Rabu, 22 April 2009

Majalah dan Wacana Nusantara



Jikalau anda turun ke Kuala Lumpur untuk ke Pesta Buku, jangan lupa beli dua majalah ini.


1) al-Muslimah edisi April



Edisi ini memuatkan wawancara kecil antara saya dan kakak wartawan al-Muslimah, ya'ni akak Ustazah Engineer ( terima kasih kak sudi temubual saya dan ibu!) berkenaan isu feminsime. Saya bukan autoriti dalam bidang ini tapi saya sempat menyelinap masuk ke dalam persidangan Musawah tersebut maka saya hanya mampu kupas sekadar apa yang saya tahu. Sebelum itu pun saya sudah terangkan kepada pimpinan Muslimat GAMIS yang sudah empunya sayap mereka sendiri ya'ni SIGMA (terima kasih juga kepada kakak-kakak yang sudi panggil saya tempoh hari). Di bawah adalah tulisan akak Ustazah Engineer berkenaan temubual ringkas tersebut:


Feminisme Tuntut Kesaksamaan

Saat ini kita sedang berhadapan dengan gejala pemikiran Islam liberal. Hakikatnya, ia adalah kesinambungan dari pemikiran modenisme. Bagaimanapun, wajah pemikiran Islam liberal yang sedang dikembangkan zaman kini nampaknya lebih radikal dari pemikiran modenisme Islam. Justeru, idea-idea kontroversi dalam perkara-perkara asas Islam sengaja dilontarkan ke khalayak masyarakat Islam.


Faham feminisme turut menjadi agenda penting dalam minda liberal Islam. Walaupun isu kesetaraan antara lelaki dan perempuan wajar diberi perhatian seperti yang terpapar perbahasannya dalam Al-Quran dan Sunnah, tetapi adalah penting untuk menggarap isu feminisme atau gender dengan lebih teliti dan berhati-hati.


Di Barat, pemikiran dan gerakan feminisme telah membina sebuah keyakinan sehingga ia menjadi satu dogma bahawa “tidak ada apa pun yang membezakan antara lelaki dengan wanita, sekalipun secara semulajadi”. Oleh itu, sejak berdekad lamanya aktivis wanita Islam liberal dari segenap pelosok dunia termasuk komuniti minoriti bergabung tenaga bagi mendesak reformasi undang-undang bagi mengiktiraf kesaksamaan hak lelaki dan wanita.


Diadakan buat julung kalinya di Kuala Lumpur, Persidangan Global Musawah Mengenai Tuntutan Kesaksamaan dan Keadilan dalam Keluarga Islam (Musawah atau kesaksamaan dalam Bahasa Arab) bertujuan mengumpulkan para sarjana dan aktivis dalam rangka kerja holistik bagi memperjuangkan kesaksamaan wanita Islam dari segi perundangan, keluarga dan komuniti. Musawah dibina selepas berdekad usaha memperbaharui Undang-undang Keluarga Islam yang didakwa mendiskriminasi wanita dan menentang pindaan regresif atas desakan kumpulan konservatif dalam masyarakat.


Inilah aspek liberalisasi yang sentiasa menjadi perbahasan dalam bidang liberalisasi Islam. Hukum-hukum Islam yang sudah mutlak, dibongkar dan dibuat hukum baru yang dianggap sesuai dengan perkembangan zaman. Para tokoh liberal biasanya menggunakan metode ‘kontekstualisasi’ sebagai salah satu mekanisme dalam merombak hukum Islam. Salah satu hukum Islam yang banyak dijadikan objek ‘kontekstualisasi’ liberalisasi adalah hukum dalam bidang keluarga.


Keliru Antara Ekualiti dan Keadilan

Pengarah Projek Musawah, Zainah Anwar menjelaskan tanggapan mengenai wanita Islam sering ditindas, didiskriminasi, dikunci mulut dan menjadi mangsa sama ada di dalam atau luar negara Islam perlu diperbetulkan menerusi usahasama berterusan. Justeru, beliau berfikiran amat penting semua pihak termasuk kerajaan, pemimpin politik dan agama serta institusi antarabangsa bekerjasama demi mencapai kesaksamaan, tiada diskriminasi, keadilan dan kehormatan sebagai asas perhubungan sesama insan.


Koordinator Kampus, TERAS Pengupayaan Melayu, Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal berkata, teguran oleh aktivis Sisters In Islam (SIS) tersebut ada yang boleh diterima kerana ia adalah menifestasi kegagalan kita untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu kaum hawa. Walau bagaimanapun, tindakan SIS yang menggunakan masalah-masalah runcitan untuk menyusupkan elemen liberal ke atas mentaliti masyarakat adalah suatu yang bahaya. Jika perkara ini tidak diperjelas kembali, pengaruh liberal akan melebar di kalangan yang dangkal beragama.


Menurut Dr. Haji Muhammad Nur Manuty dalam siri wacana pemikiran Islam kontemporari: ‘Fenomena Pemikiran Islam Liberal dan Implikasinya kepada Kedudukan Islam dan Penganutnya di Malaysia’, menjelaskan bahawa gagasan Islam liberal nampaknya terjebak dengan filsafat Barat dari segi roh dan kaedahnya yang hanya bertuhan kepada akal (rasionalisme) semata-mata. Atas nama objektiviti dan saintifik, golongan Islam liberal ini terpengaruh dengan metodologi Barat dan mahu meruntuhkan metodologi keilmuan Islam yang telah diterima pakai sejak ribuan tahun lalu.


Wacana ini disokong lagi dengan penjelasan Dr. Ugi Suharto, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam Seminar Ancaman Islam Liberal anjuran Gabungan Profesional Kelantan di Kota Bharu. Katanya, memang terlihat jelas bahawa pemikiran-pemikiran Islam Liberal yang dilontarkan oleh golongan ini merupakan penyerapan dan pengaruh dari isu-isu pemikiran yang berkembang didunia Barat.


Seperti juga nasib agama-agama di Barat, mereka hendak menjadikan Islam sama seperti Kristian atau Faham Yahudi di Barat yang tunduk dengan kehidupan duniawi dengan cara membebaskan umat Islam dari ajaran-ajaran Islam yang tulen menerusi tafsiran atau perubahan ajaran Islam itu sendiri sehingga sesuai dengan selera dan agenda Barat.


“Feminisme ini datang dari pengalaman pahit oleh penganut agama Kristian. Kristian memandang wanita sebagai golongan kelas kedua dan sering menyalahkan wanita. Sejarah menunjukkan banyak penindasan terhadap wanita berlaku ketika itu. Akibat tekanan penindasan, mereka mahu keluar dari sosio-budaya orang Barat dengan memperjuangkan humanisme. Bertitik tolak dari humanisme inilah, wujudnya fahaman liberalisme, kapitalisme, feminisme dan gagasan pemikiran lain,” ujar Wan Fayhsal.


Oleh itu, beliau mengarah kepada idea Prof. Naquib Al-Attas agar pencerahan semula dilakukan secara sistematik iaitu mengenali akar kepada permasalahan gejala feminisme terlebih dahulu. Menurutnya, feminis adalah golongan yang menidakkan ilmu, menganggap ilmu tidak penting, membenarkan semua orang mempunyai hak untuk menginterprestasikan Al-Quran dan hadis hingga menepis beberapa kemutlakan kandungannya. Disamai juga sebagai realitivis, maka undang-undang dan amalan Islam boleh dilakukan perubahan mengikut realiti kehidupan masa kini.


“Ekualiti tidak sama dengan keadilan. Keadilan meletakkan kedudukan pada tempatnya, ekualiti itu kesamarataan. Banyak feminis keliru dengan keadilan dan kesaksamaan.”


Kekeliruan feminis SIS ini terbukti dengan kenyataan Pelapor Khas PBB mengenai Keganasan Terhadap Wanita, Prof Yakin Erturk yang dijemput ke Musawah tersebut. Katanya, kesaksamaan dalam keluarga boleh dicapai menerusi rangka kerja yang konsisten dengan ajaran Islam, prinsip hak asasi manusia universal, jaminan hak asasi dan realiti kehidupan yang dijalani golongan lelaki serta wanita moden. Jelasnya lagi, undang-undang dan amalan Islam harus mendukung kesaksamaan yang merupakan bahagian paling penting dalam pemahaman keadilan masa kini (Utusan Malaysia, 24 Februari 2009).


“Mereka melihat dari sudut evolusi. Sejarah Islam merupakan contoh terbaik tetapi golongan liberalis mengungguli cara barat mengangkat darjat wanita. Ringkasnya, tampak tiada masalah namun berbahaya apabila meletakkan wanita dalam acuan lelaki pada semua perkara. Saya melihat masalah wanita dalam kerjaya dan rumah tangga banyak bertitik tolak daripada wanita yang mengamalkan gaya hidup moden. Bagi mereka, pekerjaan itu suatu trend dan sangat perlu walaupun suami mampu menanggung keperluan. Wanita berjaya adalah wanita bekerja dan wanita yang duduk di rumah tidak akan diberi penghargaan oleh masyarakat. Apabila semua wanita berfikiran begitu, mudahlah fahaman feminisme mempengaruhi mereka,” tambah Wan Fayhsal.


Faktor Luaran dan Dalaman.

Kekeliruan dan permasalahan yang timbul berkenaan isu ini harus dilihat secara objektif oleh semua pihak. Dalam pada itu, Wan Fayhsal melihat agenda yang diperjuangkan SIS dan para feminis liberalis ini perlu dilihat dari dua sudut iaitu (1) Agenda hegemoni pemikiran liberalisme agama dan hak asasi manusia tajaan Barat (ancaman luar) (2) Kelemahan komuniti Muslim dalam menangani permasalahan kekeluargaan dan kefahaman agama (ancaman dalaman).


Setelah Perang Dingin berakhir, Barat memiliki pandangan dan kebijakan khusus terhadap Islam. Di dalam Perang Dingin, Komunisme dianggap sebagai musuh utama, sehingga seringkali Barat bersama-sama dengan Islam menghadapi komunisme, seperti yang terjadi di Afghanistan. Setelah komunis runtuh, Barat harus menetapkan ‘musuh’ baru sebagai pengganti komunisme. Maka, para aktivis neo-konservatif (kelompok Kristian fundamentalis, Yahudi sayap kanan, politisi Republik, dan ilmuwan neo-orientalis), berhasil menjalankan agenda internasional pasca Perang Dingin.


Kerana Islam dipandang sebagai ancaman potensi bagi Barat, atau Islam dipandang sebagai isu politik potensial untuk meraih kekuasaan di Barat, maka berbagai daya upaya dilakukan untuk ‘menjinakkan’ dan melemahkan Islam. Salah satu program yang kini dilakukan adalah dengan melakukan proses liberalisasi Islam besar-besaran di Indonesia dan dunia Islam lainnya. Proses liberalisasi Islam ini tentu sahaja masih menjadi bahagian terpenting daripada ‘tiga cara’ pengukuhan hegemoni Barat di dunia Islam, iaitu melalui program Kristenisasi, imperialisme moden dan orientalisme (Ancaman Islam Liberal, Siri Wacana Pemikiran Kontemporari, Bil 4, 2006).


“Faktor dalaman pula berpunca dari sikap komuniti Muslim yang tidak teliti perkara ini. Kita tidak mengambil berat masalah keluarga Muslim, tidak mengambil tahu dan tiada huluran bantuan dari segi kaunseling. Maka golongan wanita bermasalah ini akan merujuk kesnya kepada SIS yang menyediakan khidmat guaman dan kaunseling secara percuma. Gerakan Islam turut kurang menggarap penting isu ini. Apabila kita memandang sesuatu itu pada satu juzuk, maka isu yang timbul akan dipolitikkan. Berdemo itu perlu tetapi jangan menggambarkan kita ini seolah-olah tidak mampu untuk berhujah. Islam ini benar, kenapa takut untuk berhujah?,” soal Wan Fayhsal menyentak komuniti Muslim yang lemah bertindak.


Sementara itu, kepincangan birokrasi yang mendominasi jabatan-jabatan kerajaan dan mahkamah menjadi fokus rangka kerja gerakan feminis. Mereka mengambil peluang terhadap kepincangan yang berlaku sebagai lantunan suara perjuangan mereka. Sebagai respon SIS, persidangan global Musawah yang lalu menyediakan empat objektif utama antaranya ialah memperkasakan wanita dan suara menuntut kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.


Menyebut tentang kepincangan ini, Wan Fayhsal melontar kritikannya terhadap jabatan-jabatan kerajaan yang menunda dan melambatkan penyelesaian kes-kes keluarga yang diajukan seperti kes perceraian, tuntutan nafkah dan penjagaan anak. Respon kakitangan yang gagal melayan baik terhadap aduan masalah perlu dikaji cermat dan diselidiki. Terdapat wanita yang terpaksa menunda perkahwinan dengan lelaki lain setelah diceraikan, kerana belum memperolehi surat cerai dari pihak terbabit. Maka, kesulitan tersebut menyebabkan beberapa pasangan yang ingin berkahwin terjerumus melakukan maksiat hanya kerana karenah birokrasi yang tidak cekap.


Respon Terhadap Pemikiran Islam Liberal

Pandangan Dr. Haji Muhammad Nur Manuty dari Pusat Kajian Modeniti dan Masyarakat Sivil sebagai respon terhadap pemikiran Islam Liberal adalah baik untuk diterima khususnya oleh golongan ulama’. Idea-idea provokatif liberal Islam sememangnya dapat disanggah dengan menggunakan manhaj pemikiran Islami yang muktabar.


Bagaimanapun, respon kita sebagai seorang Muslim tidak cukup dengan emosi sahaja. Kita perlu membahaskannya dengan terbuka dan objektif kerana faktor suasana yang mencabar pada masa kini. Menurut Dr. Haji Muhammad Nur Manuty lagi, pendekatan yang terbaik ialah dengan kembali mengkaji metodologi Imam Al-Ghazali. Imam Al-Ghazali berjaya menggunakan pendekatan ilmiah bagi menangkis pemikiran rasionalisme yang begitu kuat pengaruhnya pada zaman itu.


“Ini bukan masalah kita tetapi masalah liberalis dan kita terpengaruh. Ulama’ kita kurang faham tentang perkara ini secara menyeluruh. Saya melihat sahabat-sahabat di Indonesia, apabila mereka berhujah, liberalis akan buntu dan hujah tersekat malah yakin pula dengan hujah kita. Usaha ini yang dibuat oleh INSISTS, sebuah NGO yang dibangunkan oleh ahli didikan Prof. Naquib Al-Attas sebagai respon terhadap penularan gejala pemikiran ini,” bicara Wan Fayhsal terhadap respon yang sama.


Golongan liberal Islam pada saat ini ghairah membicarakan syariat dengan pembukaan pintu ijtihad seluas-luasnya tanpa meraikan syarat-syarat yang ketat dalam pembuatan ijtihad, menolak autoriti fuqaha’ dalam syariah serta isu golongan ulama’ bertindak sebagai pengawal dalam hal ehwal Islam dan menjadikan isu kewanitaan sebagai satu permasalahan besar dalam syariat.


Keadaan ini ternyata jelas apabila Wan Fayhsal mengatakan jarang sekali ulama’ yang beroutoriti dibenarkan berdialog dengan liberalis. Autoriti ulama’ semakin terhapus dengan kelahiran siri-siri wacana Islam yang melambakkan idea daripada pelbagai golongan ulama’ yang terdiri daripada ulama’ liberal, ulama’ ortodoks dan ulama’ rasional. Suara ulama’ sebenar seperti Yusuf Al-Qardhawi tidak menonjol kerana persembahan ilmiah wacana telah dipukul rata dengan pandangan pelbagai golongan ulama’ tersebut.


Beliau turut mempersoalkan peranan NGO Islam khususnya Nisa’ Malaysia yang tidak menyerlah menguasai isu ini. Nisa’ selayaknya menjadi pertubuhan ‘Counter Wave’ yang merespon kembali tindakan SIS selanjutkan mewujudkan ‘engagement’ dengan masyarakat melalui penyelesaian krisis kewanitaan. Penghantaran memorandum oleh Dewan Ulama’ sebelum ini masih belum memadai jika Nisa’ tidak tuntas memperbaharui manhaj dakwah menyaingi NGO seperti SIS. Seharusnya Nisa’ dalam usaha melahirkan sayap-sayap intelektual bagi mendepani cabaran-cabaran ideologi dan gagasan pemikiran feminisme abad ini.


Gerakan Islam kampus juga harus terpukul dengan penularan gejala pemikiran ini. Mahasiswi semestinya terdedah dengan ancaman feminisme kerana ada golongan akademik di universiti yang melebarkan jaringan pemikiran liberal melalui medium intelektual dan wacana ilmiah yang terhasil. Jelas beliau, kedapatan komuniti minoriti di universiti yang membantu usaha liberalis, memungkinkan mahasiswi terdorong menjadi pelapes SIS.


sumber: Ustazah Engineer




2) Majalah Sabili



Lihat saja muka depan majalah tersebut. Tajuk yang panas. Calon bertudung daripada parti politik kristian. Di Indonesia lagi dahsyat. Demokrasi yang "free for all"! Syabas kepada
murabbi kewartawanan saya ya'ni editor Sabili sendiri Mas Herry Nurdi kerana mampu membawa tajuk sebegini penting.



Oh ada satu lagi yang sangat menarik:



Ya tokoh minggu ini adalah tidak lain tidak bukan ahli sufi intelektual agung Nusantara kelahiran Bogor dan warganegara Malaysia: Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Dua minggu lepas guru saya, Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud:




Itulah. Melihat bagaimana seriusnya rakan-rakan di seberang laut menulis dan mengambil endah berkenaan tokoh ilmuan kita di sini, saya terpanggil untuk memulakan diskusi meja bulat dengan sahabat-sahabat Indonesia di UTP. Islamica malam Isnin lalu telah menyempurnakan "
Diskusi Meja Bulat: Meninjau sejarah lalu, semasa dan masa depan Nusantara (Malaysia-Indonesia Raya)".





Diskusi tersebut telah dihadiri oleh kedua-dua Imam besar Masjid UTP yang mana sangat berpengalaman dengan negara Indonesia kerana kedua-duanya, Ustaz Rahmat Abu Seman dan Ustaz Dawi menuntut ilmu di sana. Turut hadir sama Ustaz Suhaimi daripada Jabatan Orang Asli Perak yang empunya cerita sejarah yang banyak sekali berkenaan Nusantara. Sahabat-sahabat Indonesia turut sama hadir dari
undergrad sampai ke post-grad.



Saya hairan. Sampai hujung semester saya tak nampak lagi pejuang Islam UTP daripada Rakan Masjid, MPPUTP, RCSU, Rakan Muda datang bersama-sama menyertai diskusi yang dijalankan Islamica. Apakah ada stigma yang kurang enak? Apakah kerana Encik Rausyanfikir yang
organize maka sentimen itu sangat tebal? Entahlah tapi bila dengar-dengar cerita dari adik-adik yang rapat dengan saya adalah dengar slogan-slogan yang tidak enak seperti:


" Kau budak Pacak (nama panggilan di UTP) ek?"


Kesian sahabat-sahabat saya yang ikhlas berkawan untuk kongsi ilmu dan pengalaman. Kami bukan nak buat jemaah baru pun tapi sudah dipandang sebagai
threat.


Memang ada unsur-unsur kurang enak mula menular di kalangan pejuang Islam UTP terhadap sebarang program serta manusia yang rapat dengan saya. Mungkin saya kritik mereka kuat sangat kot...



Bak kata setiap Department Head yang join event: " Look at the issues not the person".



Teguran dan kritikan saya pada isu. Kadang-kala isu tersebut terpaksa sentuh organisasi kerana itulah isunya!
Because you are too big and your stake is so high in this campus!



Tapi itulah, takkan nak kena buat surat rasmi jemput kot. Kata pemimpin mahasiswa. Gah bercakap nak pejuang PPSMI itu la inilah. Tapi wacana yang sebegini pun liat nak datang. Macam mana nak
evolutionize (pinjam slogan MPPUTP) fikrah?



Sedih-sedih. Adik-adik pejuang Islam terutamanya Rakan Masjid,
seek first to understand before you judge people. Ramai adik-adik yang jumpa saya bincang dengan saya akhirnya rasa bersalah kerana mempunyai bad opinions sebelum ini sewaktu saya latihan industri semester lepas kerana mereka nilai saya daripada buah mulut senor dan senoritas pejuang Islam UTP yang sudah totok fikrahnya, tidak pernah borak hati ke hati dengan saya (kalau borak pun macam nak gaduh je), dan semata-mata blog saya sendiri.



Tak cukup tu, kena
face to face la.



Bukan apa, sangat rugi bilamana kita sudah jayakan wacana yang menghimpunkan orang-orang yang serius daripada pelbagai latar belakang tapi manusia-manusia yang memikul amanah kepimpinan di kampus ini tak nampak batang hidung.



I mean, I do not say that Islamica is EVERYTHING but for your own future visionary outlook and idealism, it is very pertinent so that you know WHAT and HOW to present yourself as a visionary leaders in this INTERNATIONAL CAMPUS. 


It is very obvious that if you are the leaders inside this campus, you must talk and walk according to the status quo of the campus. You cannot be 'jaguh kampung' by ignoring the minorities here. Sometimes you need to talk the language of your ENEMIES to earn respect from them. 


And the real and common currency here in a place called University is KNOWLEDGE!


And the real and common idealism be it you are Rakan Masjid or Euphonious guys and gals are INTELLECTUALISM!


The reason being you are here is as a UNIVERSITY STUDENT and being one demands those two major elements as your bridging components with all type of people from students to lecturers to management people!



Bukan pemimpin sayur cap ayam dan syok sendiri. Jelek dah budak-budak UTP dengan semua persatuan berunsurkan Islamis.



Baca sendirilah teguran Presiden GAMIS berkenaan sindrom homogenous pejuang Islam yang malas membaca buku selain buku haraki di segenap kampus tak terkecuali di bumi Tronoh ini. Memetik kata-kata beliau:

"Saya ingin berpesan kepada adik-adik saya, rajin-rajin ke perpustkaan. Jangan hanya tenggelam menyiapkan assignment semata-mata, tetapi tenggelamkan diri dengan membaca buku dan kitab yang berlambak. Habiskan masa dengan membaca.

Bukankah baik jika adik-adik, siang hari belajar dan banyak membaca, malam bermesyuarat dan beraktiviti, hujung minggu dihabiskan dengan kegiatan harakah. Namun malangnya kita lebih suka bermesyuarat dan berprogram tetapi malas membaca dan belajar.
Kelak anda akan menyesal dengan ilmu yang sedikit. Ketika itu dunia akan terasa sempitnya.
Saya pesan kepada adik-adik saya yang aktif dalam haraki, jangan hanya dibaca buku-buku dakwah dan harakah sahaja. Jangan tertipu dengan kulit yang indah. Sekarang, telah banyak buku dakwah yang dibuat walhal hanya mengulangi perkara yang sama."


Walaupun anda daripada group lain dan tidak wala' kepada GAMIS tapi teguran ini sangat valid.  Tak kisahlah asalkan nama mahasiswa/siswi teguran itu sangat valid.


Sudah sampai masanya para pemimpin yang dianggotai oleh adik-adik melakukan anjakan paradigma dalam berwacana. Ini universiti antarabangsa adik abang kakak oi. Kerja kita bukan kader budak sahaja.


Apa nak takut. Campur je dengan semua puak. Kalau dengan saya pun segan, apatah lagi dengan puak-puak hedonis. Kata nak jadi pejuang Islam kelak. Macam mana kalau di kampus pun sudah tin kosong masakan di luar nanti lagilah lemau!



Cukup disini sahajalah bebelan saya kepada pejuang Islam UTP. Bukan apa, teringin berwacana sama. Nak masuk majlis antum dah kena 'ban'. Mana lagi mampu kita berkongsi ye dak?



Untuk
coverage diskusi tempoh hari rujuk sini.






7 ulasan:

Aizatnur berkata...

assalamualaikum

Saya aizat, pelajar biasa je. Nak bertanya, apa dosa ahli jama'ah islam UTP sehingga nta terus-menerus mengkritik mereka dengan aneka cara di blog peribadi nta ni ye?

di tahap fikiram bawah sedar kelihatan seperti ada kasta-kasta tertentu pula. Boleh beri kesimpulan ringkas tak?

Mohon pencerahan

Rausyanfikir berkata...

Wasssalam syekh,

Tak ada dosa.Cuma teguran yang tak kesampaian. Susah nak terang. Ana tegur spesifik-nya kepada kampus ini tapi umum-nya kepada semua JIK.

Ada yang terima ada yang tak boleh. Ana ok lagi, Pres GAMIS lagi teruk kena bantai.

Sudah tentu JIK UM, UIA dan kampus2 lain berbeza warna dan cara. Tapi rata2 IPTA lebih terbuka dan dinamik walaupun pekat PAS.


Kat sini payah sikit. Macam ana cakap, ana tegur sebab isu. Memandangkan institusinya sangat besar dan berpengaruh, perlu ada check and balance. Autonomi macam biasa bukan ada pada on surface leaders but people behind the curtain.

Faham2 je la ye.


Kalau KARISMA kat sini besar (presiden ada di UTP) pun sama sahaja tegurannya.

Tanpa Nama berkata...

Rasulullah SAW menunjukkan contoh cara menasihati pemimpin melalui sabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) sudah melaksanakan tanggungjawabnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Saudara, ini HADIS nabi. Teguran nabi kepada semua. Guna lah cara yang berakhlak ini.

Cara ISLAM. Jangan sampai ikot hadis sendiri. Islam full with guidance.

DONT be EMOTIONAL.

Aizatnur berkata...

Oh, pendapat tak kesampaian rupanya. Ingatkan Jama’ah Islam Kampus UTP pernah menganiayai nta. Mahu juga saya jentik telinga masing-masing mereka (seloroh ye).

Aizatnur berkata...

Apa yang saya faham menerusi pembacaan beberapa artikel di blog ini dan beberapa lagi milik ahli JIK UTP, masing-masing memiliki orientasi dakwahnya yang tersendiri.

Satu pihak menggunakan keupayaan sebenar untuk mengubah diri dari keadaan yang selama ini terhegemoni oleh framework dan worldview orientalis dan barat -sangat identik dengan tokoh individual seperti Muh. Abduh, Dr.Muh Iqbal, Rasyid Ridha.

Di pihak yang,(baca: JIK) tumpu pada dasar-dasar struktural gerakan kebangkitan islam dan tentunya sangat dipengaruhi oleh gagasan pemikiran abul a’la al-maududi & asy-Syahid hasan al-banna iaitu pengembalian khilafah melalui pembentukkan dari bawah (akidah-syaria-akhlak), dimulai dari (indovodu-keluarga-masyarakat-negeri-khilafah islamiyyah)@ KADERISASI

PENCARIAN TITIK TEMU penting (ikut la tang mana pun...)kerana masing2 menuju kepada apa yang disifatkan oleh Al-Qardhawi sebagai Tamadun Islam Moden.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...

saya secara peribadi tersentuh dengan tehuran saudara.

memang benar, kadangkala berada dalam suatu kelompok yang dikatakan gah dan besar membuatkan ramai sahabat2 berada dalam keadaan comfort zone.

walaupun saya salah seorang yang dianggap 'totok' di kampus, namun personally wacana ilmiah yang saudara tulis ni banyak menjentik diri yang lagho.

cumanya, kadangkala dalam kita menegur seseorang, kita juga perlu bersedia untuk menerima teguran, waima pahit/manis.

wallahua'lam.

kacang.

Tanpa Nama berkata...

Salaam..

Setuju dengan pandangan enta ttg stigma pejuang Islam UTP yang lebih gemar bersama puak22 sendiri dan enggan menerima satu perubahan/idea baru dari orang yang bukan sepuak mereka.

seharusnya setiap pemimpin dan pejuang perlu lebih cerah minda, lebih mudah dibawa berbincang/berdiskusi. lebih tepat, pemimpin berjiwa rakyat.. cewwah~ di sini, idealisnya memang tampak mudah, tetapi sejauh mana kerendahan jiwa seorang pejuang Islam yang bergerak di bawah gerakan Islam, for instance in UTP.

look at what they said rather see who is the owner of the voice. isi percakapan itu lebih penting dari appearance seseorang. dan ini jarang22 diamalkan oleh pejuang Islam kini especially in UTP. kalau x silap, tabligh saje yang masih gunakan cara ini.

sekian..

~warga utp~