Rabu, 11 Mac 2009

Kuliah umum "The University and the captive mind"



Saya agak sibuk. Macam biasa, tatkala menghampiri musim pertengahan semester, pelbagai ujian dan projek perlu dilangsaikan secepat mungkin. Namun esok tengah hari, saya akan menyampaikan kuliah ringkas berkenaan kertas kerja saya tempoh hari yang bertajuk "The University and the Captive Mind" di UiTM Shah Alam.



Saya agak terperanjat kerana selang beberapa hari selepas persidangan RCH 2009, Profesor Madya Dr. Rashidah Ab. Rahman daripada Jabatan Seni Bina (Architecture) UiTM menjemput saya untuk membentang kertas kerja tersebut di hadapan warga UiTM Shah Alam. 



Kecut perut rasa. Kalau di UTP saya langsung tidak diberi peluang seperti ini (malah dalam jemaah kampus, saya terus disenarai hitamkan!) kini, dengan pemberian rezeki daripada Allah Yang Maha Pemurah telah membuka peluang yang tidak pernah saya terbayang langsung untuk menyampaikan kuliah ala seorang pensyarah di luar komuniti akademik saya!



Betullah kata pepatah Melayu yang diubah suai sedikit: "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri (atau lebih tepat dalam jemaah sendiri!)". 



Kata pepatah Melayu lagi: " hanya jauhari yang mengenali manikam"




Saya tidak ingin menjadikan kuliah esok sebagai satu yang autoriotatif. Saya bukan autoriti. Saya bukan anak murid Prof. al-Attas secara sahih. Saya hanyalah seorang mahasiswa yang memeluk falsafah dan idealisme rausyanfikir dalam membentuk jati diri saya sebagai seorang mahasiswa. Semudah itu.



Walaubagaimanapun, saya akan cuba sampaikan yang terbaik seperti mana para pembentang dalam siri TED Talks.







Cubalah tontoni siri ini di internet. Inilah antara testimoni kukuh akan kekuatan budaya ilmu di Amerika Syarikat.



Bagi yang kelapangan, jemput hadir esok jam 2 hingga 4 petang di Jabatan Seni Bina UiTM Shah Alam untuk sama-sama kita membedah kertas kerja saya yang tidak seberapa itu. Moga-moga, kertas kerja ini dapat dikembangkan dengan meluas seperti mana slogan TED Talks " Ideas worth Spreading". Amin.





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

A'kum, I was one of the audience that had the opportunity to listen to the talk that was presented by you. It was an enlightening talk.
Yes I agree with most of what you have presented, but as a student sometime we ( as in i maybe...) is frustrated with the system that we are living now. In architecture we are always discussing what is the Malaysian Architecture, but how can we define it if even we do not know what is Malaysian Identity. I mean after independence the architects in Malaysia tried to define the Malay/Malaysian identity in their architecture. They succeeded or not is another thing. But at least they tried, but now, architecture (in Malaysia) is ruled by the clients and their money (finance) and most of them would prefer foreign architects (UTP – Norman Foster ) or architecture copied from foreign land.
And another thing, Malaysia is just a small country, economically we are not strong enough and will always 'dipengaruhi' U.S economy. How can we escape from their clutches??
The education doesn’t help either. I mean where did all the lecturers that taught the subjects but also taught their students on how to be a human being. These teachers were only heard of in my parents time. Where did Malaysia go wrong that we lost to produce these kind of people?
Sorry.. just babbling and venting my frustration... hehehe

Tanpa Nama berkata...

i wonder, how these kind of issue can carried on until decade... actually, why dont we take it as a challenge?? why need to denied everything from the western country? i am not the pro or the con to these kind of activities. but, lets all of us think! it such a waste of time. adopt it and try to master it and help our culture and help Malaysia. but not bring trouble all days. and also, if we say the western as influence us, tell ALL THE PEOPLE IN MALAYSIA TO STOP SMOKE!!!! its disgusting! we are trying to learn and adopt their normal activity too?? why we never think of that?? as far as i can see, mostly the malay are the smokers? why? arent we deny their culture? and we still smoke? this is only one of the example.