Selasa, 10 Februari 2009

“Third Force” dalam pengislahan umat Melayu: Satu lontaran idea.


Oleh: Wan Ahmad Fayhsal a.k.a Rausyanfikir


 

Melihat kekacauan dan kejelekkan politik semasa, rakyat sudah mula jadi bingung. Apakah politik ini untuk berkhidmat kepada rakyat atau perlu mencapai kuasa baru boleh berkhidmat?


 

Ternyata, respons daripada kedua-dua belah pihak yang ‘konon-nya’ membela rakyat hanya tinggal retorik palsu. Kerana kuasa, rakyat menjadi mangsa politicking Machiavelli. Etika (akhlaq) jauh panggang dari api. Yang sekular tu sudah tentu berperangai begitu, tapi yang lebih hairan, yang mengaku menjunjung KEADILAN pun sama ( malah yang faham pun bukan nak tegur)! Betul-betul tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya = zalim. Kalau pemimpin sebegini masakan tidak masyarakat rosak.


 

Puas sudah saya fikir apakah sebenarnya “jalan tengah” untuk kita selesaikan kemelut politik terutamanya di kalangan orang Melayu. Apakah perlu salah seorang ulama’ berwibawa mengangkat Al-Quran seperti dalam Perang Siffin?


 

Pada hemat saya, perlu ada “third force” dalam mengimbangi permasalahan ini. Dan calon yang paling relevan adalah golongan MAHASISWA.


 

Mengikut mazhab pemikiran Rausyanfikir (pemikir yang tercerah), Mahasiswa merupakan jambatan antara masyarakat dan kepimpinan, jambatan antara masa lampau dan masa depan dan pemangkin (catalyst) kepada pembangunan tamadun (bukan sahaja negara dan masyarakat!)


  

Bak kata Abu Hasif:

 

Negara ini memerlukan lebih ramai negarawan dan bukannya ahli politik sepanjangan hidup. Negarawan akan memikirkan persoalan bangsanya melebihi persoalan kekuasaan politik semata-mata.Politician think for next election,statesman think for next generation.



Demikianlah harapan sekelian rakyat agar negara ini ditabdir oleh mereka yang tidak berkepentingan. Kepentingan tertinggi pemimpin itu hanyalah rakyatnya dan bukan temboloq serta perut yang semakin membuncit. Negara ini sudah letih dengan harapan yang hanya tinggal harapan, negara ini tidak memerlukan lagi harapan tetapi memerlukan satu Realiti Baru.



Apakah jawapan kepada semua masalah ini?



Jawapanya adalah dengan lahirnya satu generasi baru yang mapan dan bertanggungjawab. Generasi yang sedar bahawa negara ini perlu diselamatkan dari “kanser” rasuah, wabak penyelewengan wang rakyat, kerakusan pemimpin yang memikirkan perutnya sahaja. Generasi yang sedar bahawa kemiskinan masih melata di bandar dan luar bandar, generasi yang sedar betapa ramai adik-adik mereka gagal disekolahkan, gagal mendapat pendidikan yang sempurna, betapa ramai pula adik-adik mereka di luar sana yang tertinggal jauh dalam pendidikan. Generasi Baru perlu sedar akan hal ini.



Negara ini sudah cukup ramai ahli politik, kita perlu katakan CUKUP! Negara ini memerlukan lebih ramai NEGARAWAN!”

 


Ketika mana Ali Syariati merumuskan falsafah Rausyanfikir ini, sudah tentu model yang diguna pakai adalah berdasarkan baginda Rasulullah S.A.W. Harus diingat bahawa baginda bukan seorang politikus cap ayam yang berlambak dalam demokrasi yang busuk di negara ini! Baginda tidak layak dipanggil politikus sebab nama politikus itu sudah sangat jijik untuk disandarkan kepada insan paling agung di sisi Allah S.W.T.


 

Kuasa, bukanlah maqasid perjuangan baginda dalam menegakkan Kebenaran kerana baginda tahu akan realiti Kuasa yang pada hakikatnya hanya milik Allah S.W.T!


 

Untuk ini, sang sufi intelektual agung, Mawlana Jalaluddin Rumi telah menegaskan dalam perihal kekuasaan dan baginda Rasulullah S.A.W dalam magnum opus-nya, Kitab Masnavi:


 

The prophet strove to conquer Mecca, though

                    Power was not his aimstill some don’t know;

He whose pure breast ignored the treasure-chest

           Of all the heavens when put to the test

 Has no desire but God – make no mistake!

              God’s glory filled him so much it was clear

Even those close to God could not come near.

               No prophet can fit in that place, my friend,

Nor angels even – try to comprehend!



‘We’re not distracted and we’re not like carrion,’

He said, ‘We’re drunk with God and not His garden.’

The treasures of the heavens though he saw

 The prophet judged it worthless just like straw

What then are Mecca, Syria and Iraq

  For him to covet and wish to attack!



If you think you must be sick indeed,

Comparing him with your own stupid greed!

*Put yellow glass up right in front of you

And everything will then look yellow too

To smash such coloured lenses is a must

In order to distinguish Man from dust.


 (dipetik daripada Oxford World’s Classic, Rumi: the Masnavi, Book One terjemahan Jawid Mojaddedi)

 


Sajak yang dikarang Rumi ini menjelaskan kebodohan dan kekeliruan manusia yang meletakkan baginda Rasulullah S.A.W dalam *kerangka (framework: "Put yellow glass up right in front of you, And everything will then look yellow too") diri-nya sendiri yang sememangnya jauh lebih rendah martabat daripada baginda sendiri. 

 

Sama juga seperti mana manusia yang menuduh baginda Rasulullah S.A.W sebagai paedophile (suka budak perempuan kecil) dan berkahwin ramai untuk puaskan nafsu!

 


Begitu juga tuduhan dangkal terhadap Saidina Ali dan Saidin Uthman yang dikatakan tamak merebut kuasa politik!

 


Apakah mereka ini yang dijamin masuk syurga mempunyai pandangan alam yang sama dengan kita dalam menilai politik dan kuasa?

 


Durjana ini semua! Durjana!

 


Menurut mutakallim tersohor, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, antara kebiadapan yang menjadi wabak dalam masyarakat kita pada hari adalah sikap memukul rata orang lain menjadi sama taraf dengan si pemukul rata ( levelling the person to the level of the leveller).

 


Baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat dilihat dan dijustifikasikan sirah mereka dalam konteks perjuangan kekuasaan dalam siasah syar’iah. Sedangkan buat seorang manusia yang telah berjumpa dengan Sang Pencipta-nya, melihat syurga dan neraka, apalah sangat ma’na kekuasaan pada baginda! Begitu juga dengan para sahabat yang telah membenarkan pengalaman baginda bertemu Tuhan Maha Agung, apalah sangat berpolitik untuk berkuasa!

 


Maka, seharusnya, kita melihat baginda sebagai seorang Negarawan, BUKAN Politikus seperti yang sering dijustifikasikan oleh para politikus yang mempolitikkan agama, bangsa dan negara ke tahap yang melampaui batas!

 


Kerja seorang Negarawan seperti Baginda Rasulullah S.A.W adalah meng-transformasi-kan masyarakat WITH OR WITHOUT POWER kerana baginda yakin akan KEKUASAAN DAN PERUBAHAN MUTLAK BUKAN MILIK BAGINDA!

 


KUASA BUKANLAH TUNTUTAN UTAMA BUAT BAGINDA RASULULLAH DAN PARA SAHABAT dalam mengubah status quo masyarakat kerana YANG HANYA BERKUASA MENGUBAH ADALAH ALLAH! Maka, ketika mana mereka memimpin, jangan DISAMAKAN LANGSUNG VISI DAN CITA-CITA MEREKA DENGAN PARA POLITIKUS YANG KETAGIH KUASA dengan retorik palsu untuk menegakkan keadilan! 



Maka, kita juga seharusnya JANGAN DIBUTAKAN DENGAN PERMAINAN KUASA (power play) yang senantiasa memerangkap para politkus dalam demokrasi setahun jagung ciptaan Barat!



Apakah episod lompat melompat antara dua buah pihak ini tidak menampakkan itu semua? Fikirkanlah!



Diulang: Politician think for next election, statesman think for next generation.

 


Rasulullah S.A.W adalah seorang negarawan (statesman) yang agung. Itu pasti dan mu’tamad.

 


Berbalik kepada masalah kebiadapan yang dijelaskan oleh Prof. al-Attas sendiri. Dalam konteks aktivIs, pejuang mahasiswa, adalah SATU KEBIADAPAN apabila kita meletakkan diri kita sama aras dengan orang awam dari segi intelektual, dan juga visi perjuangan.

 


Kita BUKAN BALACI politikus!


 

Mahasiswa yang memahami falsafah Rausyanfikir akan melihat dirinya mewarisi peranan baginda Rasulullah S.A.W dalam meng-transformasi-kan masyarakat daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada lebih baik yang mana KUASA bukan lagi juzuk utama yang perlu dikejar bagi melahirkan perubahan yang unggul, seperti mana yang telah dizahirkan oleh baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat!

 


Ini bukan teori mentah. Ini adalah satu konsep yang PENTING untuk difikirkan oleh golongan yang mendabik dada sebagai pejuang Islam terutamanya daripada golongan Mahasiswa.

 


Jikalau benar anda ingin melihat perubahan dalam masyarakat, maka anda perlu memiliki jiwa yang besar dan hati yang membumi dalam men-jembatan-i kepedihan, kesakitan, dan harapan antara rakyat dan kepimpinan masa depan yang unggul. 



Proses ‘detoxification, decolonization, dewesternization, deconsumerization, de-fanaticism, de-jumudism, de-falsify consciousness’ dan segala macam proses vaksinasi kepada fikrah/paradigma/pandangan alam/aqidah yang telah menjadi wabak korupsi pemikiran rakyat HARUS DITUNJANGI OLEH GOLONGAN ULAMA’ DAN MAHASISWA YANG BERILMU.

 


Sebab itulah TUJUAN DAN MA’NA PENDIDIKAN DI UNIVERSITI HARUS BERTERASKAN MENCARI KEBENARAN KERANA KITA TAHU PADA MASA KINI SELAPUT KEBATILAN LEBIH TEBAL BERBANDING AL-HAQQ (REALITY AND TRUTH)!

 


Kita perlu buang dikotomi UMNO-PAS apatah lagi masalah taadud jemaah di kampus-kampus kerana semua itu hanyalah KESAN bukan AKAR PERMASALAHAN! Kita perlu meletakkan diri kita pada tempatnya agar KEADILAN kepada sosok diri yang memegang status MAHASISWA ini jelas dapat berfungsi seperti seorang MAHASISWA yang bersifat NEGARAWAN bukan lagi POLITIKUS MURAHAN!

 


Dan untuk menjadi “third force” ketika ini, sangat wajar kita meletakkan problematika politik katak di luar gelanggang kita kerana UMAT MEMERLUKAN DAYA INTELEKTUALISME DAN TENAGA KITA UNTUK MEMBANTU MEREKA MEMPERSIAPKAN DIRI, KELUARGA DAN KOMUNITI DALAM BERHADAPAN DENGAN KRISIS EKONOMI YANG PALING BURUK AKAN BERLAKU DALAM SEJARAH MANUSIA MODEN IN 100 YEARS TIME!


 

Banyak lagi yang boleh digariskan. Banyak. Masalah tidak pernah kering daripada kotak pemikiran seorang mahasiswa Rausyanfikir kerana KITA ADALAH GOLONGAN YANG PALING PEKA, CELIK AKAN PERMASALAHAN UMAT DARI AKAR HINGGALAH KEPADA PUCUK-NYA.



Ternyata, anjakan paradigma perlu dilaksanakan oleh para pemimpin gerakan Islam mahasiswa baik di peringkat kampus hinggalah kebangsaan. Kuncinya adalah satu, seperti mana yang telah dicanang habis-habisan oleh ulama’ zaman-berzaman: ILMU.

 


Dengan ILMU YANG SAHIH maka akan lahir AMAL YANG BENAR. ILMU YANG PALSU akan lahir lebih banyak KEKELIRUAN.



Wallahua'lam.

 


Nota kaki: Inilah masalah kehilangan adab seperti yang diperkatakan oleh Prof. al-Attas cuma saya infused dengan konsep dan falsafah Rausyanfikir dalam membumikan pemikiran beliau kepada peringkat massa. Berminat? Boleh bincang dengan lebih lanjut kelak.

 


6 ulasan:

Iecothinker berkata...

Sangat berminat....

bloganaigh berkata...

Suka artikel ini. Mungkin kita boleh kaji balik pendirian kita tentang demokrasi. Sejauh mana ia menjadi alat kepada kita.

orbicularis berkata...

sye antare follower yg sgt brminat dgn fikrah2 yg disampaikan.truskan mnulis.may His blessing bestow upon u.

nur ilhami arbaeen berkata...

salam.
1. jika saya kata, kita seharusnya menjadi negarawan tanpa negara; apa yang sdr akan kata?

2. jika saya kata, kecelaruan, kekeliruan, keharubiruan politik dan kepolitikan yang terjadi ini merupakan hasil daripada punca air yang keruh, apa tindakan sdr untuk membersihkannya?

sekadar bertanya.
wassalam.

babakehidupan berkata...

saya amat berminat tp saya hanya akan mampu melihat, mendengar dan menafirkan. lagipun saya akan cepat pening bila dengar falsafah-falsafah nih.

ingin saya bertanya, bagaimana hujah dan pandangan saudara ini boleh sampai ke pihak-pihak yang diperkatakan?

Rausyanfikir berkata...

Mereka baca. Dan mereka sedang fikirkan. Biasalah, hendak berubah bukan senang. Ambil masa.