Rabu, 28 Januari 2009

Melayari lautan ilmu Kalam: membedah rujukan kitab ‘Prolegomena’ al-Attas



Seminggu dua yang awal ini, seperti biasa saya akan ke Information Resource Center (perpustakaan UTP) bagi membelek khazanah ilmu yang ada. Ternyata walaupun sudah 5 tahun menuntut di UTP, saya masih berasa janggal dengan khazanah ilmu yang terkumpul di sana.


Belek punya belek, saya jumpalah satu jurnal Oxford’s Journal of Islamic Studies edisi awal tahun 2008. Walaupun saya tak berapa suka program Islamic Studies di Universiti Oxford kerana sebab-sebab tertentu yang berkait rapat dengan Orientalisme, tapi melihat satu makalah yang bertajuk agak menarik termuat dalam jurnal tersebut, maka saya belek jugaklah.


Makalah berkenaan bertajuk: “ The epistemological foundation of conceptions of justice in classical kalām: A study of ‘Abd al-Jabbār’s al-Mughnī and Ibn al-Bāqillānī’s al-Tamhīd ” dan ditulis oleh Kambiz Ghaneabassiri dari Reed College.



Tajuknya pun pelik tapi ringkasnya makalah ini membicarakan tentang konsep keadilan dalam ilmu kalām ( theology ) melalui analisa dua mutakallim (ulama’ kalām) yang berbeza aliran pemikiran ilmu kalām-nya ya’ni Mu’tazilah dan Ash’ariyyah ( aliran Ahl Sunnah wal Jamaah).


Bagi ‘Abd al-Jabbār yang beraliran Mu’tazilah, kitab beliau yang dijadikan kajian dalam makalah ini bertajuk al-Mughnī fī abwāb al-tawhīd wa-l-‘adl ( ‘That which makes suffices in discussions of divine unicity and justice’ )


Bagi al-Bāqillānī yang beraliran Ash‘ariyyah pula, kitab beliau yang bertajuk al-Tamhīd fi l-radd ‘alā l-mulhida al-mu‘at}t}ila wa-l-rāfida wa-l-khawārij wa-l-mu‘tazila ( ‘ Laying out the refutation of the atheist heretics, the Shi‘a, the Kharajis, and the Mu‘tazila’ )


Saya nak kupas panjang pun tak mampu sebab tak habis baca lagi.


Tapi yang pasti saya sangat berminat dengan makalah ini sebab ingin tahu tentang bagaimana umat Islam dahulu memahami konsep ‘adl yang diterjemahkan dalam kehidupan seharian serta politik pemerintahan.


Apabila bercakap tentang kata kunci penting seperti keadilan (‘adl ), kebahagiaan (sa‘ādah) etc. ini, teringat pula tentang kitab berkenaan pembentukan pandangan alam Islam yang dikarang oleh Prof. al-Attas ya’ni ‘Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islām’.



Kitab ini berkali ganda lebih sukar untuk dibaca berbanding magnum opus beliau ya’ni ‘Islām and Secularism’.


Saya bacalah jugak sikit tapi tak mampu nak cerna semua lagi.


Mungkin untuk memberi gambaran awal tentang kitab ini ada eloknya kita tengok pengaruh penting ulama’ silam dan kitab-kitab mereka terhadap Prof. al-Attas dalam menulis Prolegomena seperti yang tertera dalam bahagian bibliografi di belakang kitab tersebut :


Imam al-Ghazālī:

1) Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn

2) Ma‘ārij al-Quds fi Madārij Ma‘rifat al-Nafs

3) n al-‘Amal

4) Mishkāt al-Anwār

5) Tahāfut al-Falāsifah

6) Al-Maqsad al-Asnā fi Sharh Ma‘ā Asmā’ Allāh al-Husnā

7) Al-Iqtisād fi al-I‘tiqād


Nūr al-Din ‘Abd al-Rahmān Jāmī:

1) Naqd al-Nus fi sharh Naqsh al-Fusūs

2) Majmū‘ah Mullā Jāmī

3) Lawā’ih fi Bayān Ma‘ānī ‘Irfāniyyah

4) Al-Durrah al-Fākhirah

5) Risalāh fi al-Wujūd


Muhyī al-Dīn ibn ‘Arabi:

1) Fus al-Hikam

2) Al-Futūhāt al-Makkiyyah


Imam al-Baydāwī:

1) Anwār al-Tanzīl wa Asrār al-Ta‘wīl


Imam al-Ījī:

1) Al-Mawāqif fi ‘Ilm al-Kalām


Imam al-Jīlī:

1) Al-Insān al-Kāmil fi Ma‘rifat al-Awā’il wa al-Awākhir


Imam al-Junayd:

1) Rasā’il al-Junayd


Imam al-Jurjānī:

1) Kitāb al-Tarīfāt


Ibn Manzūr:

1) Lisān al-‘Arab


Imam Fakhr al-Dīn al-Rāzī:

1) Al-Tafsīr al-Kabīr

2) Kitāb Lawāmi‘ al-Bayyināt Sharh Asmā’ Allāh al-Husnā


Imam Shahrastānī:

1) Kitāb al-Milal wa al-Nihal

2) Kitāb Nihāyat al-Iqdām fi ‘Ilm al-Kalām


Ibn Sīnā:

1) Kitāb al-Shifā

2) Kitāb al-Najāt

3) Al-Ishārāt wa al-Tanbīhāt

4) Risālah fi Ma‘rifat al-Nafs al-Nātiqah wa Ahwālihā


Dan banyak lagi yang saya tak larat nak tuliskan semuanya dalam entri ini.


Tapi yang pasti kalau kita dapat lihat pengaruh tassawuf dan kalām sangat kuat dalam kerangka pemikiran Prof. al-Attas.


Ulama’ seperti al-Ghazālī, Ibn ‘Arabi, Jāmī dan Ibn Sīnā merupakan antara menjadi rujukan penting buat Prof. al-Attas dalam menulis Prolegomena.


Setakat ini saya hanya mampu membaca terjemahan Bahasa Inggeris buat sebilangan kecil kitab-kitab yang digariskan tersebut. Tapi yang nyata, setakat saya membaca dan mengkaji kitab yang dijadikan rujukan buat Prof. al-Attas, sememangnya karya-karya tersebut mempunyai satu daya Aufklarung (Pencerahan) kepada manusia yang berfikir.


Itulah kadang-kadang saya pun hairan. Saya kembali sebagai mahasiswa tahun akhir kejuruteraan kima ke usul al-Dīn?


Dalam sejarah ketamadunan Islām, tidak berlaku sebarang pemisahan antara ilmu fard ‘ayn dan fard kifayah.


Kesimpulannya: Jadilah apa pun asalkan niat IKHLAS mencari KEBENARAN dalam setiap lapangan ilmu.


I do not study for my mum, sponsors, or CGPA. I am looking for Truth and Reality (al-haqq).


Wallahu’alam.


Sekadar berkongsi.


P/S: Adik-adik di UTP jangan ikut cara pengembaraan ilmu macam ini kalau tak berani ambil risiko. Jatuh bangun dalam akademik tu bagi saya adalah norma kehidupan dalam menempuhi jalan yang semacam ini. Kalau sayangkan CGPA, dan nak kejar sijil program ijtima'ie silakan ambil jalan yang orang lain selalu pilih. Saya dah nak grad, dan ada visi yang clear tentang perjalanan ini so tak apa. No turning back and never regret!.



4 ulasan:

Anuar Manshor berkata...

Menelesuri ilmu sebegini memang mengasyikkan! Lgai-lagi ada kumpulan seperti rausyanfikir.

Welma La'anda berkata...

Fayhsal,

Dalam beberapa perkara, akak setuju dengan pendapat kamu dan ada beberapa perkara lagi akak agak bercanggah sedikit. Mungkin percanggahan itu disebabkan akak tidak berapa faham atau ilmu akak tidak sampai lagi pada tahap itu. Wallahu alam.

Walauapa pun, akak bahagia sekali membaca tulisan-tulisan pada web ini. Bahagia kerana begitu sikit di kalangan pendakwah-pendakwah alert terhadap "keilmuan" dan lebih kepada taklid semata-mata. Sikap sedemikianlah kekadang menyebabkan program usrah atau tarbiyyah lainya tidak berkembang dan tidak "bergerak-gerak". Wallahu alam.

Setiap orang ada jalan-jalan dakwahnya tersendiri. Apa yang penting, ya, ikhlas mencari kebenaran.Didoakan semoga terus kuat mencari ilmu dan terus kuat menyampaikannya. Dalam hal-hal sebegini, sedikit nasihat, jangan lupa menghafaz quran, banyakkan solat sunat, dan bangun di tengah malam. Kalau kita perhatikan ulama dan penuntut ilmu dahulu kala, aktiviti itu adalah antara perkara rutin yang dibuat. Dikhabarkan juga Anwar Jundi sentiasa dalam keadaan berwudhuk, terutama pada ketika menulis dan membaca.

Mungkin Fahysal boleh perhatikan aspek-aspek itu juga. Sedikit nasihat semoga tulisan dan pemikiran yang dihasilkan lebih berkah dan mendapat petunjuk Allah.

Wallahu alam

Rausyanfikir berkata...

1) Betul bro anuar!Sangat mengasyikkan.

2)Insyaallah kak Welma. Saya juga tidak terkecuali daripada masalah. Walaupun tulis macam2, diri ini penuh dgn kesilapan dan masalah. Maka, apakah cara lain yg lebih mujarab daripada bertemu dengan-Nya dalam ibadah sebegitu..


Syukran dengan nasihat dan peringatan..amin.

Ibn Ali berkata...

No turning back and never regret, ayat yang cool, kita serupa tapi saudara lagi cemerlang