Selasa, 31 Mac 2009

Ir. Nizar


2-3 kali juga saya fikirkan tentang samada nak tulis pasal Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. 


Berterus terang saya kenal Ir. Nizar buat pertama kali sewaktu menonton DVD Forum anti-Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Amerika Syarikat (MUFTA) kira-kira pada hujung 2007. Dalam forum tersebut, beliau diamanahkan sebagai pengerusi majlis yang menghimpunkan wakil-wakil NGO seperti murabbi saya sendiri Tuan Haji Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS) serta wakil-wakil yang celik isu ekonomi daripada Third World Network (sayap NGO hero intelektual saya, S. M Idris peringkat antarabangsa),  Parti Sosialis Malaysia dan juga Jaringan Rakyat Tertindas.


Beliau, Ir. Nizar pada waktu tersebut berjaya mengemudi wacana tersebut dengan menarik menampakkan keterbukaan beliau, selaku ahli PAS dalam isu-isu rumit sebegini. 


Kemenangan beliau juga dalam PRU 2008 merupakan petanda baik buat revolusi politik parochial PAS, begitu juga denga kejayaan pasukan Erdogan yang lain.


Tapi akhir-akhir ini, saya berasa kecewa dengan Ir. Nizar atas beberapa sebab.  

Saya boleh faham akan keperitan menanggung ujian rampasan kuasa oleh puak UMNO, tapi saya tak boleh faham seorang agamawan seperti beliau sudah mula menampakkan ciri-ciri yang kurang baik dalam berceramah terutamanya pasca-rampasan kuasa Perak 2009 ini.


Contoh-nya saya menonton beliau menyampaikan ceramah ringkas dalam Malaysiakini di Masjid Kg. Baru Kuala Lumpur, di mana beliau memanggil Naib sebagai "Najib Altantuya".

Name-calling sebegini bukanlah akhlaq seorang pendakwah. Walaupun kita tahu betapa rosak dan jijik-nya jenayah puak-puak UMNO, panggila sebegitu tidak wajar dilakukan oleh orang-orang yang mengaku sebagai manusia yang mendokong Kebenaran terutamanya orang-orang PAS.


Pernahkah baginda Rasulullah S.A.W panggil kaum-nya seperti:

"Anta kuffar!"

"Anta sufaha' (bodoh)!"

Janganlah sampai kita berlaku zalim kepada musuh kita (kalau nak kira musuhla, tapi saya rasa mad'u) sehinga kita melangkaui batas sebagai seorang da'ie, hendaknya pula pemimpin kaum Muslimin, hendaknya lagi sebagai seorang ulama'.



Saya ingat ini satu kes terpencil. Ternyata tidak selepas saya membaca blog Ir. Nizar sendiri. Saya petik secara verbatim di sini satu entri beliau yang paling baru:


SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin 


Kemudian saya selusuri ratusan komen yang ditinggalkan oleh para penyokong, musuh dan juga manusia-manusia yang neutral dalam polemik hangat ini. Antara komen yang saya kira ikhlas menegeru Ir. Nizar adalah ini:


Nizar,

apabila mike menjual agama seperti yang mike buat semalam, maka itu tentu sudah menjadi urusan mike dengan Allah Taala.

Berbekalkan pengetahuan Agama, kemudian menunjuk-nunjuk kepada orang lain " aku boleh jadi Imam ".. " aku baca qunut nazilah, orang Umno aminkan".." aku boleh bagi tazkirah, dalam masa yang sama aku sindir.."

Teman orang kampung mike ada di sana weh, tapi pimpinan UMNO tidak berganjak dan menerima seadanya, mereka tidak memilih sesiapa pun imam, berlainan PAS, tidak mahu berimamkan orang UMNO, agama tidak di politikan oleh orang UMNO.

Makmum yang ramai bukan orang simpang,sebab orang simpang yang sembang sebelah teman kata, masjid simpang ni kalau maghrib satu saf pun tak penuh, orang luar tu katanya.

yang ramai adalah penyokong mike, hatta, mike telah membesarkan diri mike dalam rumah Allah, dan menggunakan keupayaan diri meke utk mengenakan musuh politik meke di dalam rumah ALLAH. jadi itu ke matlamah dakwah islamiah mike.
Bila mike baca benda ni Nizar, muhasabah balik, mike buat semalam kerana Allah Taala, atau mencari Undi dan mengenakan orang.  (oleh malim nawar).


Bila saya baca komen ini, teringat nasihat mujaddid Turki era Atartuk ya'ni Said Bediuzzaman Nursi. Beliau kata, seperti yang telah saya tulis tempoh hari, hatta agamawan sekalipun kadang-kala akan bertindak seperti orang biadap dalam politik bilamana dalam menyerang lawan politik-nya dalam parti yang lain dan sikap sebegitu terzahir HANYA kerana orang tersebut daripada parti lawan.


Lagi komen daripada Tungaklangit:

Komen 1:


Salam Saudara Nizar

Berkata Kulaib Al-Juhani r.a bahawasanya Rasullullah telah bersabda: Allah berfirman:

“ Kalaulah tiada kerana berdosa itu adalah lebih baik bagi hambaKu yang mu’min daripada berujud (menyombong diri) niscaya Aku tidak akan membiarkan antara hambaKu yang Mu’min dengan dosanya ”.


Berkata Aisyah r.a bahawasanya Rasullullah telah bersabda: Allah berfirman:

“ Ada setengah hambaKu memakai pakaian bulu kambing di depan orang ramai, akan tetapi hati mereka lebih pahit dari jadam, dan lidah mereka pula lebih manis dari madu, mereka mengelirukan orang ramai dengan agama mereka. Apakah dengan Aku mereka cuba bermegah diri, ataupun terhadap Aku mereka memberanikan diri? Demi diriKu, Aku bersumpah akan Aku turunkan sesuatu bencana ke atas mereka yang akan menyebabkan orang yang bijaksana terpinga-pinga ”.

saya sengaja membawa dua ayat qudsi ini untuk menasihati saudara bahawa janganlah menggunakan Islam sebagai alat untuk kepentingan politik saudara...



jangan ada sifat menyombng diri dan takuti lah saudara kepada Allah kerana tindakan saudara ini nampak menyimpang dari akhlak seorang Islam yang sebenarnya.

saudara masih perlu belajar mengenali ilmu Allah kerana mempelajari ilmu Allah melalui ceramah dan tazkirah Pas tak berupaya melahitkan seorang Insan yang benar2 taat kepada perintah Allah..
salam


Komen 2:

SALAM

HANYA SAUDARA NIZAR SENDIRI YANG TAHU NIAT SAUDARA KENAPA HADIR KE MAJLIS TERSEBUT.. TAK PAYAHLAH JUAK2 PAS NAK TOLONG JAWAP UTK DIA..

MANUSIA NI SEBELUM BERKUASA BELUM TERLIHAT SIKAP SEBENAR DALAM DIRINYA.. BILA BERKUASA DAN DITARIK BALIK KUASA MAKA TERSERLAH SIKAP SEBENARNYA.

KEPADA SAUDARA NIZAR.. INGIN SAYA KEMUKAKAN PERSOALAN..

ADAKAH SAUDARA PERCAYAKAN QADAR DAN KETENTUAN ALLAH.. BAGAIMANA SEPATUTNYA KITA MENERIMA KETENTUAN ALLAH TERHADAP KITA?

KALAU SAUDARA NIZAR TELAH DITAKDIRKAN DITURUNKAN KUASA.. MENGAPA SAUDARA TAK PUAS HATI DENGAN MENCARI PELBAGAI ALASAN UNTUK MENDAPATKAN KEMBALI KUASA TERSEBUT?

ADAKAH DUA KAWAN BAIK SAUDARA NGEH DAN NGA YANG MENDORONG SAUDARA BERKELAKUAN SEPERTI INI?

HARAPKAN PENJELASAN..

Komen 3:

SALAM KEPADA SEMUA SAUDARA ISLAM DI SINI

SESUDAH MEMBERI TEGURAN DAN PANDANGAN DILIHAT AMAT SUKAR KALIAN MEMAHAMI MAKSUB YG CUBA DISAMPAIKAN... NASIHAT DITUKAR DENGAN TUDUHAN.. PANDANGAN DITUKAR DENGAN CELAAN... TERPULANGLAH..

WALAU APA SEKALIPUN KITA ADALAH SAUDARA ISLAM DAN KITA AKAN BERTEMU ALLAH DAN MENGHARAPKAN KEAMPUNANNYA SELAMA BERADA DI DUNIA INI.. KECUALI JIKA KITA SYIRIK PADA ALLAH..

SEKADAR MEMBERI PANDANGAN..

ALLAH HANYA MELIHAT NIAT SESEORANG ITU BUKANNYA PERBUATANNYA.. ALAUPUN NAMPAK BAIK PERBUATANNYA TAPI NIAT BUKAN KERANA ALLAH.. MAKA TERSISIHLAH AMALAN ITU..

SEBAGAIMANA KOMEN DI ATAS YANG MEMBANDINGKAN DAHI SAUDARA NIZAR YANG HITAM KESAN SUJUD DAN PIPI SDR MUHYIDDIN YASSIN HITAM KERANA MINUM ARAK.. INI ADALAH MENGAIBKAN ORANG DAN FITNAH... KALAU KITA MEMPERJUANGKAN ISLAM SEBAGAIMANA SDR KATAKAN TUNJUKKAN DALAM PERBUATAN SEKALI.. MAKLUMLAN ORANG ISLAM UMNO KURANG IMANNYA BERBANDING KALIAN SEMUA.. INI ADALAH KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH KOMENTAR DALAM BLOG INI..

TAPI SAYA SEBAGAI AHLI UMNO TIDAK MENGAMBIL HATI TUDUHAN DAN CACIAN SAUDARA ISLAM SAYA DALAM PAS.. SEBAB MEREKA TIDAK TAHU APA YANG SAYA KATAKAN..

WALAUPUN DIBERI HADITH.. DIKATAKAN KITA NAK MENUNJUK DAN DITEGUR SDR NIZAR DIKATAKAN KENAPA TAK TEGUR ISTERI PEMIMPIN UMNO YANG LAIN..

KALAU BEGINI GOLONGAN YANG HADAPI.. YANG TIDAK BOLEH DITEGUR DAN DINASIHAT WALAUPUN MENGAKU ISLAM MAKA JAWAPAN SAYA MUDAH SAHAJA .. " UNTUKMULAH AGAMAMU DAN UNTUKKULAH AGAMAKU"

CUMA SATU SAHAJA YANG SAYA INGAT KALIAN FIKIRKAN DAN RENUNG SEDALAM-DALAMNYA..

PERSOALAN DISINI BUKANLAH MEMPERSOALKAN SIAP YANG MENJADI IMAM TETAPI SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG MENDATANGI KE MAJLIS SAUDARA ISLAM YANG LAIN..

JANGANLAH MENGAIBKAN SESEORANG ITU DENGAN MENUNJUKKAN KEHEBATAN DALAM BIDANG AGAMA WALAUPUN ATAS ALASAN DIJEMPUT OLEH IMAM DISITU..

DAN MENGAPA PERLU DIKHABARKAN KEPADA PEMBACA BAHAWA PADA RAKA'AT PERTAMA BACA APA DAN RA'KAAT KEDUA BACA APA...

BUKANKAH SHOLAT ITU UNTUK ALLAH BUKANNYA NAK DIMAKLUMKAN KEPADA ORANG APA BACAAN KITA...

TERUS TERANG SAYA TEGASKAN DISINI.. WALAUPUN KAMU NIZAR DISANJUNGI OLEH PENYOKONG PAS...

NAMUN SAYA JIJIK MELIHAT SIKAP KAMU YANG MEMPERBODOHKAN UMAT ISLAM..

TAPI ITU ADALAH SIKAP KAMU.. SAYA TIADA HAK UNTUK MEMAKSA KAMU SUPAYA BERUBAH... DAN INSYALLAH SATU HARI KAMU JUGA AKAN TAHU

WALAUPUN SEKARANG KAMU JELAS TAHU NATIJAHNYA.. TAPI ATAS KEPENTINGAN POLITIK KAMU.. KAMU HANYA MENDIAMKAN SAHAJA..

KEPADA PENYOKONG NIZAR... HARUS DIINGATI JANGAN BERLEBIH-LEBIH MEMPERCAYAI SESEORANG HANYA SEKADAR KEPANDAIANNYA DALAM BIDANG AGAMA..

SAYA TAKUT BELIAU DILALAIKAN OLEH SYAITAN...

SEBAGAI SEORANG YANG MAHU BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA.. APAKAH HARAPAN KAMU.. KEMENANGAN? ITULAH HARAPAN KAMU SEBENARNYA..

MENGAPA KAMU HENDAKKAN KEMENANGAN? KERANA KAMU MAHUKAN KUASA.. BUKAN BEGITU? .. ADAKAH INI DITUNTUT DALAM ISLAM..? MENGATAKAN SEBAGAI PEJUANG ISLAM TAPI HATI KAMU DIGELAPKAN KEINGINAN TERHADAP DUNIA..

SAYA CADANGKAN KAMU JANGANLAH MENGAKU PEMBELA ISLAM.. PARTI ISLAM.. MENEGAK KESUCIAN ISLAM.. PARTI KAMU TAK LEBIH DAN TAK KURANG SAMA AJE DENGAN DAP..

KALIAN SEMUA ADALAH AHLI POLITIK.. BUKANNYA ULAMA.. TAPI MEMANG BENAR KALIAN ULAMA YANG MENGGUNAKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN DUNIAWI..

SAYA SUDAH DENGAN UCAPAN MAAF SEANDAINYA NASIHAT SAYA MENGANNGU KETENANGAN JIWA KALIAN..

INSYALAAH KEMENANGAN ADALAH HAK ALLAH.. KEPADA SIAPA DIKURNIAKAN
MAKA SEMUANYA MESTI MENERIMA DENGAN HATI YANG REDHA.. ATAS KETENTUAN ALLAH..

JANGANLAH KALAU KALAH NANTI KAMU NIZAR AKAN MENGATAKAN KEMENANGAN UMNO ADALAH TIDAK SAH.. SEBAGAI KETIKA KAMU DIJATUHKAN DARI JAWATAN MB

KALAU ITULAH YANG AKAAN BERLAKU...

JELASLAH KAMU BUKAN SEORANG MUKMININ YANG SEJATI..

SALAM



Saya percaya selepas ini blog saya akan diserang oleh para pengtaksub PAS. Tapi ingatlah, saya bukan tulis sebab benci PAS tapi saya sayang akan perjuangan PAS daripada dicemari anasir-anasir Machiavelli yang tidak kira datang dari siapa pun.


Kita sudah sedia maklum akan UMNO. Sudah terang jelas bersuluh mereka memang bermasalah tapi jangan pula kita samakan darjat orang PAS dengan UMNO. Puak UMNO ini banyak jahil. Kalau orang PAS sendiri nak berperangai macam orang UMNO mana mahu menjadi equation dakwah itu.


Saya lihat bagaimana para penyokong PAS menge 'boo' Khairy Jamaluddin di Bukit Selembau dalam Malaysiakini. Tak kiralah penyokong ke, penggantung poster ke, semua itu tetap melambangkan PAS. 


Mana pergi dakwah yang dilaung-laungkan? 


Apakah ini contoh kita pada puak-puak yang jahill?


Bagaimana Melayu mahu bersatu?


Sekali lagi, semua ini saya sajikan sebagai satu muhasabah buat kita semua yang cintakan Keadilan dan Kebenaran. Jangan kerana kuasa dan kemenangan politik, semua benda jadi halal. 


Saya harap Ir. Nizar dapat muhasabah diri daripada dikecam oleh orang-orang yang ikhlas menegur. Mereka tegur bukan atas dasar politik kepartian tapi kerana sayangkan perjuangan kita yang asalnya baik kemudian dicemari dengan semangat kebencian yang melampau.


Jauh lagi Islam mahu tertegak kalau beginilah gamaknya kita berdakwah dalam Pilihan Raya...Opss ada dakwah ke? 

Entahlah...rasa macam tak ada sebab semua orang dah zero in untuk menang no matter what....


Marilah warga Perak kita sama-sama lakukan tazkiah al-nafs tak kira dari parti mana pun, bawa sekali rakan-rakan bukan Islam untuk sama-sama kita paparkan insan yang mempunyai akhlaq teragung yang pernah wujud di muka bumi ini. Moga-moga, dakwah kita berjaya menambat hati semua manusia yang miskin ma'na spiritual dalam diri. Amin.





18 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Beri lah dia peluang main dengan cucu pertama malam ni....

Tanpa Nama berkata...

biarlah mereka PAS yang bangga dengan perjuangan mereka..

biarlah mereka tidak mengiktiraf kedaifan mereka...

namun kami bukanlah umat Islam yang mudah diperkotak katikkan dengan perjuangan yang hanya Islam pada nama, bukan pada tingkah laku..

Harap, anda faham.. X perlu komen posting saya.. Allah ada berikan otak dan akal untuk berfikir dengan mata dan hati untuk melihat..

Rausyanfikir berkata...

Saya tak nafikan PAS dan Nizar cuma mahu beringat. Itu saja. Jangan dibenci melebih2 sampai tenggelam mesej dakwah itu.

pembaca berkata...

kenapa anda baca hanya komen yg berbentuk anti nizar?

Rausyanfikir berkata...

Komen2 tu bg saya bukan anti secara membabi buta. ada justifikasi yang benar dari beberapa sudut. Nizar bukan sejahat Najib tapi boleh jadi tersasar dalam keadaan hangat macam ini.

Isi UTAMA saya adalah berkenaan dakwah. Masa berkempen tu agak2 ada dakwah ke tidak?

sufi mustika berkata...

betul ke dalam Islam langsung tak boleh hina orang yng zalim? jangan faham hadith setakat yang selalu kita baca..panggilan najib altantuya tu masih ringan le lagi..kalau disebut fasiq sebab melakukan kudeta camne?..ana tak nafikan bahawa pas memang punya kelemahan dari sudut tarbiyah ahli..tak pasti samada ahli malas datang usrah untuk pentarbiyahan atau naqib kurang komitmen lagi.. jangan kita nak samakan jiwa mereka yang dizalimi dengan jiwa mereka yang aman merdeka..secara literal, siapa yang setuju ketika pejuang Iraq menyembelih kepala askar amerika? namun kita lupa pulak nak lihat betapa pejuang ini barangkali ada diantara mereka yang melihat depan mata mereka sendiri ahli keluarga mereka dibunuh..adakah sama perasaan mereka dengan kita..luaskan pemikiran dan kefahaman..jangan kita yang cuba berlaku adil akhirnya secara tidak sedar telah menzalimi perasaan saudara kita yang telah ditindas..memang ramai yang boleh menasihati dengan baik tetapi berapa ramai yang pernah merasai dahulu keperitan tersebut sebelum menasihati..

Rausyanfikir berkata...

Disinilah ujian sebenar kita. Menjadi zalim (opressor) setelah dizalimi atau bagaimana?

Contoh terbaik, zaman-berzaman seperti Bediuzzaman Nursi yang teruk dipenjara bersama anak murid beliau oleh Atartuk.

Ana faham kondisi Nizar tapi tak ke kita rasa rugi dengan CARA kita politik ini membawa jurang lebar antara Melayu UMNO dan PAS?


Ingat lagi kisah seorang ibu yang mana anaknya diseksa oleh Hajjaj as-Tsaqfi?


Ana percaya, kalau ana kena pun rasa bengang tapi moga2 Nizar and PAS dapat lalui dengan lebih baik.


Biar kita jadi contoh kepada puak UMNO moga2 Allah lembutkan hati mereka.

nami o fish berkata...

Kadang-kadang,fanatikisme membutakan hati dan mengikut membuta-tuli.Kita lupa Islam itu saudara sesama manusia,kerana semangat kepartian,kita maki sana,kita maki sini.Kita jadi emosional berbanding menggunakan akal.Orang-orang yang macam ni EQnya tak kuat.

Saya seorang yang beragama Islam,tapi tak semestinya saya harus bersetuju dengan PAS.Saya tidak mahu mana-mana entiti menguasai saya,tak kira dari sesiapa pun,pihak UMNO,PAS,PKR atau sesiapa pun.Saya hanya sujud kepada Allah,saya tidak sujud kepada Presiden UMNO,atau Mursyidul AM PAS.Saya tidak tunduk dengan sesiapa.Saya hanya boleh bersetuju atau tidak setuju.Itu sahaja.

Sesungguhnya ramai dikalangan kita yang jadi 'berhala hidup' dan merasa diri sangat mulia tapi sebenarnya tidak.Sifat holier-than-thou ini sebenarnya jelik dalam baik,jadah dalam indah.Untuk menampakkan diri itu baik,mengimamkan solat maghrib tapi meriakkan diri tentang menjadi imam.Saya tidak mahu menafikan sah atau tidak solat Maghrib tersebut,dan saya tak mempersoalkan nawaitunya,tapi berbaloi ke kalau bercerita dengan orang tentang menjadi imam solat maghrib kepada semua orang?

Mengingatkan saya terhadap lirik lagu Butterfingers,Tentang Tentang.

"dosa dan pahalaku Tuhan saja yang tahu".

Kita tak tahu solat kita diterima Allah atau tidak.Kita ke syurga bukan kerana amalan kita,tapi kerana rahmat dan kasih serta syafaat dari Allah s.w.t.

Saya tidak pandai dalam bidang ilmu agama tapi saya berpegang kepada logik.Simple as that.

-Nami

nahwanNur berkata...

Assalamualaikum dik,

ini sekadar pandangan

isu politik di perak semakin hangat di perkatakan malah seakan ada pertembungan antara matlamat dan wadah yang di gunakan. Dan semakin membarah apabila parti yang menjunjung Islam turut dilantun pelbagai kata-kata dari tindak tanduk yang mungkin sedikit lari dari nilai Islam itu sendiri.

akak seorang yang punya sokongan kepada suatu parti tetapi tetap tidak menolak kritikan kerana sedar bahawa selagi namanya manusia pasti punya kelemahan yang pasti terzahir dan amat memerlukan teguran dan nasihat dari orang sekeliling.

Perihal entri terbaru Ir.Nizar, akak punya kefahaman yang berbeza dari adik. Dari suatu sudut, akak melihat Ir. Nizar sekadar memberitahu sebagai counter attack kepada kenyataan media utusan yang mendakwa Ir. NIzar 'merampas' majlis. Ataupun, boleh dikatakan ir mahu memberi sedikit penjelasan. Apapun, setiap komentar terutama yang adik utarakan di sini dari TUngaklangit dan teguran ikhlas lainnya akak tak nafikan kebenarannya. Dan ini akak percaya akibat sedikit kesilapan cara dalam melaksana matlamat penyampaian entri.

Begitu juga dengan entri adik Wan ini. Akak faham suatu sudut teguran atas sedikit tindakan para pejuang Islam kini yang meringan-ringankan beberapa perkara dan semakin mencalar kesyumulan perjuangan Islam itu sendiri.

Namun satu yang akak selalu kesali jika melibatkan perdebatan politik adalah penggunaan BAHASA KASAR yang berleluasa tidak kira dari puak UMNO menempelak PR, mahupun puak PR dan PAS yang memukul rata sekutu UMNO. BAHASA merupakan akhlak yang perlu di jaga oleh setiap MUSLIM. Seperti yang Wan bangkitkan perihal mem'boo' puak UMNO oleh PAS amatlah tersasar dari keindahan akhlak Islami.

Kekesalan kedua akak adalah respon kepada komen SUFI MUSTIKA yang bertanya; betul ke dalam Islam langsung tak boleh hina orang yng zalim?

Islam amat melarang kita menghina sesuatu kaum atau individu yang bersifat zalim atau pelbagai akhlak terkutuk yang lain. Namun, islam amat MENGGALAKKAN kita MENEGUR tentang suatu KEBENARAN walau kepahitan jua terasa. 'Qull al haq walau kana muran'.

Memandang kepada meringankan sesuatu larangan untuk memudahkan sedikit pencapaian matlamat amatlah menakutkan dan virus bahaya dalam perjuangan Islam. Kerana matlamat tidak akan sekali-kali menghalalkan cara.

Perkara ketiga adalah adab para pejuang parti (tidak kira UMNO PAS PR mahupun BN) dalam MENERIMA dan MENYAMPAIKAN teguran. Sebagai Islam/ Muslim, amat perlu memerhati cara dan adab Rasul saw dalam tegur-menegur. Masing-masing perlu berlapang dada. Dada yang sempit dan minda yang beku dengan perjuangan lantas menolak sebarang teguran kerana memikirkan sang penegur tidak layak menegur kerana 'kau tak merasa apa yang kami rasa' hanya mampu melahirkan sikap 'Holier than thou' dan ini amat lah menyedihkan.


p/s: ALLAHumma arinal haqqa haqqal warzuknattiba'ah, wa'arinal batila batilan warzuknajtinabah.... Dan, Akak percaya kepada yang SATU itu.

Wallahua'lam

Ana faqir ila rabbi

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Apa maksud saudara nizar bukan sejahat najib ?


Kenapa saudara tak bangkitkan hak IR Nizar yang dinafikan untuk memberi penerangan dalam radio walaupun 1 jam sehari. Bagaimana pula hak Ir Nizar yang difitnah dalam media massa yang sepatutnya bebas.

Bagaimana orang teraniaya nak mempertahankan diri kalau semua ruang disekat bukankah itu satu isu yang besar yang patut disebarkan?


Membaca coretan saudara anggapan saya saudara bersikap prejudis.


demokrasi

Rausyanfikir berkata...

Entri ini bukan nak kupas semua isu berkenaan Ir Nizar cuma saya nampak dari satu sudut, Ir Nizar semacam sudah berubah.

Memanglah teraniaya tapi cara kita respons tu pun kena kisah jugak.

Imej. Kita bawa nama Islam itu yang payah.

Nampaknya ramai tak dapat agak lagi mesej yang cuba saya sampaikan dalam entri ni.

Saya hanya persoalkan cara, bukan hakikat. Kita semua tahu itu adalah coup de tat UMNO.

Sekali lagi saya ingatkan, sangat mahal berjuang guna nama Islam. Sebab tu kena hati2.

NAZRI berkata...

memang x dinafikan bahawa perjuangan yang membawa nama islam sangat payah..pendekatan yang agak agresif dibawa oleh nizar kini lebih kepada pendekatan strategi,bukan dasar..pelbagai strategi boleh dilakukan untuk melaksanakan tujuan dakwah..dan kepelbagaian srategi ini amat berguna dalam sesuatu gerakan..saya xnampak cara yang terbaik untuk menangkis serangan yang dilakukan oleh umno melalui utusan melayu dan tv3 dengan bersikap bertahan dan bertahan dan bertahan tanpa menjelaskan isu tersebut dengan jelas sambil menyerang kembali kecaman dan fitnah tersebut..saya nak tanya dengan saudara,apa seharusnya dalam fikiran saudara ir nizar patut katakan atau lakukan bg menangkis fitnah yang jahat kononnya merampas masjid..camna pula saudara hendak ukur keikhlasan ir nizar dalam perjuangan PAS??
harap sangat jawapan dari saudara..

Tanpa Nama berkata...

hmm.. tiba2 saya teringat petikan bekas mufti perlis..

"pilihalah yang paling kurang mudarat"

apabila dia di tanya perihal siapa yang perlu di pilih time pilihanraya permatang pauh dulu

Rausyanfikir berkata...

Sekali lagi saya jelaskan ini bukan isu rampas masjid. Saya tak ada masalah langsung dengan Ir Nizar dalam bab itu cuma saya risau akan gaya beliau. Bertahanlah semampu mungkin dan seranglah dengan ADAB.

Orang PAS harus lebih malaikat daripada orang UMNO no matter what kerana tag Islam itu sangat mahal.

Name calling macam Najib Altantuya hanya menjadikan keadaan lebih keruh walaupun semua orang tahu status Najib.


Ke-ikhlas-an itu yang mutlaknya hanya Allah yang tahu. Soal pokok-nya ialah ADAB. Itu sahaja.


Memang saya pun sokong Ir Nizar kerana beliau calon terbaik tapi ingat, jangan harapkan politik semata-mata sebagai kunci penyelesaian masalah. Kita lebuh suka hero worshipping daripada selesai masalah akar secara bersama.

pembaca berkata...

kenapa komen saya tidak disiarkan en rausyanfikir?

awak pun ada moderation dgn memilih mana2 komen yg tertentu sahaja ke?

pembaca.

Tanpa Nama berkata...

baju putih kena secalit habuk pun nampak baju hitam pakai 5o hari pun nampak mcm okey jer tp kebersihan tu sebahagian dr iman.. -chempedak

Tanpa Nama berkata...

nta zalim!

sila muhasabah diri.

Tanpa Nama berkata...

Rausyanfikir: saudara bercakap tentang perkara yang saudara tidak sedalam2 nya meneliti keadaaan..
1.IR Nizar cube mendapatkan tempat dan haknya,saudara lupe bagaimana Hassan Albana cube mendapatkan haknya?
-saudara tahu bagaimana Zainab AlGhazali cube mendapatkan haknya?
-saudara mengerti bagaimana ulama2 n pendokong islam di syiria sekarang cube mendapatkan haknya?
=mereka akan dibunuh jika bercakap tentang keburukan kerajaan,sesiapa pernah pergi ke syiria mesti tahu keadaan ini..
-Pas tak semestinya semua betul tapi saudara tak namapk ke bagaimana UMNO tak betul,bagaimana pemimpin UMNO memisahkan AGAMA ISLAM dari hipun n cara politik mereka?
-Cukup degn penubuhan Sister in Islam.Cube saudara bilang berapa pemimpin UMNO yang pakai tudung sedangkan saudara tahu tudung dirct order from ALLah.ODIN!!.MEmang hipud mati kubur syurga neraka sendiri punya akan tetapi saudara ingat tak ape ciri2 yang nabi suruh pilih jadi pemimpin? rakyat malaysia tiada pilihan lain kecuali pilih anatara pemimpin dari 2 parti ini,,pilihlah yang boleh membangunkan islam..