Sabtu, 11 April 2009

Sembang-sembang 'political Islam'



Petang tadi saya bicara panjang dengan rakan-rakan JIK.  Sekian lama mereka membisu (sibuk 2 bukit) akhirnya dapat juga bicara. Macam biasa, heating exchanges berlaku.  Bukan senang nak pengaruh orang. Lagi-lagi manusia-manusia yang sudah benar-benar dicelup dalam sibgah political Islam.



Tidak dinafikan mereka ikhlas berkerja untuk Islam dalam kampus dan di luar kampus. Cumanya entah saya cukup hairan dengan rakan-rakan yang benar-benar nampak juzuk perjuangan ini dalam jalur politik. Tengok status Gtalk pun begitu. Mula-mula masuk JIK tak ada pula cenderung sangat ke politik. Innocent je semua. Tapi lama-lama makin menjadi 'hijau'.



Bukan masalah warna itu. Tapi dari segi problem definition dan solution itu yang saya kira perlu diperhalusi betul-betul. Bila mana reference kita hanya tertakluk kepada ustaz-ustaz politik, maka orientasi berfikir pun begitu. 



Selepas maghrib saya turun ke cafe untuk makan malam. Terjumpa rakan saya dari Turkmenistan, bumi para sufi dan ulama' agung seperti Ibn Sina, Imam al-Bukhari, dan Imam al-Maturidi yang mempelopori aliran aqidah ahl Sunnah Wal Jamaah aliran Maturidiyah ( satu lagi Ash'ariyah) yang mana kitab aqidah orang Melayu zaman-berzaman ya'ni Aqaid al-Nasafi tulisan Imam al-Nasafi merupakan daripada jenis aliran Maturidiyah.  



Walaupun orang Melayu bermazhab Syafi'e, dari segi aqidah kita tidak ada masalah menggunakan kitab aliran Maturidiyah yang juga dipengaruhi oleh aliran aqidah Imam Abu Hanifa (mazhab Hanafi). Sudah tentu semua ini adalah aliran Muktabar aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah (bukan Wahabiyyah ye).



Sintesis dan dinamika intelektual orang Melayu sudah jelas terlakar zaman-berzaman dengan penggunaan kitab-kitab tersebut.



Tapi warisan sejarah berkurun lama sudah menjadi nyawa-nyawa ikan di bumi Asia Tengah itu. Itulah keluhan rakan saya dari Turkmenistan yang mana satu ketika dahulu merupakan satu wilayah agung kerajaan Turki Uthmaniyah.



Hendak dibandingkan nasib mereka dengan kita, jauh sangat berbeza. Islam itu hanya status pada kad pengenalan. Bahana cengkaman Soviet seketika dahulu.


Tekanan politik di Turkmenistan sememangnya ada. Tapi tiadalah poltical Islam semacam Ikhwan. Ada satu sahaja parti ya'ni kerajaan. Malah kerajaan itu sendiri bertindak mengawal sebarang gerakan yang mampu membawa ancaman kepada negara. 



" Brother, how do you view the future of your country? I mean, we in Malaysia, the way forward mainly being popularized by political Islam. Islamic politics. But in your case, it is very different."



"Yeah. Of course. We need to work from below."



Saya bertanya lagi: " How?"



"Well, not many people knew that there are dedicated Nursian movement scattered all over the world including in our country".



Benar. Itulah hakikat. Dari Brazil hingga ke Mongolia, gerakan dakwah Said Bediuzzaman Nursi telah melebarkan sayap-nya. Sudah tentu gerakan Nursi bukanlah gerakan politcal Islam. Kerja mereka adalah kerja classics para ulama' agung ya'ni mendidik dan melakukan perubahan dari bawah ke atas.



Kami berborak panjang. Kesian kepada beliau kerana memang banyak cabaran hidup dalam keadaan sebegitu rupa. Islam itu sememangnya sesuatu yang asing dalam diri mereka sebelum sampai ke kampus ini. Hanya slogan. 



" You know what Fayhsal, even in Turkey where most of our students are studying, there are KGB agents studying with them."


"What?"


"Yeah, some of my friends they are working with the government as KGB agent. They have to watch us out if we were up to supiscious activity. I know some of them."



Dahsyat. Sebegitu sekali. Malah Risala-e-Nur , magnum opus Said Nursi sendiri diharamkan di negara beliau.  Dalam keadaan sebegitu, tiada tempat untuk political Islam. Akar masalah-nya bukan sangat pada kepimpinan tetapi masyarakat itu sendiri.



Atas dasar keselamatan kami hanya bergelar anonymous.






Tiba-tiba datang pula dua rakan saya dari Sudan. Kami duduk dan borak panjang. Bukak cerita pasal Presiden Omar Bashir dan tentang gerakan Islam.



Tahukah anda bahawa kerajaan Sudan sekarang merupakan kerajaan yang didirikan oleh Ikhwanul Muslimin Sudah?



Ideologue utama mereka adalah ulama' polymath Hassan al-Turabi. Kata rakan saya, sebelum berkuasa semua-nya cantik selepas berkuasa Hassan al-Turabi berubah 180% - hanya kerana politik untuk kekalkan kuasa.



Bayangkan itu Sudan. Negara yang benar-benar suasana-nya Islamik.Masih tidak parah daripada dicederakan oleh wabak Pembaratan.



Kami semua bersetuju bahawa eskperimen -diulang, EKSPERIMEN poltical Islam sudah semakin menampakkan kegagalan. Umat Islam tidak memerlukan penyelesaian daripada atas ke bawah tetapi dari bawa ke atas. 



Walaupun Imam Khomeini mewajibkan wanita Iran berhijab menggunakan undang-undang dengan penguatkuasaan Polis Moral, masalah di bawah hijab itu masih diheret sama semenjak zaman Shah Iran. 



Superficial change. Sebab itu bila orang Iran ini keluar dari negara mereka, freedom itu satu nikmat. Bebas daripada rejim agama yang totalitarian.



Perubahan apa ini? Revolusi apa ini? Apakah ini idelogi atau agama? Hati belum dilembut sudah dipaksa semua-nya. Lagi memberontaklah manusia-manusia tersebut hendak-nya wabak Pembaratan makin keras.



Revolusi Iran 1979 telah menyuntik semangat baru dalam gerakan Islam. PAS juga evolusi selepas era itu. Kepimpinan ulama' itu bukan sangat milik Ikhwan tetapi lebih mirip kepada Mullah di Iran. 



Entahlah. Bila mana kami bincang panjang, ternyata kami kupas banyak sangat kelemahan political Islam. Hendak kata Hassan al-Banna sendiri taksub berpolitik tidak juga. Tapi makin lama kita makin kemaruk. Akhlak dalam berpolitik jauh sekali sama dengan akhlak Nabi Musa menegur Firaun yang sangat Zalim. 



Apa semua ini? Di tambah pula dengan jemaahisme, satu mentaliti kepuakkan yang tegar. 



Why can't people just focus on educating the society without being sir wa hazar and having herd mentality that diverge the common interets with other Muslims be it pseudo Muslim or so-called 'I am holier than thou'.



Serius. Kami rasa sudah sampai masanya tenaga, masa dan kefahaman para pencinta Islam balik kepada cara zaman-berzaman ulama' silam membaiki ummah ya'ni pendidikan. Gerakan Nursi merupakan prototype terbaik untuk kita contohi untuk ke arah itu dalam zaman moden tini. Baca sajalah Risalah-e-Nur. Jauh sangat beza dengan teks-teks usrah political Islam yang kadang-kala menenggelamkan ma'na dan unsur tasawwuf dalam mendidik ahli.



Patutla saya dulu jenis suka melawan dengan orang yang tak sama dengan jemaah saya. Dengan pakcik makcik semua saya ada konflik hanya kerana saya 'hijau'. 


Sukacita saya petik hujah Syakh Yusuf al-Qaradawi melalui karya-nya bertajuk Priorities of Islamic Movement in the Coming Phases:




Reservations on Democracy
Some Islamists still have their reservations on democracy, and are even wary of the word "democracy” itself.


What I wish to stress here is that Islam is not democracy and democracy is not Islam and that I would rather that Islam is not attributed to any principle or system. Islam is unique in its means, ends and methodologies, and I do not wish that Western democracy be carried over to us with its bad ideologies and values without us adding to it from our values and ideologies in order to integrate it into our comprehensive system.


However, the tools and guaranties created by democracy are as close as can ever be to the realization of the political principles brought to this earth by Islam to put a leash on the ambitions and whims of rulers.  These principles are: shura [consultation], good advice, enjoining what is proper and forbidding what is evil, disobeying illegal orders, resisting unbelief and changing wrong by force whenever possible. It is only in democracy and political freedom that the power of Parliament is evident and that people's deputies can withdraw confidence from any government that breaches the Constitution, and it is only in such an environment that the strength of free Press, free Parliament, opposition and the masses is most felt.


The fears of some people here that democracy makes the people a source of power and even legislation (although legislation is Allah's alone) should not be heeded here, because we are supposed to be speaking of a people that is Muslim in its majority and has accepted Allah as its Lord, Mohammad as its Prophet and Islam as its Religion. Such a people would not be expected to pass a legislation that contradicts Islam and its incontestable principles and conclusive rules.


Anyway, these fears can be overcome by one article stipulating that any legislation contradicting the incontestable provisions of Islam shall be null and void because Islam is the religion of the State and the source of legitimacy of all its institutions and therefore may not be contradicted, as a branch may not run against the main stream.


It should be known that the acceptance of the principle that legislation or rule belong to Allah does not rob the Nation of its right to seek for itself the codes necessary to regulate its ever-changing life and earthly affairs.


What we seek is that legislations and codes be within the limits of the flawless texts and the overall objectives of Shariah and the Islamic Message. The binding texts are very few, while the area of "permissibility" or legislative free space is quite wide and the texts themselves are as flexible and capacious as to accommodate more than one understanding and accept more than one interpretation, which leads to the existence of several schools and philosophies within the expansive framework of Islam.


Secara teori gerakan Islam yang menyertai demokrasi ini faham benar akan kepincangan dan juga 'perangkap' sistem ini. Tetapi bila berpencak disitulah kita dapat lihat 'warna' sebenar perjuangan Islam tersebut. Kita sering meletakkan demokrasi itu sebagai matlamat, walaupun dalam usrah kata lain. 



Really. In usrah, these people will talk all the nice things about being in the movement. When it comes to politics they become like chameleon. Why is that so? What else? It is for POWER!



Mereka ini agaknya tak faham praxis kekuasaan (rujuk artikel saya yang lalu tentang praxis) dalam politik. Memanglah sebelum berkuasa, semua benda nak jilat. Dah berkuasa ingat senang nak maintain kuasa? Orang Ikhwan yang ditarbiyah kow-kow di Sudan pun jadi sotong bila nak maintain kuasa. Sangat sedikit, sangat seciput, golongan political Islam yang benar-benar mampu tahan diri daripada tergelincir dalam lembah perangkap demokrasi ini. 



Political Islam is just an experiment to revive the ummah in post-colonial era. But many of us, due to our ignorance of history and tradition, plus our impatience, has chosen to believe our struggle to be taken as ABSOLUTE VALUE to change the ummah.



Anda ingat musuh Islam nak ubah umat ini sehari dua? Satu dua tahun? Mereka perlu masa yang lama juga!



Apakah ingat kita juga mampu buat magik untuk ubah masyarakat dengan KUASA semata-mata? Ilmu yang cabuk menghasilkan penyelesaian yang tempang!



THERE IS NO QUICK FIX FOR OUR UMMAH'S MALAISE!!! NEVER WILL!!! AND GUESS WHAT? WE STILL DO NOT HAVE ANY IDEAS WHAT ARE OUR REAL PROBLEMS (referring to political Islamist)!!!!



Inilah yang gagal dilihat oleh gerakan Islam politik mutakhir ini.  Entahlah itu yang saya, dan rakan-rakan dari Sudan dan Turkmenistan kongsi. Mereka bukan bodoh pasal gerakan Islam. Cuma mereka dah lalui sendiri.



Tak terfikirkah kita bagaimana Islam tersebar di Nusantara ini? Apakah dengan kuasa semata-mata? Tahukah cerita bagaimana wali songo meng-Islam-kan warga Indonesia dahulu?



Mungkin kuasa yang digunakan adalah soft power yang sudah tentu bertitik tolak dari kekuatan Ilmu --> Iman ---> Amal.



Saya akan terus berusaha mengkaji akar political Islam ya'ni sumber utama adalah Syakh Muhamamd Abduh dan al-Afghani. Perlu cari satu kritikan padu untuk mengubah dimensi gerakan Islam yang ada sekarang. Pada masa yang sama mengkaji titik kekuatan gerakan Nursi yang sebenarnya dalam diam telah banyak melakukan perubahan di seluruh dunia.



Saya bukan anti politik. Cuma melihat keadaan yang semakin naik 'syeh', kita kadang kala hanyut dengan politik. Serius. 



Sebab itu mungkin, di kampus-kampus, perubahan yang berteraskan kuasa tidaklah sangat menampakkan hasil. UM? UIA? UTP? Ini semua stronghold penting. Have the society become more Islamic? Or just kader ahli je?



Mungkin ada yang akan kata saya ini berteori sahaja. That's the easiest way to discredit a thinker. Dualism theory-practice. 



Ataupun ada yang akan kata " masing-masing cara sendiri lah. Buat kerja enta sudah"



Now wait.  We are talking about al-haqq. How could we have different of opinions? Methodologically, the differences crop out due to the difference of percepetions and understanding of the problems.



We all want to see good. But do you think this is the way forward? Giving false hopes and Utopian dreams?



Ini perlu muzakarrah panjang lagi. Kita suka sangat bermimpi akan perubahan yang cepat. Sebab itu ramai termakan janji katak 16 September. 



What a fool. That's politics. The least on the line for change if we were to follow the great tradition of the past.



13 tahun brother Rasulullah S.A.W perhalusi aqidah dan kefahaman para sahabat. 



I just got to know al-Ghazali and the rest of the Imams AFTER being critical about political Islam.



Sebelum ini, ulama'-ulama' agung ini dipukul rata oleh golongan political Islam. Semua satu aras. Ini yang Prof. al-Attas cukup marah. Kehilangan adab. Mawlana Rumi pun menempelak manusia yang menjustifikasikan tindakan politik yang keji berdasarkan sirah nabi. Macamla Baginda Rasulullah mabuk kuasa. 



Are you crazy? You put your ugly political agenda in the same shoes of Rasulullah? What a joke!!! Really!!! 



You want to equate a man who has seen heaven and hell and talking to God with us who once smell the aroma of power like 'that man' already become frogs?



Orang yang patut diangkat jadi watak tambahan sahaja.



Rakan-rakan JIK di seluruh Malaysia, saya kira kita perlu berhimpun dan bincang balik, muhasabah balik hala tuju gerakan mahasiswa Islam. 


I really don't think political Islam is the way forward. Banyak sangat ambiguiti dan syubhah dalam berpakatan. 


Coretan ringkas sahaja. I entitled to my own opinons. But my opinions are not merely empty words. It came from a deep thinking and thorough discussions. Therefore don't simpley wipe it out. I urge you readers, to think also and hopefully God will guide us to the correct path that has been proven successful as being practiced by the heir of Prophets which the tradtionalist Ulama'. 


Wallahua'lam.



5 ulasan:

ba'ang berkata...

salam...

teringat perbincangan saya hari itu dengan seorang guru di MRSM Berseri..

antara masalah yang menjadi topik hari itu adalah yang seperti sdr. tulis tadi

Kami semua bersetuju bahawa eskperimen -diulang, EKSPERIMEN poltical Islam sudah semakin menampakkan kegagalan. Umat Islam tidak memerlukan penyelesaian daripada atas ke bawah tetapi dari bawa ke atas.

kita tidak teguh lagi dalam peringkat (stage) ini. Bagaimana mahu pula mengubah keseluruhannya. Uruskan dahulu peringkat (stage) ini. Keluarga kita, rakan-rakan kita, jiran kita.

apabila sudah selesai di situ barulah pergi kepada stage seterusnya.

ini apa yang saya pandang dalam artikel sdr. tadi sebagai dari bawah ke atas dan bukannya dari atas ke bawah.

betul bukan?

ada lagi..


13 tahun brother Rasulullah S.A.W perhalusi aqidah dan kefahaman para sahabat.

dan bila menceritakan perihal kegopohan kita untuk melakukan perubahan ini juga, saya teringat dengan Shabab Muhammad yang menjadi serpihan Ikhwanul Muslimin. Sudahnya, lenyap ditelan zaman.

Demokrasi (baca: sekarang) itu sendiri bukannya daripada celupan yang betul.

Kita perlu mula dari bawah, dan saya percaya kita sudah pun bermula.

NoktahHitam berkata...

Tahniah! Sangat seronok di bace.

If I'm the PM, I'll definitely have on my "4th floor".

Well done again Rausyan!

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Sebetulnya saya berasakan anda belum matang dalam situasi politik di Malaysia kerana masih meletakkan pengikut sebagai kayu ukur dan bukan tingkah serta pendapat pimpinan dan idealism PAS sebagai bahan rujukan.

Situasi pergerakan pelajar di universiti-universiti di Malaysia adalah rfleksi kepada satu period menuju ke arah kematangan maka situasi seperti idealism yang sangat idealistik, puritan dan sebagainya adalah rencam yang perlu ditangani dengan hikmah bukan dengan jalan provokasi seperti ini.

Bagaimanapun, teruskan menulis idea-idea anda. Tulisan orang muda seperti kita akan sentiasanya sedikit 'keras' tetapi akan menjadi bahan tak kering gusi buat diri sendiri dalam dua tiga tahun ke depan nanti insya-Allah.

Anak Alam

Rausyanfikir berkata...

Wassalam kpd bro. Anak Alam,

Sememangnya kalau dilihat kritikan saya agak emosional. Tapi dari segi realitinya juga, apa yang PAS sedang bawa masih belum boleh kita berpuas hati dengan begitu sahaja seoalah-olah ini sajalah standard PAS.

Saya mungkin tidak lama dan berpengalaman dengan PAS tapi daripada kerjasama yang saya saksikan antara PAS dan rakan2 NGO saya, sememangnya PAS lebih slogan daripada solusi.


Ya mahasiswa memang idealistik. kerana itulah mereka berpontesi besar untuk menjana idea baru dalam memperbaiki mutu PAS.


Kritikan saya ini bukan datang semata-mata kerana membenci politik atau PAS tetapi lebih kepada kerisauan kita hanyut dalam usaha mengislah umat melalui jalur siasah yang sebegini sedangkan masa, tenaga dan contoh daripada perjuangan telah mengecilkan dimensi perjuangan Islam dalam juzuk yang lain seolah-olah the cream must be in politics dan intelektual di universiti kurang mendapat tempat dalam perjuangan massa.

Tanpa Nama berkata...

di saat anda mengatakan tentang perjuangan Islam yg suci, dan mengatakan diri anda sedang membawa Islam, anda telah lupa satu perkara...ade tak anda merujuk kembali arkanul baiah???apakah benar anda benar2 faham dalam perjuangan anda ni???ape anda benar2 ikhlas berjuang???apa anda pernah berbaiah???dan jika ya, kenapa anda mesti membuka seribu satu rahsia di sebalik baiah anda itu???revise diri anda...

Mahasiswa memang idealistik...BENAR...TAK BERPIJAK PADA BUMI YANG NYATA...melihat bnyk perkara pada perkara2 ideal...pernah anda turun berjuang dgn sahabat2 anda, mengorbankan harta anda, duit anda???jika sekadar berkata di ruangan ini, tanpa ke medan sebenar, takutlah....amat besar kemurkaan allah terhadap org yg tidak mengerjakan ape yg mereka katakan...

~Bersama membersihkan perjuangan kita semua~