Isnin, 25 Mei 2009

Le voyage mystique à ISTAC


Petang tadi, saya, Asyraf (someideas.wordpress.com) dan Prof. Madya Dr. Adi Setia (anak murid Prof. al-Attas) melawat “Kota Alhambra” di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Setelah setengah hari berbincang panjang di UIA, kami bertolak ke ISTAC baru yang terletak di Jalan Duta.


Tujuan utama kami melawat adalah untuk membawa Asyraf melihat sendiri Kota Alhambra yang direka bentuk sendiri oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas sendiri disamping melawat perpustakaan ISTAC yang sangat dikagumi oleh para intelektual di seluruh dunia seketika dahulu.


Memang perpustakaan ISTAC yang baru ini cukup besar dan empunya koleksi buku, makalah, jurnal dan bahan rujukan yang amat serius lagi pelik!


Saya berdiri di hadapan kaunter perpustakaan yang mempunyai iklim perpustakaan Zaman Pertengahan.


Saya membelek pelbagai jenis jurnal daripada pelbagai bahasa yang digunakan oleh Orientalis seperti Jerman, Belanda, Latin, Yunani, Perancis dan sudah tentu Bahasa Arab. Semua koleksi yang terdapat dalam perpustakaan tersebut bukan mudah untuk ditemui di perpustakaan biasa!


Patutlah ISTAC mampu melahirkan graduan yang benar-benar hebat dan serius dalam bidang keilmuan. Saya sangat terliur untuk membaca semua makalah dan bahan rujukan yang ditulis dalam bahasa para orientalis tersebut tapi apakah daya, bahan Bahasa Arab pun masih tak mampu nak faham. Bahan Bahasa Inggeris memang banyak tapi macam biasa, walaupun boleh baca belum tentu boleh faham dengan sekilas pandang!


Melihat semua khazanah ilmu ini, saya berazam untuk meng-khatam-kan kembali pengajian Bahasa Perancis yang tergendala semenjak tamat zaman persekolahan. Insya-Allah, selepas benar-benar mampu kuasai membaca teks rujukan dalam Bahasa Arab, saya akan fokus belajar kembali Bahasa Perancis yang mana banyak menghimpunkan kajian-kajian para orientalis dalam yang ditulis menggunakan bahasa tersebut.


Saya kira selain daripada Bahasa Perancis yang memang kaya dengan karya-karya para failasuf dan golongan orientalis mereka, turut sama mampu menandingi kehebatan tradisi keilmuan mereka adalah Bahasa Jerman, dan Belanda.


Kalau para orientalis Belanda saya boleh faham kerana empayar penjajahan Belanda sangat berpengaruh seperti British dan Perancis tapi Jerman? Apakah ada bangsa Jerman telah menawan banyak wilayah seperti British dan Perancis? Rasanya tidak tapi dari segi keilmuan, baik sains, sejarah, falsafah dan bidang kajian orientalisme, para ilmuan Jerman sangat terkehadapan. Buktinya adalah penerbitan kajian berbentuk jurnal, makalah, ensikopledia dan karya kajian yang serius seperti yang terdapat dalam perpustakaan ISTAC!


Bayangkan betapa mereka benar-benar menghargai dan memahami peranan dan kedudukan ilmu sebelum mampu menguasai dunia baik secara kuasa keras (hard power) melalui jalur politik dan penjajahan ataupun secara kuasa lembut (soft power) melalui jalur neo-kolonialisme ilmu, ekonomi, dan budaya yang diterjemahkan kepada produk akhir sebagai Watak Tertawan (Captive Mind).


Saya percaya orang awam agak sukar untuk memahami “kemewahan” dalam mendirikan khazanah ilmu seperti yang ada pada ISTAC. Tapi bilamana saya mengkaji sejarah evolusi ketamadunan manusiawi khususnya Eropah, ternyata pelaburan sebegini mampu mendatangkan pelaburan jangka panjang yang berkesan.


Tanpa Bait al-Hikmah (House of Wisdom) di Baghdad, Dunia Islam dan Tamadun Eropah mungkin tidak akan bernyala terang seperti yang dilihat dalam Pelita Sejarah manusia.


Gerakan penterjemahan yang super-serius ini telah diteruskan juga oleh para ilmuan Kristian dan Yahudi yang akhirnya menjadi teras kepada revolusi pemikiran orang Eropah yang melahirkan zaman Pencerahan (Enlightenment) dan Kebangkitan Semula (Renaissance). Ini adalah rahsia yang bukan lagi rahsia dalam mengatur strategi dan resipi kebangkitan tamadun.


Hmm…melihat semua ini saya bertanya seorang diri akan logika RM27 juta yang PAS mahu kutip untuk membina kompleks serbaguna tersebut…apakah itu lebih baik ataupun membina sebuah institusi pengajian tinggi yang super-serius seperti ISTAC untuk melahirkan kader-kader yang mampu meng-islah-kan masyarakat yang korup ilmunya sama seperti pihak gereja dan para raja Eropah lakukan dan kemudian diteruskan oleh golongan Yahudi super-kaya dengan membiayai kerja-kerja pembudayaan ilmu?


Saya terdetik sebegini kerana sebelum ke ISTAC, kami singgah di kedai buku Times di Mount Kiara dan saya telah membelanjakan RM 80 untuk mendapatkan buku ini:




Saya berfikir sebanyak 10 kali untuk membuat keputusan sama ada ingin beli atau tidak buku ini. Saya gagahkan diri dan ternyata selepas tiba di ISTAC dan bertafakkur melihat gedung ilmu yang agung, buku tersebut memang relevan untuk dimiliki.


Ceritanya mudah seperti yang dilaporkan dalam laman Salon.com:


"Reinventing Knowledge" partakes of a contemporary academic trend that views institutions as the major shapers of people and societies (rather than, say, vast economic forces or the genius and influence of "great men"). Its subject is "knowledge," and the "production, preservation and transmission" of it, although unfortunately the authors never quite manage to define what knowledge means to them. True, the term is elusive; one generation's knowledge is the next's rank superstition. In the Middle Ages, thanks to Aristotle, everyone knew that maggots generated spontaneously out of rotting flesh, and this fact was considered to be top-grade knowledge, though we now know it to be incorrect. On the other hand, some people today are convinced that the 1969 moon landing never really happened, and despite the so-called evidence they've marshaled in defense of this belief, hardly anyone would call it knowledge.


Whatever, exactly, knowledge is, McNeely and Wolverton see it as having been "fundamentally reinvented fully six times in the history of the West." The six institutions that achieved these reinventions are the library, the monastery, the university, the "Republic of Letters," the disciplines and the laboratory. Each characterized and embodied its own age's conception of knowledge. Each, the authors insist, gave way to the next age's institution as knowledge was once again reinvented, losing its central role in the process.


Institusi keilmuan tidak sama dengan institusi kepolitikkan. Yang mengubah masyarakat dan tamadun secara berterusan bukanlah sangat dengan “kuasa keras” politik tetapi “kuasa lembut” keilmuan kerana mauduk yang hendak diubah itu adalah MANUSIA bukan bangunan. Maka makanan dan supplement kepada projek perubahan MANUSIA (atau lebih spesifik haywan al-natiq) adalah ILMU.


Mungkin cara politikus berfikir berbeza dengan golongan ilmuan yang bersifat tafaqquh fi al-din. Visi dan misi berbeza…


Sayangnya, tiada siapa yang menggunakan perpustakaan ini sewaktu kami hadir. Nampaknya, perpustakaan ini sangat under utilized setelah Prof. al-Attas “dikeluarkan” daripada institusi yang didirikan beliau ini.


Setelah selesai membelek buku-buku di perpustakaan kami bersiar-siar menikmati aura “mistik” yang terpancar daripada seni bina ISTAC hasil luahan idea “seni indah yang bermakna” oleh Prof. al-Attas sendiri.


Kami mula melangkah ke dataran besar ISTAC.



Reka bentuk seperti air pancut arca singa di Alhambra




Keharmonian seni bina ala Sepanyol di ISTAC hasil seni Prof. al-Attas.



Dr. Adi Setia kata menara ini macam Minas Tirith yang ada dalam trilogi filem The Lords of the Rings.



Saya pun tak faham macam mana Prof. al-Attas lukis ukiran gerbang ini. Sangat cantik!



Hallway yang agak suram dan mistik auranya.



Saya kelihatan kerdil di hadapan menara yang keilmuan yang gagah perkasa.



Mungkin menara tinggi tersebut sepatutnya menempatkan bilik pejabat Prof. al-Attas.



12 ulasan:

Faizal berkata...

Masya Allah..cantik dan berseni sungguh. InsyaAllah saya akan berkunjung ke sini bila pulang nanti.

Teruskan berkarya dan mengkaji tuan Rausyanfikir..

Rausyanfikir berkata...

Terima kasih bro Faizal. Jangan lupa berkunjung ke sana nanti!

alqasam berkata...

ISTAC memang sangat unik, menarik dan luar biasa khazanahnya.

Sayangnya, ISTAC tidak fully utilized sebagai tamadun keilmuan di Malaysia. Such a waste.

Graduan ISTAC di Indonesia, mereka sangat luar biasa aktifnya. Berdepan dengan ideologi JIL dan lain-lain lagi. Kita perlu ke depan lagi dari sudut ilmu dan pemikiran.

Ana rasa, ABIM boleh menjadi satu teras pembudayaan ilmu yang tersusun.

Kita perlukan lebih dan ramai lagi.

*Teringin juga nak berteleku membaca di perputakaan besar tu.

Zarif Hassan berkata...

salam saudara,
salam bertemu kembali..
beruntungnya, saya dah lama ingin ke sana, cuma kekangan waktu sahaja..
semoga kita akan dapat duduk semeja dan berbual ttg perkara yang menarik dan idea yang bernas..

Rausyanfikir berkata...

Insya-Allah kami ada projek yang belum dizahirkan kepada massa. Dalam progres :)


Datang je kak tapi akak dah duduk jauhkan. Huhu. Saya pun dapat akses jauh2 ni sebab Dr. Adi.

alqasam berkata...

Bila lihat menara tu, sayu pula. Sepatutnya meriah ISTAC dengan manusia-manusia berpusu-pusu ke sana untuk berebut ilmu. Sayangnya Prof Al-Attas tiada di menara tu.

Sunyikan sekarang ISTAC. Masa di IIUM dulu asyik tak dapat je ke sana.

Memang dah jauh, tapi akan cuba juga. Duduk satu hari nak minta pass masuk dengan suami.

Selamat terus belajar bahasa perancis ya.

p/s: Oh, iya?Teruskan. Bila sama masa nanti, maklumkan ya.

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali berkata...

apa khabar Assoc Prof Adi Setia.
He was my lectrr when i was in UIA.

Miss him a lot!

Hanamichi berkata...

Slm...dekat ISTAC org luar boleh masuk ke..??? Teringin nak masuk...

Rausyanfikir berkata...

Wassalam. ISTAC boleh dilawati secara individu bukan secara kumpulan pelancong melainkan ada kebenaran bertulis.

D'Rimba berkata...

Boleh perkenalkan kepada saya lebih lanjut pengasas ISTAC ini? Saya selalu juga dengar nama Syed Al Attas tapi tidak mengenalinya lagi. Aduhai kerdilnya aku ini tidak kenal tokoh hebat seperti ini. Harun Yahya saya kenallah penulis Muslim hebat juga.

Rausyanfikir berkata...

Saudara boleh klik pada label al-Attas. Saya tulis banyak berkaitan dengan beliau.

najibah kazmin berkata...

assalamualaikum.

saya ambil sebahagian gambar saudara untuk promosi ISTEC di blog. saya link kn skali blog saudara di sana.

syukran kathir.