Oleh Rausyanfikir (tersiar dalam Siasah 29/1-5/2)
Perdana Menteri
Negara tersebut merupakan negara Eropah yang kedua menerima kesan kejatuhan kerajaan dalam jangka masa berlakunya krisis ekonomi global. Kabinet negara
Walaubagaimanapun, Iceland merupakan negara yang paling teruk terkesan daripada krisis ini dimana tiga buah bank mereka yang turut sama mewakili keseluruhan sistem perbankan Iceland telah lebur dimamah krisis ekonomi dunia dan mata wangnya, Kronor sedang berada dalam jurang kejatuhan.
“Tindakan kerajaan dalam berhadapan dengan krisis ini tidak cukup pantas” kata Menteri Luar
Krisis ekonomi berkembar berkenaan mata wang dan perbankan telah mengubah nasib rakyat
Kemarahan kepada para pemimpin
Semenjak minggu lepas, Presiden Haarde masih berdegil dengan berhujah bahawa
Hajat dan rayuan daripada Presiden Haarde untuk meredakan kekusutan politik
Ternyata kekuatan pakatan politik dalam kekalutan krisis ekonomi global tidak memberi apa-apa makna buat sesebuah negara yang sedang melebur ekonominya.
Apakah masalah sebenar yang ditimpa
Akar permasalahan
Mengikut ahli ekonomi Kanada,Toby Sanger, krisis ekonomi Iceland ini berlaku kerana kerajaannya menerima pakai sekolah pemikiran ekonomi Milton Friedman yang memperjuangkan dasar ekonomi laissez faire, iaitu satu dasar yang meminimumkan seboleh mungkin sebarang campur tangan kerajaan ke atas sistem ekonomi sesebuah negara.
Milton Friedman (1912-2006), seorang ahli ekonomi kapitalis terkemuka telah berhujah dalam bukunya Monetary History of the United States, bahawa krisis ekonomi paling teruk pada abad ke-20, the Great Depression berlaku kerana kegagalan autoriti kewangan seperti bank pusat Amerika Syarikat, (Federal Reserve) untuk mengekang krisis kewangan dan kegagalan bank komersial dalam mempertingkatkan risab kewangan.
Idea-idea ekonomi Friedman berlegar sekitar menyekat campur tangan kerajaan, memotong cukai khususnya buat pemodal (baca: golongan kapitalis), pengguguran peraturan (deregulation), pengswastaan dan menyokong penuh dasar pasaran bebas.
Pemain utama yang bertanggungjawab dalam memulakan krisis kewangan global yang bermula di Amerika Syarikat, iaitu bekas ketua Federal Reserve, Alan Greenspan merupakan insan yang sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepakaran dalam bidang ekonomi. Walaupun sedemikian, Greenspan merupakan anak murid kepada tokoh libertrarian Ayn
Pengganti Greenspan sebagai ketua Federal Reserve pada ketika ini, Ben Bernanke juga merupakan penyokong kuat dasar-dasar Friedman. Ketika ini Bernanke merupakan antara segelintir manusia yang diamanahkan untuk menjalankan eksperimen yang paling mahal dalam sejarah kemanusian iaitu dengan mengurus atur 1 trilion Dolar AS untuk memulihkan kembali ekonomi Amerika Syarikat.
Jelas sekali dalam beberapa bulan ini, eksperimen pek keselamatan ekonomi yang menggunakan idea Friedman tidak menampakkan sebarang kejayaan besar. Setiap tindakan (baca: bailout) yang diambil oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat dan Federal Reserve sehinga pertengahan Oktober yang lalu telah mengakibatkan nilai saham jatuh dengan mendadak. Pasaran saham tidak dapat bangkit sehinggalah tindakan agresif daripada negara-negara Eropah dalam memilik-negarakan (nationalization) bank-bank utama mereka sehinggalah langkah ini turut diikuti oleh Amerika Syarikat sendiri. Tindakan ini amat jauh sekali dengan apa yang seperti Friedman dan penyokongnya perjuangkan.
Apakah semua ini mempunyai kaitan dan pengaruh yang besar keapda negara kecil seperti
Negara kecil ini merupakan negara yang pertama boleh dikatakan bankrap setelah mengambil alih (baca: bailout) tiga bank utamanya daripada jatuh muflis. Ketiga-tiga bank ini berhutang sebanyak 60 bilion Dolar AS di luar negara, yang mana nilai hutang tersebut mewakili 6 kali ganda nilai pengeluaran ekonomi tahunan Iceland.
Tidak pernah sebuah negara Barat dalam masa aman dan damai seperti ini ekonominya jatuh menjunam sepantas dan seteruk
Sudah tentu perkara ini wajar dikaji kerana
Kajian Toby Sanger menunjukkan bahawa para politikus
Di bawah Perdana Menteri David Oddsson yang terang-terang menyokong dasar Friedman, beliau telah melaksanakan dasar ekonomi yang radikal (sekarang sudah menjadi satu kebiasaan) seperti pengswastaan, potongan cukai golongan pemodal, pengurangan perbelanjaan awam, pengawalan inflasi, kebebasan mutlak bank pusat, pasaran bebas dan keanjalan kadar penukaran mata wang. Kadar pemotongan cukai golongan pemodal menjunam daripada 50% kepada 17%. Dasar pengswastaan dan pengguguran peraturan diletakkan terus dibawah urus tadbir Pejabat Perdana Menteri dan bank-bank utama telah diswastakan pada awal 90-an.
Toby Sanger menjelaskan bahawa, pada mulanya dasar ekonomi ini kelihatan seperti telah berjaya. Kadar pertumbuhan ekonomi meluncur laju sehinggalah
Iceland dinobatkan sebagai antara negara 10 terbaik dalam indeks kebebasan ekonomi yang dirangka oleh Fraser Institute dan Heritage Foundation yang juga merupakan kumpulan tangki pemikiran (think tank group) penyokong tegar falsafah ekonomi kapitalisme.
Bank-bank dan syarikat-syarikat
Tiba-tiba, semuanya jatuh berderai.
Kadar bunga (baca: riba’) jangka pendek dan inflasi telah meningkat naik kepada 14% dan mata wang
Jelas disini bahawa krisis ekonomi yang berlaku di Iceland bukanlah sangat disebabkan tempias daripada krisis subprima dan kegagalan Wall Street di Amerika Syarikat tetapi lebih kepada dasar ekonomi kapitalisme yang dijaja oleh para penyokong tegar Friedman yang dilaksanakan pada sebuah negara terkecil di dunia.
Apa yang lebih mengejutkan pada ketika ini ialah betapa para ideolog dasar ekonomi kapitalisme yang telah melaksanakan dasar ini masih tidak berganjak daripada posisi mereka untuk mengatakan “kami silap”. Sehingga kini, para idelog dasar ekonomi kapitalisme yang mengikut telunjuk Friedman masih berhujah bahawa krisis ekonomi yang berlaku pada ketika ini bertitik tolak daripada tindakan undang-undang yang terlampau ketat dan juga tuduhan rambang terhadap peningkatan pengaruh yang berbau sosialisme dalam dasar ekonomi negara-negara dunia.
Semacam ada satu kepercayaan yang tinggi oleh kebanyakkan intelektual ekonomi bahawa pemulihan (baca: bailout) pasaran kewangan akan mengurangkan kesan pengecutan kredit yang ditunjangi krisis subprima dan tindakan ini akan memulihkan ekonomi seperti biasa. Ternyata pandangan sebegini amat dangkal sekali. Virus kapitalisme telah lama membuat onar dalam sistem ekonomi negara-negara dunia dan kesan yang disaksikan sekarang banyak boleh disandarkan kepada kegagalan mitos ekonomi laissez faire tajaan Friedman.
Dalam konteks kita sebagai Muslim, pertarungan yang berlaku pada ketika ini lebih bersifat ideologi ekonomi tetapi sejauh manakah kita di pihak yang ingin menjuarai sistem ekonomi Islam mampu mengenengahkan penyelesaiaan kepada krisis ini? Sampai bila kita masih berjiwa kecil untuk berhujah dengan masyarkat dunia akan kebaikkan sistem ekonomi Islam?
Ternyata persediaan kita masih belum cukup mantap. Idea-idea ekonomi Islam seperti sistem waqf
Seharusnya isu krisis ekonomi ini dipalu hebat secara non-partisan oleh para politikus kita. Malangnya itu masih tidak berlaku pada ketika ini. Ternyata isu politik kita masih ditakuk lama dan seolah-olah kita berasa kebal akan krisis yang mengundang datang. Kebal dengan ilmu tidak mengapa tetapi jangan jadikan kejahilan satu kekebalan kerana itu menandakan kebinasaan sesebuah bangsa. Jadikan krisis di
Dalam keadaan sebegini, eloklah kita renungi kata-kata daripada tokoh Yahudi yang mempelopori sistem perbankan moden, iaitu Mayer Amschel Rothschild: “Give me control of a nation's money and I care not who makes her laws.” Ternyata kata-kata Rothschild itu mencerminkan realiti pertembungan kuasa di
2 ulasan:
Tempahan T-Shirt KERANDA 152
Merujuk kepada salah satu program "Perarakan Keranda" – dinamakan Keranda 152 yang akan diadakan pada pertengahan bulan Februari oleh Gabungan Penulis Nasional (Gapena) maka aku telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh akhir tempahan t-shirt KERANDA 152 kepada 04 Februari 2009 (Rabu) di mana sebelum ini tarikh akhirnya ialah 13 Februari 2009. Ini supaya para pembeli dapat memakai t-shirt tersebut pada hari perarakan yang akan dinyatakan tarikh kemudian.
Informasi t-shirt :
* Saiz XS, S, M, L dan XL.
* Cetakan bersaiz A4 (depan sahaja).
* T-shirt terdapat 2 color sahaja iaitu putih dan hitam.
T-shirt warna putih
* Cetakan 2 warna (Maroon & Hitam)
* Harga : RM 25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
T-shirt warna hitam
* Cetakan 2 Warna (Merah & Putih)
* Harga : RM 27.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Kos biaya hantar
* RM 5.00 (semenanjung Malaysia)
Bayaran boleh dibuat di Maybank 1580 6001 3854 (Meor Khairol Nizam)
Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com
nama, alamat penghantaran, saiz, no. telefon dan bukti pembayaran (attach)...
Tarikh akhir tempahan : 04 Februari 2009 (Rabu)
T-shirt akan mula dicetak pada 05 Februari 2009 (Khamis)
http://lantera-jiwa.blogspot.com
ana baru boleh baca artikel ini setelah berjaya memahami dengan lebih baik ttg laissez faire, minarkisme, anarko-kapitalis, adam smith dan suku sakatnya.. selain idea2 dari tokoh sosialis yg lain.alhamdulillah.. trnyata, prgolakan ini telah menjadikan umat Islam sebagai 'pemain simpanan'. tidak berpencak bersama2..
Catat Ulasan