Isnin, 27 April 2009

Umat Islam perlu bertegas pertahankan isu nama "ALLAH"



Catholics oppose new non-'Allah' Bible
Apr 26, 09 11:08am

A Malay-language Bible that does not use the word "Allah" has caused controversy among Malaysian Catholics, as the church here fights a court case to guarantee its right to use the word.

The Catholic Herald newspaper, in its Sunday edition, criticised the release of the new Bible this week at an international bookfair, which uses the Hebrew word "Elohim" instead of "Allah" for God.

Father Lawrence Andrew"The Catholic Bible that the church uses has the word 'Allah' for God whereas in comparison, this one does not," the paper's editor Father Lawrence Andrew toldAFP.

"The new Malay Bible weakens the argument for using the word Allah because some groups are trying to substitute God with a foreign name, whereas Allah is the Malay word for God and has been the accepted translation for centuries," he said.

"The publishers have copied substantially from the Indonesian Bible which was approved by the Indonesian Bible Society and the Catholic Church but this new version has not been approved by the society or the church in Indonesia or here."

The publishers of the Bible could not be reached for comment.

Christians using the word 'Allah' for centuries

The Catholic Church has taken legal action against the government after it was ordered not to use the disputed word under threat of having its paper's publishing permit revoked.

The authorities argue the word should be used only by Muslims, who form the bulk of the country's multicultural population.

Andrew said Malaysian Christians have been using the word "Allah" for centuries in translations of the Bible, and in popular prayers. The opposition has also called for the ban to be revoked.

dap graftbuster pc 230409 tony pua"The term 'Allah' has been used in Indonesia and the Middle East by Christians without prosecution or controversy, despite both being overwhelmingly Muslim-majority regions," opposition lawmaker Tony Pua said.

"It has been proven beyond doubt that it is not a term specifically monopolised only by Muslims," he said in a statement yesterday.

A court is expected to decide on May 28 whether the Church has the right to use the word.

- AFP

sumber: Malaysiakini


Sekali lagi saya sertakan ulasan Dr. Khaliff Muammar:


Isu Nama Allah: Persoalan Aqidah Bukan Perebutan Nama

Oleh: Khalif Muammar [Penulis adalah Felo Penyelidik ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu), UKM.]

Isu Herald Tribune telah mengundang reaksi pelbagai pihak sejak awal tahun ini. Setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah oleh surat khabar tersebut, Dewan Ulama Pas (Harakah, 1 Januari 2008) menyatakan Islam tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimat Allah bagi Tuhan mereka. Sebagai reaksi saya juga telah membahas isu ini dalam artikel yang diterbitkan dalam laman web khairaummah. com pada 20 Januari 2008 dengan harapan ia dapat membantu umat Islam di negara ini memahami persoalan yang sebenar.


Namun isu ini ternyata menjadi hangat kembali apabila Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, menulis dalam Mingguan Malaysia pada 27 April 2008 bahawa Umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Qur'an pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah. Mufti juga menegaskan bahawa yang menjadi permasalahan adalah bukan nama Tuhan tetapi kesyirikan penganutnya. Saya terpanggil untuk memberi tanggapan kerana hal ini akan mengundang kekeliruan jika tidak diperjelaskan dengan tuntas.


Yang paling penting kita perlu jelas bahawa nama Allah telah menjadi nama khas bagi Tuhan umat Islam. Perlu dibezakan antara kalimat Allah dari sudut bahasa yang telah wujud sejak zaman Jahiliyyah dengan kalimat Allah yang telah diIslamkan setelah menjadi istilah atau nama khas. Jika kita perhatikan kalimat tawhid: la ilaha illa Allah. Ia tidak bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan, tetapi tiada tuhan melainkan Allah. Kerana jika ia bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan maka tidak ada maknanya seseorang mengucapkan kalimat tawhid itu. Oleh kerana itu sarjana-sarjana Islam tidak bersetuju untuk menggantikan Allah dengan God dalam bahasa Inggeris.


Pengislaman nama Allah ini juga jelas apabila kita lihat surah al-Ikhlas, antara surah terpenting dalam al-Qur'an, yang menjelaskan siapakah Allah dan apakah sifat-sifatnya: "Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"."(al-Ikhlas: 1-4). Berdasarkan Surah dia atas, sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa yang bernama Allah adalah yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Dalam erti kata lain kita tidak mengakui bahawa yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut juga adalah Allah.


Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Asri memang masyarakat Jahiliyyah menggunakan nama Allah, tetapi nama Allah di situ digunakan dari sudut bahasa sahaja dan sebelum perkataan itu diIslamisasikan. Ia kemudian menjadi nama khusus yang merujuk kepada sifat-sifat di atas. Kata-kata solat, contohnya, dari segi bahasa adalah doa dan telah digunakan oleh orang Arab sejak pra-Islam lagi, ia kemudian menjadi istilah yang merujuk khusus kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu kita tidak boleh mengatakan orang Katolik juga melakukan solat hanya kerana mereka berdoa di gereja.


Umat Islam perlu melihat apa yang berlaku di sebalik persoalan nama Allah ini. Jika kita lihat dengan teliti isu ini dengan isu-isu yang sebelumnya kita akan dapat melihat hubungannya. Contohnya isu pluralisme agama yang giat dipromosikan oleh orang bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri iaitu Islam Liberal. Para pendukung pluralisme agama ini berusaha untuk mendangkalkan makna-makna atau kata kunci dalam agama. Mereka mengatakan bahawa Tuhan dalam agama manapun pada peringkat tertinggi (transcendental) adalah sama. Bagi umat Islam, konsep Tuhan kita jauh berbeza dengan konsep Tuhan dalam agama mana pun.


Pendukung pluralisme agama juga menekankan wujudnya persamaan antara agama-agama dan perbezaan perlu diketepikan untuk kebaikan bersama. Padahal bagi kita perbezaan fundamental antara Islam dengan agama lain walaupun sedikit adalah sangat penting dan tidak boleh dipinggirkan. Sebahagian orang bukan Islam bahkan mengaku telah Islam tanpa perlu masuk Islam. Kerana mereka merasa telah 'berserah diri' kepada Tuhan. Di sini mereka merujuk perkataan Islam dari sudut bahasa ialah berserah diri. Jika Allah hanya bermakna Tuhan maka kini mereka akan mendakwa bahawa mereka juga telah beriman kepada Allah. Padahal mereka hanya percaya pada Tuhan.



Contohnya lagi kita tidak boleh menggunakan kata 'liberal' untuk makna terbuka kerana ia memberi konotasi yang dalam. Kita pun tidak akan mengatakan bahawa mereka telah memonopoli perkataan liberal. Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah sarjana Islam yang paling tegas dalam hal pemberian nama atau istilah ini. Bagi beliau banyak kekeliruan berpunca daripada penamaan. Contohnya pelajaran berbeza dengan pendidikan dan ta'dib. Istilah moden dan klasik dalam pembahagian sejarah bagi beliau tidak relevan dengan sejarah Islam dan lain-lain lagi.


Sebenarnya tidak ada nas sorih dan qat'i dalam persoalan ini. Nas dan dalil yang dikemukakan oleh Dr. Asri hanya menunjukkan bahawa masyarakat Jahiliyyah telah menggunakan kalimat Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka. Kita perlu melihat ayat-ayat dan hadis-hadis seumpamanya dalam konteks penggunaannya dari sudut bahasa. Dari sudut bahasa Allah bermakna Tuhan.


Ayat-ayat tersebut turun ketika Islam mula diperkenalkan sebagai proses berdialog dengan kaum musyrikin. Setelah konsep-konsep penting dalam Islam jelas dan worldview Islam terbentuk maka di sini proses Islamisasi berlaku baik terhadap bahasa, budaya dan pemikiran masyarakat Arab.


Oleh kerana itu dengan mendangkalkan makna Allah maka kita telah menafikan proses Islamisasi tersebut dan kembali seolah-olah Islam belum bertapak. Memang kita boleh membuat kesimpulan tidak menjadi masalah orang bukan Islam menggunakan nama Allah kerana hal tersebut "tampak" secara literalnya wujud dalam al-Qur'an. Namun, dalam berijtihad seseorang ilmuwan tidak boleh hanya bersandarkan kepada makna literal teks atau nas tetapi perlu juga melihat kepada maqasid dan falsafah yang mendasarinya sebagaimana telah ditegaskan oleh al-Shatibi.


Persoalan nama Allah tidak boleh dilihat dari sudut fiqh sahaja khususnya kerana ia menyangkut aqidah. Ia mesti melibatkan kepakaran dalam bidang falsafah Islam, dan lebih spesifik metafizik Islam dan epistemologi Islam. Dalam perbualan peribadi dengan seorang tokoh pemikiran Islam, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau memberitahu dan menyambung hujah Prof S.M.N al-Attas bahawa al-Qur'an telah merubah dan memperbaiki kekeliruan dan kerusakan yang telah terjadi kepada hakikat-hakikat penting yang berkisar di sekitar ketuhanan, kemanusiaan dan kejadian.


Dalam hal ini yang terjadi ialah proses Islamisasi terutama tentang hakikat ketuhanan yang merupakan tiang seri agama Islam. Menurut beliau lagi sekarang ini yang kelihatan sedang berlaku ialah proses deislamisasi dengan membawa makna-makna yang asing dan berlawanan dengan aqidah dan pandangan alam Islam, samada aliran-aliran sekular atau dari agama-agama lain. Prof Wan Mohd Nor juga berkata setiap istilah dalam semua bahasa mempunyai batas-batas makna yang sah yang mencerminkan pandangan alam tertentu, dan yang membezakan sesuatu istilah itu dengan yang lain.


Persamaan yang banyak pun masih memerlukan istilah atau nama yang berbeza jika terdapat hanya satu perbezaan yang penting. Sebab itulah semua bahasa-bahasa yang tinggi mempunyai kamus. Keldai, kuda, baghal banyak persamaan tetapi terdapat perbezaan; dua manusia kembar siam juga diberi nama yang berbeza. Orang bukan Islam boleh mempekayakan kamus peristilahan Bahasa Melayu dengan menggunakan nama lain bagi Tuhan mereka. Dalam konteks Kristian, mereka boleh gunakan Tuhan, Dewata, Deus, Theos, atau God. Selama ini gereja, kuil, sami, paderi, uskup dan lain telah memperkayakan Bahasa Melayu dan tidak menimbulkan kekeliruan dan kemarahan masyarakat yang beragama lain.


Di sini jelaslah bahawa seseorang yang bercakap tentang persoalan aqidah mesti faham kaitannya dengan worldview, tasawur dan pemikiran Islam. Dalam hal ini, aqidah tidak hanya bermakna kepercayaan dan keimanan dalam ertikata yang sempit seperti biasa difahami oleh masyarakat umum, namun ia adalah satu set keyakinan yang dapat memberi kesan kepada cara berfikir (worldview) dan cara hidup (way of life) seseorang Muslim.


Kita juga perlu berfikir mengapa kaum Katolik ingin menggunakan nama Allah? Kita tidak boleh tertipu dengan hujah persamaan nama yang bagi sesetengah orang hanya bersifat luaran. Kita tahu pada hakikatnya nama Tuhan mereka bukan Allah. Nama Allah mungkin relevan bagi penganut Kristian di negeri-negeri Arab tetapi tidak di selain negeri Arab. Oleh itu jelas terdapat agenda yang tersembunyi yang tidak boleh luput dari perhatian umat Islam. Isu ini juga dibangkitkan dengan memanfaatkan toleransi dan dialog antara agama yang semakin mendesak ketika ini.


Tindakan membiarkan pihak Kristian menggunakan kalimat Allah bukan satu toleransi tetapi satu penggadaian hak dan kedaulatan. Ia adalah satu kerugian yang besar dan kelemahan yang nyata apabila umat Islam membiarkan penganut agama lain mendangkalkan konsep dan istilah penting dalam Islam. Perkataan Allah, solat, tawhid, rasul, bahkan istilah Islam itu sendiri membawa makna yang tersendiri setelah diislamisasikan. Kalimat-kalimat ini telah menjadi bahagian penting daripada pandangan sarwa Islam (Islamic worldview). Jika ia dikaburkan maka sudah tentu akan memberi kesan kepada pemikiran dan aqidah umat Islam. Sesiapa pun yang ingin memahami persoalan ini perlu sedar bahawa beberapa istilah keagamaan tertentu telah menjadi 'milik' umat Islam.


Sebarang tindakan meng-'import'nya boleh dianggap sebagai penyalahgunaan dan pencabulan terhadap agama Islam. Istilah-istilah keagamaan mesti dihormati, dari agama manapun ia datang, oleh penganut agama lain. Toleransi mungkin berlaku jika wujud penghormatan terhadap agama lain. Nama dan istilah tertentu seperti Pope, Paderi (priest), Sami (Monk) dalam agama-agama tertentu tidak boleh digunakan sewenang-wenang oleh penganut agama lain. Ini bukan sahaja kerana ia telah sinonim dengan agama penggunanya tetapi juga kerana kalimat ini telah diwarnai atau mengandungi pandangan sarwa penggunanya.


Oleh itu tindakan Kementerian Dalam Negeri pada 31 Disember 2007 melarang penggunaan nama Allah dalam surat khabar Herald adalah tindakan tepat dan positif yang bermakna bagi umat Islam. Ia perlu disokong dan orang-orang agama tidak sepatutnya mengeruhkan lagi keadaan. Umat Islam mesti mempertahankan nama Allah untuk tidak digunakan oleh orang bukan Islam selagi termampu. Masyarakat Islam di negeri-negeri Arab tidak mempunyai kemampuan untuk mempertahankan hal ini kerana ia berlaku secara halus dan di luar kawalan mereka. Kebelakangan ini tampaknya ketidaksepakatan orang Islam dalam hal ini telah membuka ruang kepada Herald Tribune untuk menggugat keputusan Kementerian tersebut.


Maka dapat disimpulkan bahawa jika dilihat dari sudut falsafah dan pemikiran, dan bukan hanya dari sudut fiqh, kita akan melihat bahawa nama memberikan seribu makna. Jauhnya perbezaan antara Allah dengan Tuhan ibarat langit dengan bumi. Jelaslah isu ini bukan isu perebutan nama tetapi isu yang menyangkut jantung aqidah.


Ia juga berkaitrapat dengan pendangkalan makna Allah untuk menjustifikasikan pluralisme agama. Kita tidak boleh membiarkan pendangkalan makna tersebut berlaku tanpa penolakan umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab semua ilmuwan Islam untuk menentang segala usaha mendangkalkan makna dalam Islam.

sumber: Minda Madani



Isu ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan cepat jikalau semua ulama' dari pelbagai kumpulan mengeluarkan satu kenyataan rasmi dengan menegaskan akan perihal umat Islam dalam isu ini. Saya lihat bilamana Dewan Ulama' PAS dan Dr. Asri membuat kenyataan yang tidak berapa menguntungkan umat Islam dalam isu penggunaan nama Allah ini, maka Kotak Pandora itu terus terbuka sehingga meleret-leret isu ini dijaja dalam media massa yang sememangnya suka memanaskan masyarakat dengan isu-isu sensitif.


Jangan pandang remeh isu ini. Kalau anda baca majalah Sabili edisi minggu lepas anda pasti akan terima hujah Dr. Khalif Muammar di atas.





Juga baca artikel dalam Sabili ini tentang agenda Kristianisasi yang menggunakan modus operandi kekeliruan semantik dalam Bahasa Indonesia:





Kita di Malaysia ini tidak dilanda badai Islam Liberal, dan Pluralisme agama secara tegar seperti jiran kita nun di sebelah sana. Sudah tentu dalam perihal sebegini kita ambil mudah. Berfikir secara simplistik sehingga tidak nampak kesan limpahan daripada isu ini kelak. Hendak pula bila sebuah jemaah Islam politik sudah duduk di bawah payung yang menghimpunkan bermacam-macam manusia yang berbeza ideologi tetapi dibalut dengan satu tujuan ya'ni KUASA.


Untuk berKUASA, dalam politik era pasca moden ini, semua benda jadi halal. Demi undi, aqidah boleh digadaikan sementara waktu semata-mata untuk memuaskan hati pengundi.


Ini sama juga dengan kes
I-Dance di Pulau Pinang tempoh hari. Nasib baik Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang jenis tidak totok politik kekuasaan dan juga NGO Islam yang lain turut sama berkerja keras membedah pengaruh liberalisme yang menular dengan topeng yang seolah-olah tidak mendatangkan kemudaratan (nak tahu lebih lanjut kena tanya orang Pulau Pinang).


Saya harap Dewan Ulama' PAS sekali lagi dapat keluarkan kenyataan tegas berhubung perkara ini kerana PAS mempunyai leverage terbesar dalam menzahirkan izzah Islam di Malaysia.



Pengumuman:

Esok, Selasa 28 April 2009, Saya akan mengupas secara tuntas berkenaan buku di bawah di kelas Malaysian Studies dibawah kelolaan Prof. Murad Merican:






Tajuk pembetangan saya adalah berdasarkan kertas kerja yang saya tulis untuk projek Malaysian Studies iaitu
"Preliminary analysis on Syed Muhammad Naquib al-Attas' thoughts with special reference to his Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu."


Wacana ini turut disertai oleh rakan-rakan yang lain dalam membicarakan isu ISA dari perspektif mahasiswa luar negara yang membuat perbandingan ringkas akan akta yang zalim ini dengan akta yang sama di luar Malaysia.


Wacana akan bermula pada jam 5.30 petang di Poket D3.


15 ulasan:

umar berkata...

salam alaikum.

akhi, bagi ana isu kalimah Allah ini masing-masing ada pandangan tersendiri.

Dan bagi ana, ada dua golongan dalam masyarakat.

Satu golongan ahli dakwah, yang bahasa mereka sentiasa lembut, dan satu lagi ahli siasah yang sentiasa melihat kemaslahatan umum.

Bagi ana, ustaz ahli dan ulama seangkatan dengan beliau adalah ahli dakwah.

ketika ayat alquran menyuruh kita agar menyeru golongan ahlul kitab ini dengan bahasa yang ada persamaan antara kita dan mereka, (keluarga imran : 64) seruan menyembah Allah.


apabila perkataan ini dinafikan dari mereka, apakah ada lagi ruang untuk mendekatkan hubungan mereka dengan kita seterusnya membuka ruang dakwah kepada mereka? inilah yang difikir oleh ulama dakwah, ana rasa anta faham perkara ini.

keduanya, ahli siyasah (pemerintah) , mereka melihat dari sudut kemaslahatan umum.

bagi ana dua-dua pandangan tidak salah, dua-dua golongan ini perlu ada di dalam masyarakat.

Satu sebagai penyebar kesatuan dan kasih sayang, dan satu sebagai pengawal ummah.

pengawal ummah diperlukan mereka yang tegas agar mereka berhat-hati dan golongan ahli dakwah sebagai memberikan ruang kepada mereka bahawa islam tidaklah terlalu mengongkong agama lain.

ana hormati kedua-dua golongan.

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Ana faham juga enta punya perkiraan. Tetapi dalam isu ini, spesifiknya isu Herald, apakah ini satu perkara yang boleh dibiarkan?

Jikalau benar kita harus membuka ruang yang ada untuk mereka gunakan dalam konteks ini, jadi Indonesia seharusnya menjadi negara yang benar-benar berjaya melunturkan Kristianisasi.

Tapi sebaliknya berlaku. Malah, kerana Pancasila, ketiadaan autoriti untuk Islam, Indonesia terpaksa berhadapn dengan masalah sekularisasi, pluralisme agama dan liberisasi agama yg tegar.


Malah HAMKA sendiri sanggup masuk penjara kerana mempertahankan fatwa beliau berkenaan Hari Natal.


Jangan kita nilai perkara ini dari sudut simplistik. Sudah dijelaskan tetapi kedegilan masih berlaku.


Sudah berapa banyak hak orang Melayu dan Islam dirampas?


Ini al masalih al mursalah. Tiada boleh kita bertoleransi.


Pencemaran kata kunci aqidah seperti yang diterangkan Imam al-Ghazali dalam Ihya' harus di ambil i'tibar kerana kesannya sangat besar kelak.

HambaAllah Yang Memakmurkan berkata...

Salam,

Ana nak lebih penjelasan berkenaan penggunaan kata TUHAN dan ALLAH berbeza. Adakah ini merujuk kepada penggunaan TUHAN oleh non-muslim atau semua perkataan TUHAN?

Kalau semua..rasanya kene check balik nih. Allah memang bukan seperti apa yg digambarkan oleh agama yg lain, tetapi menafikan penggunaan perkataan TUHAN itu ALLAH..we have to check that again. Ana rasa itulah apa yg dimaksudkan oleh Dr Asri sebagai mereka mensyirikkan Allah tuh.

Sebab tu orang Nasrani ni disebut golongan yg sesat dalam surah Al-Fatihah. Perbuatan mereka menyelewengkan konsep ketuhanan tuh.

Tentang perkataan Allah, em..napa ya Indon affected, tapi orang arab tak kena perang pemikiran dan efek kristianisasi sprt mana yg anta sebut Indon terkena dengan dahsyat?

Wassalam

Rausyanfikir berkata...

Tak clear lg ke artikel Dr. Khalif Muammar tu?

Kita di Nusantara ini masih tak habis jalani proses Islamisasi. Orang Arab dah berkurun sebati budaya semua. Sebab itu Kristianisasi tak signifikan di sana.

Orang Arab pun keliru dengan terjemahan makna Sekularisme yang dikaitkan dengan Ilmaniyyah hasil terjemahan intelektual kristian.

Tanpa Nama berkata...

1) Alasan Umar terlalu dangkal, hujah xkuat.. Bagaimana kita boleh menjustifikasikan pemimpin juga ada pandangan tersendiri, walhal ini ada kaitannya dengan akidah umat?

2) Nampaknya org kita sudah hilang sentimen bahasa yg Islami, sebb dah pekat aliran sekular dalm otak. Sebab itu penulisan BM yang mudah pun dah xfaham.

Ibnu Abas berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ibnu Abas berkata...

"Ketahuilah bahwa semua ilmu terdapat pada nama-nama
dan setiap nama menunjukkan kepada sesuatu.
Segala sesuatu mesti memiliki nama.
Nama merupakan petunjuk tentang sesuatu.

..

Nama terbentuk dari fungsi dan sifat
yang terkandung dalam sesuatu.
Setiap nama mempunyai makna.
Nama-nama (al-asma') yang diajarkan Allah
kepada Adam adalah nama-nama seluruhnya.
Semua ilmu terkandung dalam nama.
Kerana nama adalah penanda sesuatu,
maka setiap nama merupakan
petunjuk kepada pemilik nama itu.
Nama-nama Tuhan 'Azza wa Jalla
adalah petunjuk tentang sifat-sifat-Nya,
dan nama-nama makhluk-Nya
adalah petunjuk tentang perbuatan dan sifat mereka.

..

Allah berfirman:
Dia menciptakan manusia, mengajarnya al-bayan.
Maksudnya, penjelasan (bayan) tentang segala sesuatu
sudah terkandung dalam nama-nama
dengan segala sifat dan maknanya."

- bab Tentang Nama,
kitab Mata Air Kearifan
('Ilm al-Awliya), al-Hakim al-Tirmidzi
Nama perlu tepat dengan maknanya.
Penyelewengan makna mencetuskan kekeliruan,
menggantikan sesuatu dari tempatnya.
Makna yang asli terubah menjadi
bercampur, tidak murni lagi.

Maka, perlu disandingkan makna kepada namanya,
pada tempat yang wajar
serta keadaan yang tepat
dan benar
dan betul
.

"Ungkapan-ungkapan bijak adalah makanan
bagi para pendengar yang memerlukan,
dan bahagianmu hanyalah apa yang engkau (mampu) cicip darinya."

- kitab al-Hikam, Ibn 'AthaillahSabar, dan maafkan kekurangan yang lain.
Masing-masing punya tahap faham
yang berbeza,
yang penting sambut kekurangan
dan lengkapi hingga beroleh kecukupan.
Yang jahil khabarkan,
Yang kabur jelaskan,
yang tetap keras menegak
perlahan-lahan dilenturkan,
yang tertutup du'akan
mohon dibukakan.

Tetapkan sandaran pada-Nya,
jangan sekali-kali pun
bersandar pada diri sendiri.

Allah-lah Pemberi taufiq dan hidayah.

aediasri berkata...

salam,

sekadar pertanyaan;

saudara ada menyebut bahawa kerana proses Islamisasi yang belum habis di nusantara, berbanding suasana di tanah Arab.

Bukankah proses kristianisasi itu secara umurnya lebih muda dari Islamisasi?

Mungkin dari melihat sebagai ancaman, para da'ie boleh mengambilnya sebagai peluang?

ramona berkata...

salaam..

mabruk atas presentation yang mantop!

semoga lebih sukses!!

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Terima Kasih atas sokongan semua. Tak cukup masa tadi. Kalau lama lagi, lagi best.

weber berkata...

sememangnya perlu untuk kita pertahankan nama Allah... tetapi dengan cara mengharamkan, ini akan menjauhkan non-Muslim kepada kita...
saya lebih suka dibenarkan penggunaan kalimat Allah tetapi dengan 2 syarat..
1) tiada gandingan spt Allah-Yesus, Allah-Bapak..
2) penjelasan muka hadapan tentang sifat Ahad dan Samad Allah
kalau paderi gereja tu setuju untuk terima syarat ni.. apa salahnya...

Rausyanfikir berkata...

Dah runding tapi xnak juga.

Amin Baek berkata...

faisal tehrani juga mengulas isu ni..

http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/allah.html

Tanpa Nama berkata...

'istilah Islam itu sendiri membawa makna yang tersendiri setelah diislamisasikan.'


hurm...satu pandangan yg menarik...nmpknya agama islam ini berhak cop sesuatu perkataan menjadi miliknya. sy kurang setuju dgn statement menjadikan suatu perkataan milik abadi sesuatu bangsa, dapat kah kerajaan berbuat begitu????mulut manusia boleh dibawa ke mana2, dan tidak seseorang pun yang boleh 100% menegah orang yg lain utk menyebut sesuatu perkataan. contohnya, kita tegah anak kita untuk menyumpah, adakah mereka akan tidak menyumpah untuk selama2nya???

peace =)

panakz berkata...

Bagi saya nama Allah itu tidak perlu di haramkan untuk digunakan oleh agama lain seperti kristian dan sikh. sudah jelas bahawa pengertian Allah bagi umat islam dalam surah Al-Ikhlas, "lam yalid walam yulad" (x tau nak tulis dalam huruf roman), yang bermaksud tidak beranak dan tidak diperanakkan. Masalahnya, adalah keegoan orang melayu. Negara Islam seperti Arab Saudi tidak mengharamkan penggunaan nama Allah oleh penganut kristian. begitu juga dengan negara2 majoriti Islam timur tengah yang lain. Begitu juga dengan negara tanah wali songo (indonesia). Malah Rasulullah SAW tidak pernah melarang penganut agama2 samawi (walaupun baginda tahu para ahli kitab ini sudah jauh terpesong) daripada menggunakan nama Allah. Sebenarnya Islam itu mudah. tidak perlu lah kita berbalah pendapat. kenapa tidak dirancakkan lagi kegiatan dakwah Islamiyyah di kalangan anak muda Islam dan penganut agama lain? dakwah itulah yang penting untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham agama. masyarakat kita semakin jahil tentang agama. Pemerintah kita adalah dikalangan Islam, bila difikirkan kita boleh dapat banyak dana untuk dakwah, jadi sepatutnya tiada masalah dalam memperkasakan dakwah. namun apa yang berlaku, rasuah dan maksiat berleluasa. sekolah2 agama tidak terlepas dari maksiat. kita beruntung kerana kita adalah orang Islam. Tapi jangan lupa, bid'dah yang keterlaluan akan membawa bala kepada umat Islam. jangan la jadi seperti puak khawarij, tapi jadilah seperti khalifah al-Rasydin dan pengikut2 khalifah tersebut.
seringkasnya, tidak perlu lah melebih-lebih daripada apa yang pernah dibuat oleh Rasullulah SAW dan para Sahabat. Islam itu mudah. Senang saja, ikut sunnah. perkasakan dakwah. kerana Islam itu adalah benar, maka jangan risau tentang "terpesong". yang penting dakwah.
apa pun, ini cuma pendapat peribadi. dan setiap orang berhak memberikan pendapat.