Jumaat, 27 Mac 2009

Satu jam untuk Dunia




Menarik. Tak sampai sebulan promosi, boleh kata satu Malaysia sudah merasai bahang kempen yang dipelopori oleh WWF (bukan gusti ya). Artis kita pun terkinja-kinja-lah menjadi hero dan heroin *konon* kepada isu pemanasan global ini. 



Do they really know the REAL story behind it?



Teringat saya pada kisah kempen Live 8 yang diusahakan oleh Bono (U2) dan Bob Geldoff pada tahun lepas. Mereka menganjurkan konsert besar-besaran di seluruh dunia untuk menyampaikan mesej "hapuskan kemiskinan!"
terutamanya kepada warga Afrika.



Mobilisasi besar-besaran berjaya dilakukan dan mesej-nya mungkin berjaya di hadam - untuk seketika. Bono dan Bob Geldoff menasihati para artis yang melakukan persembahan di atas pentas untuk tidak mengkritik Bush dan Blair selaku orang penting dalam organisasi negara-negara kapitalisme utama dunia ya'ni kumpulan G8. Konon-nya atas dasar tidak mahu berkonfrantasi dengan kumpulan G8 agar permintaan untuk mengurangkan caj hutang untuk negara-negara Afrika bayar kepada kumpulan G8.


Ini adalah satu reverse psychology. G8 adalah masalah sebenar kepada kemiskinan di benua Afrika dan negara-negara dunia ketiga! 



Program penstrukturan semula dasar-dasar negara (Structural Adjusment Program) oleh institusi malaun seperti Bank Dunia dan IMF ( Anwar Ibrahim sangat rapat dengan kumpulan-kumpulan ini) membuatkan hampir setiap manusia di negara-negara miskin tersebut secara langsung terpaksa menanggung beban hutang warisan! 



Nasib baik Tun Mahathir bijak. Kalau tak kita pun jadi macam Thailand dan Indonesia. Zalim Tun pun, dalam bab ekonomi Islam, beliau masih waras. 



Niat baik tapi CARA tidak kemas dan syumul.



Begitu juga dengan Earth Hour ini. Niat baik untuk pendidikan TETAPI tidak menyerang jantung 'musuh' dengan kemas.



Mungkin ramai tidak tahu dalam dunia ini, ada badan bukan kerajaan (NGO) yang nampak macam malaikat tetapi sebenarnya syaitan. Di sogok oleh badan-badan korporat (baca: puak kapitalis) untuk mempertahankan fakta palsu atau fakta separuh benar (half-baked truth)agar masyarakat senantiasa berasa tenang di atas timbunan permasalahan yang disapu di bawah permaidani indah.




Tidak kurang juga golongan bijak pandai yang sebenarnya balaci kapitalisme seperti saintis, pensyarah, peguam dan wartawan yang membawa agenda syarikat-syarikat gergasi yang tidak ubah seperti lintah darat terhadap negara-negara Dunia Ketiga.




Mereka inilah pseudo-saintis, pseudo-intelektual dan lebih wajar menerima gelaran ulama' su' (jahat!)




Buku ini menceritakan propaganda jahat daripada manusia-manusia yang konon-nya "expert" dalam bidang-bidang mereka tetapi sebenarnya balaci dan malaun puak kapitalisme.






Antara calon-calon balaci dan malaun puak kapitalisme, seperti biasa adalah mahasiswa yang memburu nombor-nombor CGPA sepanjang mereka memperhambakan diri kepada sistem pendidikan ciptaan sistem kapitalisme. Mahasiswa/siswi ini dikelar weltanschauung mereka yang dinamik dan disogok dengan pengkhususan yang sangat sempit melalui sistem pemetakan ilmu (compartmentalization of knowledge) agar menjadi, meminjam kata-kata failasuf Sepanyol, Ortega-Gasset sebagai kaum gasar baru (new barbarian). Bila sudah terperosok dalam lembah kapitalisme ini, maka jadilah bijak-bijak pandai ini terjerabak dengan penyakit hubbud dunia.


Rujuk artikel saya berkenaan The University and the captive mind untuk fahami isu ini dengan lebih mendalam.



Inilah antara salah satu juzuk proses de-Islamisasi bila mana mereka yang mengaku ulama' GAGAL memahami AKAR permasalahan yang menjerut mad'u mereka. Ke-GAGAL-an ulama' kerana mereka sendiri terkena wabak dualisme yang memisahkan pengkelasan ilmu fard ayn dan fard kifayah (baca: sekularisme yang halus ) sehingga tidak mampu lagi menafsirkan al-haqq dalam kehidupan yang dicelup pelbagai perkara syubhat (bukan makan minum je).




Ah terlajak pulak. Cerita pasal Earth Hour lagi kan?



Negatif-nya Earth Hour ini adalah kerana ia-nya satu kempen yang pseudo-environmentalisme (sebab WWF bukan kumpulan environmentalis yang radikal seperti Friends of the Earth dan Greenpeace) yang berpotensi membuahkan mimpi indah buat masyarakat bahawa masalah pemanasan global ini hanya-lah perlu ditangani dengan tutup lampu, tukar mentol etc. yang bersifat runcitan sedangkan keseluruhan SISTEM KEHIDUPAN, PENDIDIKAN, EKONOMI, DAN POLITIK SEMPIT yang wujud ini merupakan PUNCA MASALAH tetapi dibiarkan di tepi jalan sahaja.



Kalau korek dalam-dalam lagi, sampailah kepada tesis Prof. al-Attas ya'ni masalah kehilangan adab melahirkan kekeliruan dan kerosakkan ilmu.



Positif-nya, kempen Earth Hour ini patut menjadikan satu kejutan buat gerakan Islam seperti PAS, JIM dan ABIM agar turut sama menjadi pejuang no.1 dalam isu-isu sebegini. Mereka lebih Islamik daripada gerakan Islam dalam bab kebersihan dan alam sekitar.



Opps. Maklumlah, politik no.1! Syumul gerakan Islam itu terletak pada penyertaan mereka dalam politik (itu hujah penta'aruf masa tamrin perkaderan untuk proses dehumanisasi gerakan Islam lain yang tak masuk politik).



Mungkin gerakan mahasiswa Islam boleh isi kekosongan tersebut kerana kualiti perjuangan gerakan Islam pada masa akan datang dicerminkan oleh idea dan tema yang gerakan mahasiswa Islam perjuangkan sekarang.




Walaubagaimanapun, tahniah kepada WWF dan para artis yang membantu tetapi ingat, hanya dengan ILMU kita mampu memberi nafas panjang kepada perjuangan kerana KEFAHAMAN tidak datang melalui EMOSI dan sorak sorai demonstrasi.



P/S: Kempen Gaza pun sudah suam-suam. Gencarkan lagi wacana kemelut Gaza ini dalam pelbagai dimensi.


4 ulasan:

ASaL berkata...

salam. kita sokong kempen juga.

Hasbullah Pit berkata...

Aku memang ada rancangan nak usulkan secara rasmi, supaya PAS no.1

"3rd force" pun boleh tolong cucuk

Tanpa Nama berkata...

is this post is a perversion of a "well-intentioned" idea? i think so. why can't you do, if not help, other's 'small' campaign while at the same time propose and develop your own? i dont think the content of this post is Attasian in any way, nor is it Sufistic.

Anak Alam

Ibn Ali berkata...

Saya ambil ayat-ayat ini ok :-)

Antara calon-calon balaci dan malaun puak kapitalisme, seperti biasa adalah mahasiswa yang memburu nombor-nombor CGPA sepanjang mereka memperhambakan diri kepada sistem pendidikan ciptaan sistem kapitalisme. Mahasiswa/siswi ini dikelar weltanschauung mereka yang dinamik dan disogok dengan pengkhususan yang sangat sempit melalui sistem pemetakan ilmu (compartmentalization of knowledge) agar menjadi, meminjam kata-kata failasuf Sepanyol, Ortega-Gasset sebagai kaum gasar baru (new barbarian). Bila sudah terperosok dalam lembah kapitalisme ini, maka jadilah bijak-bijak pandai ini terjerabak dengan penyakit hubbud dunia.