oleh Nuim Hidayat (peneliti INSISTS)
Saat Dr. Syamsuddin meluncurkan bukunya, Orientalis dan Diabolisme Pemikiran (
Dengan merujuk sumber dari khazanah Islam mahupun Barat, Syamsuddin memberikan kritikan-kritikan tajam terhadap pelbagai gagasan orientalis. Penguasaannya yang luar biasa dalam pelbagai bahasa (Arab, Inggeris, Jerman, Perancis, Latin, Yunani, dan sedikit Ibrani dan Syriac) menempatkan sosok Syamsuddin dalam deretan cendekiawan muslim yang hebat di Indonesia.
Di tengah kesibukan menyiapkankan disertasi keduanya di Orientalisches Seminar, Johann Wolfgang Goethe Universitat Frankfurt, Jerman, ayah kepada empat orang anak itu kini aktif mengajar di Universiti Islam Antarabangsa
Perjalanan intelektual Dr. Syamsuddin Arif cukup menarik ditelusuri. Pendidikan agama dilaluinya dari aktiviti pengajian di kampung kelahirannya di Pondok
Selama
Syamsuddin mengutip ayat Fa Maadza Badal Haqqi Illa ad-Dhalal (Tidak ada setelah kebenaran itu melainkan kesesatan, Quran 10:32) sebagai logo INSISTS. “Saya berharap, kita mendapat bimbingan Allah untuk berada pada Kebenaran yang memang datangnya dari Allah, dan tidak tergelincir di jalan yang sesat”,ujarnya. Syamsuddin juga sangat dikenali dengan keinginannya yang kuat untuk menghafal al-Quran.
Itulah yang kemudian mengantarkannya ke wilayah timur
Sejak kecil Syamsuddin Arif sangat dikenali sebagai ulat buku. “Di sekolah”, kata beliau, “Saya memang bukan yang terpandai, tetapi selalu di atas rata-rata.”
Ia meyakini hal itu berkat curahan doa orang tua dan guru-gurunya. Semangat menuntut dan mencintai ilmu dipupuk oleh ayahnya, H. Ramli Aminoto. H. Ramli yang berasal dari Aceh, adalah seorang pedagang yang aktif di pengajian dan majlis ta’lim ulama. Sebagaimana layaknya anak-anak, saat dikirim ke Gontor oleh ayahnya, hati Syam juga bergejolak.
Ia sempat berasa jengkel. Bahkan, sempat terfikir untuk kabur. Tapi, ia tidak berani melawan kehendak ayahnya. “Kalau kabur, saya tidak dikasih makan”, katanya mengenang. Bahkan, ia pernah dikeluarkan dari kelas gara-gara tidak mengerjakan tugas Bahasa Inggeris.
Tapi, dinamika itu akhirnya berjaya dilalui. Tamat dari pesantren Gontor, Syamsuddin sempat menerima tawaran belajar ke Universiti Madinah dan nyaris berangkat ke Iran. Tapi, takdir membawanya ke kuliah di International Islamic University Malaysia (IIUM) hingga selesai ijazah pertama (1996). Meskipun mengambil bidang komunikasi, tetapi kecintaannya kepada ilmu membawanya ke pelbagai khazanah keilmuan Islam. Saat mahasiswa, beliau aktif sebagai koordinator forum diskusi kampus. Gelar pasca ijazahnya diperolehi di ISTAC.
Di bawah bimbingan Profesor Alparslan Acikgenc beliau menyelesaikan tesisnya yang berjudul Ibn Sina Theory of Intuition (1999). Gelar doktor pemikiran Islam berhasil diraihnya juga di ISTAC (2004) dengan disertasi berjudul Ibn Sina Cosmology: A Study of the Appropriation of Greek Philosophical Ideas in 11th Century Islam di bawah bimbingan Profesor Paul Lettinck. “Terus terang, wawasan keilmuan saya terbangun selama lapan tahun belajar di ISTAC”, akuinya. Untuk itu, dia mengaku sangat berterima kasih kepada pelbagai pihak, khususnya Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, pendiri sekaligus rektor ISTAC.
Sebelum ujian viva doktornya di ISTAC awal Ogos 2003, Syamsuddin harus berangkat ke Jerman untuk belajar filologi (ilmu naskah) dan sejarah teologi daripada Profesor Hans Daiber, direktor Orientalisches Seminar, Johann Wolfgang Goethe Universitat Frankfurt (yang juga dahulunya merupakan tenaga pengajar di ISTAC). Empat tahun di
Kini, kesibukan lelaki kelahiran Jakarta 19 Ogos 1971 ini terbilang luar biasa padat. Semasa tinggal di Jerman, dia sempat mengisi forum-forum pengajian tidak hanya di Jerman, tetapi juga di
Sebagai ahli akademik, beliau terus aktif menghasilkan karya penulisan serta mengikuti perbagai acara diskusi ilmiah. Syamsuddin memang memiliki kepakaran yang unik. Beliau bisa dikatakan ilmuan pakar tentang Ibn Sina. Ratusan karya Ibn Sina dan tentang Ibn Sina dalam berbagai bahasa telah dilahapnya. Sejumlah makalah telah dibentangkannya dalam pelbagai persidangan antarabangsa tentang Ibn Sina. Profesor Alparslan Acikgenc memang mendorong Syamsuddin untuk serius mendalami pemikiran Ibn Sina. Katanya pada Syamsuddin, “After Fazlur Rahman there is no one in the Muslim world who has done an extensive study on Ibn Sina, you should be the one.”
Dr. Adian Husaini mengakui, mungkin, di Indonesia, kini Syamsuddin satu-satunya ilmuan yang mengkaji pemikiran Ibn Sina secara sangat serius. Bahkan, Adian memberikan satu metafora, bisa dikatakan, Ibn Sina sudah berada dalam genggamannya.
Meskipun meminati bidang falsafah, seni, dan berbagai hal yang lainnya, Syamsuddin mengambil sikap dan posisi yang tegas terhadap kebatilan. Keseriusannya dalam upaya penegakan aqidah dan syariah Islam ditunjukkan, misalnya, dalam keterlibatannya sebagai ketua Himpunan Ilmuwan dan Sarjana Syariah Indonesia (HISSI) cabang Malaysia untuk fasa 2009-2012.
Menurut Syamsuddin, tidak benar jika ilmiah itu sama dengan tidak berpihak. Ia menyebut sederetan nama ulama Islam yang sangat tinggi keilmuannya, tetapi kokoh dalam membela aqidah dan syariah Islam. “One should be a good Muslim and a good scholar at the same time”, ujarnya.
Ibn Sina merupakan antara ulama' Islam yang paling banyak disalah erti oleh kaum Muslimin. Rata-rata daripada kita hanya kenal beliau sebai sosok pakar perubatan yang merevolusikan bidang perubatan tamadun manusia melalui kitabnya Al-Qanun fi al-Tib (The Canon of Medicine). Tetapi kita lupa bahawa beliau juga merupakan seorang ahli falsafah Aristotelian yang agung dimana karya-karya beliau seperti Kitab al-Shifa (The Book of Healing) merupakan gagasan agung yang mencetuskan revolusi pemikiran di Eropah pada Zaman Pertengahan dan seterusnya melahirkan Renaissance dan Zaman Pencerahan Tamadun Barat.
Memang Imam al-Ghazali sendiri membantai Ibn Sina dengan dahsyat dalam autobiografi beliau Munqidh min Dhalal (Deliverance from Error) dan juga dalam Tahafut al-Falasifah ( The Incoherence of the Philosophers) tetapi ini tidak bermakna beliau adalah seorang yang haram untuk kita kaji dan pelajari ilmunya. Hanya kerana Ibn Sina membuat beberapa kesalahan intelektual dalam kalendar hidupnya, habis semua kita pukul rata tentang jati diri beliau sehingga warisan keilmuan beliau tidak lagi menjadi telahan generasi baru.
Saya masih ingat dalam satu wacana di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada hujung tahun lepas, salah seorang hadirin telah bertanya kepada Profesor Alparslan Acikgenc yang dijemput berceramah pada hari itu perihal keperibadian Ibn Sina yang negatif, dan dengan nada tegas Ketua Pengarah IKIM, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas membantah sangkaan sebegitu kerana memukul rata Ibn Sina sebegitu rupa. Diketahui bahawa Ibn Sina di penghujung usianya telah bertaubat daripada segala macam kesalahan falsafah Yunani yang dipegang beliau.
Jelas Profesor Alparslan lagi pada hari tersebut:
" Every man has an Inner World of his own. You cannot equate Ibn Sina's Inner World with lay man's one"
Memang benar. Jangan cepat kita menceceh kepada para ulama' yang kompleks lagi unik ini. Kesalahan mereka bukan satu kesalahan yang remeh dan tidak boleh kita selaku yang tidak faham seolah-olah mampu meng-tahafut-kan Ibn Sina dengan lantang tanpa asas yang kukuh.
Lagipun, al-Ghazali bukan membentak kesemua pemikiran Ibn Sina. Ramai yang salah faham dan menuduh al-Ghazali membunuh falsafah dalam Islam setelah menyerang pemikiran Ibn Sina dalam Tahafut. Al-Ghazali sebenarnya meng-Islamisasi-kan falsafah Yunani dengan membuang segala macam elemen metafizika yang bertentangan dengan Islam. Malah beliau turut membuat kenyataan dalam Kitab al-Mustafa min ‘ilm al-usul (The Essentials of the Islamic Legal Theory), akan kepentingan falsafah yang sala satu cabangnya adalah ilmu logik (mantiq):
"This is the introduction to all knowledge, and whoever does not learn it has no education nor knowledge at all."
Saya sendiri pernah ikuti kelas Islamic Logic yang diajar oleh Dr. Farid Shahran di UIA dan semestinya sosok Ibn Sina ini menjadi sebutan utama dalam kelas tersebut. Saya sudah membaca sedikit berkenaan karya logik Ibn Sina al-Isharat wa al-Tanbihat yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris sebagai Remarks and Admonitions. Ternyata sangat sukar!
Tetapi usah gusar kerana tidak lama lagi, IKIM akan menerbitkan tesis Phd Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Ali al-Attas bertajuk "The Mashsha'i Philosophical System: A Study, Commentary on and Translation of the Hidayat al-Hikmah of Athir al-Din al-Abhari".
Bagi yang berminat dan ingin mengetahui Ibn Sina dengan lebih mendalam, alhamdulillah, penerbit buku Islam dalam Bahasa Inggeris di negara kita, Islamic Book Trust Kuala Lumpur (IBTKL) telah menerbitkan semula karya penting Soheil M. Afnan bertajuk Avicenna: His life and works yang mana harga cetakan sebelum ini memang mahal sangat (RM 120 di Kinokuniya) sebelum dapat dicetak di Malaysia oleh IBTKL dengan harga yang jauh lebih mura (RM 40).
Dan untuk mahasiswa dan mahasiswi UIA, gunakanlah peluang anda mempelajari sebanyak mungkin berkenaan Ibn Sina daripada Dr. Syamsuddin Arif sendiri yang sering menyampaikan kuliah percuma dalam wacana yang dikelolai oleh INSISTS Malaysia. Selalu yang datang budak-budak Malaysia boleh bilang dengan jari. Keghairahan mahasiswa Indonesia lebih hebat berbanding kita, termasuklah para mahaasiswa pasca sarjana hatta rakan pensyarah Dr. Syamsuddin Arif sendiri!
Ayuh bila lagi mahasiswa Malaysia ingin menjadi hebat seperti mereka? Moga-moga kisah Dr. Syamsuddin Arif ini menjadi sandara untuk kita meneroka samudear ilmu yang Allah kurniakan ini dengan lebih serius.
Wallahua'lam.
3 ulasan:
alhamdulillah..
yups..sokong ur idea...
-tngah fikir nak baca buku kassim ahmad @ x?...hehe
salamualaikum,
Dari tulisan saudara sy kagum dgn ilmuan seperti Dr.syamsudin, kalu ader peluang teringin benar nak belajar mantik dgn dia.
memang betul kata saudara, ramai dikalangan pelajar kt meminggirkan mantik dan falsafah ibnu sina dan tidak sedikit yg menolak mentah2 pemikiran beliau tanpa diselidik ulang.
Namun kenyataan saudara bahwa Ibnu sina bertaubat dari kesalahan falsafah yunani yg dipengang beliau agak aneh bagi sy, sy blum penah dengar atau jumpa mana2 komentar seperti ini...setahu sy dlm buku beliau isyarat wa tanbihat mengunkapkan bahwa beliau cenderung kpd tasawuf dan irfan dan falsafah mansyai tidak dapat membuka semua jln menuju hakikat.
Saya rasa pernah dengar daripada anak murid al-Attas tapi tak ingat. Betul memang Ibn Sina post-tahafut terus terima kesalahan dan cuba mencapai irfan. Tapi Al-Ghazali memang terang2 attack dia dlm Munqidh dan Tahafut.
Catat Komen