Khamis, 5 Februari 2009

Ustaz Mat Salleh





Saya selalu 'merayau' di bangunan 21-fakulti Sains Sosial dan Kemanusian. Ini kerana di situ sajalah terdapat para pensyarah yang saya boleh berkongsi, berdebat, dan berbincang berkenaan banyak isu semasa.



Dalam beberapa hari yang lepas, saya terserempak dengan seorang Mat Salleh memakai kopiah.


"Macam familliar..."



Disebabkan beliau berjalan agak laju, maka tak sempat saya bertanya. Saya naik ke bilik para pensyarah dan cuba semak nama-nama pensyarah. Sah ada satu nama baru yang saya rasa pernah mendengarnya: Donald Malek Bennet.




Pada malam tersebut, saya mesej kawan-kawan saya yang 'kaki ISTAC' dan yang belajar di ISTAC. Saya tanya apakah mereka mengenali manusia bernama Donald Malek Bennet. Mereka pun semacam ingat-ingat lupa.




Saya tidak puas hati dan merancang untuk 'mencari' Encik. Malek Bennet ini.




Selang beberapa hari selepas itu (ya'ni semalam), saya gagahkan diri kerabat tingat 3 bangunan 21. Tinjau punya tinjau, nampak beliau sedang tekun menaip di hadapan komputer.




"Assalamulaikum..."




"Waalaikumussalam...can I help you?"




"Err...yes sir, are you the new Islamic studies lecturer here?"




"Yes..I am teaching Moral studies too. You look familliar to me.."



"Yes, you too. Have you been to ISTAC before?"




" Oh yes! Of course, currently I am doing my Phd at ISTAC"




Sah! inilah manusia yang saya duduk mendengar beliau memberi kuliah dalam sesi persidangan Sains Islam setahun yang lalu di ISTAC lama.



Tiba-tiba aura kemesraan terjalin.



Saya sungguh gembira kerana saya memang terserempak dengan beliau beberapa kali di Kuala Lumpur, terutamanya di ISTAC. Ketika mana seminar Sains Islam di ISTAC berlangsung di ISTAC setahun yang lalu, Ustaz Malek Bennet menyampaikan kertas kerja yang bertemakan Isaac Newton yang telah di'penggal' kepala rohani-nya.











Beliau menerangkan bahawa Isaac Newton sebenarnya bukanlah seorang ahli fizik sekular mulhid (atheist) tetapi yang mempercayai kuasa yang Satu. Tetapi orang Barat telah menutup juzuk ini dalam bibliografi kajian beliau. Dikatakan perpustakaan Newton di bakar dan terdapat selembar kertas yang tertulis berkenaan konsep Ketuhanan.



Jikalau ini dapat didedahkan kepada dunia, nescaya akan memberi kesan yang mendalam kepada komuniti saintis yang bermazhab Newtonian. Walaupun teori fizik sudah silih berganti, nama Newton masih segar di minda masyarakat dunia.



Saya tak berapa ingat isi kandungan kertas kerja itu tapi yang pasti agak menarik. Idea ini turut disokong oleh Prof. Cemil Akdogan yang merupakan Profesor daripada Turki yang berwibawa dalam bidang Falsafah Sains di ISTAC.




Adik-adik UTP, silalah rajin-rajin jumpa Ustaz Bennet. He is very cool!



Kami borak panjang semalam. Memang menarik! Semacam borak dengan Syakh Hamza Yusuf dan Shaykh Abdul Hakim Murad! Maklumlah, borak dengan Mat Salleh Muslim ini, dimensi pemikiran mereka berbeza daripada biasa. Mereka memeluk Islam kerana Ilmu, bukan keturunan macam kita. Malah, mereka hidup dalam lingkungan kebatilan maka pemahaman masalah kontemporari yang mereka miliki sangat tajam dan komprehensif berbanding ulama' di Dunia Islam yang lain.



Beliau sedang mempersiapkan Phd dalam bidang ilmu jiwa (psychology) di bawah Prof. Osman Bakar ( anak murid Prof. al-Attas yang 'melompat' kepada Prof. S. H Nasr). Ustaz Bennet kata, beliau menjadikan kitab Al-Futuhat al-Makkiyya (Meccan Illuminations) karangan Ibn Arabi sebagai asas kajian Phd beliau.



Wow! Al-Futuhat al-Makkiyya dan Ibn Arabi! Saya surrender. Memang tak mampu nak baca karya-karya Ibn al-Arabi lagi. Tapi saya tahu kitab tersebut merupakan magnum opus Syakh al-Akbar Ibn Arabi selepas Fusus al-Hikam (Bezel of Wisdom).



Memang sangat menarik apa yang kami borakkan semalam. Antara tajuk menarik adalah berkenaan demokrasi (democracy) vs. demagogi (demagogy).




Demokrasi mungkin dah biasa kita dengar tapi demagogy? Mengikut Wikipedia:


Demagogy (also demagoguery) (Ancient Greek δημαγωγία, from δῆμος dēmos "people" and ἄγειν agein "to lead") refers to a political strategy for obtaining and gaining political power by appealing to the popular prejudices, emotions, fears and expectations of the public — typically via impassioned rhetoric and propaganda, and often using nationalist or populist themes.


Macam familliar bukan? Anwar Ibrahim, 16 September, Isu minyak, katak lompat, krisis di Perak. Ringkasnya, apa yang berlaku di Perak ini, pernah juga berlaku beribu tahun dulu zaman Yunani malah rampasan kuasa zaman tamadun Islam lagi brutal. Eh, jangan ingat saya suka Ir.Nizar di boot out sebegitu. Saya pun tak setuju cara sebegini tapi isu ini kompleks sebenarnya. Tapi BN pasti akan merudum lepas ini.



Bacalah yang selebihnya di Wikipedia ya. Saya akan kupas nanti pada masa akan datang.


Lepas borak, petang semalam saya singgah di Perpustakaan UTP untuk cari buku-buku yang saya fikir mampu menguraikan kekusutan minda.


Antaranya:




Siyar al-Muluk: The Book of Government karangan Nizam al-Mulk (perdana menteri kerajaan Seljuk yang hebat dan patron kepada Al-Ghazali di Madrasah Nizamiyah).


Biar saya baca dan nanti kalau ada masa saya huraikan.





The Mission of University karya Jose Ortega Gasset.


Akhirnya jumpa juga buku ini. Puas mencari merata KL. Di perpustakaan UTP juga berjaya jumpa. Menarik juga buku ini sebab Ortega Gasset merupakan ahli falsafah Sepanyol yang saya minati. Boleh borak dengan kawan-kawan Equatorial Guinea pasal buku ini sebab mereka memang baca benda-benda ini.




Menarik. Buku yang menceritakan pelbagai pandangan, teori berkenaan kerajaan dan politik sepanjang zaman Ketamadunan Islam klasik. Al-Ghazali, Juwayni, semua ada dalam tu.




Buku ini saya pinjam sebab nak baca tulisan Naom Chomsky pasal sekolah.



Ok lah, saya perlu pulang ke KL untuk berjumpa dengan anak-anak murid Prof. al-Attas untuk projek "besar" kami kelak.



Selamat bercuti!


5 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Ketika musim Perak ini, cukup sukar untuk keluarkan output yang tidak berkaitan dengan perak.

Akhirnya saya tulis berkaitan dengan logam perak.

rauf berkata...

Maaf kalau saya sahaja yg memenuhi ruang komen di sini. Saya tidak rasa tenang jika tidak menyampaikan sekelumit ilmu yang saya peroleh. Moga apa yang saya sampaikan ini diambil ihtimam kerana ia merupakan kupasan ulamak-ulamak mu'tabar dalam Usuluddin yang menjuarai falsafah ilmu Islam zaman berzaman.

-Isaac bukan ahli fizik sekular mulhid tetapi yang mempercayai kuasa yang Satu.

Teori Darwin pun berinspirasi agama, kalau kita lihat pd artikel2 ustaz hasrizal.

Buku sains Islam banyak dah. Tetapi, jarang sangat orang yg bila dia menolak sains sekular barat, aras penentangannya tidak sama dengan tahap penentangannya terhadap sains sosial sekular barat. Itu kekurangan yang ada. Nama-nama seperti Ziauddin Sardar antara yang hebat dalam memperjuangkan Sains dan Teknologi Islam tetapi bila sampai Sains Sosial, dia akan gelap mata, sama ada dia tertipu atau dia tak nampak, atau dia diperalatkan, atau bila dia cakap dalam sains sosial, dia ke arah pengkayaan. Masalah ini berlaku kerana asas paradigmanya tidak bertolak drp Ahli Sunnah wal Jamaah. Sepatutnya, kita kene melihat dari sudut hakikat tauhid Ahli Sunnah; seperti aksiologi, kausaliti, tabiat iradah manusia dan iradah Allah, perbuatan Allah, ilmu berbeza dengan amar, dan semua peta-peta minda yang telah dilakarkan oleh Ahli Sunnah -orang seperti ini belum ada lagi. Jadi, jika dapat menguasai benda ni, sekaligus boleh memberikan wajah Islam kepada sains dan dia boleh menolak sains sosial barat. Ini yang kita perlukan.

Saya terkejut sewaktu di Seminar Pengislaman Sains I yg saya hadiri memberitahu bahawa paradigma 'Islam yang mana, kita belum tentukan'. Masing2 menolak sains sekular mengikut kaedah masing2 tanpa penyelarasan paradigma keintelektualan. Cthnya seperti Prof. Abdul Salam yang mempertikaikan Islamisasi Faruqi. Ada debate yang panjang. Masing-masing ada aspeknya yang mereka bertolak drpnya dalam melakarkan paradigma masing-masing. Kalau mcm Syed Hussein Nasr, dia lebih kepada Ikhwan al-Safa, iaitu dia nak kembalikan paradigma kepada kosmologi Islam. Drp kosmologi itulah yang boleh mengembang kepada penyelesaian yg lain. Ismail Faruqi pun, ada paradigma dia sendiri. Jadi tidak hairanlah mengapa masalah tidak selesai2 walaupun 'punca'nya telah dikenal pasti.

Kembali kepada Newton supaya lebih jelas..

kalau kita kata Teori Mekanistik Alam Newton mengiktiraf Tuhan, memanglah betul. Tetapi adakah ontologi ia terhadap konsep Tuhan itu betul?

Hari ini, ramai menyangka bahawa apabila seseorang atau sesebuah aliran pemikiran mengisytiharkan penentangan terhadap materialisme mahupun sekularisme; maka ia adalah aliran yang seharusnya disokong dan disertai. Pandangan ini amat dangkal kerana pada hakikatnya belum tentu lagi satu-satu dokrin yang menentang sekularisme tersebut benar-benar berjaya menunaikan hak ketauhidan sebagai asas memahami hakikat segala kewujudan.

Memang ia bukan materialisme totok yang menafikan terus Tuhan, tetapi ia tetap 'sekular' yang boleh kita katakan 'sekular sederhana' kerana menyalahtafsirkan konsep Tuhan dan alam.

Saya ada menulis di masharef dahulu begini :

"Sila lihat semula konsep kausaliti Islam yang sebenarnya. Ia bukan cause & effect yang tiada faktor penengahnya, iaitu Allah. Dalam hal ini, Ahl Sunnah berpegang bahawa kausaliti di alam ini hanyalah hukum adat semata-mata, iaitu lazim melazimi. Bukanlah bermakna Ahl Sunnah menolak sains jika sebegitu, cumanya pegangan Ahl Sunnah memancarkan intepretasi tauhid terhadap setiap penafsirannya terhadap alam. dalam konteks kausaliti, Ahl Sunnah tidak memisahkan dimensi 'fizik' dan dimensi 'metafizik' agar saintis muslim terselamat daripada mengeluarkan intepretasi yang menyalahi hakikat yang sebenarnya lantaran belum memperoleh jawapan mengikut dimensi fizik (pastinya terbatas dalam ruang lingkup dan tabiat subjek yang boleh dikaji oleh metode saintifik) dalam sebarang permasalahan pun.

Atas sebab ini juga Imam al-Ghazali menyerang ahli-ahli falsafah yang berpegang kepada konsep kausaliti seperti ini dan lain-lain pendapat falsafah yang bertentangan dgn akidah Islam.

Aristotle telah menjadikan Allah SWT hanya sebagai First Mover -Penggerak Pertama. Kemudiannya, Allah seolah-olah 'menswastakan' segala urusan pentadbiran alam ini kepada hukum sebab dan akibat, dan mereka menegaskan bahawa Allah 'wajib' mengikut hukum itu. Seolah-olah jika Allah menjadikan perkara yang bertentangan daripada hukum kausaliti tersebut, ini menunjukkan tiadanya hikmah. Justeru, mereka beriman dengan dengan hukum kausaliti sehingga menafikan kekuasaan Allah SWT utk menyimpang daripada prinsip kausaliti seumpama itu. Dalam falsafah, mereka dipanggil kumpulan al-gha'iyyah. Mereka ini seumpama sekular sederhana la, masih iktiraf Allah. Lawan kepada mereka ini ialah kelompok sekular yang lebih ekstrem, iaitu materialisme yang didukungi oleh Demokritus yang menafikan langsung kewujudan Tuhan dan mengatakan alam terjadi dengan sendirinya. Mereka ini lebih dikenali dgn nama mazhab tabi'i ataupun dahriyyun.

Islam menolak kedua-duanya. Islam mengambil juga pendekatan al-gha'iyyah tetapi dalam keadaan yang memancarkan ketauhidan dalam setiap penafsiran terhadap tadbiran Allah di alam ini.

Dalam perbahasan tauhid, golongan yang berpegang kepada 'cause' boleh memberi bekas kepada 'effect' dianggap jadi kafir tanpa khilaf -kerana memperlecehkan qudrat Allah swt dalam mentadbir alam ini. Golongan yang berpegang kepada Allah menciptakan khasiat di dalam 'sebab' untuk memberi bekas kepada 'akibat' pula dianggap mubtadi' -ahli bidaah yang tidak menjejaskan iman. Hal ini kerana sekurang-kurangnya mereka mengiktiraf qudrat Allah walaupun dengan konsepsi yang salah. Ahl Sunnah berpegang kepada 'sebab' tidak memberi bekas kepada 'akibat' dan kedua-duanya dicipta oleh Allah SWT dan ditadbir secara langsung oleh Qudrat Allah SWT. Hubungan sebab dan akibat adalah hukum adat semata-mata, kerana telah lazimnya Allah jadikan sebegitu dan bila-bila masa sahaja Allah boleh buat sesuatu di luar hukum tersebut seperti yang kita boleh lihat dalam peristiwa mukjizat dan khawariqul adat yang lainnya. Ahli falsafah dan sains moden hari ini tidak mahu menerima hakikat ini. Falasifah pegang Allah menswastakan pentadbiran alam secara mekanistiknya kepada kausaliti tersebut dan peranan Allah hanya sebagai Prime Mover/First Mover/Unmoved Mover. Selepas itu, Allah seolah2 tidak masuk campur dengan urusan alam ini. Jadi ahli falsafah berpendapat, dengan mengkaji hukum sebab akibat ini, mereka dapat merungkai ilmu Allah yang hakiki ini yang dinamakan hikmah. Hal ini menafikan qudrat Allah SWT bahawa Allah mentadbir setiap urusan alam ini. Ini perbezaan kausaliti di antara Ahl Sunnah dan Falasifah. Saje saya terangkan lagi untuk beri lebih kefahaman."

boleh tengok semula artikel saya tentang Pengintegrasian Ilmu Semasa dekat masharef. saya ada sentuh sedikit mengenai ini.

Apa yang lebih radikal ialah sebenarnya, Ibn Rushdlah yang bertanggungjawab suntik gha'iyyah/teleology Aristotle dan diubahsuai oleh Barat sebagai Deism. Cuba cari material lain ttg teleology dan deism ni dekat wiki. Yang mengejutkan, inilah falsafah asas kelahiran USA..

sepatutnya, (sebab 'penat' nak berpolemik!) kita kena pelajari Barat BUKAN melalui subjek "Introduction to the Western Civilization" tapi "Introduction to the Christian Scolastic" (skolastik ialah generasi mutakallimin Kristian yang cuba construct idea dan doktrin kefahaman Kristian akibat pengaruh ilmu kalam dan falsafah Islam di Barat) - dan untuk menguasai disiplin itu, kena kenal masak2 dulu ilmu kalam Asha'irah dengan segala titik kekuatan dan kelemahan serta perkembangannya secara haraki.

Cuba cari kitab Kubral Yaqiniyyat al-Buti tu, ada terjemahan ABIM.

1st, cuba tengok dalam Bahagian Ketiga tentang Alam Semesta dalam bab yang keempat bertajuk 'undang2 sebab-musabab di alam semesta' muka surat 358-370. Itu pendirian Ahli Sunnah ttg konsep kausaliti.

Kalau ada masa lagi, baca Bahagian Pertama tentang Ketuhanan dalam Bab Kedua tentang Sifat-sifat Allah terutamanya sifat Maani mukasurat 125 dalam membahaskan sifat iradah, qudrah dan ilmu. Ini semua sifat 20 je pun. Pengajian sifat 20 mmg masih lagi relevan hingga kini.

Dan yang terakhir, yang paling pentingnya ialah bab ketiga dalam bahagian ini juga iaitu tentang Hakikat Keimanan Yang Terhasil daripada Sifat2 Allah SWT. Topik yang pentingnya ttg illah gha'iyyah mula dari m/s 158-203 sehingga habis bab 3 itu.

Bab ini amat penting kerana membicarakan tentang perbuatan Allah, baik buruk itu tidak terkandung dalam perbuatan manusia itu secara zati pada perbuatannya itu (sehingga memadai dgn menaakulnya secara akalan sahaja)tapi hanyalah secara i'tibari sahaja..pengesah sebenar baik buruk ialah syarak, bukannya akal (aksiologi), di mana letak duduknya iradat dan perbuatan manusia apabila berhadapan dengan iradat dan perbuatan Allah. Ini topik yang dikaji oleh sains sosial iaitu tentang tabiat di alam sosial. Mereka nak kaji perbuatan Allah di alam sosial tetapi tiada panduan pemikiran daripada pemetaan minda Asyairah. Mereka memahami perbuatan Allah dengan adanya illah al-gha'iyyah tadi -yang dengannya (kononnya) mereka dapat membaca hukum-hukum di alam sosial. Illah al-gha'iyyah ini ditolak oleh Ahli Sunnah dalam memerihalkan iradat dan perbuatan Allah.

Jadi sebagai muslim di zaman ini, hakikat-hakikat tauhid ini yang perlu ditekankan agar kita selamat dari sekalian keserabutan aliran pemikiran yang wujud. Bab iradat Allah ni penting sebagai jalan keluar 'hamba' untuk mencari kebahagiannya di sisi Tuhannya.

Inilah rumusan sejarah falsafah Islam yang dicedok dari falsafah yunani yang mempengaruhi roh khazanah keilmuan barat daripada perspektif Ahli Sunnah. Sebab itu ana berulangkali kata bahawa masalah akar umat di zaman ini adalah serangan falsafah pusingan kedua.

Hakikat ini yang perlu kita akui.

Mohon maaf salah silap. Moga Allah mempermudahkan segala urusan kaum muslimin.

alqasam berkata...

Bro Malik Bennet

Tidak perasaan ada entri ni.

Ya, beliau memang mengagumkan. Anak-anaknya juga. Dahulu di Malaysia sekeluarga. Namun perlu pulang. Pernah beberapa kali sekelas. Sufi yang 'alim.

alqasam berkata...

Bro Malik Bennet

Tidak perasaan ada entri ni.

Ya, beliau memang mengagumkan. Anak-anaknya juga. Dahulu di Malaysia sekeluarga. Namun perlu pulang. Pernah beberapa kali sekelas. Sufi yang 'alim.

Rausyanfikir berkata...

Ana setuju dengan enta rauf. Memang ancaman sekularisme adalah ancaman falsafah yang sangat distrik. Tapi dalam bab mengkaji Barat, memang Prof. al-Attas rangkumkan semua Scholasticism sebab ta'rif Barat prot al-Attas luas.

Anak2 murid beliau mmg expert la bab2 ni. Enta balik Malaysia bleh la jumpa diorg nanti.

Tentang sains sosial memang bermasalah. Tapi jangan kita tolak semua sebab ada pembacaan yang mereka lontarkan tu kena pada sunnatullah. Cumanya jangan kita ambil bulat2 dan mentah2 terutamanya pada CONCLUSION.

Macam kalau ana kaji Marx, ana xda la amik dialektikal materialisme tapi argumen dia pasal kapitalisme valid in certain areas.

Wallahua'lam. Ana jauh lagi nak capai taraf enta.