Jumaat, 13 Februari 2009

Ketika umat mabuk marijuana politik, virus SIPILIS menular tegar...



Kenyataan Akhbar       12 Februari 2009

PUM PP selar penganjuran MUSAWAH membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam


Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dengan ini menyelar sekeras-kerasnya program 'Musawah' iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS). Pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar.


Perjumpaan ini bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar. Mereka yang hadir termasuklah Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.


200 Liberalis Muslim telah dijemput dari 40 buah negara dan berkumpul di hotel mewah (bertaraf lebih lima bintang) The Prince Hotel, Kuala Lumpur pada 13 Februari 2009 bagi menghadiri mesyuarat 5 hari tersebut. Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan dari pihak luar selain dari jemputan tertutup mereka. PUM PP melihat perjumpaan dengan dana besar ini berkemungkinan disokong oleh kepentingan Barat dengan tujuan meliberalkan Islam dan mengharapkan pihak penguatkuasa dapat menyiasat punca sumber-sumber dana membiayai program terbabit.


Perjumpaan ini juga akan memberi persepsi yang negatif kepada Malaysia yang bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Syariah yang mendiskriminasi wanita, terutamanya apabila perjumpaan ini bakal dibawa perhatian kepada wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan kehadiran Professor Yakin Erturk (The United Nations Special Rapporteur on Violence Against Women) yang akan merasmikan perjumpaan tersebut.


PUM PP juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut seolah-oleh tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak autoriti agama dalam negara seperti JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan.


Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang bakal dibentangkan semasa perjumpaan dilihat berhajat untuk menginterpretasikan semula al Quran dan Hadith dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki. Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala Syari'at yang dibawa oleh al-Qur'ān dan al-Sunnah.


PUM PP juga mengharapkan kumpulan-kumpulan dan masyarakat bukan Islam tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan liberal Islam ini dan tidak campurtangan dalam urusan Aqidah dan prinsip-prinsip ajaran Islam sepertimana Islam mengajar penganutnya untuk tidak campurtangan dan menghormati dalam ajaran agama-agama lain sepertimana penegasan al Quran


لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (109:6)

·  109:6 Unto you, your religous law, and unto me, mine !" [3]

 


Sehubungan dengan itu, PUM PP menyelar pelaksanaan program ini dan dilihat bakal merosakkan lagi aqidah umat Islam di Malaysia seterusnya membawa perpecahan kepada umat Islam dan member persepsi yang salah kepada Islam kepada semua pihak, termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangan di Malaysia.

 

 

Dr Wan Salim Wan Mohd Nor                                           Mohammad Nizam

Yang di Pertua                                                                 Setiausaha

Persatuan Ulama' Malaysia                                               PUMPP

cawangan Pulau Pinang (PUMPP)




Berita Musawah dari Bernama klik sini (Bahasa Inggeris) dan sini (Bahasa Melayu).



KOMENTAR:



Kita lemah. Gerakan pengislahan umat di Malaysia masih tidak mampu menampung ke semua sudut perjuangan dek kerana ketidak pekaan penggerak, kekurangan ilmu dan juga ke'mabuk'kan dalam perkara-perkara yang menyedut tenaga tanpa membuahkan hasil pengislahan yang betul-betul berma'na.




Virus Sekularisme Pluraslime dan Liberalisme (SIPILIS) telah semakin membesar dalam kancah masyarakat moden kita secara TERANG-TERANGAN dan TANPA SEGAN SILU menzahirkan kebatilan yang mereka perjuangkan.




Kita perlu respons. Kita perlu lahirkan barisan pejuang agama yang berwibawa dalam sudut penentangan ghazwul fikri ini sepertimana INSISTS yang begitu digeruni oleh puak-puak SIPILIS di Indonesia.




Masyarakat kita masih tidak dihinggapi badai seteruk Indonesia dalam masalah SIPILIS ini yang mana seperti kata guru falsafah dan pemikiran Islam saya, Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud:




" The line of Islamic authority in Indonesia has broken into pieces..."




Maka bilamana sudah berderai semuanya, wujudlah pelbagai idea dan pemikiran kebatilan seperti penerimaan homoseksual dalam Islam, Fiqh lintas agama dan bermacam-macam ragam lagi.




Malah jaringan SIPILIS semakin kukuh di rantau ini dengan tertubuhnya SEAMUS.




Penentangan terhadap papan tanda pelbagai bahasa di Pulau Pinang sebenarnya bukan kita fanatik Melayu tetapi untuk menghalang agenda pluralisme agama yang menyusup masuk sedikit demi sedikit melalui penyamarataan budaya dan bahasa. 




Sayangya, beberapa ulama' celebrity  tidak memahami politik lip service politikus yang berertorik ingin menjadi Umar Abdul Aziz.




Mungkin boleh sarankan kepada mereka untuk memahami organisasi ini yang dipanggil Global Ethics di Pulau Pinang. Kaji siapa pemberi wang saku kepada projek mereka dan cuba bedah agenda mereka satu per satu.




"You want power you compromise, once you get power, in order to maintain it (baca: menjilat),  you need to compromise. At last there is nothing to compromise because you have given all of our rights to them"




Wahai mahasiswa yang sedang bertarung dalam dunia maya, bukalah minda dan basirah anda dalam memahami realiti dahulu, sekarang dan masa depan. Kesilapan Kaum Tua kerana kelemahan dan kekurangan pendedahan mungkin boleh dimaafkan sekarang tetapi kesannya hanya generasi mendatang yang tahu. 




Angkatlah intelektualisme anda setinggi bintang dan bumikan aktivisme anda di mantel bumi kerana kita adalah pewaris sebenar permasalahan ini...







2 ulasan:

hebahan berkata...

Seminar Sains & Teknologi dalam Tamadun Islam
Tarikh: 21 Februari 2009 (Sabtu)
Tempat: HSC LT 1 (dekat Bank Islam IIUM), UIAM, Gombak
Anjuran: Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
Penyertaan: Hanya 40 hadhirin (penyertaan percuma)/ http://www.kesturi.net/archives/674

pemikirzaman uia pj berkata...

menyokong pendapat saudra faisal dan seruan dr wan salim.kita mesti bangkit dalam hal ini.ayuh kita gerakkan tenaga mahasiswa muda kita pada hari ini sperti mana pada zaman anwar ibrahim(bukan bermaksud mempromosi anwar,hanya gmbaran situasi dalam menyantuni semua pihak,hormat tapi kritis hehe) untuk kita memelihara umat islam di malaysia terutama menjaga serta menjernihkan fikrah glgn muda kita yg bnyak terleka dalam perangkap.ayuh kita bersatu sesama islam,mlalui tenaga mahsiswa ini,kita aturkan langkah bersama menjaga kesucian Islam.semoga kita dapat bertindak secepat mungkin bg membendung masalah ini dr awal.teruskan usha saudara faisal,salam perjuangan