Jumaat, 27 Februari 2009

Ketika umat alpa: Pencabulan nama "Allah" berlaku secara diskrit.



Proses peng-sekularan (secularization) tidak datang secara literal. Ianya berlaku secara berperingkat-peringkat dalam keadaan umat Islam dan para ulama'nya alpa terhadap perubahan sosial dan spiritual yang berlaku ke atas masyarakat. Inilah yang telah berlaku di Turki semasa era Tanzimat sebelum hancurnya Khilafah.


Bagi ulama' yang hanya mampu menilai kerosakkan di peringkat zahir, maka hala tuju perjuangan-nya hanya sekadar di permukaan air. Sering kali ulama' seperti ini akan terlepas pandang beberapa perkara kecil yang sebenarnya bakal mengundang kepada permasalahan yang lebih besar kelak. 


Terlepas pandang kerana tidak faham, mungkin boleh diperbetulkan oleh ulama' yang lebih faham.  Ini jelas dapat kita tinjau dalam isu perdebatan antara Ibn Taimiyyah dan Ibn Ata'illah. Ulama eksoterik (exoteric) vs. Ulama esoterik (esoteric).


Tetapi kalau 'sengaja' terlepas pandang kerana menjaga kepentingan tertentu maka ini adalah satu kemalangan jati diri. Ini sama seperti membenarkan serigala menjaga reban ayam.


Dalam keadaan kita kacau dengan isu politik nasional, penggunaan nama "Allah" telah dicabul sedikit demi sedikit oleh golongan tertentu yang masih berdegil untuk meneruskan agenda mereka.


Saya menyeru Dewan Ulama' PAS Pusat untuk respons perkara ini secara tegas berserta hujah yang jitu dalam menyatakan bantahan moral dan spiritual ke atas pencabulan penggunaan nama "Allah" oleh golongan yang tidak layak memilik guna nama tersebut dalam aktiviti keagamaan mereka.


"Semua NGO Islam, sila keluarkan kenyataan keras membantah warta PU (a) 62 yang dikeluarkan oleh Datuk  Seri Syed Hamid Albar kerana membenarkan  penggunaan kalimah "Allah", "baitullah", "kaabah" dan "solat" untuk orang Kristian. Ia bertentangan dengan enakmen kawalan pengembangan agama bukan Islam dan bertentangan dengan keputusan kabinet  pada 19 Mei 1986. Sila keluarkan kenyataan  dengan kadar segera mendesak kerajaan batalakan warta tersebut." - Zainul Rijal, Presiden Peguam Syar'ie.


Rujuk berita di sini.



SIARAN MEDIA 28 FEBRUARI 2009/ 3 RABIU’L AWAL 1430 :

 

 PKPIM MEMBANTAH HERALD MENGGUNAKAN NAMA ALLAH

 

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) terkejut dengan keputusan Menteri Dalam Negeri kerana meluluskan akhbar Kristian Katolik Herald menggunakan nama ‘Allah’ dalam penerbitan mereka. Walaupun dikenakan bersyarat di bawah Internal Security (Prohibition On Use of Specific Words on Document and Publication) Order 2009', yang hanya mengkhususkan kepada penerbitan sahaja.

 

PKPIM telah awal menyatakan bantahan pada kenyataan media 5 Mei 2008/ 28 Rabi’ul Akhir 1429: PKPIM PERSOAL HAK GUNA NAMA ALLAH’, namun pihak Herald masih berdegil dan mendesak untuk menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka.

 

Isu ini bukan pertimbangan Islam tidak toleran atau tidak, tetapi isu mempertahankan hak istimewa yang telah berkurun hak nama Allah secara eksklusif untuk ummat Islam dan membendung usaha dakyah Kristianisasi. PKPIM merasakan pihak Herald tidak ikhlas dalam menerbitkan akbar rasmi agama Katolik mereka, dan semacam ada muslihat di sebalik usaha bersungguh menggunakan nama Allah.

 

PKPIM bertegas bahawa pihak Herald harus menarik balik penggunaan nama ‘Allah’ yang mereka berdegil mahukan. Gunakan istilah tersendiri yang ada dalam khazanah bahasa Melayu yang boleh merujuk kepada Tuhan mereka. Sekiranya ada istilah ‘masjid, gereja, kuil, tokong dan sebagainya’, mengapa pihak Herald berdegil mahu menggunakan nama ‘Allah’?.

 

Hujah mereka mengatakan Allah telah digunakan sejak zaman pra Jahiliah lagi, seolah tiada masalah bagi mereka. Bahkan di negara Arab, orang Kristian menggunakan ‘Allah’ merujuk Tuhan mereka. Hujah ini terlalu dangkal, kerana Islam yang datang melalui Muhammad Sallahu’alahi Wasalam telah mengisi maksud nama ‘Allah’ yang benar, iaitu Tuhan yang Esa, tiada beranak dan diperanakkan. Bahkan di Malaysia, apabila Islam datang, telah membawa nama Allah yang merujuk kepada Tuhan eksklusif ummat Islam. Nama ‘Allah’ yang mereka faham pra- Islam adalah Tuhan yang bermacam- macam; beranak, diperanakkan dan sebagainya. Islam hadir telah me- nyah (de- jahiliah) dan memasukkan maksud Allah yang benar.

 

Oleh kerana itu pihak Herald sebenarnya keliru dan ada maksud tersirat untuk berdegil menggunakan nama Allah. PKPIM sekali lagi membantah keras dan menuntut supaya Herald usah menimbulkan suasana ketidak-tenteraman dalam masyarakat.

 

 

MOHD HILMI RAMLI

Presiden

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)


Sekretariat PKPIM Pusat

Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, 
Kampung Tengah, Batu 6 
1/2,

Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur 
MALAYSIA




4 ulasan:

Ibnu Abas berkata...

Rujukan tambahan:

Sila perhatikan pola pemikiran esoteric (inner sense of consciousness) dan exoteric (outer sense of consciousness) dalam pertuturan mereka. Bukannya untuk membezakan, tapi kita perlu fahami kedua-duanya perlu dan tak boleh ditinggalkan sama sekali, masing-masing punya kepentingan digunakan situasi tertentu.

Falsafah sekular Barat menganjurkan pemikiran dan aplikasi yang terpisah-pisah dalam ideologi sekularnya. Kita satukan kembali (penggunaannya) dalam pandangan Tauhid.

Pemikiran yang lebih mendalam (esoteric), pasti lebih utama dari pemikiran yang luaran (exoteric), pada pandangan-Nya dan kemaslahatan kita. Sekadar pendapat.


Dialog Ibnu 'Athaillah - Ibnu Taimiyah

Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4


*Terjemahan daripada “On Tasawuf Ibn Atha'illah Al-Sakandari: The Debate with Ibn Taymiyah”, dalam buku “The repudiation of Salafi Innovations” oleh Syeikh Muhammad Hisyam Kabbani.

ROHAN berkata...

Saya percaya al-Qur'an membenarkan penggunaan perkataan "Allah" untuk agama lain dan dalam tempat peribatan lain.

"Walaula dafullah ba'duhum biba'din. Lahuddimat sowamiun, wabiyaun,wasolawatun yuzkarufihas MULLAH". al-Qur'an.

Betulkan kalau salah.

Terjemahan bebas: Jika manusia tidak berlawan antara satu sama lain, maka akan diruntuhkan gereja, kanisah (yahudi) dan tempat-tempat sembahyang yang disebut di dalamnya nama ALLAH".

Dinegara Arab setahu saya nama ALLAh digunakan di gereja dan kanisah yahudi.

Wallahuaklam.

Rausyanfikir berkata...

Wassalam.

Sila rujuk artikel lama saya berkenaan isu ini.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Wm. Wbr.,
Terdahulu suka saya tegaskan kita tidak bolehlah menentukan apa-apa ketetapan untuk orang lain, kerana sememangnya kita tidak mempunyai hak ke atas mereka. Dalam penggunaan nama Allah S.W.T. sebagai Tuhan oleh agama Kristian, dan Yahudi sebenarnya telah lama berlaku sebelum datangnya Islam.
Saya yakin kita tentu ingat mengenai Allah S.W.T. yang telah melantik ratusan ribu orang nabi dan rasul, dan memilih hanya 25 orang sebagai nabi dan rasul terbesar, dan menurunkan 4 kitab iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran. Kesemua penganut agama mengikut zaman kitab-kitab ini adalah menyembah tuhan yang sama iaitu Allah S.W.T. dan dipanggil Ahlil Kitab, iaitu ahli-ahli kitab.
Dalam Kristian, Allah S.W.T. tetap Tuhan atau dipanggil God, dan Nabi Isa A.S. yang dinamakan Jesus Christ dipanggil Lord.
Dalam Islam Allah S.W.T adalah Tuhan dan Nabi Muhammad adalah Rasurullah.
Sejak ribuan tahun pengertian dan kefahaman mengenai ajaran-ajaran yang dibawa oleh para nabi mengenai keimanan terhadap tuhan telah melalui zaman dan era yang pelbagai. Ianya turut berpindah dari mulut seseorang ke telinga seseorang lain, dalam variasi yang pelbagai. Tentunya ada penokok tambahan, pengubahsuaian atau penyuntingan mengikut kepentingan. Dalam hal ini banyak perkara yang dahulunya dimiliki oleh sesuatu golongan agama, tidak lagi kini difahami dengan betul oleh sesuatu golongan agama lain. Begitu juga sebaliknya. Akibatnya berlakulah salah pengertian, salah faham dan perbalahan yang amat-amat merugikan.
Di Malaysia, saya yakin pengajaran yang diberikan kepada orang Islam mengenai sahsiah agama-agama lain telah disampaikan secara sinis dan dengan hati yang meluat, hanya kerana kita fikir kita benar, dan mereka salah. Tahukah kita bahawa agama lain juga berfikiran serupa, iaitu mereka benar dan kita salah.
Islam itu amatlah indah, tetapi dewasa ini ianya semakin hodoh akibat perbuatan umatnya yang tidak berapa waras mengambil tindakan. Hanya kerana marah kita memaki hamun, mengganas, mengebom atau mengajak kepada peperangan besar sedangkan realitinya kita tidak akan menang apa-apa dalam hal ini. Rasurullah mengingatkan kita tentang sifat amarah yang mesti dihapuskan kerana ianya panas, kerana diperbuat daripada api, dan ianya adalah unsur mutlak kejadian syaitan. Apabila kita mengikut perasaan amarah, maka kita mengikut fitrah syaitan. Maka tidak akan ada pertolongan Allah S.W.T bagi kesumatan yang begini.
Isu penggunaan nama Allah S.W.T. oleh Gereja dan Media Kristian tidak bolehlah dipolitikkan atau dijadi punca persengketaan, kerana akibatnya amatlah besar dan amatlah merugikan kita semua.
Dizaman yang serba mencabar ini, ekonomi adalah tunggak segalanya, kalau kita bergaduh kerana sebab-sebab yang hanya retorik, tidak logik atau tidak bertoleransi maka ekonomi kita akan runtuh. Bila ekonomi runtuh semuanya akan jadi sukar dan susah.
Tidak cukupkah dengan kita, atau anak-anak kita yang diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi, mahukah kita menuju kepada kegawatan masyarakat pula?

Renungilah Ikhwanul Muslimin
Wassalamualaikum Wm. Wbr.
Karl Azme E
karl_azme_e@yahoo.com