Isnin, 26 Januari 2009

Cabaran Oksidentalisme dan Melayu di Universiti Teknologi PETRONAS




Membelek-belek surat khabar Sunday Times, ternampak muka yang seperti saya baru lihat 3 hari lepas. Tak lain tak bukan, Profesor saya, Prof. Murad Merican yang bakal mengemudi dua subjek menarik di UTP ya'ni Malaysian Studies dan Introduction to Social Political Science.


Apa yang buat saya teruja dengan berita yang disiarkan adalah berkenaan geran yang bakal diterima oleh Prof. Murad untuk penyelidikan berkenaan Oksidentalisme (kajian berkenaan Kebaratan) dan Melayu atau dalam tajuk yang lebih sempurnanya: "Malay attitudes towards the West: Engaging Malay Thought on European civilization and modernity and Constructing Self, Nation and Identity."








Geran bernilai RM 100,000 ini disumbangkan oleh Yayasan al-Bukhary dan Prof Murad juga dilantik sebagai Felo Residen pertama di bawah Perdana Leadership Foundation's (PLF) Honoray President Fellowship Award.



Sangat menghairankan juga sebuah universiti teknikal yang mana budaya ilmu sains sosial yang hampir tidak wujud langsung menerima penghormatan sebegini melalui peranan salah seorang Profesor-nya. Disamping PLF merupakan NGO milik Tun Dr. Mahathir (canselor UTP), tiada apa-apa yang istimewa sangat tentang budaya ilmu di UTP. Ini satu pengakuan jujur daripada soerang mahasiswa tahun akhir. Baik diperingkat persatuan pelajar mahupun fakulti akademik.



Mungkin ini semua bakal berubah tidak lama lagi dengan status Prof. Murad sebagai orang kuat pengkajian Oksidentalisme dan Melayu ini.


Saya teringat bagaimana Allahyarham Prof. Ismail al-Faruqi mampu menarik begitu ramai mahasiswa untuk belajar di bawahnya di Temple University, Amerika Syarikat ketika beliau masih hidup. Tertnyata kuasa dan pengaruh seorang intelektual, ilmuan dan alim yang berwibawa mampu meneggelamkan pengaruh nama universiti sebagai faktor utama keberadaan mahasiswa dan mahasiswi untuk menuntut ilmu.



Kalau di MIT ada Chomsky, ISTAC lama ada al-Attas dan direnung sejarah silam dapat dilihat tarikan Imam al-Ghazali terhadap anak-anak muda yang ingin menuntut ilmu di Madrasah Nizamiyah, Baghdad.


Maka, Prof. Murad SEHARUSNYA jadi satu fenomena di UTP ini. Sudah tentu semua ini memerlukan bantuan warga kampus tersebut terutamanya dikalangan mahasiswa dan mahasiswinya.


Saya kira pengkajian Prof. Murad berkenaan pengaruh Kebaratan terhadap orang Melayu, antara sampel terbaik adalah dikalangan mahasiswa dan mahasiswi UTP.


Bagi saya kita boleh kaji dua jenis mentaliti Melayu. Seperti kata murabbi aktivisme Melayu saya, Tuan Haji Azmi, orang Melayu ini ada dua jenis mindset. Satu mindset tertentu seperti Kebaratan dan Islamis dan satu lagi mindless - tiada kotak pemikiran tertentu.


Kita boleh mengkaji pengaruh oksidentalisme terhadap Generasi Y yang ada di UTP ini dari segi fakulti pemikiran Kebaratan yang sudah biasa kita lihat melalui peragaan fesyen dan gaya hidup mereka. Kita juga boleh kaji fakulti pemikiran mahasiswa dan mahasiswi yang Islamik tetapi tidak sedar mereka juga merupakan watak tertawan (captive mind) kepada Oksidentalisme.


Ini tidak musathil kerana banyak yang berkopiah dan bertudung labuh tetapi dalam perihal akademik masih kabur dengan epistemologi ilmu Barat yang meresap masuk dalam semua dewan kuliah yang ada di universiti-universiti tanah air.


Maka jikalau pada satu hari nanti mahasiswa dan mahasiswi yang soleh dan solehah ini memegang tampuk kekuasaan di mana-mana syarikat ataupun kepimpinan negara sekali pun, jikalau kita tidak offset epistemologi ilmun dalam pembentukan pandangan alam Islam mereka, maka perubahan yang bakal kita terima adalah perubahan pada kulitnya sahaja. Isinya masih bernanahkan wabak Barat.


Atas dasar inilah saya melihat mahasiswa UTP yang cintakan keadilan dan Kebenaran harus mengambil kesempatan yang ada untuk engage dengan intelektual seperti Prof. Murad ini.


Sangat rugi jikalau persatuan pelajar yang berpengaruh seperti Rakan Masjid, Rakan Muda, MPP UTP dan segala macam persatuan pelajar lagi untuk memandang sepi keberadaan Prof. Murad di dalam kampus.



Jikalau anda memandang sepi orang-orang seperti Prof. Murad ini, ternyata anda membuang permata dan mengambil kaca sebagai rujukan budaya ilmu di UTP.


Sudah tentu sebelum kita boleh mentautkan intelektualisme kita dengan Prof. Murad, kita perlu bercakap dalam 'bahasa-nya'. Pengalaman saya berinteraksi dengan para Profesor di luar UTP, jikalau kita tidak empunya kapasiti dari segi kefahaman dan ilmu berkenaan kepakaran Profesor tersebut maka agak sukar untuk menjalinkan silaturrahim intelek dengan mereka.


Penyelesaiaan-nya? Bacalah buku banyak-banyak.


Alhamdulillah, perantauan saya selama 8 bulan di Kuala Lumpur, ditarbiyah dan dita'dib secara konsisten oleh Tuan Hj. Azmi Abdul Hamid ya'ni Presiden TERAS Pengupayaan Melayu, abang-abang dan kakak-kakak daripada Sekolah Pemikiran Pulau Pinang dan daripada guru pemikiran dan falsafah Islam saya juga Prof. Wan Mohd Mohd Nor Wan Daud, telah banyak membantu saya mempersiapkan epistemologi dan kerangka intelektual berkenaan isu Oksidentalisme dan Melayu ini.



Ketika mana saya berjumpa dengan Prof. Murad pada minggu lepas, antara benda pertama kami borak ialah berkenaan Prof. al-Attas. Tidak asing lagi. Beliau sendiri memandang tinggi Prof. al-Attas sebagai seorang ilmuan Islam yang berwibawa.






Harapan saya dengan keberadaan Prof. Murad di UTP ini dapat sedikit sebanyak membantu saya mempersiapkan asas untuk persedian post-graduate saya kelak dalam bidang Malay Epistemology and Theory Construction di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM.



Mesti ada yang tertanya-tanya, apakah semua ini relevan pada UTP dan PETRONAS?


Jangan disangka pengkajian Oksidentalisme dan Melayu ini tidak pernah wujud dalam tradisi dan budaya ilmu dalam kalangan warga PETRONAS.



Mari kita tinjau budaya ilmu seorang pemimpin PETRONAS yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara ya'ni Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Azizan Zainul Abidin. Beliau boleh dikatakan sebagai orang kedua yang paling berpengaruh dalam memacu PETRONAS seperti mana yang ada sekarang selepas Tan Sri Dato' Seri Hassan Marican.









Di perpustakaan UTP ada sebuah galeri yang bernama 'Koleksi Platinum berkenaan Tan Sri Azizan. Di situ disajikan pelbagai jenis bahan bacaan yang pernah dibaca oleh Tan Sri Azizan.





Tidak asing lagi Allahyarham Tan Sri Azizan merupakan seorang pemimpin yang berjiwa budaya ilmu. Masakan tidak tanpa ilmu beliau mampu mengemudi PETRONAS menjadi jaguh baru dalam industri minyak dan gas. Beliau juga secara sedar ataupun tidak merupakan 'pengkaji' Oksidentalisme dan Melayu. Buktinya adalah ini:





Pembacaan buku The Passion of Western Mind ini menandakan Allahyarham tidak lokek kefahaman berkenaan minda orang Barat yang diselaputi dengan pelbagai jenis falsafah. Ini semua harus diambil kira dalam memahami pergerakan dan operasi syarikat-syarikat minyak Barat kerana ilmu yang menggerakkan mereka sudah tentu bersumberkan ilmu dan falsafah Barat.



Saya pun baca juga buku ini. Baru beli bulan Julai 2008.



Dan yang lebih menarik lagi mengejutkan saya ketika membelek-belek buku pada rak Koleksi Platinum itu adalah ini:



Tak sangka Allahyarham Tan Sri Azizan sendiri membaca monograf-monograf ilmuan tersohor kita, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas.



Monograf 'Intuition of Existence' yang turut dimuatkan dalam magnum opus Prof. al-Attas, ' Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam' ini bukanlah satu bahan bacaan yang mudah.



Begitu juga dengan keluaran limited edition monograf ' Islam: The concept of religion and the foundation of Ethics and Morality' yang turut dimuatkan dalam magnum opus pertama Prof. al-Attas ya'ni ' Islam and Secularism'.



Ini jelas terbukti bahawa jikalau Universiti Teknologi PETRONAS dan PETRONAS sendiri ingin melahirkan pemimpin yang berwibawa kepada agama, bangsa dan negara, maka kepentingan budaya ilmu dalam institusi masing-masing harus dipupuk dengan serius.



Jikalau tokoh sehebat Allahyarham Tan Sri Azizan sendiri membaca bahan-bahan bacaan berupa Oksidentalisme dan Melayu, apakah kita yang muda-mudi ini masih selesa berusrah dan ber-smart group dengan buku-buku keluaran DPF?



Ya, teguran ikhlas ini saya tujukan khas kepada mereka yang mengaku sebagai pejuang, amilin, naqib dan naqibah usrah di UTP.



Selepas Hassan al-Banna, Syed Qutb berlabuhlah anda semua ke arah samudera yang baru. Takkan sampai tahun akhir masih membaca buku-buku harakiyyah. Siasah syar'iyah hanyalah wadah kepada proses pengisalahan umat. Nak pimpin PETRONAS dan negara perlu lebih pada itu semua!



Keberadaan Prof. Murad di UTP akan jadi sia-sia jikalau kita masih di takuk lama!



Ayuh adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, yang rockers, yang freehair, yang gamers, tidak kira siapa anda asalkah IKHLAS mencari KEBENARAN, nantikan projek budaya ilmu berteraskan falsafah Rausyanfikir kelak di UTP!


Sekali lagi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Prof. Murad!




3 ulasan:

ROHAN berkata...

Saya org pertama memberi komen di laman posting ini.

Ketika saya sesat di Bukit Duta sebulan lepas, saya terserempak dgn bangunan ISTAC.

Saya terkejut krn lambang ISTAC telah terpapar dgn lambang UIAM.

Suatu ketika dahulu saya pernah ke ISTAC atas dasar appointment dgn seorang ilmuan ISTAC utk menjual sebuah buku berumur 100 tahun yg menghimpunkan khutbah2 pilihan Rasulullah saw.

Buku saya terjual. Saya dibawa masuk keruang sulit library ISTAC dan ditontonkan dgn karya2 klasik alam Melayu yg berumur ratusan tahun. Buku2 itu tersimpan dlm peti besi.

Pada masa itu ISTAC adalah satu organisasi bebas.

Berbeza dgn sekarang UIAM telah menakluk ISTAC.

Barangkali pencatur-poencatur UIAM lebih terkehadapan dlm 'bail-out' atau "M&A" organisasi-organisasi lain.

Perkara ini tampak jelas selepas pemergian Dato Seri Anwar sebagai presiden.

Barangkali saudara harus meneliti dan membuat observasi terhadap kegiatan ilmiah UIAM.

terry bogart berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
terry bogart berkata...

insyallah...hal ni dah lama perasan...dr yusof al-qardhawi pun pernah sebut dalam bukunya "kenanganku bersama ikhwan muslimin" tentang kurangnya ahli2 ikhwan membaca...in progress nak membaca buku2 tamadun dan perdaban Barat, tapi

utk mengelakkan drpd terjerumus ke kancah sosialis, orientalis...kena kuatkan asas2 Islam dulu...insyallah..lpas jelas je asas2 islam....saya sambut cabaran tu...(xlama, just give me 1 or 2 months)