Selasa, 17 Februari 2009

Persidangan dekonstruksi bidang kemanusian




Jemput kepada semua yang berkelapangan untuk hadir ke persidangan "
Regional Conference on the Humanities 2009: Managing ASEAS's Future". Percuma buat semua mahasiswa dan mahasiswi UTP.



Sesi pembentangan kertas kerja saya yang bertajuk "
The University and the captive mind" (" Universiti dan watak minda tertawan" ) akan berlangsung pada hari esok, Rabu, 18 Februari 2009 di Seminar Room 2, Undercroft UTP, jam 2.40.




Para pecinta keadilan, yang menjunjung tinggi budaya intelektualisme dan yang bencikan masalah politik semasa, bolehlah bertandang mendengar pembentangan kertas kerja tersebut kerana saya membicarakan sebuah tajuk yang mengupas masalah fundamental yang mellahirkan para pemimpin dan ulama' palsu dalam bidang masing-masing (saintis ke, jurutera ke, politikus ke etc.)




Kerangka kertas kerja saya berlegar dalam ruang lingkup idea Allahyarham Prof. Syed Hussein alatas, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, dan juga para pemikir radikal Dunia Ketiga.




Kepada rakan-rakan yang bercita-cita untuk membantu Pakatan Rakyat kelak setelah menjadi 'somebody' dalam parti politik masing-masing, inilah tempat untuk anda menadah ilmu dalam memahami persoalan-persoalan kemanusiaan dan sosial dalam merencana perubahan seperti yang dijaja oleh para politikus Pakatan Rakyat tersebut.




Generasi mahasiswa perlu sibuk mempersiapkan diri untuk mengisi kemenangan dan bukan sibuk dengan tiga pilihan raya kecil 'bukit' ( satu di Selangor yang baru diumumkan semalam'). Ini kerana tugas mengisi kemenangan ini lebih sukar dek virus-virus kemenangan dalam setiap gerakan massa itu mula menonjol pada ketika ini. Tanpa ilmu kita hanya jadi pejuang yang tin kosong. Sia-sia berjuang menangkan pilihan raya sebab sudah tentu orang yang ahli dalam bidang-nya yang akan memimpin. Kalau ahlinya itu jenis liberal maka liberal-lah jadi-nya dasar negara ini! Maka ahli gerakan Islam perlu ada blueprint yang lengkap sebelum berkongsi kuasa dengan politikus sipahi yang lain!




Ini adalah satu persidangan taraf semi-antarabangsa kerana menjemput dua 'hotshot' intelektual iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar ( anak murid Prof. al-Attas dan kini anak murid Prof. Syed Hossein Nasr) dan juga Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (juga anak murid Prof. al-Attas) sebagai pembentang
keynote address.




Rugilah kalau tak dapat dengar mereka bercakap. Bukan senang nak jumpa orang pandai macam mereka ini. Kalau yang tak biasa dengan mereka bolehlah cuba "google" hasil kerja mereka di internet.



Saya masih terfikir apakah perlu saya berpidato esok atau sekadar memberi kuliah. Ini kerana sasaran kertas kerja ini adalah kepada para ahli akademik dan pihak pengurusan UTP. Saya faham selama ini mereka hanya 'menguis' kritikan dan cadangan para mahasiswa kerana selalunya mereka kata idea yang dibawa "separauh masak". Maka harapnya dengan kertas kerja yang ada ini kita dapat mengangkat wacana "reform" di UTP ke malakut yang lebih tinggi,
on par dengan semangat intelektualisme yang seharusnya wajib wujud di semua universiti. Ini bukan protes tapi satu engagement antara mahasiswa dan pihak berwajib bagi membaiki taraf dan mutu pendidikan di UTP.



MPP, Rakan Masjid dan segala rakan-rakan lagi, inilah peluang anda untuk membekalkan diri dengan
silver bullet dalam kerja-kerja aktivisme mahasiswa anda di kampus.



Untuk rujukan lanjut berkenaan tentatif program cuba cari
di sini.





2 ulasan:

roslan_o berkata...

baik .teruskan .

jika mahasiswa lemah , itu bermakna pensyarah/pendidiknya /dekan / pengurusan dll lemah dan beku.

Ranking uni kita terus jatuh setiap tahun .

Selain dari wacana ilmu berterusan , kena rungkai dengan jelas (dari dalam uni) kenapa ranking tersebut terus jatuh . ( dan perlu bentang dengan jujur!)

Ilmu yang di garap , pelu di-tempiaskan dan harus memberi impak kepada masyarkat sekeliling.

Jika tidak , ia akan terus menjadi perihal 'akademik'

Ibnu Abas berkata...

Salam bang,
kalau sudi n x keberatan,
mohon emelkan ya kertas kerja abang tu..

Petang tadi, nak pegi,
tapi x sempat jgk ke undercroft.
Kelas ptg td mmg xdpt nak elak.

Hu~

:)