Isnin, 20 April 2009

Pesta Buku 2009



Sudah lama saya mencari magnum opus Said Bediuzzaman Nursi. Sebelum ini saya hanya boleh terliur melihat koleksi
Risale-i-Nur yang dimiliki oleh Dr. Adi Setia sewaktu berkunjung ke pejabatnya di UIA. Lebih kurang 3 tahun lepas saya pernah terlihat koleksi tersebut di MPH Mid Valley tapi maklumlah, pada waktu itu masih aktivis political Islam.


Rezeki akhirnya kunjung tiba jua di mana saya dapat bertemu kembali dengan koleksi tersebut di gerai Fountain Turkish Cultural Centre sewaktu bertandang ke Pesta Buku di PWTC.


Harga koleksi tersebut sangat berpatutan. Untuk pelajar, diskaun yang lebih tinggi boleh diberikan. Untuk
al-Mathnawi al-Nuri di atas, harga yang ditawarkan hanya RM30. Dengan kulit buku yang dihias cantik, dan berkulit keras, sangat berbaloi untuk dimiliki. Untuk koleksi poket, RM 10 satu.



Jangan lupa ziarah gerai mereka. Sangat mesra tetamu lagi-lagi kalau anda kenal Said Nursi.



Saya berborak panjang dengan para pemilik gerai tersebut. Ternyata mereka ini adalah ahli gerakan Nursi sayap Fethullah Gulen. Saya percaya Fountain Turkish Cultural Centre ini merupakan wahana dakwah mereka di negara luar Turki. Gerakan Gulen sangat berpengaruh di banyak negara terutamanya di Barat. Misi mereka seperti gerakan tabligh: menyampaikan dakwah melalui pendidikan. Bezanya mungkin dari segi intelektualisme, Gerakan Gulen lebih cermat kerana kerangka kerja mereka berdasarkan pemikiran Said Bediuzzaman Nursi yang sarat dengan sinergi nilai spiritual dan rasionaliti.



Dulu kalau pergi Pesta Buku masih tidak bijak menilai buku. Borong sahaja yang menarik di mata. Alhamdulillah bila dah tahun akhir ini saya lebih teliti dalam menilai buku berdasarkan tema, isi kandungan, penulis, dan kriteria-kriteria lain yang penting untuk di ambil kira sebelum membuat pelaburan yang banyak ini.




Daripada gerai Gerak Budaya SIRD saya membeli beberapa buah buku yang dijual murah. Antaranya adalah
Global Justice yang memuatkan surat dan ucapan tokoh lagenda revolusinier, Ernesto 'Che' Guevara. Sangat menarik kerana penulisan beliau cukup memberi inspirasi buat anak-anak muda yang ingin menjadi manusia revolusinier tidak kiralah di lapangan mana sekalipun. Kemudian koleksi artikel lama berkenaan Islam dan Sosialisme. Juga monograf bertajuk Encountering the Globalizing West terbitan UM.



Di gerai penerbitan buku-buku universiti pula saya telah membeli karya penting Prof. al-Attas yang masih terjual dalam bilangan naskah yang cukup terhad. Sudah ada tapi beli lagi sebab satu simpan dekat kampus satu lagi dekat rumah. Tidak lupa juga buku Prof. Murad Merican yang sangat kritis bertajuk
Media History: Woldview and Communication Futures. Buku Prof. Murad ini sangat sarat dengan analisa menarik berkenaan propaganda, teknologi, falsafah yang mempengaruhi sejarah dan pandangan alam tamadun manusia. Kata Prof. Murad buku ini ditulis sebagai teks pelajar pasca sarjana bidang komunikasi.



Turut sama saya miliki beberapa buah monograf dari UPSI berkenaan Bahasa Melayu, dan Pengaruh Ekonomi kepada Pendidikan Tinggi. Saya beli monograf-monograf ini sebab ada kaitan dengan kajian masa panjang akan isu-isu sulit tersebut dalam bidang-bidang kritikal negara seperti pendidikan tinggi, ekonomi rakyat dan mobilisasi sosial umat Melayu.



Dari penerbitan UTM pun ada banyak yang menarik. Sebab tidak cukup bajet saya hanya ambil monograf ucapan perlantikan Prof. Zaini Ujang yang saya kira antara Naib Canselor yang empunya nilai intelektualisme yang dinamik.



Itulah antara buku-buku yang mampu saya beli. Ada banyak lagi buku-buku menarik. Nasihat saya kalau hendak beli, ronda betul-betul dahulu. Selongkar semua sudut selagi mampu. Jangan gelojoh sebab kadang-kadang ada buku menarik yang 'tersembunyi'.


Selamat berkunjung ke Pesta Buku!



4 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Banyak hasil tangkapan.

alqasam berkata...

Menarik!

Fountain Turkish Cultural Centre is a must stop in every visit to PWTC.

Dengar je nama booth to dah membuatkan shivering with excitement.

Indeed, kami dah bercadang ke booth dan tumpukan pada production yang sukar di dapati atau tidak popular di kalangan pembeli. Unlike many other, setiap tahun booth Fountain Turkish Cultural Centre, Dewan Bahasa, Singaore production, Utusan, YADIM dan Universiti tempat fokus.

Benar, cari, selongkar buat research dulu buku apa yang menjadi keutamaan beli dan rugi kalau tak beli. A rare productions!

We take a notes dari buku yang saudara beli. Some of its memang dalam list.

Terima kasih

Rausyanfikir berkata...

To Bro. Sebol:
Betul abg Sebol. Tangkapan yang banyak. Hehe. Tapi memang dah pokai.

To akak alQasam:

Akak pun boleh tanya ustazah al bazrah. bukan dia expert bab Nursi ke. Huhu.

USTAZAH-ENGINEER berkata...

Akak pun ada beli risale-i nur koleksi The reasonings: A key to understanding the quran eloquence. But harga hampir rm43. Sama ada tak dpt pakej student atau buku dia tebal sikit. boleh la tukar2 koleksi lepas ni :)