Jarang saya blogging pasal keluarga. Maklumlah, private matters. Tapi saya nak kongsi juga.
Semalam saya cuba google nama ayah saya. Dalam proses tersebut saya terjumpa nama 'Wan Kuzain Wan Kamal'.
Saya sangat terkejut. Cukup ramai yang memuji beliau.
Jikalau anda google nama beliau, anda akan dilampirkan dengan pelbagai laman web, blog dan forum yang membincangkan akan potensi besar Wan Kuzain dalam untuk masa depan bola sepak Malaysia. Semacam Titus James dahulu. Saya ingat hanya khabar angin sehinggalah saya menonton video klip beliau di Youtube:
Saya terkesima melihat Wan Kuzain menggelecek bola. Beliau mampu mengawal bola dengan kemas disamping mempunyai kelajuan menggelecek yang agak baik. Lihat saja anak-anak Mat Saleh yang di 'siat' di atas padang dengan skil dan kelincahan beliau menggelecek.
Mungkin Wan Kuzain secara teknikalnya tidak sehebat wonderkid Algeria Madin Mohamed yang dinobatkan sebagai Zinedine Zidane masa depan tetapi saya yakin melihat cara beliau bermain, dan jikalau dilatih dengan program tunas harapan yang baik, tak mustahil dengan izin-Nya, Wan Kuzain bakal diintai oleh scout dari kelab bola gergasi Eropah atau Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya sudah meningkat matang budak ini.
Wan Kuzain Wan Kamal merupakan adik saya, satu ayah berlainan ibu.
Panjang cerita silsilah keluarga saya ini. Tapi yang pasti ibu dan ayah saya bercerai sewaktu saya berumur 2 tahun. Maka dipendekkan cerita ayah kandung saya berkahwin lain dan sekarang menetap di Amerika Syarikat. Mereka mempuyai 3 orang anak lelaki dan Wan Kuzain merupakan yang kedua daripada tiga adik-beradik.
Kali terakhir saya berhubung dengan mereka selepas SPM 2004. Pada waktu itu, Wan Kuzain baru berumur 5 tahun. Cakap pun tak berapa betul. Tapi ayah saya ada beritahu bahawa si Wan Kuzain ini ada potensi untuk menjadi pemain bola yang baik.
Pada waktu itu saya tidaklah ambil berat mana ye lah budak kecil. Tapi sekarang terbuka besar mata saya melihat si adik saya yang cilik itu sudah menjadi seorang pemain bola sepak yang digeruni oleh teman-teman sepermainannya di Amerika Syarikat.
Saya yakin mesti ayah saya dah latih beliau dengan baik dari kecil lagi.
Entahlah, walaupun tidak pernah berjumpa dengan mereka lagi setakat ini, saya rasa sangat bangga dan gembira melihat pencapaian adik saya yang satu ini. Mungkin kami semua, walaupun berlainan ibu, mewarisi sportsmanship daripada ayah saya.
Bezanya saya menyimpang ke sukan ragbi sewaktu di Sekolah Menengah Sains Selangor bermain untuk Kuala Lumpur dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5. Terliur untuk bermain mewakili Perak atau Selangor untuk Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2005 tapi tak kesampaiaan setelah intima' dengan Jemaah Islam Kampus. Maklumlah, kena dahulukan yang lebih awla'. Ramai rakan sepasukan saya bermain untuk negeri masing-masing pada tahun tersebut. Cemburu melihat mereka menang pingat. Tak apalah bukan rezeki saya. Sekarang saya memang sudah bersara sepenuhnya dari arena sukan. Fokus intelektualisme dan tolong bantu selesaikan masalah ummah. Dulu sempat lagi nak imbang kerja-kerja jemaah dan peribadi tapi sekarang ini dah rasa berat. Hendak pula kalau sudah menjadi bapa kelak (Insya-Allah, doa-doakan).
Saya terpaksa meninggalkan sukan bola sepak sewaktu darjah 6 kerana Ibu bising takut gagal UPSR. Pada waktu itu juga saya sudah pakai cermin mata (dek main computer games) maka amat sukar untuk saya bermain bola dengan baik. Ragbi lain. Walaupun rabun saya masih mampu coordinate diri dalam permainan kecuali jika hari semakin gelap.
Pengorbanan meninggalkan bola sepak membuka peluang untuk saya masuk ke Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) di Bandar Tun Razak, Cheras yang turun temurun mewarisi sukan ragbi sebagai 'maruah' sekolah. Sempat jugalah mewakili sekolah untuk sukan bola sepak sewaktu tingkatan 3 tapi 'flop' sebab coach tak bagi main di posisi pertahanan sebaliknya suruh saya jadi target man seperti Ruud Van Nistelrooy.
Memang fail sebab rabun mata ini menjadi liabiliti untuk saya mengasah pandangan (vision) di atas padang. Saya sudah bagitahu coach bahawa saya rabun, lagipun saya tidak empunya skil teknikal yang baik. Nak suruh jadi Luca Toni pun tak boleh. Saya lebih selesa sebagai bek kanan yang boleh lakukan overlap sebab saya suka crossing bola. Bola sepak perlu ada vision yang baik sebab nak hantar bola kena tepat dan cepat. Ragbi pula adalah contact game yang tidak memerlukan ruang yang luas seperti bola sepak untuk pergerakan di atas padang ditambah pula kalau bermain 15 sebelah.
Akhirnya ragbi menjadi sebahagian penting tarbiyah jasadiyyah (the best and most effective ever for me, cannot be matched even when you go to Tamrin!) dan juga pembinaan weltanschauung diri sebagai remaja pada waktu itu.
Tak sangka ada juga adik yang jadi sportsman yang berpotensi besar untuk melangkah jauh.

To all my kid brothers, since all of you cannot read Bahasa Melayu, I have to write in English just to extend my happiness for your achivements especially to Wan Kuzain.
Be a good son and also a good Muslim first, then the world is yours. As your elder brother, eventhough we have not met, I still share the feeling of togetherness as brothers.
To Wan Kuzain,
If one day any football scout from big clubs head hunting you, make sure you ground yourself properly to all of the basic needs to be a Muslim. Try to emulate those good Muslim footballers such as Franck Ribery, Nicolas Anelka, Fredric Kanoute, Eric Abidal and others who, despite playing in big stages in Europe yet their Islamic-self is firmly rooted in their heart, mind and soul.
Living in United States today is a big challenge for Muslims. I hope you can stay true to your roots. Being a sportsman sometimes can make you go astray without proper guidance from parents and mentors. I know it because I have been there, done that.
To Dad, if you manage to come across my blog, I would like to extend my praise to you for being a good and supportive father to those boys. Their successes are yours too. Perhaps you might want to consider in sending them for a summer retreat to Zaytuna Institute under the tutelage of Syakh Hamza Yusuf to polish their Islamic fard ayn knowledge. If Wan Kuzain got hold into that firmly, I do not mind if he play for those big clubs in future. But ad-din comes first, knowledge, sports...in that order.
All the best to all of you in Carbondale! My prayers and support will always be with you guys. Insya-Allah.
18 ulasan:
Selain dari skill. Displin pun penting..
Sekarang ni tertanya mana Titus James Palani..
Harap adik anda akan lebih hebat dari itu.
Betul2. Harapnya dia disiplin. Suasana disana lebih akomodatif.
akh,
apa pandangan anda tentang datuk seri nazri aziz yg makin melampau?
harap dapat sediakan artikel tentang tu..
kabinet telah menjadi boneka liberalis2...
bibit2 kejayaan IFC.. naudzubillah
Pjg cite nye tu,
Kena kaji dulu. Xpa2. Skrg sgt sibuk.Nak exam semua.So kena pause kejap falsafah semua.
salam...
adik saudra mmg mempunyai skil yg bagus...
moga2 beliau akan berjaya
cayalah... sememangnya orang putih tak dapat menandingi kehebatan skill dan lenggok orang dari Asia dan Amerika Latin... mase depan budak tu lebih terjamin di sana... harap jgn dirosakkan oleh FAM...
Sangat menarik..
Adik anda miliki bakat..
Bapak anda sorang penyokong
yang kuat..
dan anda??
Pasti pemerhati tetap..
P/s: Sekadar pemerhati itu pun cukup bererti.. :)
Rausyanfikir
Proud to read of you, your brother and family.
Salams
wow .. mmg hebat!!
tumpang bangga sikit.
diharap FAM tidak terburu2 memanggil Wan Kuzain utk diserapkan dalam skuad pasukan negeri. FAM hanya tahu merosakkan pemain muda yg berbakat.
i blogged about ur bro the moment i discovered him from a friend.
and i hope ur father will read this, bcos ur advices are very much wise n helpful =)
Thank you. Well, just a normal advice from his big bro. Thanks for the support everybody!
salam,
tahniah sbb ade adik yg ade bakat semulajadi main bola.. semoga dia berjaya dunia, akhirat juga..
Asalamalakum Son,
A very nice comment/article on family/Kuzain, thanks. INSHA ALLAH your brother is going to be a great soccer player. May Allah tala help him to success
Pround Dad
Dr. Wan Kamal
Wassalam,
Insyaallah but you have to make sure he becomes a good Muslim first.
Hello Ecal
Check out Kuzain's latest video
http://www.youtube.com/watch?v=f-t4I5euEcE
suatu pengkisahan yg cukup baik.. ble x klu sy dptkn emel saudara utk mgkin mndptkn sesuatu yg ckup bhrga yg saudara ada terutamanya berkaitan ragbi.. sy akn follow up klu2 menerima respon positif dr saudara..
ade facebook.die tak??
salam ... skill tak penting dalam permainan bola sepak .... yang penting adalah , mengawal bola secara tenang,displin,hantaran baik dan rembatan ......
saya turut berbangga dengan wan kuzain ....
Catat Ulasan