Rabu, 8 April 2009

Aku, Euphonious dan Butterfngers.




Emmet Roslan Ishak, frontman Butterfingers.


BUTTERFINGERS frontman Emmet Roslan Ishak takes a coffee break to bid farewell to his fans.

Q: I hear you are leaving the country?
A: Yes, I'm moving to Canada
with my wife and daughter next month.


Q: How long will you be there? What will you be doing?
A: Maybe six years. I'll also be doing some work there. And, of course,
I will finish my studies.


Q: What will happen to Butterfingers?
A: The band will be on an indefinite hiatus because the
others are also doing their own thing.


Q: But the band had just released a new album. Won't this upset the fans?
A:
Our fans are mature and most have their own family and career.

I don't think they mind if we are physically gone as long as our music still lives.


Q: Any possibility of you starting a new band in Canada or trying to go solo there?
A: I don't think so. I've been with the band for ages and I intend to stick with it.

It is not easy to start a new band because of the chemistry. And doing solo is just not my thing.


Q: How will you continue to reach out to your fans?
A: We have a website www.butterfingers.com.my which will continue to give fans the latest news. In fact, we might record new songs and share them online.

Sumber: NST



Saya sengaja memetik temu bual yang NST lakukan bersama frontman Butterfingers, Emmet Roslan Ishak untuk sama-sama kita mengkaji psikologi pemuzik yang telah mempengaruhi anak-anak muda di Malaysia semenjak zaman 90-an lagi termasuklah diri saya sendiri.



Pengaruh kugiran bernama Butterfingers ini cukup luar biasa sekali pada zaman 90-an hingga lewat 2000 yang lebih dikenali sebagai zaman generasi X. Rata-rata daripada mereka ini merupakan alumni MCKK kecuali Emmet. Bentuk muzik yang dibawa pada zaman itu sudah tentu
grunge ala Kurt Cobain, Alice in Chain, Pearl Jam, Soundgarden dan macam-macam lagi yang kusut masai fizikal dan mental-nya. Tema muzik agak falsafah sebenarnya jikalau direnungi dalam-dalam akan lirik lagunya tetapi ke arah penisbian nilai dan juga kekosongan ma'na kehidupan. Mencari dan terus mencari sehinggalah terperangkap dalam polemik diri seperti Kurt Cobain yang membunuh diri serta yang lain terjerabak dengan dadah.



Koleksi kaset Butterfingers yang saya miliki. Memang terpengaruh dulu dan saya kagum dengan 'originality' mereka untuk tidak dikomersialisasikan oleh kapitalis muzik.



Saya terpengaruh dengan idea budaya ini dari segi originality terhadap diri sendiri. Tidak perlu ikut budaya sipahi popular. Lagi underground lagi bagus. Itulah fikrah dan tassawur kehidupan zaman muda-muda dulu (7 tahun lepas).



Tapi manusia akan berubah dengan hidayah-Nya. Mungkin perubahan itu radikal seperti yang saya alami 4 tahun lepas. Ataupun perubahan itu berperingkat-peringkat sesuai dengan kematangan umur mereka.



Kalau kita kaji dan fikir dalam-dalam, itulah yang berlaku sebenarnya kepada kugiran-kugiran yang seketika dahulu telah menempah nama di arus bawah tanah dikalangan anak-anak muda negara ini.



Bila saya baca temu bual Emmet dengan NST ini, saya dapat lihat dengan jelas perubahan itu. Perkataan yang telah saya 'bold'-kan dengan warna merah itu merupakan antara perkataan-perkataan yang mampu dijadikan klu dalam merancang gerak kerja dakwah kepada golongan hedonis ini.



Untuk itu, kita harus kaji diskografi Butterfingers juga. Saya sudah lama tidak dengar album mereka sejak terjun dalam bidang aktivisme. Bila mana saya menonton video klip lagu-lagu terbaru mereka di Youtube seperti
Bebas dan 1000 tahun, sememang-nya tema dan idealisme muzikal mereka sudah berubah. Jauh lebih matang dan dewasa. Penuh dengan ma'na dan falsafah yang manusiawi. Bukan lagi lagu sebarang-sebarang yang didendang tanpa ma'na.




Begitu juga dengan Linkin Park, sebuah band yang mempengaruhi idealisme muzikal saya. Album terbaru seperti Minutes to Midnight turut membawa tema kesan pemanasan global, kapitalisme dan krisis ekonomi dunia.


Meliaht semua perubahan ini, bagi saya, hipotesis awal yang boleh dibuat adalah:


They have grown up and wise enough, at their level, to acknowledge and ponder upon the existential and essential Reality (with the big 'R') in making their music.



Para hedonis ini, dengan izin Allah, akan terjumpa satu 'tipping point' dalam kehidupan hedonisme mereka untuk berfikir tentang kehidupan dan masalah yang dialami oleh manusia di sekeliling mereka.



Mungkin dahulu, ketika zaman muda
teen angst itu lebih mendominasi idealisme muzikal mereka berbanding corak pemikiran falsafah yang lebih mendalam. Dari segi pemakaian, seni kata dan jenis muzik yang didendang turut berubah.



Makin lama makin
mellow dan berma'na untuk dicanai kepada para peminat mereka. Maklumlah, seperti Emmet yang sudah berkahwin dengan anak perempuan yang comel, sudah pasti jiwa ke-bapa-an itu makin terserlah.



Banyak kugiran yang saya lihat mutakhir ini, telah melalui evolusi sebegini.


Jadi apakah strategi dakwah kita dengan menilai evolusi idola golongan hedonis ini?



Bagi saya, kita perlu
mempercepatkan proses kematangan golongan hedonis ini.



Bagaimana?



Kalau di kampus, seperti yang acap kali saya katakan adalah dengan menjadikan mereka manusia yang berfikir (
tafakkur) dalam suasana yang ditenggelami dengan budaya ilmu.



Biar mereka menjiwai dan mempersoalkan nilai kehidupan mereka. Bangkitkan isu-isu yang dekat dengan diri dan jiwa mereka. Perubahan itu mungkin tidak akan terkesan dalam masa terdekat tetapi lambat laun, setelah meningkat dewasa, dengan izin Allah akan berubah jua.



Sebab itulah kita
tidak boleh berkonfrontasi sangat dengan golongan ini di kampus.



Tapi sayang-nya, seperti saya lihat di kampus-kampus, JIK semua-nya suka berperang berbanding memahami mereka dahulu.



Bak kata Syakh Hamzah Yusuf, kita harus berpindah "
from protest to engagement".



Saya ingat lagi sewaktu saya baru dikaderkan, dalam MAIKS, saya yang jadi pengacara majlis. Peluang menjadi juruacara majlis ini saya gunakan untuk perkongsian bersama abang-abang dan kakak-kakak yang
syadid akan fenomena hedonisme ini. Saya paparkan video Slipknot dan melukis carta hierarki pemikiran falsafah Barat ( walaupun pada waktu itu masih keliru dan tidak faham sangat) agar mereka faham di mana punca masalah.



Entahlah, mungkin pada waktu itu saya masih mentah, maklumlah baru dikader, apa saya kata tidak diambil peduli sangat. Mungkin mereka lupa bahawa saya datang dari kumpulan seperti itu dahulu.



Kepincangan pemikiran syura dan MT dalam menangani masalah hedonisme di kampus-kampus, pada hemat saya adalah kerana TIDAK FAHAM akan AKAR PERMASALAHAN yang ada. Hendaknya pula budak-budak sains teknikal yang membawa pandangan alam mekanistik hitam-putih. 



Mungkin seperti biasa, kerana JIK itu dibentuk dalam acuan politikus yang pragmatik sifatnya, AMAL itu seperti protes, memo lebih diutamakan berbanding ILMU seperi kajian mendalam, temu bual etc.



Maka jadilah gerak kerja dakwah yang tempang. Malah memakan diri pula.



Semalam dalam Majlis Penghargaan Aktiviti Kokurikulum UTP, Rektor sendiri menghambur kata-kara perli kepada manusia-manusia yang berkonfrantasi tak kena cara (baca: Machiavalinisme) dalam protes kepada Euphonious. Siapa makan cili dialah terasa pedas-nya.



For me, this is an uneccessary publicity. We can no longer live in the state of denial.
PEOPLE KNOWS and they are not stupid as we might think. All this while we think we are controlling the game. Actually, we are just playing in the Sandbox mode (siapa main game Real Time Strategy fahamlah ye) and not really hitting the right note.



Teguran Rektor itu harus dijadikan satu titik pusingan buat gerak kerja pihak yang berkenaan.



Saya yakin, untuk benar-benar kita lakukan revolusi budaya dalam kampus-kampus berhubung isu hedonisme, budaya ilmu adalah jawapan terbaik. Kesabaran dan istiqamah harus tinggi disamping kita sendiri, selaku da'ie, benar-benar memahami hubung kait hedonisme dengan kapitalisme dengan konsumerisme dengan sekularisasi ilmu dengan pelbagai ancaman yang mana antum semua
tidak akan dapat dalam usrah politikus!



Akhirul kalam, sama-samalah kita tinjau balik artikel yang saya coretkan pada tahun lepas berkenaan isu yang sama ya'ni Euphonious yang mana boleh juga dijadikan basis pengkajian di kampus-kampus lain.



Wallahua'lam.



Aku Suka Euphonious tapi...


Oleh Wan Ahmad Fayhsal, catatan 25 March 2008.


Aku rasa, jikalau tidak diberi hidayah oleh Allah 3 tahun lepas, sudah tentu aku akan fret gitar atas pentas dalam dewan Canselor UTP setiap tahun.


Euphonious, merupakan satu nama yang cukup kontroversi semenjak aku menjejaki UTP. Event ala Battle of the band ini menyaksikan sambutan mahasiswa dan siswi UTP dengan begitu dahsyat sekali, boleh kata mencapai makam Akadami Fantasia di dalam hutan Tronoh ini.


Apakah kontroversinya? Seperti mana yang dijaja oleh golongan Islamik UTP (i.e Rakan Masjid dan seangkatan dengannya) Euphonious membawa wabak hedonisme ke dalam kampus.


By the way, hedonisme adalah sebuah gaya hidup yang memaksimumkan keseronokan sama seperti utilitarianisme yang dipopolarkan oleh ahli falsafah Inggeris, John Stuart Mill sewaktu era Pencerahan di Eropah beratus tahun dahulu.


Betul ke Euphonious teruk? Aku pernah masuk tengok sampai habis masa aku 1st year. Ok je. Takla seteruk zaman aku pergi gig dekat bawah ofis Schlumberger di Blue Planet, KL.


Secara ringkas, aku dapat memberi komentar bahawa Euphonious adalah event buat sekumpulan wannabe rockers, dan musicians yang hebat melakukan persembahan muzik buat para peminat muzik yang ada di UTP.


Secara literalnya begitu.


Aku tak nampak booze and drugs apatah lagi cannabis yang dihisap seperti Bob Marley. So it looks clean in the eyes of modern people isn’t it?


Of course if you look using pandangan mata Islam yang membawa ciri al-haq (the Truth), ceritanya lain pula.


Aku cukup kagum kepada para pemuzik amatur dan profesional UTP. Aku tahu bukan senang untuk menggoreng gitar seperti Santana dan Malmsteen apatah lagi mengetuk cymbal jenama Zildjian ala Travis Baker dan Mike Portnoy. Minat, dan usaha yang gigih untuk sekian lamanya barulah seseorang wannabe rockers itu dapat bermain dengan baik.


Belum lagi kira macam mana nak synchronize dengan band mates. Aku dulu sewaktu mempunyai band amatur di sekolah, siap bergaduh ideologi muzik. Aku seperti biasa anti muzik pop dan menjunjung tinggi semangat straight edge underground. Malangnya masa tu Flop Poppy meletup-letup maka band mate aku semuanya beralih angin nak jadi Flop Poppy. Tinggalah aku seorang dalam band bernama Antidote Kills. Akulah frontman, akulah gitaris amatur dan akulah penulis lirik dan lagu. To cut it short, the project fails after aku masuk UTP plus gitar aku hilang kat sekolah.


Mencipta lagu memerlukan kreativiti yang dalam. Maklumlah, setiap lagu dan lirik yang ditulis perlu dijiwai baru feel.


Sebagai gitaris amatur, aku tahu perasaan mula-mula belajar main gitar dulu. Bukan satu kerja mudah. Perfect practice makes perfect skills. Semua ini sedikit sebanyak mengajar diri seseorang ahli muzik itu untuk bersungguh dalam melakukan kerja, secara tak langsung la.


Tapi…


Yang menjadi masalah buat aku ialah event ni sebenarnya membawa bencana yang besar dari segi jangka masa panjang.


Euphonious ini bukanlah semata-mata event. Jikalau dilihat menggunakan mata 2 biji tu memang event. Cuba guna mata hati. Ya mata hati. Abu Jahal dengan Ali dua-dua tak buta. Kenapa satu jadi bodoh maki Rasulullah S.A.W dan satu lagi beriman? Ha, kat sinilah peranan mata hati.


Aku melihat Euphonios ini sebagai satu elemen pembudayaan yang berkesan ke arah melahirkan tuntutan masyarakat moden yang korup pandangan hidup Islamiknya. Ditambah dengan peranan DC++ dan segala macam bentuk hiburan yang ada di UTP, semua ini akan melahirkan pewaris bangsa dan agama yang mempunyai jati diri rendah dan lemah.


Lambat laun kerana sudah hanyut dengan budaya sebegini, sejarah lama akan berulang. Ya penjajahan. Ia bermula dengan minda yang terjajah. Bila minda yang terjajah wujud lahirlah manusia yang terjajah dari segenap segi.


Maka, jangan terkejut masyarakat yang wujud nanti adalah masyarakat yang sama seperti tamadun Rome yang jijik di penghujung usianya. Sarat dengan maksiat dan korupsi. Masyarakat sebegini Allah campak keluar je dari bumi sama seperti kaum Tsamud, dan Ad.



Of course ini adalah coretan ringkas, boleh dipanjangkan lagi kalau kita duduk bincang secara serius.



Aku tidak suka menghukum event ni dari segi fiqah kerana yang pergi Euphonious tu pun belum tentu pergi masjid selalu. So, nak berhujah dari segi fiqah kepada ahli muzik dan management rasa macam cakap dengan batu.


Dan aku juga tidak suka berhujah dengan memberi alasan murahan bahawa gejala ini adalah konspirasi Yahudi merosakkan pemuda-pemudi Islam (yang rosak bukan Muslim je, satu dunia rosak dengan budaya Barat negatif).



Tapi aku lebih nak mengajak korang bukak tempurung kepala dan fikir. Adakah setakat ini sahaja budak UTP mampu lakukan? Belajar, makan, tidur, berhibur. Esoknya begitu. Takkan tu je nilai budak-budak scorer SPM, STPM dan diploma?



Kalau macam tu, baik tak payah masuk universiti. Bazir duit rakyat je. Sama je nilai korang dengan Samy Vellu yang menghabiskan duit rakyat.



Sakit tapi kita harus terima. Islam tidak lemah, tapi KITA MUSLIM YANG LEMAH. Kita gagal menonjolkan Islam as the way of life sepanjang hari ini.


Satu perkara yang normal dalam sejarah manusia bahawa budaya yang lemah akan tewas kepada budaya yang lebih kuat. Sudah pasti, pada masa kini budaya Barat cukup kuat dari segi ilmu, seni dan yang lebih kritikal cara pandang hidup Barat.


Bagaimanakah kita hendak menyelesaikan kemelut penipuan Barat ini?


Kata Ziauddin Sardar, seorang pemikir Islam di Eropah:


Semua reformis harus bermula dengan melihat dunia pada hari ini seperti mana ia wujud pada saat ini. Kita mesti melihat dan memahami keadaan dunia seperti mana yang dihasilkan realiti, bukanlah dengan melihat ia menjadi seperti mana kita inginkan. Hanya selepas kita menjiwai kebenaran realiti kontemporari barulah kita mampu melakukan reformasi untuk menghasilkan dunia yang kita inginkan


Maka untuk berperang event antara golongan Islamik dan yang tidak faham Islam adalah satu perjuangan yang cetek. Kita, sebagai orang yang concern dengan masalah kejatuhan budaya dan jati diri Melayu Muslim, haruslah mengambil sikap yang lebih terbuka untuk menilai masalah, bukannya dengan melihat melalui kaca mata “us” and “them”.


Solution yang aku selalu fikirkan adalah mencari titik persamaan antara semua warga UTP. Tak lain tak bukan ilmu. Aku rasa, sampai sekarang budaya Ilmu tak pernah wujud di UTP. Yang ada budaya telan informasi dalam lecture. Apabila universiti tidak empunyai satu budaya dan tradisi ilmu yang kuat, baik tak payah panggil universiti. Panggil training center pun dah cukup.


Kenapa perlu ilmu? Dan ilmu bagaimana? Kerana dengan ilmu yang benar, insyaallah manusia dapat menemui Kebenaran ( aku tulis dengan capital ‘K’). Absolute truth.


Bagaimana? Allah dah bagi tau dalam Quran. Betapa banyak perkataan la’allakum ta’qilun (so that you might use your reason, which is ‘akal’), a fa la ta’qilun (will you not, then use your reason?) la’allahum yafqahun (so that they might understand [the truth]) dan la’allakum tatafakkarun (so that you might think).



Keberkesanan mesej Al-Quran akan lebih dijiwai dan difahami, seperti yang diperkatakan oleh pemikir Islam bangsa Yahudi iaitu Muhammad Asad ialah kepada golongan li qawmin yatafakkarun (
for people who think). Tapi malangnya orang Melayu kita ramai sangat bertaklid, main ikut tanpa faham. Dari nenek sampai adik.


So apakah budak-budak yang suka berhibur ni menggunakan faculty of reason yang Allah bagi dengan baik? Sudah tentu tidak. Mengapa tidak? Sebab kepala dah sarat dengan elemen hiburan yang menyeronokkan nafsu. Nafsu berhibur mendominasi akal sihat yang mampu menafsir realiti.


Aku still dapat ingat lagi macam mana jiwa aku leh terketuk untuk menerima Islam secara lengkap. Ia bermula di dalam hati diperkukuhkan dengan akal. Natijah dia, walaupun aku suka muzik rock, tapi masih mampu mengawal diri daripada taksub sampai lupa tujuan hidup.


Maka perjuangan menentang Euphonious ini aku rasa tidak akan berjaya jikalau dilihat semata-mata menentang event itu tapi perlu dilihat satu usaha untuk mencabut akar-akar penipuan Barat yang datang dari pelbagai sudut.


Sudah tentu semua ini menuntut satu perjuangan yang panjang. Bukan setiap kali Euphonious hadir, masa tu baru nak buat event persaingan, bagi phamplet. Tak berkesan. Usaha memang la perlu, tapi kalau tak faham situasi usaha jadi usaha jelah.


Kecelakaan jiwa yang dipugar oleh Euphonious tidaklah seberat mana. Mengapa? Impaknya secara langsung lebih bersifat tertutup kerana parameter kejadian hanya merosakkan iman para hadirin yang lemah.


Aku lebih berasa susah hati apabila budak-budak UTP yang belajar Engineering Economy membawa ilmu mereka keluar kepada masyarakat. Sudah terang-terangan isi kandungan yang diajar didominasi oleh riba’ (interest) dan idea durjana inilah yang mengjahanamkan dunia Islam dan masyarakat yang tertindas yang lain. Apakah golongan pendakwah muda dan para lecturer yang berjiwa Islamik hanya mampu berdiam diri? Tidak bolehkah kita bersatu suara dan menuntut reformasi isi kandungan subjek tersebut?


Hmm. Kita semua, yang mana mencintai Islam dan jati diri bangsanya daripada dimamah budaya Barat yang merosakkan, haruslah bersama-sama bersikap kritikal dan berani mencabar status quo yang ada di UTP. Bukan kita benci mereka tapi sebab kita sayangkan umat inilah kita mengambil risiko sebegini.


Maka, nasihat aku untuk para peminat Euphonious, jaga batas-batas syariat dan jangan jadi hamba budaya Barat. Nasihat aku pada para pendakwah, kita harus perkasakan gerak kerja kita dengan lebih kemas, Maksud aku bukan perkasa strategi nak buat event atau bagi phamplet tapi perkasakan pelan jangka panjang untuk menyelak kain penipuan budaya Barat di UTP disamping mewujudkan budaya Ilmu yang dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berguna. Kita menangi hati mereka dahulu sebelum perangi mereka kerana aku percaya mereka juga masih empunya hati pada Islam. Cuma mereka nampak Islam tu sekadar Islam taqlid.


Salah silap adalah diatas kelemahan aku sendiri. Sekian.







11 ulasan:

NoktahHitam berkata...

1.2 miligram adalah album terbaik mereka!

Ya, rata2 peminat mereka sudah mendirikan rumah tangga. Terima kasih atas inspirasi anda Butterfingers. Tanpamu, sudah pasti aku dibuai mimpi indah ketika aku menempuh SPM dan PMR. (aku perlu stay up utk study!)

Hasbullah Pit berkata...

Hedonisme terpimpin?

psychedelicmundo berkata...

ya faisal.ada nilai environmentalist dlm jiwa para pemuzik underground dan penentangan mereka terhadap pemeras dan perosak seni muzik.lirik lagu mereka punya nilai.tak dinafikan pandangan yg sinis golongan syadid merasa diri sudah di syurga yg juga banyak kekurangannya sering menyebabkan underground scene ini dilihat semuanya ahli neraka.aku setuju kita harus mematangkan mereka ini dan kalam "from protest to engagement" itu amat-amat diperlukan.

nami o fish berkata...

Butterfingers indeed influenced my music taste.Sesiapa yang born 1980s yang terlibat dengan Generation X memang macam tu.

Haha!Nice review.Tapi kalau dengar album Selamat Tinggal Dunia dan Kembali pun,dorang music dah banyak berubah.

Nice article bro!

-Nami.

AMMOSHAM berkata...

nasyid kau layan tak?

Rausyanfikir berkata...

Betul2. Saya dulu Straight Edge. Hehe.


Nasyid kapitalis xlayan. nasyid qasidah layan.

Basuh Baju berkata...

sy xpernah kenal dan layan muzik ni..tp lepas baca artikel ni baru tau serba sedikit dan mula nak baca lirik idealisme band ini..

btw, artikel ni cool..

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan berkata...

yeah...butterfingers rocks dude!....tapi kalau philosophical music,i'm much more prefer to pink floyd..hahahaaha....tapi apa2 pun,butter memang rock!.

deena berkata...

1.2 miligram fav aku.

coretan menarik.

khemy berkata...

kupasan yang menarik..
anda tau dan faham apa yang anda tulis..
mesti datang lagi ke blog nih..

Tanpa Nama berkata...

thanks for the post about eupho. im one of the "eupho fan" and after reading your aricle about euphonius. its awakes me. mmg it will influence you. but it was a great article. mls nak pg eupho next year.