Khamis, 23 April 2009

Bicara Nursi di pagi hari



Dua buah buku yang tak boleh diletak untuk minggu ini.



Hari ini berbeda sedikit. Saya berkepit dengan buku di surau hostel selepas subuh. Selalunya macam biasa terjelapuk di atas katil bagi meng-qada' masa lelap malam semalam. Entah mengapa buang tebiat. Mungkin mimpi semalam yang entah boleh dikategorikan sebagai 'mimpi ngeri' atau 'mimpi manis'. 



Kena bukak tafsir mimpi Ibn Sirin ni.



Selesai solat sunat sebelum subuh di dalam bilik saya teraba-raba mencari buku yang boleh dibawa bersama ke surau. Pilihan di hati Kitab al-Tanwir  fi Isqat al-Tadbir ( The Book of Illumination) karangan sufi intelektual agung zaman silam, Ibn 'Ata'Allah al-Iskandari. Turut sama meminta-minta untuk dibawa turun Mishkat al-Anwar ( The Niche of Lights) karangan juga sufi intelektual agung zaman-berzaman Imam Al-Ghazali. 



Fikir punya fikir saya cekup Risale-i-Nur jilid al-Mathnawi al-Nuri ( Seedbed of the Light) karangan mujaddid Turki Said Bediuzzaman Nursi dan juga buku yang menghanguskan duit belanja hujung bulan April Maqasid al-Shariah as Philosophy of Islamic Law karangan Dr. Jasser Auda.



Mungkin buku-buku yang baru dibeli daripada Pesta Buku lebih menggiurkan untuk dibaca. 



Selesai solat subuh saya bersandar di dinding surau sambil membelek kalam Nursi. 45 minit berlalu kemudian tukar buku Maqasid pula.



Entah. Saya temui ketenangan disebalik kegilaan timbunan projek tahun akhir kejuruteraan kimia dengan membaca buku-buku sebegini. 



Banyak yang saya hendak kongsi tapi maklumlah kesuntukkan masa. Dalam kepala ini ada deretan idea yang hendak dilampirkan ke dalam blog ini.


Bila sudah tersengguk membaca Maqasid saya tukar kepada kalam Nursi kembali. Jam sudah menunjukkan 7.21 am.


Cafeteria pun sudah mula bising dengan suara tukang masak. Perut pun sudah berkeroncong. 


Sambil-sambil makan nasi goreng beserta teh tarik panas, saya keseorangan diri tanpa sedar telah tenggelam dalam kalam Nursi sewaktu menyuap nasi ke mulut. 


Terpaku sebentar bertafakkur dengan kalam yang ditulis Nursi:


"Those 'civilized' people who consider corruption and regression to be progress, ignorance to be certified knowledge, and the deepets sleep to be fully awake are among the second group"


Kira-kira terjemahannya:

"Mereka yang mengaku 'bertamadun' melihat kerosakkan (fasad) dan pengunduran sebagai kemajuan, kejahilan sebagai ilmu yang di'itiraf dan tidur nyenyak sebagai kesedaran tulen merupakan antara manusia yang tergolong daripada kumpulan kedua tersebut".


Kumpulan kedua tersebut seperti yang ditulis oleh Nursi:


"One is lost in a particle; the world is lost in another. One opens a vast world of multiplicity with the key given to him or her and, straying, becomes lost and able to reach unity and belief in Divine Uniy only with great difficulty. People also differ greatly in the way they follow on their spiritual journeying. Some advance easily and attain peace and unity; others are overcome by fancies and heedlessness and, completely lost in multiplicity (of things), forget unity,"


Nursi menerangkan satu pardoks ala The Matrix. Yang disangka realiti rupa-rupanya ilusi. Yang disangka kemajuan rupa-rupanya kemunduran. Yang disangka ilmu rupa-rupanya tekaan (conjencture/zann). Yang disangka sedar rupanya masih tidur!



Lama saya renung kalam tersebut tak sedar cawan teh tarik sudah lama meniti di bibir.



Ah, panjang sekali boleh saya kupas kalam yang menarik ini. Sayangnya sekejap lagi kena bentang sistem rawatan bendalir buangan Industri Elektronik. Masa amat mencemburui perkongsian kita.



Ringkasnya, saya lihat Nursi sedang berbicara berkenaan haqiqah. Kritikan ini, pada pengamatan saya boleh dilanjutkan kepada analisa kritis terhadap Jemaah Islam Kampus hatta gerakan Islam seperti PAS sekali pun. 



Kalam ini boleh diletakkan sebagai bab aqidah dan pandangan alam Islam ( worldview of Islam)



Maaf saya tidak dapat kupas sekarang. Karya Maqasid Dr Jasser Auda yang menarik pun tak mampu nak kupas walaupun bagi saya sangat menarik untuk dibaca!



Mungkin saya boleh bagi tugasan kepada para pembaca. Sila tadabbur surah al-Haqqah (The Reality) dalam al-Quran dan cuba cungkil tema besar daripada surah tersebut yang mungkin agak tersirat jikalau dibaca sekilas pandang.



Sekian bicara ringkas di pagi hari. 


3 ulasan:

psychedelicmundo berkata...

salam Faisal. aku nak mintak tolong sikit.aku sedih la.student medic khasnya di Jordan ni masih ramai yg kabur dan tak faham tentng PPSMI.dan mmg ketara budak2 kt sini mmg lesu dgn isu ni. takde siapa concern ape tah lagi nak buat forum ke seminar jauh seklai lah.tolong lah faisal.aku rase fed up pun ade.ape2 tlg email aku haziq_barbarian@yahoo.com

bakunin berkata...

mereka pandai baca dlam bahasa milayu tak?

suroh mereka baca bahan2 yg bertambun kat www.kesturi.net

CALIPH berkata...

salam..


erm menarik!