Selasa, 3 Mac 2009

Aku dan Jemaah: Kekusutan yang perlu dileraikan



Selepas saya wawancara adik-adik, sahabat-sahabat yang rajin berusrah, baru saya tahu kenapa ahli jemaah kampus bersikap amat dingin terhadap saya. Ukhuwah fillah abadan abada itu hanya jadi slogan untuk makhluk yang tidak 'sebulu' dengan apa yang mereka percaya dan kagumi. Semuanya kerana saya mengkritik Ulama' PAS dan ayahanda Mursyidul Am, Tuang Guru Nik Aziz Nik Mat dalam isu PPSMI dan Ke-Melayu-an.


Saya percaya reaksi sebegini hanya datang dari ahli yang totok terhadap PAS. Ahli yang menjadikan PAS sebagai matlamat akhir dalam kalendar perjuangan-nya. Yang melihat jemaah lain, gerakan lain, perjuangan orang lain sebagai rendah martabat ( ini betul sebab dalam tamrin perkaderan memang dah kena doktrin macam ini: hanya PAS sahaja yang betul dan symul! Tapi realiti tidak!). 


Maka lahirlah sentimen " I AM HOLIER THAN THOU!". Pergi sajalah tanya majoriti warga kampus dan saya berani jamin, ramai yang akan berkata yang sama seperti saya. Budak Islamis ekstrim, eksklusif, jumud dan sebagainya. Malah mahasiswa dari luar negara lagi-lah tak peduli hidup mati gerak kerja kita. (Warga kampus tak bodoh seperti kita sangka selama hari ini).



Kalaulah kalian tahu bagaimana EZLN berjuang di Mexico,Culture Jammers di Amerika, World Social Forum di Brazil dan entah berapa ribu lagi gerakan menentang kezaliman di seluruh dunia, gerak kerja mereka lebih tersusun dan berjaya berbanding kita dalam meng-Islah-kan masyarakat..



Bagi ahli yang kritis lagi adil, kritikan saya yang dahulu akan disambut dengan penuh semangat terbuka untuk berjidal bagi mencapai Kebenaran.



Kalau kerana inilah ukhuwah Islamiyyah itu dihancurkan, hanya kerana perbezaan pendapat maka ada baiknya kita sama-sama fahami di mana titik kelonggaran kita. Masalah bagi puak-puak jemaah yang 'menentang' saya ini adalah mereka tidak pun teringin datang untuk berbicara dengan saya. Nasib baik ada beberapa adik-adik yang terbuka minda dan hatinya sebelum menghukum saya telah berjumpa dan memperjelaskan kekeliruan berkenaan posisi saya terhadap PAS dan sebaginya. Ternyata selepas pertemuan tersebut, mereka tidak lagi memandang saya sebagai 'virus jemaah'.



Let us face the reality. 



Bukan semua ulama' PAS memahami realiti yang ada. Bukan semua ulama' PAS memahami permainan dan perangkap yang dicipta musuh-musuh Islam dalam banyak segi. Antara perangkap yang paling sulit adalah dalam arena ghazwul fikri.


Dan untuk masyarakat majmuk seperti Malaysia ini, yang mana Institusi Melayu (bahasa,budaya etc. yang telah di-Islamisasi-kan) menjadi tunjang kepada kemandirian Islam, antara cara mudah adalah dengan memecah belahkan Melayu. Divide and conquer.  Dasar pecah dan perintah.



Ini adalah taktik klasik buat musuh Islam melemahkan kita. Kemudian mereka akan menyuntik sedikit dos kekeliruan ke dalam masyarakat untuk memporak-perandakan perpaduan ummah. Antara dos tersebut adalah segala bentuk proses yang membawa kepada kekeliruan berfikir berkenan jati diri Melayu Islam. Memang sudah menjadi lumrah yang menang akan menulis sejarah bangsa yang kalah. Berbondong-bondong manuskrip lama telah dibawa keluar oleh Stamford Raflles yang mana pada hari ini banyak tersadai di Leiden dan London. Selepas itu, sang penjajah akan menghantar anak-anak muda Melayu belajar ke luar negara untuk membawa balik ilmu yang sudah disiat lumat mengikut acuan penjajah. 



UMNO korup kerana ini. Tetapi ke-korup-an UMNO juga berlaku kerana kegagalan para ulama' kita dalam memulih-kan mereka di peringkat akar umbi. Pemisahan dualistik antara fard ayn dan fard kifayah telah menggambarkan Islam sebagai agama yang lusuh, dan jumud. Tak hairanlah orang macam Tun Mahathir memandang sepi golongan ulama' sebab mereka tidak mampu menyelesaikan masalah kontemporari dengan baik. 


Berapa ramai ulama' kita yang memahami krisis globalisasi yang telah meranapkan dunia Islam dari segi ekonomi, budaya? Berapa ramai ulama' kita yang mampu menjelaskan kebankrapan sistem ekonomi kapitalisme setaraf dengan Das Kapital Karl Marx? Berapa ramai ulama' kita yang faham masalah Islam Liberal yang merebak dengan begitu pantas di rantau ini? 



Kalau ada pun hujah, banyak bersifat superficial. Sekadar menghukum dan penghuraian yang kurang memuaskan. Zaman dimana generasi muda yang berfikiran terbuka dan rasional, hujah yang disertakan mestilah mempunyai huraian yang jelas, padat dan komprehensif. Masakan tidak ulama' zaman dahulu bersungguh-sungguh mengarang kitab yang hebat kerana mereka tahu, masalah besar memerlukan pemahaman yang tinggi! 




UMNO dijadikan Melayu yang sekular. PAS dijadikan Melayu yang Islamik tetapi keliru dengan sejarah Melayu yang telah melalui proses Islamisasi zaman-berzaman.



Saya sayang Nik Aziz. Ayahanda Tuan Guru merupakan model pemimpin manusiawi yang cukup baik. Farish Noor pun salute pada Nik Aziz. Tapi sayang-nya, Tuan Guru Nik Aziz bukan segala-galanya. Saya sedih melihat imej Tuan Guru Nik Aziz di komersial-kan oleh aparat-aparat kapitalis kecil yang menjual jaket, baju dan topi bersulamkan imej Tuan Guru. 


Ulama' bukan barang niaga. Imej ulama' menggambarkan spiritualiti dan izzah umat Islam. Tiada boleh diletakkan harga sama seperti imej Britney Spears dan segala macam hantu selebriti yang lain. Ulama' adalah lambang sacredness. Bukankah ulama' pewaris nabi?



Saya berpendapat dengan penuh yakin, dalam isu jati diri Melayu dan Islam, ulama' PAS masih keliru. Saya risau apabila sebarang kenyataan yang dibuat oleh ulama' PAS yang sememangnya memberi dampak yang besar di seluruh negara akan memberi kefahaman yang keliru berkenaan pelbagai isu yang bersangkut paut dengan jati diri Melayu.



Saya sering kali berhujah bahawa PAS ingin menjadi 'anti-thesis' kepada UMNO. Kosa kata Melayu yang mendefiniskan UMNO telah membuat orang ramai muak dengan perlambangan Ke-Melayu-an. Maka secara tidak langsung aspek jati diri Melayu telah tercerai daripada pertimbangan intelektual ulama' PAS.


Baca saja kenyataan Tuan Guru Nik Aziz berkenaan 'bumiputra':

Nik Aziz says ‘bumiputera’ term is racist

MARCH 1 – In extraordinary remarks today, Pas spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat said the use of the term “bumiputera” smacks of racism and deprived other races of government aid.

His comments, made in Kota Baru today, will certainly spark debate, especially since it comes from a Malay leader who is widely respected even by his foes in Barisan Nasional and Umno.

In calling the term bumiputera racist, he appears to be drawing a clear line between his Pas party and the Pakatan Rakyat (PR) from that of Umno, which has been championing the special rights of Malays.

Nik Aziz’s remarks was made in response over growing criticism from the conservative spine of Umno against comments made by DAP’s Dr Boo Cheng Hau, the opposition leader in Johor.

Dr Boo was reported to have compared “bumiputeraism” with apartheid.

Umno leaders have demanded an apology from Boo, and say his comments were a challenge to Malay rights and the constitution.

Umno’s Utusan Malaysia also described Boo’s remarks as a part of DAP’s agenda to form a republic.

But Nik Aziz was reported by Bernama as saying today that not only did the term smack of racism but deprived other races sharing similar rights and having the same identity cards of government assistance.

“In an election, other races are allowed to cast one vote, so are the bumiputera," he said.

Nik Abdul Aziz said the government should form a body to manage aid for the poor in the country and not cater only for a single group known as the bumiputera.

“I don’t like the (use of the) word bumiputera. What I like is (use of the word) poor, for all races,” he added.

He said the poor, regardless of their race, should be given assistance.

His statement appears to be also in line with Anwar Ibrahim’s concept of “Ketuanan Rakyat,” or supremacy of the people, which has been used to diffentiate PR parties from Umno’s “Ketuanan Melayu,” or Malay supremacy. 

Sumber: The Malaysian Insider


Saya faham apa maksud yang disampaikan oleh Tuan Guru tetapi BENDA-BENDA INILAH YANG AKAN DIJADIKAN BUKTI UNTUK DIJUSTIKASI OLEH ORANG YANG HENDAK MENGHAKIS HAK MELAYU DAN ISLAM!


"Tu Ulama' PAS kata camtu..."


Dan benda ini jugalah yang tertayang dalam kes penggunaan nama "Allah":


‘Allah’ is allowed for non-Muslims, says Nik Aziz

KOTA BHARU, March 1 – Datuk Nik Aziz Nik Mat, the Pas spiritual leader and one of the country’s most respected Muslim leaders, said today that non-Muslims should be allowed to use the word “Allah.”

But he said it was up to the federal government to decide whether to allow its use by non-Muslims.

“I do not want to interfere in this matter. Let the federal government decide,” he was quoted as saying by the national news agency Bernama in Kota Baru today.

The Pas leader was responding to the intense debate over the Catholic newspaper Herald’s law suit against the federal government’s decision to ban the use of the word “Allah” in its publication.

Yesterday, the Home Ministry rescinded a government gazette issued a day earlier which allowed the conditional use of the word in Christian publications.

Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said a mistake had been made and the government’s ban remained in force unless the courts decide otherwise.

The government had recently ordered a ban on the Herald's Malay edition until the court makes its decision, as part of conditions for it to be allowed to continue publishing in English, Chinese and Tamil.

Muslim groups have been up in arms over the Catholic newspaper’s use of the word “Allah” and were particularly upset when the ban was rescinded on Friday.

These Muslim groups have argued that allowing Christians to use the word “Allah” would cause confusion among Muslims.

They are also suspicious about the intent of Christians, with some accusing churches of trying to use the word “Allah” to convert Muslims.

However, the Catholic Church says the word “Allah” is being used by its members, especially those in Sabah and Sarawak, who are fluent only in the national language.

They also contend that “Allah” is the accurate translation for the word “God” as opposed to “Tuhan” which they use to mean “Lord.”

The church has also pointed to the fact that the word “Allah” is also used by Christians in the Middle East and in Indonesia. 

Sumber: The Malaysian Insider


Ramai diantara kita yang mengambil mudah kesan lanjutan daripada kenyataan ulama' yang cukup berpengaruh seperti Tuan Guru Nik Aziz. Dari satu sudut, ada yang baik dan dari satu sudut lain, kenyataan seperti ini akan dijadikan peluru untuk menembak umat Islam dari belakang oleh musuh-musuh Islam. Tak percaya? Cuba baca ruangan komen artikel dalam Malaysia Today ini dan ini


Bila saya kata baca, bukan sahaja dengan mata tetapi AQAL! Teliti betul-betul tema, rungutan, cacian, perlekehan yang diutarakan oleh manusia-manusia yang suka melihat Islam tersungkur dari dalam. Tak pernah dalam sejarah kewujudan orang Melayu Islam di nusantara ini, bangsa kita dicaci, diperlekeh macam sampah! Macam mana kita benci dan menyampah kepada UMNO, selagi mana mereka solat, dan mengaku kalimah syahadah, mereka adalah MUSLIM dan SAUDARA KITA! Puak-puak ini rata-rata adalah orang Melayu yang keliru. Bukan setaraf dengan kafir harbi. Ini bab aqidah. Jangan main-main. Orang UMNO pun ada haq ke atas so-called para pendakwah. Orang Melayu Malaysia patut jenguk Melayu di Singapura macam mana hak mereka terhakis dan jati dir mereka sedikit demi sedikit di mamah oleh pengaruh yang disuntik musuh Islam. Kita jadi begini kerana kita lemah!


External decay happen due to internal decay! Just like a half life of an atom. It decays then it emits radiation! It is a two way process!


Musuh Islam, kafir harbi memang itu kerja mereka. Tak perlu risau dan bertanya mengapa mereka begitu tetapi kita ni, kenapa bagi ruang untuk mereka jadi begitu? Mengapa kita yang dedahkan kelemahan kita? Sebab itu ulama' zaman dulu berusaha keras menjaga kemaslahatan umat dengan MENDIDIK dan terus MENDIDIK.


Mind you, cyber space is a very potent medium in creating public opinions. Satu kenyataan yang samar-samar, boleh diputar belit menjadi alat untuk musuh Islam memecah belahkan kestabilan umat Islam. Ulama' harus menjaga al-masalih al-mursalah (public interest)!


Dan saya lihat, apabila Tuan Guru membuat kenyataan berkenaan BOLEH menggunakan nama "Allah" untuk orang Krisitian, mereka akan menjustikasikan kenyataan Tuan Guru untuk kepentingan mereka. Kalau tak faham lagi kenapa kita perlu BANTAH dariapa membiarkan orang Kristian menggunakan nama "Allah", saya akan quote hujah Dr. Khaliff Muammar secara verbatim di sini:


Isu Herald Tribune telah mengundang reaksi pelbagai pihak sejak awal tahun ini. Setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah oleh surat khabar tersebut, Dewan Ulama Pas (Harakah, 1 Januari 2008) menyatakan Islam tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimat Allah bagi Tuhan mereka. Sebagai reaksi saya juga telah membahas isu ini dalam artikel yang diterbitkan dalam laman web khairaummah.com pada 20 Januari 2008 dengan harapan ia dapat membantu umat Islam di negara ini memahami persoalan yang sebenar. Namun isu ini ternyata menjadi hangat kembali apabila Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, menulis dalam Mingguan Malaysia pada 27 April 2008 bahawa Umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Qur’an pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah. Mufti juga menegaskan bahawa yang menjadi permasalahan adalah bukan nama Tuhan tetapi kesyirikan penganutnya. Saya terpanggil untuk memberi tanggapan kerana hal ini akan mengundang kekeliruan jika tidak diperjelaskan dengan tuntas.


 

Yang paling penting kita perlu jelas bahawa nama Allah telah menjadi nama khas bagi Tuhan umat Islam. Perlu dibezakan antara kalimat Allah dari sudut bahasa yang telah wujud sejak zaman Jahiliyyah dengan kalimat Allah yang telah diIslamkan setelah menjadi istilah atau nama khas. Jika kita perhatikan kalimat tawhid: la ilaha illa Allah. Ia tidak bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan, tetapi tiada tuhan melainkan Allah. Kerana jika ia bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan maka tidak ada maknanya seseorang mengucapkan kalimat tawhid itu. Oleh kerana itu sarjana-sarjana Islam tidak bersetuju untuk menggantikan Allah dengan God dalam bahasa Inggeris.  Pengislaman nama Allah ini juga jelas apabila kita lihat surah al-Ikhlas, antara surah terpenting dalam al-Qur’an, yang menjelaskan siapakah Allah dan apakah sifat-sifatnya: “Katakanlah: “Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".”(al-Ikhlas: 1-4). Berdasarkan Surah dia atas, sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa yang bernama Allah adalah yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Dalam erti kata lain kita tidak mengakui bahawa yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut juga  adalah Allah.  

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Asri memang masyarakat Jahiliyyah menggunakan nama Allah, tetapi nama Allah di situ digunakan dari sudut bahasa sahaja dan sebelum perkataan itu diIslamisasikan. Ia kemudian menjadi nama khusus yang merujuk kepada sifat-sifat di atas. Kata-kata solat, contohnya, dari segi bahasa adalah doa dan telah digunakan oleh orang Arab sejak pra-Islam lagi, ia kemudian menjadi istilah yang merujuk khusus kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu kita tidak boleh mengatakan orang Katolik juga melakukan solat hanya kerana mereka berdoa di gereja. 

Umat Islam perlu melihat apa yang berlaku di sebalik persoalan nama Allah ini. Jika kita lihat dengan teliti isu ini dengan isu-isu yang sebelumnya kita akan dapat melihat hubungannya. Contohnya isu pluralisme agama yang giat dipromosikan oleh orang bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri iaitu Islam Liberal. Para pendukung pluralisme agama ini berusaha untuk mendangkalkan makna-makna atau kata kunci dalam agama. Mereka mengatakan bahawa Tuhan dalam agama manapun  pada peringkat tertinggi (transcendental) adalah sama. Bagi umat Islam, konsep Tuhan kita jauh berbeza dengan konsep Tuhan dalam agama mana pun. Pendukung pluralisme agama juga menekankan wujudnya persamaan antara agama-agama dan perbezaan perlu diketepikan untuk kebaikan bersama. Padahal bagi kita perbezaan fundamental antara Islam dengan agama lain walaupun sedikit adalah sangat penting dan tidak boleh dipinggirkan. Sebahagian orang bukan Islam bahkan mengaku telah Islam tanpa perlu masuk Islam.  Kerana mereka merasa telah ‘berserah diri’  kepada Tuhan. Di sini mereka merujuk perkataan Islam dari sudut bahasa ialah berserah diri. Jika Allah hanya bermakna Tuhan maka kini mereka akan mendakwa bahawa mereka juga telah beriman kepada Allah. Padahal mereka hanya percaya pada Tuhan.

Contohnya lagi kita tidak boleh menggunakan kata ‘liberal’ untuk makna terbuka kerana ia memberi konotasi yang dalam. Kita pun tidak akan mengatakan bahawa mereka telah memonopoli perkataan liberal. Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah sarjana Islam yang paling tegas dalam hal pemberian nama atau istilah ini. Bagi beliau banyak kekeliruan berpunca daripada penamaan.  Contohnya pelajaran berbeza dengan pendidikan dan ta’dib. Istilah moden dan klasik dalam pembahagian sejarah bagi beliau tidak relevan dengan sejarah Islam dan lain-lain lagi. 

Sebenarnya tidak ada nas sorih dan qat’i dalam persoalan ini. Nas dan dalil yang dikemukakan oleh Dr. Asri hanya menunjukkan bahawa masyarakat Jahiliyyah telah menggunakan kalimat Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka. Kita perlu melihat ayat-ayat dan hadis-hadis seumpamanya dalam konteks penggunaannya dari sudut bahasa. Dari sudut bahasa Allah bermakna Tuhan. Ayat-ayat tersebut turun ketika Islam mula diperkenalkan sebagai proses berdialog dengan kaum musyrikin. Setelah konsep-konsep penting dalam Islam jelas dan worldview Islam terbentuk maka di sini proses Islamisasi berlaku baik terhadap bahasa, budaya dan pemikiran masyarakat Arab. Oleh kerana itu dengan mendangkalkan makna Allah maka kita telah menafikan proses Islamisasi tersebut dan kembali seolah-olah Islam belum bertapak. Memang kita boleh membuat kesimpulan tidak menjadi masalah orang bukan Islam menggunakan nama Allah kerana hal tersebut “tampak” secara literalnya wujud dalam al-Qur’an. Namun, dalam berijtihad seseorang ilmuwan tidak boleh hanya bersandarkan kepada makna literal teks atau nas tetapi perlu juga melihat kepada maqasid dan falsafah yang mendasarinya sebagaimana telah ditegaskan oleh al-Shatibi. 

Persoalan nama Allah tidak boleh dilihat dari sudut fiqh sahaja khususnya kerana ia menyangkut aqidah. Ia mesti melibatkan kepakaran dalam bidang falsafah Islam, dan lebih spesifik metafizik Islam dan epistemologi Islam.  Dalam perbualan peribadi dengan seorang tokoh pemikiran Islam, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau memberitahu dan menyambung hujah Prof S.M.N al-Attas bahawa al-Qur’an telah merubah dan memperbaiki kekeliruan dan kerusakan yang telah terjadi kepada hakikat-hakikat penting yang berkisar di sekitar ketuhanan, kemanusiaan dan kejadian. Dalam hal ini yang terjadi ialah proses Islamisasi terutama tentang hakikat ketuhanan yang merupakan tiang seri agama Islam. Menurut beliau lagi sekarang ini yang kelihatan sedang berlaku ialah proses deislamisasi dengan membawa makna-makna yang asing dan berlawanan dengan aqidah dan pandangan alam Islam, samada aliran-aliran sekular atau dari agama-agama lain. Prof Wan Mohd Nor juga berkata setiap istilah dalam semua bahasa mempunyai batas-batas makna yang sah yang mencerminkan pandangan alam tertentu, dan yang membezakan sesuatu istilah itu dengan yang lain. Persamaan yang banyak pun masih memerlukan istilah atau nama yang berbeza jika terdapat hanya satu perbezaan yang penting. Sebab itulah semua bahasa-bahasa yang tinggi mempunyai kamus. Keldai, kuda, baghal banyak persamaan tetapi terdapat perbezaan; dua manusia kembar siam juga diberi nama yang berbeza. Orang bukan Islam boleh mempekayakan kamus peristilahan Bahasa Melayu dengan menggunakan nama lain bagi Tuhan mereka. Dalam konteks Kristian, mereka boleh gunakan Tuhan, Dewata, Deus, Theos, atau God. Selama ini gereja, kuil, sami, paderi, uskup dan lain telah memperkayakan Bahasa Melayu dan tidak menimbulkan kekeliruan dan kemarahan masyarakat yang beragama lain. Di sini jelaslah bahawa seseorang yang bercakap tentang persoalan aqidah mesti faham kaitannya dengan worldview, tasawur dan pemikiran Islam.  Dalam hal ini, aqidah tidak hanya bermakna kepercayaan dan keimanan dalam ertikata yang sempit seperti biasa difahami oleh masyarakat umum, namun ia adalah satu set keyakinan yang dapat memberi kesan kepada cara berfikir (worldview) dan cara hidup (way of life) seseorang Muslim.

Kita juga perlu berfikir mengapa kaum Katolik ingin menggunakan nama Allah? Kita tidak boleh tertipu dengan hujah persamaan nama  yang bagi sesetengah orang hanya bersifat luaran. Kita tahu pada hakikatnya nama Tuhan mereka bukan Allah. Nama Allah mungkin relevan bagi penganut Kristian di negeri-negeri Arab tetapi tidak di selain negeri Arab. Oleh itu jelas terdapat agenda yang tersembunyi yang tidak boleh luput dari perhatian umat Islam.   Isu ini juga dibangkitkan dengan memanfaatkan toleransi dan dialog antara agama yang semakin mendesak ketika ini. 

Tindakan membiarkan pihak Kristian menggunakan kalimat Allah bukan satu toleransi tetapi satu penggadaian hak dan kedaulatan. Ia adalah satu kerugian yang besar dan kelemahan yang nyata apabila umat Islam membiarkan penganut agama lain mendangkalkan konsep dan istilah penting dalam Islam. Perkataan Allah, solat, tawhid, rasul, bahkan istilah Islam itu sendiri membawa makna yang tersendiri setelah diislamisasikan. Kalimat-kalimat ini telah menjadi bahagian penting daripada pandangan sarwa Islam (Islamic worldview). Jika ia dikaburkan maka sudah tentu akan memberi kesan kepada pemikiran dan aqidah umat Islam. Sesiapa pun yang ingin memahami persoalan ini perlu sedar bahawa beberapa istilah keagamaan tertentu telah menjadi ‘milik’ umat Islam. Sebarang tindakan meng-‘import’nya boleh dianggap sebagai penyalahgunaan dan pencabulan terhadap agama Islam. Istilah-istilah keagamaan mesti dihormati, dari agama manapun ia datang, oleh penganut agama lain. Toleransi mungkin berlaku jika wujud penghormatan terhadap agama lain. Nama dan istilah tertentu seperti Pope, Paderi (priest), Sami (Monk) dalam agama-agama tertentu tidak boleh digunakan sewenang-wenang oleh penganut agama lain. Ini bukan sahaja kerana ia telah sinonim dengan agama penggunanya tetapi juga kerana kalimat ini telah diwarnai atau mengandungi pandangan sarwa penggunanya. 

Oleh itu tindakan Kementerian Dalam Negeri pada 31 Disember 2007 melarang penggunaan nama Allah dalam surat khabar Herald adalah tindakan tepat dan positif yang bermakna bagi umat Islam. Ia perlu disokong dan orang-orang agama tidak sepatutnya mengeruhkan lagi keadaan. Umat Islam mesti mempertahankan nama Allah untuk tidak digunakan oleh orang bukan Islam selagi termampu. Masyarakat Islam di negeri-negeri Arab tidak mempunyai kemampuan untuk mempertahankan hal ini kerana ia berlaku secara halus dan di luar kawalan mereka. Kebelakangan ini tampaknya ketidaksepakatan orang Islam dalam hal ini telah membuka ruang kepada Herald Tribune untuk menggugat keputusan Kementerian tersebut.

Maka dapat disimpulkan bahawa jika dilihat dari sudut falsafah dan pemikiran, dan bukan hanya dari sudut fiqh, kita akan melihat bahawa nama memberikan seribu makna. Jauhnya perbezaan antara Allah dengan Tuhan ibarat langit dengan bumi. Jelaslah isu ini bukan isu perebutan nama tetapi isu yang menyangkut jantung aqidah. Ia juga berkaitrapat dengan pendangkalan makna Allah untuk menjustifikasikan pluralisme agama. Kita tidak boleh membiarkan pendangkalan makna tersebut berlaku tanpa penolakan umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab semua ilmuwan Islam untuk menentang segala usaha mendangkalkan makna dalam Islam.
*Penulis adalah Felo Penyelidik ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu), UKM.


Kalau tak faham lagi, baca 2-3 kali sampai faham.

Mungkin ramai budak-budak jemaah yang 'bengkek' sebab saya kritik PAS menjustifikasikan papan tanda bukan ber-Bahasa Melayu di Pulau Pinang. Secara selapis, isu ini nampak innocent. Tetapi kalau anda tanya sahabat-sahabat saya yang saban hari memantau gerakan pluralisme dan liberalisme agama di Pulau Pinang, isu ini sangat halus dan berbahaya.

Anda tahu siapa di belakang gerak kerja semua ini? Cuba bukak laman maya Global Ethics Penang.

NGO ini dibiayai oleh NGO Kristian yang kaya raya di Eropah seperti Konrad Andenaur Foundation (mereka juga yang biayai para Think Tank Anwar Ibrahim). Modus operandi mereka mudah saja, mula-mula kita sebarkan dakyah kepelbagaiaan budaya, di belakan tabir kelak, mereka akan kaitkan kepelbagaiaan budaya itu sama juga dengan kepelbagaian agama (kerana kata Prof. al-Attas, di Barat, agama itu difahami sebagai sebahagian daripada budaya). Kemudian mereka akan kaitkan lagi bahawa semua agama itu sama. Sikit demi sedikit, generasi Muslim yang buta sejarah, lemah kefahaman Islam-nya akan terperangkap dalam wacana pluralisme budaya kemudian diheret kepada pluralisme agama.

Nampak macam 'kartun' kan hujah ini? Ia nampak kartun kalau anda buta sejarah peng-sekular-an Turki Uthmaniyyah di bawah gerak kerja Tanzimat! Ia nampak kartun kalau anda tidak faham mekanisme falsafah dalam menerjah masuk merosakkan pandangan alam Islam!

Dan rata-rata ulama' kita pada hari ini sangat sedikit yang memahami wacana ancaman Ketamadunan Barat kecuali ulama' memang dah lahir dan duduk di Barat seperti Hamza Yusuf, Abdal Hakim Murad, dan Tariq Ramadan (cucu Hassan al-Banna). Ulama' Inggeris ini bukan sahaja solid dari segi ilmu Islam tradisional, tapi falsafah Barat juga! Maka, dari segi pemikiran Islam ulama Barat ini mampu memahami ancaman yang sulit lagi diskrit!

Kalau di Malaysia, sepanjang yang saya tahu, tidak lain tidak bukan para anak murid Prof. al-Attas adalah autoriti dalam wacana ini. Anda hanya perlu belek laman maya IKIM dan baca artikel-artikel mereka dalam Bahasa Inggeris. Mereka mungkin tidak berserban dan berjanggut seperti ulama' yang selalu kita saksikan tapi dari segi kefahaman dan ilmu saya berani kata mereka adalah autoriti dalam bidang ancaman pemikiran ini. Masakan tidak, anak-anak murid Prof. al-Attas menjadi standard bearer di Indonesia dalam menentang para liberalis agama di bawah jemaah INSISTS! Selama mana mereka berada di ISTAC, sistem pendidikan (ta'dib) yang mereka lalui telah membogelkan semua kefahaman Barat dan diperbandingkan dengan khazanah tradisi ke-ilmu-an Islam secara mendalam oleh para pendidik yang cukup berwibawa seperti Prof. al-Attas sendiri!

Kritikan saya, banyak berlandaskan kerangka pemikiran Prof. al-Attas dan disokong oleh bukti-bukti empirikal daripada sahabat perjuangan yang bermastautin di Pulau Pinang sendiri.

Bila mana Tuan Guru membuat kenyataan sebegitu, seolah-olah umat Islam di Malaysia meng'halal'kan dakyah ini berlaku secara terang-terangan. 

SAYA PERCAYA TUAN GURU TIDAK MELIHAT ISU INI DARI SUDUT SEBEGINI dan ini berma'na TUAN GURU TIDAK BERSALAH SEPENUH-NYA. Tugas kita yang faham, yang muda-muda,yang pandai baca Bahasa Inggeris pergi la tolong ulama' PAS faham isu-isu ni! Kesian Dr Dzulkifli Ahmad (MP Kuala Selangor) dekat PAS research center tu. Apa kejadah bagi beban merancang dan mengisi kemenangan hanya kepada dia. Malah, Dr Dzul bukan pemikir Islam, kerana bidang kepakaran beliau ialah Toxicology!

Lagi pelik, apakah ulama' PAS tak sedar yang Anwar Ibrahim dikelilingi oleh golongan liberalis agama dan kaptialisme ekonomi? Jangan sampai kejar kuasa, kita tutup sebelah mata ancaman-ancaman ini! 

INGAT! Sebelum Salahuddin al-Ayyubi membebaskan Jerusalem daripada Tentera Salib, beliau dan tentera-tenteranya telah membebaskan Mesir dahulu daripada pemerintahan Syiah! Salahuddin mencuci Universiti Al-Azhar bersih daripada pengaruh Syiah dan disitulah beliau membina kekuatan sebelum menghalau Tentera Salib! 

Pengajaran disini adalah, jemaah Islam harus MURNI DAN SUCI dari segenap segi! Kalau dalam jemaah pun ada macam-macam pengaruh yang tak selari dengan aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah, jangan mimpilah nak bebaskan tegakkan Daulah Islamiyyah. (siapa pergi demonstrasi Gaza awal Januari akan faham maksud saya. Bila masa orang Melayu pandai selawat ada tambah 'Ali' dalam kalimah syahadah tu.)

INGAT! Saya mengkritik Tuan Guru dan Ulama' PAS BUKAN berma'na saya BENCI DAN INGIN MENJAHANAMKAN mereka tetapi KERANA SAYA SAYANGKAN KEBENARAN (AL-HAQQ) lebih daripada mana-mana jemaah dan parti politik!

Kulil Haqq walau kana murron! Berkatalah benar walaupun ianya pahit!

Orang yang taksub dan totok sahaja akan melihat saya sebagai ANCAMAN kepada jemaah!

Saya sangat gembira melihat para ulama', dan ustaz sudah mula celik berkenaan isu PPSMI ini bukan sekadar isu Bahasa tetapi isu aqidah. Seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily:
Pengisytiharan Ulama bantah PPSMI
Harakahdaily
Mon | Mar 02, 09 | 10:16:08 am MYT

PENDANG, KEDAH, 2 Mac (Hrkh) - 'Pengisytiharan Muafakat Ulama Membela Martabat Melayu' yang diadakan di Madrasah An-Nur, Pendang, dekat sini baru-baru ini membuktikan bahawa golongan ulama juga turut membantah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilancar sejak tahun 2002.


Berikut adalah teks penuh Pengisytiharan tersebut:-

Segala puji hanya untuk Allah Rabbul 'Alamin, Yang Maha Pengasih, Yang telah mengajar Al-Quran, Dia menciptakan insan, mengajarnya al bayan, Dia cipta semua dengan segala aturannya agar insan tidak merosakkan keseimbangan, supaya ditegakkan kesimbangan itu dengan adil dan tidak mengurangi keseimbangan yang telah disusun dengan peraturanNya.


Selawat dan salam untuk junjungan kekasihNya Rasulullah s.a.w serta ahli keluarga baginda dan seluruh sahabatnya, yang menjadi qudwah hasanah untuk seluruh insan, membawa rahmat untuk sekalian alam, membawa petunjuk dari zulamat kepada nur yang menerangkan, membebaskan perhambaan insan kepada makhluk kepada pengabdiaan hanya kepada Allah, yang mengangkat semua kaum dari Zillah kepada kekecemerlangan 'Izzah Islam.


Memahami bahawa bahasa mempunyai kaitan langsung dengan persoalan falsafah dan pegangan hidup seseorang Muslim,


Memahami bahawa dengan pemisahan agama dari bahasa akan membawa implikasi besar kepada kaum Muslimin dari sudut pandangan hidup Islam yang berasaskan Tauhid,


Menginsafi bahawa kepentingan penggunaan bahasa dalam Islam ada kaitan dengan makna yang boleh memberi kesan kepada nilai dan prinsip asas dalam kehidupan seseorang Muslim,


Meneliti bahawa fungsi bahasa sangat jelas kepentingan dan kedudukannya dalam pengembangan dan penyampaian risalah Islam,


Menginsafi betapa sekularisasi bahasa akan membawa kepada sekularisasi kehidupan kaum Muslimin, lantaran terpisahnya seorang Muslim dari bahasa yang mendidik konsep dan falsafah kehidupan beraqidah akan melunturkan kerangka berfikirnya terhadap tassawur Islam yang benar dan murni,


Menghayati betapa bahasa Melayu telah melalui sejarah Islamisasi yang tersendiri sejak kedatangan Islam di alam Melayu, oleh kerana itu ia telah menjadi bahasa yang terpileh untuk membentuk pegangan hidup Islam dikalangan ratusan juta kaum Melayu di nusantara ini,


Menerima bahawa Bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa Kebangsaan Negara ini,


Mengambil perhatian serius bahawa perlaksanaan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) sejak tahun 2002 , telah menjejaskan status dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara,


Menyesali bahawa PPSMI telah dilaksanakan dengan secara tergesa-gesa tanpa penelitian yang lebih terperinci dan tanpa mengambil pandangan balas dari ahli cendekiawan dan ilmuan Islam,


Memandang serius bahawa perlaksanaan PPSMI telah memberi kesan negatif dalam jangka masa pendek mahupun dalam jangka masa panjang kepada tahap prestasi pelajar-pelajar di kawasan luar Bandar,


Memberi perhatian berat kepada perlaksanaan PPSMI yang telah mengenepikan segala usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang berkeupayaan tinggi untuk mendidik anak bangsa khasnya dan warga Negara amnya,


Memahami bahawa perlaksanaan PPSMI oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak mengambilkira segala hujah ilmiah berdasarkan undang-undang, sejarah, kesan sosio-budaya, pembinaan jati-diri dan tamadun bangsa, yang telah dibentang oleh pelbagai ahli pakar dan ahli akademik dalam Negara,


Mengesahkan bahawa beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu ada kaitan dengan ta'rif seorang Melayu mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan ini bermakna keserasian Bahasa Melayu dengan KeIslaman bangsa Melayu tidak dapat dipisahkan,


Maka kami sebagai golongan agama yang prihatin terhadap sebarang hal-ehwal yang ada kaitan dengan kedudukan Islam dan kaum Muslimin di Negara ini, berpendirian,


1.MENOLAK perlaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan Negara,


2.MEMBANTAH penerusan perlaksanaan PPSMI kerana ia menjejaskan kedudukan bahasa Melayu yang sudah diangkat martabatnya sebagai bahasa ilmu dan sekaligus bahasa Islam,


3.MENEGASKAN bahawa dalil agama untuk mengembalikan pengajaran sains dan Matematik kepada bahasa Melayu sangat kuat kami sandarkan kepada nas-nas naqli berikut:


-Menggunakan bahasa yang dapat menerangkan dan memahamkan konsep dan falsafah kebenaran adalah matlamat utama kenapa Al-Quran menggunakan bahasa ibunda Arab sebagai pengantar untuk menjelaskan makna dan intisari ajaran Islam kepada bangsa Arab.


"Dan demikianlah Kami wahyukan Al Quran kepadamu dalam bahasa Arab , agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang Hari berkumpul (Qiamat) yang tidak diragukan adanya . Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka ". (Asy-Syura: 7)


-Bahawa bahasa yang tidak tercemar dengan makna dan faham yang terlepas dari konsep ketauhidan Allah dan membolehkan mesej asas Islam mengenai Ketuhanan disampaikan adalah punca kenapa Al Quran memileh bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Lantaran itu Bahasa Melayu yang telah sarat melalui proses Islamisasi adalah bahasa yang paling wajar dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara untuk menjayakan proses pembinaan tamadun islam dalam masyarakat Malaysia.


"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran berbahasa Arab , agar kamu mengerti" (Surah Yusuf: 2)


"Dan demikian Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab dan Kami telah menjelaskan berulang-ulang didalamnya sebahagian dari ancaman agar mereka bertaqwa atau agar (Al Quran) itu memberi pengajaran bagi mereka"(Surah Toha: 113)


"Dan sungguh te;lah Kami buatkan dalam Al Quran ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka dapat pengajaran, iaitu Al Quran dalam bahasa Arab, tiada ada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka bertaqwa" (Surah Az Zumar :27- 28)


"(Al Quran ini) diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang , Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan bacaan dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui" (Surah Fussilat : 2-3)

"Demi kitab (Al quran) yang jelas . Kami jadikan Al Quran dalam bahasa arab agar kamu mengerti (Surah Al Zukhruf :3) Semua ayat-ayat ini menjelaskan betapa bahasa ada kaitan dengan mesej risalah Islam yang disampaikan kepada manusia.


Manakala bahasa Melayu yang sarat dengan konsep Islam dari Al Quran diketepikan penggunaannya dalam pengembangan ilmu ,maka kesan sekularisasi bahasa yang telah berlaku dalam sejarah pengembangan bahasa inggeris yang sangat dipengaruhi oleh sejarah sekularisasi agama Kristian akan mempunyai impak kepada masyarakat Melayu islam di Negara ini.


4.MENDESAK supaya perlaksanaan PPSMI hendaklah diberhentikan dan penggunaan bahasa Melayu kembali digunakan sebagai bahasa pengantar dalam semua matapelajaran kecuali dalam pengajaran bahasa yang lain , di seluruh institusi pendidikan di semua peringkat.


5.MENUNTUT agar kerajaan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk membentuk tamadun tinggi dalam masyarakat, sementara memberi ruang untuk pelajar mempelajari pelbagai bahasa lain untuk meningkatkan keupayaan menguasai pelbagai ilmu dari sumber bahasa yang lain,


6.MENDESAK agar tulisan jawi kembali diperkasakan dalam sistem pendidikan Negara termasuk mengalakkan urusan rasmi menggunakan tulisan jawi sebagai identiti negara,


7.MENEGASKAN bahawa pengajaran bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan kaedah dan pendekatannya, namun bukan dengan cara mengenepikan bahasa Melayu sebagai pengantar matapelajaran seperti yang dilaksanakan dalam PPSMI masakini,


8.MENGGESA supaya penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hendaklah diperundangkan dan dikuatkuasakan dalam semua sektor Negara semada awam mahupun swasta.


9.MENEGASKAN bahawa pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak boleh berdaleh dengan alasan pencapaiaan UPSR , PMR mahupun SPM untuk menjadi asas untuk meneruskan atau memberhentikan perlaksanaan PPSMI,


10.MENDESAK supaya pihak kerajaan tidak menggunakan dalil mencapai kemajuan bertaraf dunia sebagai alasan untuk meneruskan PPSMI kerana hujah ini sudah muktamad ditolak oleh perbandingan dan bukti dengan pelbagai Negara lain yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan sesuata bangsa dan Negara.


11.MENGESA agar seluruh warga pendidik dan waris pelajar-pelajar disemua institusi pendidikan Negara agar bersama bersatu untuk membantah perlaksanaan PPSMI.-azm _


Kalau kita baca hujah ini dengan tertib ternyata idea yang disampaikan adalah selari dengan apa yang diperjuangkan oleh Prof. al-Attas semenjak era belia menyampaikan Syarahan Pengukuhan bertajuk "Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu" untuk pelantikan jawatan Profesor Bahasa dan Kesusateraan Melayu di UKM, pada 24 Januari 1972. Dan syarahan ini menjadi titik tolak penting mendefinisikan jati diri Melayu yang telah berkecai selepas era pasca-kolonial dengan memacakkannya semula kepada permulaan era Islamisasi Nusatara yang telah mengemukakan peranan Islam dalam Peradaban Sejarah Melayu-Indonesia, dan kesannya dalam sejarah pemikiran, bahasa, dan kesusasteraan Melayu.


Biarpun lambat gagasan ini diterima ramai, saya bersyukur dengan isu PPSMI ini, akhirnya kekeliruan dan kekusutan umat Islam dalam meletekkan jati diri Melayu-nya terutama dari aspek Bahasa Melayu itu sendiri pada tempat yang sewajarnya telah sedikit sebanyak membuahkan hasil. 


Dengan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada sahabat PKPIM, terutama kepada Tuan Presiden,Mohd Hilmi Ramli ( tak sia-sia kita berusrah dengan Prof. Wan selama hari ini) yang saban hari memacu hebat isu PPSMI bukan sahaja pada sudut keciciran pelajar Melayu tetapi mengangkat wacana jati diri Melayu ke malakut yang lebih tinggi dengan mengaitkan-nya dengan proses Islamisasi ilmu dan jati diri Melayu.


PKPIM-lah pencetus kepada revolusi intelektual dalam isu PPSMI mutakhir ini diperingkat grass root dan mahasiswa. Kredit kepada mereka kerana berusaha keras.


Tidak lupa juga kepada para ustaz dan ulama' yang telah membantu dan menyokong perjuangan ini. Deklarasi di atas menggambarkan satu revolusi intelektual juga dikalangan agamawan.


Yang penting, kita harus sustain idealisme ini. Dan sudah tentu golongan yang akan menjadi pembawa obor-nya adalah generasi Mahasiswa pada hari ini.


Sekian, saya harap ahli-ahli jemaah kampus yang masih tak puas hati, kusut minda, datang sajalah ke bilik saya di V5B-5-.2.2 untuk berdialog. Sebarang temu janji harus dinyatakan lebih awal. Dan saya masih menunggu 'jemputan' Majlis Syura untuk sama-sama leraikan pergeseran yang tidak sepatutnya ada tatkala perjuangan memerlukan kesatuan fikrah dan amal. Cuma ingat, jangan jadi Machiavelli. Jangan bulldoze semua perkara semata-mata kerana kuasa. Islam bukan Machiavellinisme. 


Pesanan ikhlas dari saya untuk teman seperjuangan yang sama-sama makan nasi garam, tak tidur malam masa Tamrin dulu. Kita datang dari rahim tarbiyah yang sama apakah ini juga menjadikan kita sangat berbeza? Kalau ini pun kita gagal nak settle tak payah la kita impikan nak bawak Islam ke seluruh pelusuk alam sebab di kampus pun kita dah semput dengan sentimen macam ni!


Masih belum terlambat.


P/S: Ramai je adik-adik, abang kakak, pensyarah yang contact ana. Revolusi dalam diam :) 


8 ulasan:

Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha berkata...

Assalamualaikum

Persoalan yang hang kene jawab.
1. Apa bezanya maksud Ilah dengan Rabb?

2. Apa pula beza Laa Ilaaha Illallah dengan Laa Rabbal Illallah?

Aku melihat;
1. Keputusan kerajaan untuk mengharamkan penggunaan nama Allah oleh orang kristian adalah baik untuk jangka waktu yang singkat kerana pada waktu sekarang ini akidah umat Islam terlalu goyah dan dikhuatiri ada umat Islam yang percaya dengan dakyah kristian.

2. Untuk jangka masa panjangnya pula, keputusan kerajaan tidak menguntungkan dakwah Islam. Kerana, rakyat Malaysia telah didoktrinkan bahawa Tuhan Orang Islam adalah Allah, dan tuhan orang kristian pula dipanggil Tuhan. Dalam masa yang sama, keputusan itu seakan akan mengaku kewujudan pelbagai Tuhan. Walhal, Allah itu Rabb Sekalian Alam. Maka sewajibnya manusia hanya menyembah Rabb sekalian alam iaitu Allah.

Dikhuatiri juga, bila adanya pengkhususan perkataan Allah hanya untuk Tuhan Orang Islam, maka, menjadi payah untuk kita menyatakan kepada orang kafir, bahawa Allah itulah Rabb sekalian alam, Allah tidak mempunyai anak,Allah tidak mempunyai Isteri.
Nah! itulah kesannya.

Maka kerana itu, aku melihat, mengikut apa yang Allah katakan itu lebih menguntungkan agamaNya berbanding mengikut cara fikir manusia yang hanya melihat sekitarnya sahaja.

Jika semua agama menggunakan nama Allah sebagai Tuhan, Rabb. Maka kita ingin menyeru kepada mereka bahawa....

"Tiada Sesembahan yang berhak disembah melainkan Allah!"

Maka kerana itu, mereka wajib meninggalkan akidah 'anak tuhan' mereka, "isteri tuhan" dan mcm2 lagi perkataan yang salah berkaitan dengan Allah.

Semoga ada manfaatnya.

Wassalamualaikum.

lelucon berkata...

waaa, pjg entri. 'panas' ke?
tahniah pd saudr Rausyanfikir. byk info saya dpt bila singgah di sini.

Pd saya, saudara betul, ustz Nik Aziz betul, saudara Humaizi (atas) pun betul. Tapi saya bukan atas pagar, sbbnya dlm isu ini,takde yg 100% betul, dan takde 100% salah. senang crita anggap semua pihak btul :)

perbezaan pendapat mmg mudah berlaku. bahkan zaman Nabi pun para Sahabat byk juga berbeza pendapat, ulama pun byk berbeza pendapat. TAPI, mereka berbincang dan debat dlm suasana harmoni, tidak menggadaikan rasa hormat dan rasa syg terhadap satu sama lain, dan yg penting niat masing2 ikhlas utk kebaikan ummah.

ikhlaskan niat, dan bagilah pendapat (wlupun 'pahit'), sabar dan berdoalah semoga kesannya baik utk semua orang (moga kita semua nampak kebenaran).

Tanpa Nama berkata...

Sdr Lelucon,

Kenyataan sdr "Pd saya, saudara betul, ustz Nik Aziz betul, saudara Humaizi (atas) pun betul. Tapi saya bukan atas pagar, sbbnya dlm isu ini,takde yg 100% betul, dan takde 100% salah. senang crita anggap semua pihak btul :)" sebenarnya mengelirukan. Bahkan boleh membuka faham relativisme, yang melihat kebenaran secara nisbi2.

Bukan tidak boleh berbeza pandangan, tetapi sekuat dan se'comprehensive' mana hujah kita. TGNA boleh untuk memohon maaf jika ada kesilapan berhujah, bukankah itu sifat tawaduk ulama seperti beliau?

Sdr Raushan Fikir.

Usah ditagih ukhwah yang sempit. Orang yang dangkal dan taksub sahaja melihat ukhwah secara selektif.

Bukankah ukhwah dalam Islam merentas kaum, jemaah, negara dll. Hatta ummat di Afrika pun boleh kita establish ukhwah.

Adios!

Pejuang bahasa- senior

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum WBT

Harap bole rujuk link di bwh utk sedikit rujukan ttg kekusutan yg berlaku ttg statement TGNA...

http://n32.blogspot.com/

Sy harap ape2 info yg kte dpt perlu disaring & ditentukan kesahihannya terlebih dahulu supaya tidak mendatangkan fitnah pada mana2 pihak...

Jd mana2 statement yg x selari dgn apa yg berlaku sy mohon supaya ditarik keluar dari posting ini krn mungkin bole mengeruhkan lg keadaan & kefahaman ttg isu tersebut oleh pembaca blog ini...

Jazakallah..Wslm..

Ibnu Abas berkata...

Setuju dgn pendapat sdr Pejuang bahasa,

"Kenyataan sdr "Pd saya, saudara betul, ustz Nik Aziz betul, saudara Humaizi (atas) pun betul. Tapi saya bukan atas pagar, sbbnya dlm isu ini,takde yg 100% betul, dan takde 100% salah. senang crita anggap semua pihak btul :)" sebenarnya mengelirukan. Bahkan boleh membuka faham relativisme, yang melihat kebenaran secara nisbi2."


Tidak dapat tidak, pasti wujud beza pendapat meski tujuannya benar, mencari Kebenaran, yang merujuk kembali keadaan haqiqah sesuatu. Yang punya kekurangan adalah kita, sedang Dia al-Haqq Maha Benar lagi Maha Sempurna.


"The purpose of debates is to seek real truth and not to debunk one another:

Often when we passionately argue about a certain issue, we do forget that the true purpose of our arguments is actually to seek the haqq of the matter. Are we willing to put aside our egos, to apologize and realise the weaknesses of our arguments, when we discover the real truth in that particular matter?
"

[-] dipetik dari sini.


Masing-masing, semua kita punya salah silap. Tak dinafikan masing-masing ada darjat keutamaan sendiri, dan dituntut jua memuhasabah, memaafkan, memberi maaf, dan mengakui kesalahan sendiri.

Sampai bila perlu kita menanti, wujud kembali, sebenar2 suasana hangat persaudaraan seperti Muhajirin dan Ansar dahulu?


"Cinta tunjang futuwwah dan ukhuwwah. Cinta adalah bumbu kesatuan akidah, ratna kesepaduan syariah dan manikam akar ihsan.

Kalau tidak kerana cinta Tuhan takkan menghantar kita ke dunia. Kalau tidak kerana cinta Tuhan tak akan menguji menduga manusia hamba-Nya. Kalau tidak kerana cinta Tuhan tidak akan menganugerahkan sawab-Nya.

Cintalah yang membuatkan umat kuat perkasa. Kerana cinta kepada akhlak Rasulullah maka setiap generasi umat Islam kembali melakukan tajdid. Yang dikatakan oleh Allahyarham Dr Martin Ling atau Abu Bakr Siraj-ad Din sebagai tajdid itu satu gerakan untuk mengundur ke belakang (bagi mendapat dan menatap kembali era generasi al-Quran di kala hidupnya Rasulullah) bukan satu gerakan menjauhi cinta yang maju ke hadapan dan meninggalkan segala sunnah dan ajaran baginda.
"

[-] dipetik dari sini.


Renungan diri:

"Jika engkau mencari kedekatan dengan Sang Kekasih,
cintailah setiap orang..

Dengan hanya memandang kebaikan mereka
baik ketika mereka hadir ataupun tidak.

Jika engkau menginginkan kejernihan dan kesegaran
layaknya hembusan angin di pagi hari,

jadilah seperti matahari yang tidak memiliki apapun
tetapi menyinari dan memberikan kehangatan kepada siapapun.
"

Mutiara sang 'ariffin,
Abu Said Abil Khair.


Wallahu a'lam.

MarBu berkata...

salam... idzattasa'al amru, dhaaqa.. wa iza dhaaqal amru, ittasa'a..

ana cintakan revolusi dan modifikasi, ana gemarkan berteoretikal demi mengislah satu praktikal..

tapi ana juga cintakan musyawarah demi kasih kepada baginda...

ana bersetuju dgn idea-idea saudara, tetapi ana juga cintakan kebenaran mengatasi segala-galana..

begitu juga halnya dgn gamis, jik n PAS... ana mendokong cita-cita PAS demi satu daulah islamiah utk keadlan sejagat.. namun ana sentiasa bercita2 utk membuat modifikasi selaras dgn pkembangan zaman maha mencabar pada hari ini..

syaratnya, biarkan ia thabat di orbit Islam..

ana kasihkan tajdid sbgmana prnah dilakukan al afghani, syeikh muhd abduh, rasyid redha, ben nabi n ramai lagi termasuk ulama tradisionalis: ibnu taimiah, ibnu qayyim, ibnu kathir,al ghazali n para imam2 yg lain...

ana suka membaca artikel2 saudara n menerima kritikan2 yg dilontarkan selama ini..

ana mndoakan saudara sntiasa brada di dlm rahmat-Nya..

kita brukhwah krana Allah... ana ingin bersua dgn saudara...

salam perubahan...

* akh, boleh akh emelkan no tel akh ke emel ana... (mujahid_muqatil@yahoo.com) sbb ana ade prancangan utk membawa saudara menanam perasaan cintakan modifikasi n reformasi ke kampus yg dihuni ara huffaz... harap kerjasama akh~

beautiful mind berkata...

rausyanfikir..seperti mentol yang terlebih cas kuasa..akan tiba masanya meletup dan meninggalkan sisa2 hampas yang tak berguna.
Ko terlalu asyik dgn pemikran ko sendri,..tahniah untuk rausyanfikir yang telah "banyak" beri sumbangan

"your mind is so beautiful"

Tanpa Nama berkata...

Ini sebuah hijrah. Maka teruslah melangkah. Jangan berhenti.


Dengan ini semua kita dibeza-bezakan-Nya, mana yang benar-benar mencari-Nya dan mana yang tidak. [3:154, 18:7, 33:11, 11:7, 67:2.]

Siapa yang benar-benar memerlukan-Nya, atau hanya mendamba ketika susah saja…


“Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah mengetahui apa yang ada dalam dadamu.
Q. S. [3] : 154″

“[-] Dan ketika tidak tetap lagi penglihatan dan hatimu naik menyesak hingga ke tenggorokan, dan kamu berprasangka terhadap Allah dengan bermacam-macam prasangka.

[-] Di situlah Al-Mu’minuun diuji dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat.

[-] … dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata, “Allah dan Rasulnya tidak menjanjikan pada kami melainkan tipu daya.” (Q. S. 33 : 10 - 12)

“… Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (Q. S. 11 : 7)




Tapi di belakang semuanya, ingatlah:

“Tetapi, Allah-lah pelindungmu, dan Dia-lah sebaik-baik penolong.” (3:150)


Bangkit!