Isnin, 11 Mei 2009

Malaikat & Syaitan





Pertama kali saya kenal dan membaca karya Dan Brown ketika saya tingkatan 5. Sewaktu semua pelajar sibuk mengulangkaji SPM, saya masih mendakap karya beliau baik di kelas hatta di atas katil.


Selain pada siri Harry Potter, karya Dan Brown pada hemat saya merupakan antara novel fiksyen Inggeris yang terbaik pernah saya baca. Cuba tengok catatan ringkas yang saya tulis pada muka hadapan novel Dan Brown yang paling meletup,
Da Vinci Code:




Hiperbola dan
superlative belaka komennya. Ini bukan dibuat-buat tetapi bagi saya memang sangat menarik untuk dibaca. Walaubagaimanapun, semua ini adalah fiksyen yang separuh-benar (half-truth). Jangan pula kita percaya ke semuanya takut boleh menggugat akidah (terutamanya perihal Nabi Isa a.s).


Novel
Angel & Demon merupakan prequel kepada novel Da Vinci Code. Sebelum anda menonton filem ini di pawagam, cubalah baca bukunya dahulu kerana lebih menusuk minda.


Percayalah memang sangat menarik!


1 ulasan:

Muhd Syaari Ab Rahman berkata...

ana baru je posting ttg malaikat n iblis ni sblm anta posting. tp anta baca jauh lebih awal dari ana. hebat syekh.

rijal82