Sabtu, 28 Mac 2009

Mutiara kata: persekolahan ≠ pendidikan




Mark Twain ( 1835-1910)


Bapa sasterawan moden Amerika yang berhasil melahirkan dua magnum opuses seperti Adventures of Huckelberry Finns dan The Adventures of Tom Sawyer ini pernah berkata:



"I have never let my schooling interfere with my education."



Jelas di sini kita dapat mengupas serba sedikit akan radikalisme orang-orang yang telah menempah sejarah bahawa mereka ini selalu-nya 'menentang' sistem. Banyak contoh seperti Thomas Edison, Albert Einstein, Steve Jobs (bapa iPod dan iPhone), Bill Gates dan banyak lagi!



Bijak pandai seperti mereka ini tidak bergantung kepada sistem pendidikan secara jumud (rigid) dalam mencorakkan pemikiran kreatif dan kritis. Bagi mereka ini, alam semesta ini adalah satu bilik darjah!



Sudah tentu mereka ini tidak menggunakan al-Quran sebagai sumber inspirasi dalam mencari ma'na pendidikan tetapi sedikit sebanyak cara mereka memecah tembok pendidikan ala Fordisme ( assembly line production system) menjadikan mereka lain daripada yang lain.



Begitu juga dengan "The Renaissance Man" seperti Leornado Da Vinci. Intelektual radikal bernama Fritjof Capra telah menulis perihal pendidikan yang ditempuhi oleh Leornado Da Vinci melalui buku-nya di bawah:




Ternyata intelektual
polymath seperti Da Vinci dan al-Ghazali tidak menyempitkan pendidikan semata-mata kepada sistem (baca: persekolahan moden dan universiti cap kapitalisme) sehingga menafikan metod lain untuk mencapai ilmu seperti ilmu tasawwuf yang sememangnya tidak akan diperolehi melalui sistem pendidikan berasaskan kuantifikasi dan gaya hidup rat race. Mana mungkin suasana pendidikan ala kilang pembuatan ini memberi ruang untuk pelajar berfikir tentang apa yang dipelajari-nya agar timbul satu struktur yang memberi ma'na yang memungkinkan kefahaman yang lebih kekal.



Sebab itu al-Quran menggesa kita mencerap alam nan luas terbentang ini sebagai satu objek tafakkur dan taddabur hatta terhadap bayang-bayang sekali pun - sebagai satu tamsilan, yang boleh dijadikan objek pendidikan sesuai dengan ayat al-Quran di bawah:


"Tidakkah engkau perhatikan Tuhanmu, bagaimana Dia jadikan bayang-bayang itu memanjang! Kalau dikehendaki-Nya nescaya dijadikannya ia [bayang-bayang] tetap [tiada hilang dengan terbit matahari]! Kemudian kami jadikan matahari itu sebagai tanda baginya (perubahan bayang-bayang itu). Kemudian Kami genggam ia (bayang-bayang) kepada Kami, dengan tarikan yang perlahan-lahan"
(Al-Quran, 25:45)



Menarik dan sangat penting wacana ini diperhangatkan oleh gerakan mahasiswa Islam kerana tiada siapa yang peduli akan nasib pendidikan di negara ini melainkan manusia yang sedar dan arif akan kesan domino krisis pendidikan ini pada masa mendatang.




Persoalannya bagaimana hendak kita keluar daripada kancah yang bermasalah ini? Jawapan saya:




SELECTIVE DE-LINKING



Ya, kita perlu tarik sikit-demi sedikit, diri kita, ahli keluarga kita, masyarakat kita seterusnya bangsa kita daripada terjerlus ke dalam lembah yang dalam ini.



Hendak kader semua orang masuk jemaah Islam kampus ataupun parti politik agak mustahil kerana tak pernah wujud satu entiti raksasa yang bersifat
assabiyah secara mekanistik (ya'ni macam kumpulan eksklusif sirr wa hazar).



Tapi, pernah dan sudah menjadi
sunnatullah buat assabiyah dan kesatuan yang berdiri atas kesatuan tassawur atau pandangan alam bangsa masing-masing dalam mencapai satu perpaduan yang benar-benar kukuh bagi membantu usaha untuk merealisasikan program selective de-linking.




Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W:



إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَق

"Innama Bu’itstu li-utammima makârim al-akhlâq”

Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak-akhlak mulia.” (HR. Ahmad)


Syakh Hamza Yusuf bersyarah bahawa perkataan إِنَّمَا dalam bahasa Arab bermaksud "adatul hasri" yang bererti "hanya kerana sebab ini ( the only reason )" Baginda Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq manusia.



Sebelum sampai kepada tahap pembentukkan  akhlaq yang baik, sudah tentu perlu ada ilmu sebagai asas kepada pembentukkan tersebut.



Jelas ulama' silam zaman-berzaman faham benar akan hadith ini sebab itu mereka tidak keruan dalam berpolitik kekuasaan secara ekstrim TETAPI berusaha gigih dalam membentuk pandangan alam umat Islam agar matlamat akhir pembentukkan akhlaq itu tercapai!



Inilah antara proses
selective de-linking yang dilakukan oleh ulama' terdahulu ya'ni dengan membebaskan umat Islam daripada belengu kekeliruan dan salah faham akan konsep-konsep penting yang dibentuk melalui ilmu aqidah, kemudiannya ditafsirkan menjadi asas pembentukan pandangan alam Islam yang memungkinkan akhlaq yang baik.



Maka, permulaan kepada semua proses ini adalah ILMU kerana bagaimana hendak ber-AMAL tanpa ILMU yang sahih. Kenapa ramai yang tak mampu ber-AMAL kerana TIDAK FAHAM akan Islam itu sebagai
ad-deen.



Dan proses menuntut ilmu ini sampai ke liang lahad kerana sifat manusia itu sebagai makhluk yang sering alpa (
nisyan), seperti yang diungkapkan oleh Prof. al-Attas amat bertali rapat dengan erti dengan ma'na insan itu sendiri. Hanya dengan proses pembelajaran yang terus-menerus manusia mampu sedar akan kesalahan mereka dan kembali kepada jalan yang Lurus, dan kita pun tahu taubat itu satu kata kunci yang cukup besar dalam Islam.




Apakah modus operandi
selective de-linking yang dicanang hebat oleh ulama' Islam zaman-berzaman? Tak lain tak bukan, BUDAYA ILMU.




Apabila wujud satu suasana yang mengajak manusia bertafakkur dan cintai ilmu, maka diri-nya akan terdorong untuk terbabit sama dalam '
ecstacy' sebegitu.




Dalam konteks kita pada hari ini, khusus-nya mahasiswa dan golongan bijak pandai, modus operandi
selective de-linking kita adalah BUDAYA ILMU yang mengajak manusia berfikir akan al-haqq dalam segenap cabang kehidupan dengan merenung kembali sejarah silam akan jatuh bangun-nya tamaddun agar i'tibar dapat diambil menjadi pemacu peng-Islah-an di masa hadapan.




Teori? Semua revolusi saintifik bermula dengan teori. Kata Richard M. Weaver, failasuf Amerika dari University of Chicago, "Ideas have Consequences".



Tak praktikal? Apakah mengubah (satu kata kerja) pemikiran seseorang bukan kerja yang praktikal?



Kalau anda kata tidak, seperti hujah ahli-ahli jemaah Islam kampus yang terperangkap dengan penyelesaiaan ala politikus, berbentuk pengajuran event sipahi, maka saya tak tahulah nak kata apa lagi.



Dualisme antara konsep teori dan praktik adalah wabak sekularisme yang ramai diantara kita telah dijangkiti secara tidak sedar, dan jemaah Islam kampus, sekadar pengalaman saya gambarkan, mempunyai masalah sebegini.



Sebab itu, biarpun pegang segala macam proksi, PERUBAHAN yang cuba dibawa itu tidak
substantial dan essential kerana awal-awal lagi, mereka sudah silap dengan mengikut model politikus di luar yang mengutamakan kuasa lebih daripada kuasa lembut (soft power) seperti ilmu, dalam mengatur cara agenda perubahan massa.



Revolusi Copernician, Newton, Adam Smith, Karl Marx dan banyak lagi semuanya bertitik tolak dari satu bentuk pendidikan yang menjangkaui ruang dan waktu semasa mereka wujud berfikir.



They are visionary thinkers and so do al-Ghazali who managed to penetrate into the abyss of Muslim decadence in his age to lay the foundation for the emancipation of Salahuddin Al-Ayyubi's generation that made history by restoring the pride of Ummah to its proper place.



Rujukan lanjut berkenaan masalah sistem pendidikan ala kapitalisme:







5 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

kalau tak 'deschooling' pun, proses 'unlearn' perlu diamalkan supaya pemikiran boleh bermula kembali dari 0

Rausyanfikir berkata...

TEPAT sekali bang!

Unlearning!

nami o fish berkata...

Kebetulan aku ada tulis artikel tentang punca kejumudan pemikiran dalam masyarakat.Ia bermula dari bangku sekolah.

Sila baca dan comment.Tq.

KBSM-Kemahiran Berfikir Semakin Moron?

p/s:sorry pasal guna perkataan moron tu,untuk akronim hehe.

-Nami.

Syahidah berkata...

Salam, ibu ayahlah jawabnya mesti ajar anak-anak ni..dah sistem tak membantu mewujudkan intelektual..kepupusan intelektual yang meruncing..syukran untuk entri ini..kali pertama komen..

pernah juga terfikir tuan blog ni nak suruh orang malas belajar ke, tapi sebenarnya kadang-kadang 'mindset' juga, ada orang baca tajuk je terus kritik, ada orang baca separuh terus kritik ,ada orang tak baca langsung terus kritik, ada orang baca entri terbaru je tak baca dari awal2, nak faham sesuatu tu mana boleh baca satu bab je kalau dalam isi kandungan awal2 dah beritahu ada 30 bab, ada orang memang tak nak faham kenapa kita nak beri dia faham, banyak ragam manusia ni...tapi betullah mesti buktikan juga kita boleh buat yang terbaik dalam kursus kita di kampus tu...maaf dah jauh dari perbincangan entri..

syahidah/gerimis

Rausyanfikir berkata...

To Nami:

Ok nanti aku baca.

To Syahidah:

Terima kasih kerana tolong jelaskan metedologi untuk membaca blog ni. memang siapa yang tak kenal dan jarang baca akan naik angin tapi kalau dah baca secara overview takkan cepat mengamuk.

Sudah tentu kita perlu bagus dalam lapangan akademik semasa, sebab itu saya berpegang teguh kepada falsafah dan idealisme rausyanfikir agar tidak terjatuh dalam semak samun materialisme dan bebalisme.