Ahad, 12 April 2009

Kempen taubatMalaysia


Saya terfikir, setelah selesai bertarung dengan sengit di dua bukit dan satu batang. Patut perlu ada proses recovery.

 

Kalau benar PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat ikhlas dalam berdakwah kerana Allah, tanpa ada sebaran elemen lain yang menyaluti perjuangan tersebut, (i.e kerana kuasa dan cinta dunia) maka mereka yang mendabik dada sebagai pejuang keadilan harus menjadi berkali ganda lebih baik daripada Barisan Nasional yang dimomokkan dengan kebejatan dari segenap segi.

 

Saya cadangkan PAS akan mengepelai Pakatan Rakyat untuk kempen taubatMalaysia.

 

Kempen ini bertujuan menjelaskan bahawa semua rakyat Malaysia harus lakukan muhasabah dalam segenap segi agar sebarang permusuhan dan kesalahan dapat diperbetulkan sedikit demi sedikit.

 

Daripada kita momok, maki, caci, fitnah politikus Barisan Nasional membabi-buta, lebih baik masa, tenaga dan duit ceramah, cetakan akhbar Harakah, digunakan untuk kempen menyeru semua manusia di bumi Malaysia ini bertaubat.

 

Itu lebih afdal bukan daripada kita selaku pejuang Islam menamam bibit-bibit perpecahan umat?

 

Kalau kita boleh berhempas pulas nak merampas 2 bukit tempoh hari, masakan tidak kita sekali lagi boleh menjayakan kempen dengan bantuan media massa alternatif yang semakin ‘garang’ untuk menjayakan kempen ini?

 

Kempen ini tidak boleh pilih bulu. Kalau politikus Pakatan Rakyat pun salah macam supremo-nya sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermain realpolitik katak, dan juga kes Elizabeth Wong, maka, mereka juga tertakluk dibawah kempen ini.

 

PAS harus berani nyatakan al-haqq biarpun mengundang kejatuhan rating dan political leverage. Sebab yang kita mahukan adalah KEREDHAAN ALLAH bukan undi. Undi itu hanyalah praxis kepada kuasa. Dan kuasa itu sendiri, adalah praxis kepada risalah dakwah BUKAN ABSOLUTE MATLAMAT DAKWAH.

 

Tapi itulah, melihat sejarah political Islam di seluruh dunia, saya agak skeptik.  Maklumlah, aroma kekuasaan itu sangat kuat.

 

Sebab itu dalam tamadun Islam yang agun 1400 tahun lalu, politik ini bukan sangat masalah asasi ummah. Berapa kerat sahaja pemimpin yang benar-benar agung sifat zuhud dan adil-nya.

 

Malah zaman khulafa ar-rasyidin sekali pun tidak dapat lari dari masalah politik melampau yang macam ada sekarang.

 

TETAPI, rahim tamadun Islam telah zaman-berzaman melahirkan ulama’ berwibawa dan budaya ilmu yang mantap untuk counter-balance kepincangan kepimpinan tersebut.

 

Ya, zaman-berzaman kempen taubat sudah dilakukan melalui siri ta’dib yang digalas oleh para ulama’.

 

Subhanallah. Kenapalah kita tak nampak sudut ini kan…saya pun baru terfikir.

 

Kalau Najib sungguh-sungguh dengan kempen 1Malaysia untuk mengambil hati semua rakyat Malaysia, apakah kita yang mengaku pejuang Islam tidak boleh lakukan lebih baik daripada beliau?

 

 

Saya amat syorkan kempen taubatMalaysia ini dilakukan segera. Kempen ini tidak berbau politik bukan kerana kuasa tetapi kerana kita semua ada hamba Allah.

  

Kalau benar DAP, dan PKR ikhlas untuk mengubah negara ini, bukan kerana jawatan atau kuasa atau harta, mereka harus berani nyatakan sokongan dan ‘walk the talk’ dalam kempen ini.

 

Ingat, Allah tidak suruh Nabi Musa berjumpa Firaun yang super zalim untuk bercakap dengan bahasa politik kepartian kasar tetapi menggunakan kata-kata lembut.

 

Bagaimana setuju? Kalau PAS liat sebab risau percaturan politik, mungkin gerakan mahasiswa Islam boleh lakukan.

 

Sudah sampai masa-nya political Islam menebarkan sayap dakwah-nya dengan lebih syumul dengan kempen taubatMalaysia.

 

Satu cadangan ringkas.

 

Wallahua’lam.

 


12 ulasan:

MarBu berkata...

saya cukup setuju dengan cadangan kempen ini..

tetapi, dalam soal dakwah spt Musa as brdakwah kpd firaun, sy tidak brpandangan hanya dalil itu yg dijadikan rujukan dlm usaha menegur pemerintah yg zalim...

teknik itu merupakan salah satu teknik trbaik, tp bukan satu-satunya..

kita boleh lihat dlm hadis2 n sirah nabi saw..

menegur secara kekerasan dibenarkan, tetapi jika ada jln yg lain, itulah yg lebih baik..

*boleh rujuk kisah tebusan perang dlm peperangan badar...

Zahan @Namo37 berkata...

Proses pengislahan diri ke arah taubatMalaysia memerlukan kesungguhan dan komitmen.Malu mesti diketepikan.Hak-hak orang yang dirampas perlu dikembalikan supaya taubat diterima.Teguran membina kepada sahabat supaya sentiasa bersitighfar.

Taubat nasuhalah yg afdal.

"Ya Tuhan selamatkan kami ini,dari segala kejahatan dan kecelakaan."

"Tuhanku ku tak layak untuk syurgamu,namun tak pula sanggp menanggung siksa nerakamu."

alba berkata...

"Kempen ini tidak boleh pilih bulu. Kalau politikus Pakatan Rakyat pun salah macam supremo-nya sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermain realpolitik katak, dan juga kes Elizabeth Wong, maka, mereka juga tertakluk dibawah kempen ini."

habis tu BN sume btul ke? nmpak mcm pemimpin BN ni sume xde salah dah.

Rausyanfikir berkata...

Ada saya kata BN semua betul ke? Saya tekankan disini selaku orang yang mengaku lebih baik daripada BN, maka PR perlulah lebih kehadapan dalam kempen ini.


Jangan taksub.

Tanpa Nama berkata...

Saudara..
saya amat bersetuju dengan pandangan saudara..memperkenalkan kempen taubat Malaysia..namun apa yang sy nampak disini,,free view yang wujud kekangan di dalam diri saudara..Pandangan bernas saudara nampak kepada sebelah pihak sahaja..cuba alihkan kepda view yang menyeluruh..dan nampak gaya nya saudara menghentam politikus disebelah pihak..dan saya tidak bersetuju..UMNO n PR pernah mengatakan mereka adalah yang terbaik..dan masing-masing menghentam dengan kata2 kesat..

Fairview person melontarkan pandangan berdasarkan kepada permasalahan dihadapi semua..cari akar dan tunjangnya..InsyaAllah menjadi..

Hasbullah Pit berkata...

Kalau Macam Ini boleh dikira seruan bertaubat tak?

suara emas berkata...

salam saudara..saya baru sahaja berjinak membaca blog saudara...tetapi saya nampak idea saudara sungguh bernas..saya banyak bersetuju dgn pdpt saudara..moga boleh kenal lebih rapat lagi...?

admin berkata...

cadangan saudara itu di kira agak sukar untuk diterima mereka berdasarkan tahap kematangan emosi dalam memerintah dan diperintah.

ala ala semuanya betul gitu.. :)

lelucon berkata...

Ust Nik Aziz pernah kata (lebih kurang), dia sanggup bubarkan PAS jika BN amalkan pemerintahan Islam. Jelas, matlamat PAS adalah melihat pemerintahan yg adil dilaksanakan, bukan setakat 'jatuhkan BN' (gila kuasa).

Dan sekarang BN sudah tubuhkan 'kerajaan utk rakyat'. Jadi sepatutnya PAS dlm PR (yg dikatakan perjuangan rakyat), perlu memberi 'sokongan' supaya kerajaan dapat melakukan yg dirancang. Tak mesti bermaksud membubarkan PR, tetapi perlu bg peluang kpd kerajaan (yg dianggotai pemimpin BN). Paling tidak mengurangkan serangan-serangan politik supaya rakyat (dan penyokong PR) dapat membuat penilaian sewajarnya.

Dan jika kerajaan masih gagal, barulah kemukakan bangkangan supaya kerajaan lebih tertekan utk melaksanakan keadilan. Barulah terbukti PAS ingin membetulkan, bukan gila kuasa.

Dan saya melihat selama inipun, mmg PAS yg lebih terkehadapan dlm soal perjuangan keadilan (khususnya mengamalkan prinsip Islam). Kesan perjuangan PAS, wlupun tak memerintah negara, tetap ada, malah jauh lebih baik kesannya, berbanding PAS sendiri yg memerintah. Jd kenapa pemimpin PAS tidak saja memikirkan strategi menjadi pembangkang yg berkesan?

Idea saudara bagus. Cuma mungkin tak perlulah sampai TaubatMalaysia (rakyat akan rasa seolah2 PAS saja yg salah, PAS rugi), tetapi PAS terus konsisten dlm perjuangan menegakkan Islam, melalui kerjasama dan sebagainya yg tidak merugikan rakyat, dan tidak taksub dengan 'matlamat' PR yg merugikan Islam. (taubat sendiri mau ingat le :)

pensel tajam berkata...

cadangan bangang apa ni.
selama ni perjuangan dah tentu2 kepada taubat seluruhNya.
Pakcik ni kadang2 bernas otak.
Tp kadang2 macam orang takde otak plak.
Ni lah akibat.
Berkiblatkan akal.

Wayfarer berkata...

Hmm... sy d post terakhir lg... dhlh jenguk2 jer perkembangan dkt Msia drp oversea ni... tgk BH hari ni: Mahkamah beri kebenaran semak perkataan Allah dalam Herald... sejak bila Allah umum selain dlm bahasa 'Arab (hmm... dkt khairaummah sebut lps Rasulullah, org 'Arab lain pn x pakai, kawan sy org Mesir pn ckp Kristian sana pakai Rabb ja (Lord))? Kalau jemaah Islam benarkan, org lain? Hmm... nampaknya tuan blog faham knp 'Umar (ra.) membuat sedikit had bg agama lain... dlm perlembagaan kn dh ada skit? Jgnla ada Agnes Monica dkt Msia pl...

Hmm... terfikir lg ttg revolusi Iran drp post sblm ni... + baru ja sy tgk "Persepolis"... tp Ahmedinejad d Durban II ok? Ulasan Tariq Ramadan ttg seni menarik... Wallahua'lam Wsslm...

Tanpa Nama berkata...

Cadangan dan idea tu bagus......tapi sebenarnya dalam PAS sendiri bermain....politikus.....

Pembetulan dulu dalam PAS lebih perlu....

Najib jangan cerita lah....kalau dulu dia hanya satu MINDEF atau satu KEMENTAH...tapi sekarang satu malaysia dia nak sapu...tau tak?

sila , baca:

http://www.pemimpinrakyat.blogspot.com