Jumaat, 8 Mei 2009

Bila SMS berbunyi


Selepas menyantap nasi putih berlaukkan ayam sos tiram di cafe V3, telefon bimbit saya berbunyi tanda masuk pesanan ringkas (SMS):


acab (someideas.wordpress.com) : Dah lama rupanya konfusion of dikotomi.mujur kita trdedah dgn islamization of knowledge.alhamdulillah. Profesional ialah sikap. seorg ahli agama(alim) bleh jd profesional kalo dia brdsiplin & bretika yg baik.seorg ahli ilmu dunia (alim) -i.e doktor, bleh jd xprofesional kalo ia malas & x brdisiplin. Jd siapa ulama? Siapa profesional? kata ust mujahid - ulama ialah org yg menguasai ilmu islam.jd, apa tu ilmu islam? sains ni bukan ilmu islam ke?

Saya balas:-

rausyanfikir: Kecelerauan epistemologi acab. aku skrg tgh kaji islamisasi kesusasteraan.kes yg hampir sama dgn kecelaruan kata kunci ulama n profesional.


Seperti yang saya katakan dalam entri lepas, masalah ini lebih meruncing daripada apa yang disangka. Bukan sekadar masalah pemilihan siapa perlu teraju PAS tapi tentang kekeliruan faham ma'na dan maratib disiplin keilmuan dalam Islam itu sendiri ya'ni dualisme/dikotomi fard ayn dan fard kifayah.


Sebab itulah saya merayu supaya kembalikan hak dan jati diri perjuangan mahasiswa ke tempat yang sewajarnya iaitu berusaha selesaikan masalah budaya ilmu di universiti, bukannya sibuk dengan politik kepartian di luar kampus. Kalau hendak sibuk pun, biar faham dulu akar permasalahan secara mendalam agar tidak mudah ditipu dengan retorika palsu politikus!


Dan perkara ini turut merebak dalam disiplin ilmu sastera juga (nantikan kupasan dalam sebulan dua lagi). 


Saya sedang menulis satu kertas kerja berkenaan 'sastera ilmi' untuk dibentangkan dalam Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 anjuran PENA hujung bulan Mei ini. Tema asal yang diberi berkenaan "Sains dalam Sastera" tapi saya perbesarkan skop penulisan.


Kerangka yang digunakan sudah tentu kerangka pemikiran al-Attas disamping pengukuhan idea daripada Gagasan Persuratan Baru yang turut sama menjadikan kerangka pemikiran al-Attas sebagai rujukan utama.


Saya minta maaf banyak-banyak kepada pihak urusetia daripada PENA kerana tersangat lambat hantar kertas kerja. Pada mulanya memang rasa tak mampu nak buat dek kerana pertembungan dengan minggu peperiksaan di UTP. Tapi abang Lutfi suruh juga maka saya pun cubalah. 


Dan kertas kerja saya ini pun bukanlah original sangat. Hanya cuba mengikat idea-idea yang sedia ada. Apatah lagi saya bukan orang sastera! 


Doakan saya sempat siap esok!


P/S: Minggu ulangkaji patut buat ulangkaji, tapi diri ini terperangkap dalam kerja yang tidak ada kaitan dengan lapangan akademik kekampusan. Moga sukses buat diri dan rakan-rakan lain.


2 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Si "acap" tu masih di Malaysia atau dah balik Ireland?

Rausyanfikir berkata...

Dia dah di Malaysia. Nak habis dah.