Ahad, 8 Mac 2009

Pasca perhimpunan anti PPSMI: satu renungan awal



Lebih kurang macam BERSIH. Tapi kali ini isu yang lebih berilmiah.



Rasa seperti pertempuran anti-WTO di Bandar Seattle 1998. Atau mungkin juga seperti mengimbau kenangan silam Revolusi Iran 1978. Setakat ini merupakan pengalaman paling teruk yang pernah saya alami di atas jalan raya. Itu pasti.



Seperti dalam medan perang (
war zone). Tembakan gas pemedih mata secara bertalu-talu menggemparkan jalan raya berhadapan dengan Istana Negara. Tak kira makcik atau budak kecil semua menikmati burning sensation pada bahagian muka dan dalam saluran sinus, kerongkong mereka.



Saya sendiri rasa hendak pengsan atas jalan raya setelah 3 kali menghidu gas tersebut. Bahana duduk di
frontline.



Berehat sebentar setelah dibedil bertalu-talu oleh FRU.



Barisan hadapan terpisah daripada jalur panjang ahli perhimpunan. Semua ini tidak melunturkan semangat mereka.




Perhimpunan bantahan PPSMI anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI ( evolusi daripada Gerakan Anti PPSMI yang dipelopori PKPIM) mencetuskan satu lagi gelombang massa dalam menyatakan bantahan secara keras kepada pihak berwajib. Perhimpunan ini tidak mungkin diadakan jikalau Menteri Pendidikan kita bersikap adil kepada para intelektual dan budayawan Melayu dalam menilai hujah dan bantahan perlaksanaan dasar minda tertawan ini.




Ternyata, bila mana episod demi episod rundingan meja bulat tidak menyebelahi para cendekiawan Melayu yang membantah dasar ini, jalan raya adalah
uslub terakhir dalam menyatakan bantahan secara terang-terangan.




Sudah tentu tidak semua yang hadir ke perhimpunan ini faham akan permasalahan yang ada. Memandangkan ketidak stabilan politik di Perak, dan pelbagai episod kezaliman politik yang jijik, rakyat mengambil peluang ini untuk menzahirkan suara terpendam mereka di atas jalan raya.



Benarkah bantahan ini berjaya? Apakah kayu ukur kejayaan Gerakan Mansuh PPSMI ini boleh disandarkan kepada perhimpunan sebegini?



Ternyata tidak, kerana perjuangan mendaulatkan bahasa medan-nya bukan di atas jalan raya tetapi nun jauh di tempat-tempat keilmuan seperti dalam bilik darjah, kampus dan kedai buku.



PPSMI ini hanyalah kulit luar kepada proses de-Islamisasi (
deislamization) dan penghakisan jati diri Melayu. Wabak ini tidak akan berjaya dirawat melainkan golongan bijak pandai seperti para guru, mahasiswa dan golongan profesional menjadikan episod ini sebagai satu momentum untuk bersungguh-sungguh mematangkan wacana ilmu dalam Bahasa Melayu mengikut kapasiti masing-masing.



Seperti contoh, Bahasa Melayu harus dimantapkan penggunaannya dalam wacana-wacana yang serius terutamanya di kampus-kampus agar golongan mahasiswa biasa memahami kemudian menyampaikan ilmu yang rumit kepada rakyat dengan lebih mudah. Wacana-wacana yang serius seperti ilmu ekonomi yang banyak ditulis dalam Bahasa Inggeris harus dibumikan oleh Bahasa Melayu dengan golongan mahasiswa sebagai agen utama pembumian ilmu tersebut. Barulah Bahasa Melayu menjadi matang dalam menongkah arus globalisasi yang sering kali menelan segala aspek budaya dan jati diri kaum peribumi.



PPSMI adalah manifestasi kepada kekeliruan dan kecelaruan para pemimpin kita dalam memahami persoalan jati diri rakyat. Perkara ini tidak boleh ditunding semata-mata kepada puak-puak yang melakukan pengkhianatan terhadap Bahasa Melayu kerana saya percaya mereka bertindak sedemikian atas kefahaman yang dangkal disamping kekeliruan yang tebal dalam pelbagai juzuk ilmu yang mereka fahami.



Sebagai pejuang agama, bangsa dan negara, seharusnya kita yang berasa sakitknya dahulu kerana gagal berusaha membendung permasalahan ini dari awal. Pemahaman awal harus diberikan kepada para pejuang ini untuk tidak men-dikotomi-kan identiti Melayu dan Islam secara ekstrim. Buta terhadap sejarah ketamadunan Melayu Islam juga menjadikan kita tersepit dalam menilai keseriusan permasalahan ini dengan baik. Kegiatan penterjemahan yang lemau turut sama memungkinkan wabak ini untuk terus menular kepada masyarakat.




Sudah sampai masanya semua ini harus dibendung dengan
sistematik. Perhimpunan tersebut hanyalah satu amaran keras buat para pengkhianat agama, bangsa dan negara. Tetapi kita juga, tanpa sedar, jikalau sekadar berhimpun dalam keadaan jahil akan isu ini, amat berpotensi menjadi pengkhianat Bahasa Melayu.




Saya tidak bersetuju bila mana Ustaz Ridhuan Mohd Nor menyampaikan ucapan penutup di Masjid Negara dengan menyatakan bantahan ini akan diteruskan dengan penterjemahan-nya dalam bentuk undi pada pilihan raya kecil yang mendatang ini. Dengan ucapan sedemikian, para hadirin, secara separa sedar akan mengimbau isu ini sebagai isu politik. Ini adalah satu tanda yang tidak sihat. Isu anti PPSMI ini bukan isu politik kerana penyelesaiaan-nya bukan di peringkat politik kepartian. Rakyat harus diberi kefahaman yang jelas akan bahaya penghakisan jati diri Melayu Islam melalui wabak PPSMI ini.




Malah jikalau kita renung dengan lebih dalam, kita boleh
strecth isu PPSMi ini kepada masalah hegemoni sains barat dalam sistem pendidikan, ketempangan ideologi pembangunan dalam manhaj ekonomi kapitalisme dan macam-macam lagi. Para ulama' harus berusaha dengan lebih gigih untuk membedah isu ini ke peringkat akar umbi permasalahan agar perjuangan ini mendapat nafas yang lebih panjang.


Bersama dua pemimpin utama gerakan mahasiswa Islam, saudara Hilmi (Presiden PKPIM) dan Ustaz Dzulkhairi (Presiden GAMIS). Kami masih ada beberapa projek kerjasama antara jemaah. Nantikan!



Golongan mahasiswa harus mengangkat isu ini kepada ufuk yang lebih tinggi agar masa, dan tenaga kita di atas jalan raya tempoh hari tidak dipersiakan dengan begitu sahaja. Saya tidak bimbang kerana Insya-Allah, saya percaya para pemimpin gerakan mahasiswa Islam akan terus bekerjasama secara rapat dalam memartabatkan semula jati diri Bahasa Melayu ke tempat yang sepatutnya.




7 ulasan:

zf_zamir berkata...

tahniah!!

saya fikir, ini adalah permulaan kepada sebuah proses yang panjang..

walaubagaimanapun, secara realistiknya hanya bahasa undi yang pihak kerajaan kini faham..

salman berkata...

salam rausyanfikir..

Saya setuju 200% perjuangan anti PPSMI kerana kesannya yang jelas dalam menghakis jati diri bangsa melayu dan seperti biasa tulisan saudara sentiasa segar dan menarik dalam mengupas isu-isu semasa seperti ini.Cuma saya ingin bertanya lebih lanjut tentang PPSMI dan kaitannya dengan de-islamization dari sudut pandangan saudara.

Islam sampai kepada bangsa kita dalam bahasa jawi@melayu.Itu fakta sejarah.Namun,proses pengembangan dan pemahaman agama tidak mesti di lakukan dalam ruang lingkup bahasa ini.De-islamization mungkin berlaku tapi dalam skala yang kecil kerana kemampuan generasi sekarang untuk menguasai banyak bahasa tidak akan membantutkan usaha mereka dalam meningkatkan pemahaman tentang islam.

Memandang 2 perkara besar sebagai satu isu akan menghalang identiti islam itu sendiri yang lebih universal dan global.

Bagi saya,kita perlu memperjuangkan "melayu itu islam dan islam itu melayu" dalam konteks lokal sahaja bagi survival bangsa melayu yang semakin terpinggir oleh bangsa-bangsa lain dalam segenap aspek dan bukan di perjuangkan sebagai satu prinsip global yang akan menyempitkan dakwah islam dari di terima oleh bangsa-bangsa lain.

Mohon penjelasan tentang pendapat saudara dalam isu ini.Syukran

lelucon berkata...

pd pengarang: 'menentang/mengkritik mudah, nak mencadang dan mengusahakan itu susah'.

pd salman:'islam itu melayu'? apa pula perasaan saudara Islam yg bukan Melayu (Cina, India dll yg Islam)? Melayu meningkat sbb Islam (spt Arab), tp Islam meningkat bukan sbb Melayu.

Hasbullah Pit berkata...

Dapat juga kita jumpa hari tu walaupun sekejap.

Tak sempat borak.

Saya dah terlalu maju ke depan, panjat bukit tak turun-turun.

Akhirnya terpisah dengan kumpulan besar yang rupanya sudah patah balik ke Masjid Negara.

Hammid_77 berkata...

Bagus..bagus!

X kebulur orang melayu klu x pandai BI.

alqasam berkata...

Saudara Lelucon,

" Islam sampai kepada bangsa kita dalam bahasa jawi@melayu.Itu fakta sejarah.Namun,proses pengembangan dan pemahaman agama tidak mesti di lakukan dalam ruang lingkup bahasa ini.De-islamization mungkin berlaku tapi dalam skala yang kecil kerana kemampuan generasi sekarang untuk menguasai banyak bahasa tidak akan membantutkan usaha mereka dalam meningkatkan pemahaman tentang islam."-Salman-


Apa yang suami saya maksudkan ialah apa yang saudara ingatkan suami saya tidak maksudkan/salah faham.

Maknanya: Islam datang ke nusantara dengan bahasa Melayu TETAPI TIDAK MESTI Islam berkembang dengan bahasa Melayu.

Itu yang dimaksudkan dengan pernyataan suami saya:-

1) Global
2) Lokal

Saudara bertanya:Islam meningkat sebab MELAYU? Suami saya tidak lansung menyatakan atau memaksudkan yang demikian.

BAGAIMANA DENGAN CINA?

Itu yang suami saya maksudkan dengan pengembangan Islam tidak mesti dengan Melayu, tetapi masuknya Islam ke nusantara dahulu dimulai dengan bahasa arab kemudia ulama'-ulama' nusantara menterjemahnya kepada bahasa melayu/jawi.

Pandangan yang suami sy tanyakan ialah:-

Isu bahasa melayu diperjuangan sesuai pada isu jatidiri(LOKAL) BUKAN pada kefahaman tentang islam yang bersifat (global) i.e: Melalui banyak bahasa.

Saya harap saudara dapat memahami lebih lagi ya komentar dan membaca dengan lebih perlahan lagi ya. Terima kasih.

Allahua'lam.

alqasam berkata...

Bismillah. Askum.

Saudara Lelucon,

"salam rausyanfikir..
Saya setuju 200% perjuangan anti PPSMI kerana kesannya yang jelas dalam menghakis jati diri bangsa melayu dan seperti biasa tulisan saudara sentiasa segar dan menarik dalam mengupas isu-isu semasa seperti ini.Cuma saya ingin bertanya lebih lanjut tentang PPSMI dan kaitannya dengan de-islamization dari sudut pandangan saudara.

Islam sampai kepada bangsa kita dalam bahasa jawi@melayu.Itu fakta sejarah.Namun,proses pengembangan dan pemahaman agama tidak mesti di lakukan dalam ruang lingkup bahasa ini.De-islamization mungkin berlaku tapi dalam skala yang kecil kerana kemampuan generasi sekarang untuk menguasai banyak bahasa tidak akan membantutkan usaha mereka dalam meningkatkan pemahaman tentang islam.

Memandang 2 perkara besar sebagai satu isu akan menghalang identiti islam itu sendiri yang lebih universal dan global.

Bagi saya,kita perlu memperjuangkan "melayu itu islam dan islam itu melayu" dalam konteks lokal sahaja bagi survival bangsa melayu yang semakin terpinggir oleh bangsa-bangsa lain dalam segenap aspek dan bukan di perjuangkan sebagai satu prinsip global yang akan menyempitkan dakwah islam dari di terima oleh bangsa-bangsa lain.

Mohon penjelasan tentang pendapat saudara dalam isu ini.Syukran."-Salman-


Apa yang suami saya maksudkan ialah apa yang saudara ingatkan suami saya tidak maksudkan/salah faham.

Maknanya: Islam datang ke nusantara dengan bahasa Melayu TETAPI TIDAK MESTI Islam berkembang dengan bahasa Melayu.

Itu yang dimaksudkan dengan pernyataan suami saya:-

1) Global
2) Lokal

----------------------

-Saudara bertanya:Islam meningkat sebab MELAYU?

Suami saya tidak lansung menyatakan atau memaksudkan yang demikian.

-BAGAIMANA DENGAN CINA?

Itu yang suami saya maksudkan dengan pengembangan Islam tidak mesti dengan Melayu disebabkan kepelbagaian bahasa dan kemampuan masyarakat kita memahami banyak bahasa. Maknanya, tidak mesti dia jahil Islam kalau tidak pandai bahasa Melayu. Kerana dakwah bersifat global- UMUM Dalam banyak bahasa. Tetapi apa masuknya Islam ke nusantara dahulu dimulai dengan bahasa arab kemudia ulama'-ulama' nusantara menterjemahnya kepada bahasa melayu/jawi.lokal-KHUSUS.

Pandangan yang suami sy tanyakan kepada Rausyan ialah yang kami sarankan:-

Isu bahasa melayu diperjuangan sesuai pada lokal sebagai isu jatidiri (LOKAL) BUKAN pada kefahaman/praktik tentang islam yang bersifat (GLOBAL) i.e: Melalui banyak bahasa.

Kami sama-sama berbincang dan suami saya menurunkan komentar dan pertanyaan tersebut.
Saya harap saudara dapat mmembaca komen kami dengan lebih teliti dengan memahami mahallul khilaf atau point argumentasi kami ya.

Terima kasih dan maaf jika emel ini mengganggu saudara. Saya kagum tulisan saudara di blog saudara.

Allahua'lam.