org besar' je...

ni jealous ni...

Ibn Yusof berkata...

Salam,

Baru sahaja balik dari 'diskusi' dengan Pak Khalid di IIS. Tak sangka beliau cakap yang sama juga seperti mana yang beliau nyatakan dalam facebook tersebut.

Barangkali beliau beranggapan ahli falsafah kini punyai lebih bayak yang perlu dikaji kerana korpus ini lebih banyak daripada dulu.

Apapun,diskusi semakin hangat dan saya rasa lebih banyak persoalan asas belum terjawab.Kata-kata Alfred North Whitehead dan pandangan anda tentang pergi terus pada akar mungkin ada benarnya.

Wallahu'allam.

Rausyanfikir berkata...

Wassalam syekh,

Saya fikir, ramai golongan modenis 'terpukau' dengan limpahan korpus tersebut tanpa bijak mengatur caranya dengan baik. Dalam tradisi ilmu Barat, division of knowledge itu amat kabur. Ulama' kita lagi hebat menyusun ilmu.


Akar masalah ini idea Prof. al-Attas juga. Beliau amat pakar dalam bab2 ni. Tapi memang benar kita masih perlu menggali ke semua karya tersebut agar benar2 faham masalah semasa.