Sabtu, 28 Mac 2009

Deschooling society: Satu projek radikal anti-kapitalisme.



Entri sebelum ini merupakan coretan ala "emotional outburst". Tragis dan simpati kepada mangsa-mangsa kesan pemanasan global yang tidak tahu menahu akan siapakah penjenayah sebenar kepada jenayah intelektual yang telah diterjemahkan kepada jenayah realiti kehidupan ini.



Mari kita rungkaikan kemelut entri sebelum ini dengan satu premis yang berbunyi:



Pendidikan merupakan faktor terpenting dalam membentuk ontologi seorang manusia mahupun sebuah perjuangan.
 



Ini kerana, hampir ke semua pendidikan klasik dan tradisional yang dibentuk oleh agama dan budaya masyarakat dunia yang berbilang bangsa menyeru kepada kebaikkan holistik insan - kecuali pendidikan pasca Revolusi Industri yang sarat dengan nilai kapitalisme-mekanistik.



Contohnya, perkataan GURU, seperti yang diterangkan dalam kitab Advaya-T├úraka Upanishad:

The syllable gu means shadows
The syllable
ru, s/he who disperses them,
Because of the
power to disperse darkness
the guru is thus named.


Ringkasnya, pendidikan dibawah seorang guru seharusnya membawa kepada pembebasan (liberation) daripada sarang kejahilan kepada malakut tahapan ilmu yang lebih tinggi ya'ni hikmah (wisdom) yang hanya dikurniakan oleh Allah S.W.T.



Al-Kindi, Jabir ibn Hayyan, Al-Ghazali, Ibn Bajjah dan segala macam ulama' yang agung pada masa silam merupakan insan yang mencapai kejayaan ini. Bila mana kita menceritakan berkenaan ma'na pembebasan dalam pendidikan, tidaklah bererti semata-mata pembebasan fizikal ( keluar dari kemiskinan, dapat kerja etc.) tetapi juga mencapai al-haqq (Reality and Truth). 




Di samping penemuan hebat dalam bidang kimia, Jabir ibn Hayyan tidak miskin nilai spiritual kerana beliau turut sama menulis Kitab al-Zuhra ( The Book of Venus) yang berkisar berkenaan sains alchemy (al-kimia) yang berintikan kimia kerohanian ( Al-Ghazali juga menulis kitab Kimia-e-Saadat).




Mereka tidak bersifat utilitarian. Ulama' terdahulu mengkaji alam sekitar, seperti yang ditegaskan oleh Prof. al-Attas sebagai satu Buku Agung ( Great Open Book) yang mana pengakhiran kepada proses pembelajaran dan uji kaji itu seharusnya membawa kepada al-haqq.




Begitu juga dengan Ibn Sina yang menulis dua magnum opuses bersifat sains tabi'ie dan juga sains rohani, masing-masing diwakili oleh Al-Qanun fit Tibb  ( Canon of Medicine) yang menjadi teks rasmi pendidikan kedoktoran zaman-berzaman  dan juga Kitab al-Shifa' ( Book of Healing) yang turut sama menjadi teks rasmi falsafah (yang memuatkan ilmu mantiq, matematik, fizik dan metafizik) di gereja-geraja Eropah sewaktu zaman pendidikan era scholasticism 




Pendidikan Islam (ta'dib seperti yang tegas diperjuangkan oleh Prof. al-Attas) bersifat tawhidik dan JAUH sekali bersifat utilitarianisme Bentham dan Mill apatah lagi  pragmatisme ala John Dewey, yang mana semua jenis falsafah pendidikan ciptaan Barat itu menjadi kayu ukur kepada sistem pendidikan tadika sampailah pendidikan tinggi tidak kurang juga sistem pendidikan agama tradisional yang jumud hasil jangkitan virus utilitarianisme ( seperti madrasah di Pakistan dan India yang telah mengalami de-sufi-ization dan hanya menyuruh pelajarnya menghafal al-Quran tanpa penjelasan yang komprehensif). 




Sebab itu, penemuan-penemuan agung oleh saintis Islam tidak pernah mencetus satu kekacauan (chaos) dalam kehidupan seperti yang dilakarkan oleh para saintis Barat seperti Isaac Newton, Rene Descartes dan James Watt yang membuka jalan kepada era Revolusi Industri yang memancung ma'na rohani daripada kegiatan ekonomi sehingga berlakunya kezaliman ke atas golongan marhain - yang akhirnya melahirkan pejuang keadilan yang ekstrim seperti Karl Marx, Engels, yang turut sama mengheret bagasi kemiskinan metafizika ke dalam perjuangan mereka.




Kalau ikut kata hero intelektualisme saya iaitu Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M Idris, kita perlu tutup semua sekolah dan universiti selama setahun untuk rombakkan!



Radikal? Memang nampak mengarut. Itulah sentimen awal saya berkenaan wacana sebegini hasil tarbiyyah aktivisme Dunia Ketiga bersama NGO Sekolah Pemikiran Pulau Pinang (CAP, SAM, CI, TWN) di bawah bimbingan Abang Nizam Mashar SAM dan Cikgu Azmi TERAS.




Hatta intelektual Barat-Kristian pun sudah lama menjamah isu ini seperti yang digagas oleh paderi Katolik yang mempunyai daya intelektualisme radikal:







Nak tahu lebih lanjut berkenaan intelektual Barat yang radikal ini? Klik sini.



Hapuskan saja sekolah. Jangan samakan persekolahan = pendidikan



Pendidikan tidak tertakluk SEMATA-MATA dalam ruang lingkup persekolahan!



Persekolahan moden anjuran sistem kapitalisme (sekarang dicelup dengan slogan Knowledge Economy dan Human Capital) merupakan tempat pateri penjara minda yang melahirkan Watak Tertawan!



Tidak ada istilah mass production dalam pendidikan silam untuk mencipta mesin, membina bangunan etc. kerana semua kerja-kerja itu dinilai sebagai satu SENI yang memerlukan pendidikan jenis apprenticeship!



Ini kerana, pendidikan yang membawa kepada penemuan dan penciptaan mesin, bangunan dan kemudahan awam TIDAK diletak dan diperhambakan kepada taghut yang bernama kapitalisme dan materialisme!



Kalau tak sekolah, tak masuk universiti macam mana?



Cubalah home-schooling.



Satu catatan menarik oleh anak murid Prof. al-Attas, Dr. Nik Roskiman (tesis Master: Al-Ghazali on administrative ethics, with special reference to his Nasihat al-muluk. Boleh dapatkan di UIA atau ISTAC dan hadiahkan kepada para politikus BN dan PR)  berkenaan home-schooling:


Tidak dinafikan bahawa anak-anak zaman moden ini diajar banyak matapelajaran, berbanding generasi silam, tetapi adakah itu juga bermakna mereka lebih ‘mengetahui’ atau lebih ‘bijak’ hari ini berbanding dulu? Atau mereka sebenarnya hanya menjadi seperti burung kakaktua yang diajar dan disogokkan oleh tuannya dengan pelbagai ‘kata-kata’ indah didengar, tanpa mengetahui dan mampu menilai sendiri keindahan makna yang diluahkan kembali itu.


Itulah produk pendidikan generasi sistem pendidikan kita hari, tidak mampu berfikir sendiri dengan betul kerana mereka selama ini tidak pernah diajar ‘berfikir’, walaupun diajar dengan puluhan matapelajaran. Berfikir dan berfikir dengan betul merupakan dua perkara berbeza. Ya, orang berakal memang mampu berfikir, tetapi adakah pemikiran mereka itu betul, logik, rasional, kritikal, tepat dan sebagainya. Dalam situasi di mana pengajian bersifat hafalan dan peperiksaan, ianya tidak akan mampu membentuk minda yang ‘rasional’ ‘kritikal’, ‘analitikal’, ‘kreatif’ dan sebagainya. Mereka tidak mampu berfikir sendiri sebetulnya dan membuat keputusan yang betul dan tepat. Mungkin lebih mudah difahami jika kita katakan sistem kita hanya mampu melahirkan ‘pengikut’ yang setia tetapi bukan ‘pemimpin’ kerana ciri-ciri kepimpinan tidak terbina dan tidak dipupuk. Pemimpin biasanya pemikiran mereka merdeka, mampu menilai dan kemudiannya membuat keputusan sendiri. Pengikut jarang bersifat sedemikian.


Hari ini kita mengajar terlalu banyak matapelajaran, tetapi kita tidak mengajar anak-anak kita berfikir yang betul, dan kaedah belajar yang tepat. Kita berbangga apabila ada anak-anak SPM yang mengambil berpuluh matapelajaran dan berjaya dengan cemerlang. Ya, anak-anak sebegitu memang berjaya, tetapi berjaya ‘menghafal’ dan menjawab dengan baik. Tidak bermakna mereka telah memiliki alat-alat yang diperlukan untuk berjaya hidup selepas SPM itu, berjaya menjadi pemimpin yang baik.


Hakikatnya anak-anak itu tidak memiliki ‘alat’ (tools) yang secukupnya untuk mereka menghadapi cabaran kehidupan ini, sepertimana dakwaan Dorothy Sayers. Mereka seumpama askar-askar yang diarahkan berperang, tetapi tidak dilengkapisenjata. Mereka bernasib baik berjaya sekali, tidak bermakna akan berjaya selepas itu.


Perlu diakui bahawa banyak masalah dan isu yang timbul dalam masyarakat kita hari ini sebenarnya disebabkan kegagalan berfikir dengan betul, khususnya di kalangan pemimpin-pemimpin kita hari ini, terzahir melalui lidah-lidah orang-orang politik. Akibat tidak pernah diajar ‘berfikir’ dengan betul ketika kecil dahulu, percakapan mereka merapu, tiada asas, tidak menepati ilmu logika dan rasional, tidak konsisten, banyak mengampu dan membodek sehingga mereka mengorbankan kebenaran dan keadilan. Bagi yang bijaksana akan melihat pemimpin-pemimpin palsu ini seperti ’orang-orang bodoh’. Inilah juga kebimbangan yang pernah disuarakan oleh Professor Naquib al-Attas, ‘lingkaran ganas’ kekeliruan ilmu yang kemudiannya melahirkan pemimpin-pemimpin palsu.


Kita melahirkan masyarakat yang diukur semata ‘sijil’ atau ‘on paper’. Sijil bukan ukuran tepat mencerminkan tahap pemikiran seseorang. Dari satu segi ternampak seolah seorang itu banyak ‘ilmu’, tetapi dari segi yang lain pemikiran mereka belum cukup dimatangkan lagi untuk mampu membuat kesimpulan yang bijaksana terhadap sesuatu hal. Kadar buta huruf hari ini tidak dinafikan rendah berbanding 50 puluh tahun dulu, tetapi bukanlah bermakna masyarakat hari ini lebih ‘bijaksana’ dari generasi tua-tua lalu.  Generasi yang kononnya bijak hari ini senang terpengaruh dengan iklan-iklan, skim cepat kaya, ajaran-ajaran sesat dan seumpamanya walaupun peringatan demi peringatan sering dikeluarkan.


Rujukan lanjut di sini



Maka bagaimana? Apakah anda setuju dengan radikalisme saya dalam perihal pendidikan moden ciptaan sistem kapitalisme setelah menelusuri hujah-hujah di atas?



Saya berpendapat, kita selaku manusia yang peka, khususnya golongan yang mengaku sebagai pejuang Islam, harus melakukan, meminjam kata failasuf Perancis, Jacques Derrida - projek dekonstruksi realiti Moden dan Pasca Moden, dengan membongkar semahu-mahunya pemalsuan yang dianggap status quo agar dapat ditegakkan penyelesaian Islamik ( bukan slogan sahaja macam penempelan kata nama khas "Islam" pada produk-produk harian) yang dapat membuktikan bahawa ya, Islam adalah ad-deen yang bertepatan dengan:




 "Al-Islamu ya'lu wa laa yu'la 'alaihi".




Oleh itu, para pejuang dan aktivis Mahasiswa Muslim, kerja kita lebih berat sebenarnya kerana siapa lagi kalau bukan kita yang terperosok dalam dunia kampus ciptaan kapitalisme, harus bangkit membersihkan wabak tersebut daripada dunia kampus kita sedikit demi sedikit.




Jangan hanya sibuk gantung poster, mencula sewaktu pilihan raya, tanpa sedar ahli jemaah Islam kampus sudah terbius dan disekularkan dalam dewan kuliah.




Sebagai pencuci mulut (atau lebih tepat, minda) cuba tontoni kilp video kreatif dan comel ini:







Islamisasi ilmu kontemporari, seperti yang dirumuskan oleh Prof. al-Attas adalah jalan ke Hadapan dalam memecahkan kebuntuan sistem pendidikan palsu ini.




Wallahua'lam.




Sekadar berkongsi.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

insyaAllah...bright writing with lots of info...

needs more hours to digest them all...

anyway...semoga Allah meletakkan saudara dalam jalan yg betul!

lutfi berkata...

Salam. Wan Fhysal, sudah terima surat dari PENA?

Betul. Kita harus bergerak dalam kerangka tauhid. Malah, kerana kerangka tauhidlah, al-Ghazzali tidak terjerumus ke dalam keraguan sekular.
salam

sufi mustika berkata...

mahu lagi radikal? hentikan dahulu persekolahan anak-anak kepada para pejuang yang anti PPSMI atau ajarkan anak-anak ini keluar kelas tatkala pelajaran sains dan matematik diajarkan...sebagai contoh sebelum melangkah lebih jauh. peduli apa kerajaan dengan demonstrasi? apa fungsi besar demonstrasi kepada kita? mari berfikir dengan bijak. jangan habiskan tenaga di jalanan (malah ketika Ghazza diserang pun masih berdemo. kalau dengan demo Islam boleh menang, dah lama dah kita menang)..macammana nak ubah sistem pendidikan begini kalau yang memegang tampuk negara masih dengan gaya lama. mahu disokong pembangkang, terperasan pula yang kita ini terlebih cerdik.. baca surah Ar-Rum..sekalipun Rom bukan umat Islam namun kejayaan mengalahkan Parsi disambut gembira oleh umat Islam..fiqh yang perlu diambil..pilihlah pemimpin yang boleh mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada kita sekalipun mereka tidak sealiran dengan kita..jangan terlalu radikal..Umar Abdul Aziz dah pesan kepada anaknya Abdul Malik sesungguhnya arak diperintah agar dijauhi sebanyak dua kali dalam Al-Quran sebelum diharamkan secara total..atau..kerana demokrasi ini pun sama saja dengan kapitalisme maka kita pun mahu beruzlah..pergi lantak la dengan politik kepartian..pergi lantak la dengan pembuat dasar..Al-Ghazali pun beruzlah bukan ketika umat Islam teruk dibantai...

Rausyanfikir berkata...

Belum lg bang lutfi.

apakah yg cuba disampaikan oleh sufi mustika? kurang jelas.