Pada Isnin lepas, Islamica Resource Center teleh menjayakan sebuah wacana bertajuk "Mcdonaldization of Knowledge vs. Islamization of Knowledge: A Preliminary Overview".
Saya selaku pihak pengajur, sengaja memilih tajuk yang menggunakan konotasi "Mcdonaldization" yang dipelopori oleh ahli sosiologi Barat, George Ritzer, untuk "memancing" para mahasiswa tetapi lain pula yang datang.
Ya, pertama kali-nya dalam sejarah Islamica dan program wacana intelektual yang pernah saya anjurkan dihadiri oleh seorang pensyarah.
Begitu juga dengan sahabat-sahabat dari Sudan turut menampilkan diri buat pertama kalinya dalam wacana ini. Sememangnya banyak benda yang mereka lontarkan dalam wacana tersebut.
Antara komen yang saya terima daripada Ustaz Rahmat berkenaan komen Encik Ridzuan: " Ini barulah universiti!"
Syukur Alhamdulillah, ada juga orang yang faham. Saya masih lagi menunggu wakil-wakil Rakan Masjid dan MPP UTP yang bercita-cita ingin mendirikan biah solehah di kampus UTP ini untuk bersama-sama menyertai wacana Islamica. Kami sedia membantu anda dari segi input dan mencipta gelombang keilmuan di kampus.
Saya tak dapat bercakap panjang sekarang ini dek kerana sekejap lagi akan ke Masjid Negara untuk perhimpunan anti-PPSMI. Sebagai salah seorang AJK kecil Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), apa-apa boleh berlaku kepada kami nanti. Doakan kami selamat!
Pengumuman!
Pada Ahad malam ini, 8/3/2009 jam 9-11pm, Islamica Resource Center akan menganjurkan wacana bertajuk:
" Economic Armageddon: What's next after Capitalism?"
Focus: Revising Uthmaniyah/Ottoman's Islamic Caliphate experience against capitalistic Europe
Focus: Revising Uthmaniyah/Ottoman's Islamic Caliphate experience against capitalistic Europe
Jumpa nanti!
Tiada ulasan:
Catat Komen