Selasa, 28 April 2009

Dictum cinta akan Kebenaran



Plato dan Aristotle


 Aristotle pernah berkata ketika berbeda pendapat dengan gurunya Plato:

Amicus Plato, sed magis amica Veritas

(Plato I love, but I love Truth more)

Begitu juga dengan Imam ad-Dhahabi tidak gusar menegur gurunya Ibn Taimiyyah kerana kekeliruan beliau dalam perihal aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah seperti yang tertera dalam surat beliau kepada gurunya ini.

Maka saya juga ingin menzahirkan dictum saya:

"Amicus Jemaah Islam Kampus, sed magis amica Veritas"

(Jemaah Islam Kampus I love, but I love Truth more)


Nasihat saya pada adik-adik yang baru bertatih masuk Jemaah Islam Kampus:

"Do not expect Truth arrives from spoonfeeding process such as Tamrin, Usrah etc. Certainty comes from Knowledge. And Knowledge according to Prof. al-Attas is 'the arrival (husul) of the meaning (ma'na) to the soul, and the arrival of the soul to the meaning.' If great man like Imam al-Ghazali himself experienced spiritual crisis, who are we to say we would not face that?"


Jangan biarkan pandangan sinis dan dangkal sesetengah pihak melunturkan usaha membina pandangan alam Islam (ru'yat al-Islam lil wujud) anda. Lebihkan masa bertafakkur daripada ber-harakiyyah semata-mata. Budaya bertafakkur seperti tidak pernah wujud dalam Jemaah Islam Kampus. Ubahlah untuk menikmati kesannya. Dunia anda sebagai Mahasiswa hanya sekali. Jangan biarkan manusia lain perkudakan anda demi kepentingan 'pihak asing' yang tidak faham langsung erti dan idealisme pendidikan di Universiti dan jati diri sebagai Mahasiswa. 


Percayalah, saya telah melaluinya. 




10 ulasan:

iz berkata...

Salam akhi.. apa maksud akhi dengan "Lebih bertafakkur daripada berharakiyyah" tu?? Macam mana nak ubah? Btw, saya student UTP..

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Seperti yang tertulis di Chatbox oleh Iecothinker:

" ahli jangan bergantung kepada j untuk disuap, j jangan mengongkong ahli untuk terus berfikir diluar ruang lingkup j n waqi semasa."

Tak pernah sepanjang ana hidup dalam jemaah ada orang suruh bertafakkur.Suruh buat kerja ada.

iz berkata...

ooo... benar tu.. tp ssh nak ubah mindset mereka nih.. mindset yg disuap hanya dlm usrah antara magrib ngan isyak, dan mindset "bekerja mesti dalam haraki sahaja", klu xberharaki, xperlu nak cari ilmu, xperlu nak bekerja.. pastu jadi kuli sambilan jemaah, buat kerja pon sbb nak cari sijil~ haish..Sbb tu la masa cuti mesti lost, sbb xde haraki kat rumah..even lecturer pon ckp nih, bukan ana sorang.. No offence k..

Aqil Fithri berkata...

salaam,

bergaduh dengan rakan2 dalam JIK bukanlah tindakan menguntungkan. ketika kita sedang melaluinya, mungkin kita bersemangat untuk membetulkan. semuanya bertemu: ghairah, idealis, dan ego manusia. tapi, setelah kita melaluinya, baru kita sedar bahawa bertarung sesama sendiri hanyalah melelahkan kedua belah pihak. akhirnya, kita memang memperoleh Kebenaran, tapi rupa-rupanya kita juga kehilangan peluang untuk mencipta Sejarah Terbaik.

Percayalah, saya juga telah melaluinya.

Ibnu Abas berkata...

"Apa yang tersimpan
dalam keghaiban hati,
akan termanifestasi
pada dunia nyata."

- Ibnu 'AthaillahUcapan yang datang dari lisan, hanya sampai pada pendengaran..

Tulisan yang ternukil dari tangan,
cuma tampak pada penglihatan.

Sebaliknya apa yang disampai dari hati,
akan menyelinap ke dalam hati.

Ma'na cuma tersampaikan,
ikhlas cuma terasakan..
bila setiap gerak, laku dan cakap;
terbit dari mata air keihsanan..
yang berpucuk dari islam,
menyusur dengan iman
dan muaranya..

ihsan, yakni

tak lepas tika memandang segala sesuatu,
seakan-akan terasa kita memandang-Nya..

serta tak lalai dari menyedari, tak lepas Tatapan-Nya ke atas kita.

Hingga tiba (husul) ma'na dalam jiwa, mahupun tibanya jiwa kepada ma'na.

Menyatu 'ilmu dan amal.
Seiring, sejalan.

Hingga tiba kita kepada ma'na,
mahupun ma'na itu hadir kepada kita.

Jangan berhenti mencari.
Dia sudi menunjukkan..

In sya Allah.

Zulfadhli Idris berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aqil Fithri berkata...

salaam,

sepatutnya, dua2 pihak buat kerja masing2. saya tengok dua2 pihak takkan menang. bahkan, kemungkinan dua2 pihak akan kalah. tak perlu serang menyerang. A binalah jaringannya sendiri. B juga binalah jaringannya sendiri. mana yang bagus, pasti akan lestari.

buat zul, kita tak perlu tebal sangat dengan kepartian. sikap berhizbiyyah tak pernah diajar oleh Islam. Islam adalah agama, jauh mengatasi konsep parti (politik). kembali pada Allah dan Rasul jauh lebih menyenangkan berbanding kembali pada Allah dan Rasul melalui Parti Islam (Se-Malaysia).

jangan takut untuk berfikir sendiri. akal manusia sama. tiada beza akal al-attas dengan akal haji hadi. dan juga, tiada beza akal kedua mereka dengan akal kita. yang membezakan ialah sejauh mana kita mengaktifkan kapasiti akal kita.

sebab itu, beragama saja tak cukup. beragama mestilah dengan berfikir. beragama tanpa berfikir hanya membunuh agama itu sendiri. lihat apa yang terjadi pada jalur 'Abdullah bin Wahhab ar-Rasyidi hingga Muhammad Abdul Wahhab?

mungkin kalian tak perlu berdamai. cuma, buatlah kerja masing-masing.

Rausyanfikir berkata...

Wasaalam kepada semua,

Terimaa kasih Aqil kerana merumuskan jawapan ringkas. Nampaknya akhi Zul seperti salah faham akan entri ini.

Apa yang hendak disampaikan adalah bahawasanya, Kebenara harus diletakkan melebihi segalanya, melebihi status quo Jemaah Islam Kampus.


Saya tidak ada masalah khas dengan JIK melainkan kalau mana kampus diperkudakan oleh 'pihak asing' yang tidak faham realiti masalah di kampus yang jauh lebih penting daripada politik kepartian di luar.


Dah keluar kampus nak jadi apa pun silalah. Di kampus, perlu bebas daripada sebarang kepartian secara totok.


Tak apa ini isu dalaman yang perlu kita selesaikan kemudian.

Entri ini hanya cuba nak zahirkan kepentingan meletakkan Kebenaran melebihi segala-galanya.


Dan Kebenaran takkan datang dengan spoonfeeding.


Wallahua'lam.

Wayfarer berkata...

Asslmu'alaikm... maaf ya kalau komen ni mcm x berkait dgn post tuan blog... Hmm... pernah dgr x Amman Initiative/Jordan Message? Menarik juga sbb mengatakan 4 Mazhab, Ja'fari (Shi'i), Zaidi, Ibadi mahupn Zahiri ok. Ash'ari mahupn salafi sebenar ok. Hmm... umum sgt? [komen org Yahudi] (x pasti dia agama apa, tp bkn Islam)

Hmm... bila sy cari ttg 'Abdullah Ibn Wahb Ar-Rasibi (rsnya bkn Ar-Rashidi), br tau klau ikut Ibadi (asalnya drp Khawarij tp x melampau) dia tu org yg mrk nk sbg Khalifah slps 'Ali (ra).

Ttg Muhyiddin Ibn 'Arabi, at-Tadbirat al-Ilahiyya, nmpknya ditulis dlm masa 4 hari jer sms dia berumur 30 thn... & nmpknya diamalkn lbh krg 15 thn kemudian sms pemerintahan Sultan Seljuq Rum tu...

Sdr Aqil ni mcm ada pengalamn kepelbagaian jemaah... Mcm citer drp Amin Ahmad...

Hmm... kawan sy fwd penulisan Yusef Progler, br sy tau ttg Multiversity... Wallahua'lm Wsslm

Rausyanfikir berkata...

T kasih bro Wayfarer. Amman Message tu memang being ratified by many authoritative scholars mcm Seyyed Hosein Nasr, Hamza Yusuf.

Wahhabism is really killing the ummah internally.

Yusef Progler is one good Muslim intellectual. Ive read his books.