Jumaat, 10 April 2009

Pembaik pulihan Perang Saraf melawan Hedonisme di UTP: Satu catatan ringkas.




Hari ini, ketika solat jumaat berlangsung di Masjid An-Nur UTP   telah disajikan satu kejutan kecil. Rakan Masjid ( equivalent to PMI di UM dan Maaruf Club di UIA) and friends telah lakukan perang saraf terhadap konsert hedonisme bernama Euphonious, yang sedang berlangsung tatkala saya sedang menulis di blog ini.


Euphonious merupakan lambang agung hedonisme di UTP - mengikut fikrah Rakan Masjid. Maka, atas semangat dakwah, ramailah pemuda-pemudi yang menyarung baju biru sedondon dengan logo "I LOVE ISLAMIC ENTERTAINMENT". 


Bila saya masuk dalam masjid, rata-rata biru warna baju. Risau jugak, apakah ada demo ala BERSIH atau Anti PPSMI dengan tema baju sebegitu rupa?


Macam biasa, aktiviti berdakwah bilik ke bilik ( rata-rata bilik junior) dilakukan bagi menerangkan kepada mereka akan perihal halal haram berhibur dalam Islam. Ini memang kerja yang serius zaman-berzaman semenjak saya tahun 1 di UTP (malah saya pun  pernah buat kerja ini!).



Saya amat faham dan hargai niat adik-adik dan juga sahabat handai yang mengepalai kempen ini. Bukan mudah. Masa, tenaga dan duit beli baju (bonus untuk tabung lujnah Ekonomi) dikorbankan  bagi menyampaikan mesej Islam perihal hiburan. 



Tapi bila fikir-fikir balik, sebenarnya uslub dakwah sebegini ada pro and cons. 



Pro: Mesej dakwah dapat disampaikan secara simbolisme dengan pemakaian sedondon sekumpulan pemuda-pemudi di dalam kampus di samping slogan "I LOVE ISLAMIC ENTERTAINMENT".


Cons: Mewujudkan satu identiti superficial dan sloganisasi Islam sebagai solution dalam mengatakan bantahan halus terhadap pengajuran event hedonisme sebegitu rupa. Cara ini juga mampu menimbulkan konotasi 'herd mentality' a.k.a kumpulanisme yang menjarakkan lagi mad'u dan da'ie. Silap hari bulan juga mengundang salah faham kepada pihak berkuasa yang 50-50 dalam menyokong dan mengajur event sebegini.



Saya lihat, sebenarnya lebih banyak cons. Unecessary provocation that might leads to the alienation of Rakan Masjid from the masses in UTP.


Sudah tentu kita tak perlu semua sokongan massa dalam UTP tapi sebagai the one and only legalized  Islamic dakwah body, the stake is very high.


Persepsi itu kadang kala boleh jadi senjata yang makan tuan. Sepanjang saya hidup di UTP ini rasanya itulah yang berlaku. Backfired.


Beginilah, saya bukan menidakkan gerak kerja mereka cuma-nya saya khuatir akan reaksi mendatang daripada pihak berkuasa UTP terhadap Rakan Masjid. Walaupun ianya nampakinnocent,  persepsi yang salah mungkin tertimbul dek kerana salah tafsir agenda bantahan di sebalik baju sedondon itu.


Walaubagaimanapun, anda telah berusaha syabas dan tahniah, moga Allah membantu gerak kerja Rakan Masjid yang seterusnya.


TETAPI, jangan cepat berpuas hati dengan cara reactionary sebegini. Perlu ada kefahaman akan masalah ini dengan lebih syumul. Untuk itu, saya ingin berkongsi dengan syura Rakan Masjid akan pandangan seorang ilmuan Islam kontemporari yang sudah sebati dengan permasalahan yang sama (malah lebih teruk) akan integrasi nilai Islam dan nilai Barat.


Opps saya lupa, saya rasa Rakan Masjid patut 'hentam' sama itu intelektual dan pihak pengurusan UTP dengan slogan dan hujah 'Westernization' yang mana mencangkupi lebih banyak juzuk permasalahan yang bertaburan dalam lapangan sosiologikal UTP.




Tariq Ramadan. Cucu Imam Hassan al-Banna yang tidak harakiyyah dari segi idealismenya.



Petikan di bawah dipetik daripada karya Dr. Tariq Ramadan yang merupakan cucu kepada As-Syahid Imam Hassan al-Banna dengan tajuk Radical Reform: Islamic Ethics and Liberation:


In the past, speaking of "Islamic art" mainly referred to a certain taste, inspirations, forms, specific motives, and to an often Eastern way of conveying and expressing emotions and meaning. Today, "Islamic" works and songs are mainly works whose substance is religious because the references or themes are, or have to be, "Islamic." To resist the globalization of a culture that is increasingly motivated by economic profit, shared instinctive drives and the human interest in money, physical appearance, and sex, Muslim artists ofen respond with works uniformly nurtured by the same Islamic references and consequently with the same clearcut, final answers. It is as if people no longer understood the essence of art, which, along with the quest for beauty, allows us to tell of the need simply to express feelings, doubts, our heart, everyday sorrows, the joys and tears of adolescence or of fathers and mothers, old age, solitude, hope, and so many other things. Those aspirations must be taken very seriously because they are meaningful in themselves, above and beyond the religous and philosophical quest for meaning. Islamic "art" cannot be reduced to a series of answers and religous motives expressed more or less beautifully and more or less professionally (and too often, childishly), or to a more or less elaborate reminder of principle that must be respected and norms that must not be transgressed on. Here, perhaps more than anywhere else, a renewed surge of deep creativity is required.



Beliau meneruskan lagi:


If Islam's message calls on us to understand the meaning of life and to respect people's commong good by celebrating life, peace, dignity, welfare, justice, equality, conscience, sincerity, contemplation, memories and cultures, then the Universe of artistic expression is opened wide to everybody's creativity. What is at stake is not to produce "Islamic" song that only speak of such" Islamic" motives as God, the Prophet, respecting parents and norms, and similar things; it is to express through art the feelings and experiences that are part of humankind's hearts and dailylives, with talent and art. I repeart, speaking about childhood, fears, tensions, desires, love, friendship, wounds, separations, hopes, and death in an intimate, natural, universal way is "islamic" and it is not necessary to add specific references linked to a Universe of norms, such as verses, ahadith or Arabic words to give the impression that the work or product has been "islamized." Such an attitude reveals a deep lack of self-confidence in the forms of culture and art in general. Obsessed by the fear of transgressing norms, people no longer know how to simply talk about meaning; they find it difficult to convey the most natural emotions and share life experiences that transcend religious belonging, although those give normss their true meaning.



What must characterize contemporary art nurtured by Islamic ethics is its capacity to speak about everything, the univesal inner self, aspirations and contradictions, good and evil, quest and betrayal, with nobility, sincerity, and warmth. Art should be reconciled with the true freedom of saying everything while inciting the heart and mind to transcend the worst degradation. We must certainly not produce a "moral" art setting up an idyllic, untruthful image of reality and daily life: what is need is "truthful" art, which dares express the realities of life, in their specificity as well as their nuversality, and which invites us to look things in the face, to learn to tell of ourselves sincerely while summoning us to transcend ourselves in respect, friendship, solidarity, and love. The point is not, either, to imitate the popular productions of global culture and copy their rhythms or their methods of production while "Islamizing" them. 



Saya harap syura Rakan Masjid faham akan mesej cucu Hassan al-Banna ini. Beza ulama' harakiyyah dengan ulama' serious scholarship adalah dari segi problem definition. Malah bonus kepada Tariq Ramadan berbanding ahli gerakan Ikhwanul Muslimin yang lain kerana beliau tinggal dalam realiti sebenar Barat. Bukan mudah untuk jadi Muslim di Eropah. Maka waqi' sebegitu memerlukan kefahaman yang lebih jitu agar Islam yang diperjuangkan benar-benar mengakar ke dasar akar umbi tradisional disamping di zahirkan dalam suasana kontemprari semasa.



Saya tidak ada masalah dengan dalil fiqh yang diutarakan oleh semua kumpulan pendakwah berkenaah masalah hedonisme. Cuma-nya macam yang diperkatakan tadi oleh Tariq Ramadan, janganlah jadi superficial sangat. Jangan utamakan form (macam pakai baju sedondon) melebihi substance.



Apakah solusi-nya buat Rakan Masjid dan badan-badan yang relevan di UTP dalam mencabut akar proses Pembaratan ini?



Macam saya terangkan di entri sebelum ini :budaya ilmu.



Mungkin, kita boleh ambil nasihat Taqir Ramadan untuk kita mematangkan Euphonious dengan memastikan konsert tersebut disajikan mengikut citarasa yang Islamik tanpa slogan Islam. Ma'na-nya kita boleh adjust konsert tersebut menjadi senjata dakwah.



Seperti contoh, Rakan Masjid dan Majlis Perwakilan Pelajar UTP (yang rata-rata adik-adik) boleh membentangkan satu hujah akademik intelektual yang memang susah hendak digugat oleh golongan yang menyokong hedonisme di kampus ini. Kemudian setelah berjaya melemahkan foundation event itu, kita ubah suai agar menjadi lebih Islamik dari segi substance-nya.


Mungkin Rakan Masjid dan MPP boleh buat deal dengan pengajur dan pihak pengurusan untuk mensyaratkan hanya lagu-lagu yang bertemakan kemanusian, kedamaiaan, anti-perang, alam sekitar, anti-kapitalsime boleh didendangkan dalam konsert tersebut. Kugiran juga perlu siapkan montaj untuk lagu yang didendangkan agar mesej lagu tersebut dapat dipancar dengan lebih berkesan kepada para hadirin.



Ringkas-nya kita cuba meng-intelektual-kan hedonisme agar kesan buruk-nya dapat dikurangkan. 



Paling koman, para hadirin yang hadir dapat membawa balik buah tangan idea yang kritis untuk difikirkan berbanding keseronokkan yang tanpa ma'na.



Semaca ideal cadangan ini tapi tidak mustahil jikalau kita ada budaya ilmu yang kuat. Budaya ilmu yang kuat akan melahirkan generasi UTPians yang gagah, kritis dan kreatif kepimpinan-nya. Bukan hanya pandai mengendong slogan Islam tapi dengan isi-nya sekali. Mampu berjidal dengan massa dan pihak pengurusan dengan beradab agar tersentak mereka daripada lamunan realiti Kebaratan yang mencengkam jiwa anak-anak Melayu di UTP.


Itulah, saya sebenarnya sangat berhajat untuk bentang kertas kerja yang saya telah bentangkan tempoh hari dalam beberapa siri persidangan dalam MAIKS tetapi malang-nya saya sudah di 'gam'. Maka suara saya hanya boleh disalurkan dalam blog miskin ini. 


Harap-nya syura Rakan Masjid dan juga rakan-rakan PMI yang lain di seluruh IPTA dan IPTS dapat ambil kritikan dan candangan ini secara terbuka demi kebaikkan bersama. Sudah tentu semua cadangan ini tidaklah kemas kerana kekangan ruang dan idea yang tertera di blog ini. Untuk lebih kemas, kenalah bagi saya peluang untuk berhujah dan berbincang.



Wallahua'lam.



4 ulasan:

ba'ang berkata...

Salam...

Satu pandangan yang berbeza aspek dan bersederhana.

Daripada mencantas secara terus permasalahan pemikiran itu, meng-intelektual-kan hedonisme itu adalah saya pandang sebagai satu usaha awal dan bagi saya akan berjaya.

Cuma, perlu ada kefahaman yang mendalam dlm gerakan kerja yang bertanggugjawab supaya tidak timbul kekeliruan.

Perkara ini akan saya ambil untuk menjadi idea baru dalam gerak kerja di sini

;D
wallahu'alam

MarBu berkata...

di kampus dq, sy akan menyatakan makanan yg haram itu wajib ditinggalkan walau mcm mane sekalipun.. trmasuk produk syubhah.. klu di utp, pd awalnya sy akan m'bawa anak usrah sy yg dr pelbagai background utk makan2 di mc D..

lebih baik memakan bangkai hidupan halal drpd memakan babi..

hukum tetap hukum, daie tetap daie...

*pandangan peribadi

ba'ang berkata...

semuanya..berpatah balik terhadap kelemahan umat dalam pembudayaan ilmu...

Mohd Hakim berkata...

pintu perbincangan terbuka luas wahai akhi.

ana ada dapat request dari sahabat2 untuk nta berjumpa ana.

jom, mari kita bermuzakarah. (^_^)/

kerana Allah, demi Islam.

v5b- 5.3.6
019- 4505 360


Mohd Hakim Bin Mohd Nor
Presiden Rakan Masjid UTP