
Dr. Ali Syariati: Pencetus gagasan Rausyanfikir.
Oleh Wan Ahmad Fayhsal ( tersiar dalam Siasah dan Milenia Muslim.)
Abad ke-20 menyaksikan pelbagai revolusi sosial yang unik. Antara keunikkan yang berlaku pada masa itu adalah berkaitan dengan perjuangan mahasiswa. Fenomena ini merupakan satu fenomena global di mana mahasiswa telah turut sama turun ke
Ternyata perjuangan-perjuangan ini memberi dampak yang cukup besar terhadap masa depan agama, bangsa dan negara masing-masing. Antara perjuangan yang ditunjangi mahasiswa tersebut, Revolusi
Kejayaan Revolusi
Bagi melakukan perubahan yang diharapkan, Ali Shariati telah menyampaikan beberapa siri kuliah berkenaan “pemikir reformarsi celik” ataupun dalam bahasa Parsinya rausyanfikir. Beliau telah menegaskan dalam siri kuliahnya bahawa para intelektual Barat telah gagal memainkan peranan yang sewajarnya dalam melakukan revolusi sosial terhadap masyarakat am. Hujah ini adalah relevan kerana pada waktu itu banyak golongan muda yang memandang Barat sebagai sumber inspirasi kepada mobilisasi hidup mereka. Maka kebanyakkan daripada mereka yang dididik dalam acuan Barat akan terpengaruh dengan cara hidup para intelektual dan profesional Barat yang gagal memainkan fungsi sosial mereka dengan baik.[2]
Menurut takrif rausyanfikir yang diberikan oleh Dr. Ali Shariati, ianya adalah “mereka yang menyedari dan arif mengenai situasi sosial manusia yang sebenarnya pada zaman kini dan masa lampau dan mempunyai tanggungjawab sosial.”
Beliau mengingatkan bahawa maksud pemikir reformasi yang celik dan intelektual tidak sama. Ali Shariati menegaskan bahawa bukan semua para intelektual mempunyai pemikiran celik malah kadang kala hanya menggalas tugas demi pangkat dan status di menara gading ataupun institusi-institusi profesional.
Beliau juga menjelaskan bahawa golongan rausyanfikir tidak semestinya merujuk kepada mereka yang mempunyai pendidikan universiti. Hatta penarik beca sekalipun layak bergelar rausyanfikir jikalau ianya adalah seorang yang celik dan memainkan peranan yang sewajarnya dalam melakukan reformasi terhadap masyarakat.
Ali Shariati menegaskan kebiasaannya golongan yang tidak begitu terdidik melalui institusi pendidikan yang formal merupakan antara pemimpin revolusinier yang hebat seperti Malcolm X yang memperjuangkan hak rakyat Afro-Amerika di Amerika Syarikat pada tahun 60-an.
Konsep rausyanfikir ini memberi peringatan kepada para mahasiswa
Tetapi pada masa kini, peranan mahasiswa telah diubah suai menjadi modal insan yang sebenarnya hanya bertujuan untukmenyempurnakan keperluan tenaga kerja para kapitalis. Akhirnya, golongan mahasiswa yang lahir hari ini telah dibius fungsi sosialnya sehingga lumpuh dalam memahami realiti dan permasalahan masyarakatnya.
Menurut Ali Shariati lagi, dari segi prinsip, tanggungjawab serta sumbangan golongan rausyanfikir di dunia ini adalah sama dengan para nabi dan pemimpin agama iaitu pemimpin revolusinier yang berjuang untuk mentrasformasi struktur fundamental pada zaman dahulu.
Ali Shariati menegaskan bahawa golongan nabi tidak boleh diletakkan dalam kategori yang sama dengan ahli falsfah, para saintis, dan artis. Para nabi selalunya wujud dari kalangan golongan
Daripada konsep ini kita dapat jelaskan bahawa seharusnya peranan rausyanfikir adalah sebagai penyelesai masalah rakyat. Begitu juga dengan punca kepada sumber perjuangan rausyanfikir iaitu universiti seharusnya merupakan institusi yang menyelesaikan masalah rakyat tempatan dan bukannya masalah tamadun asing.[3]
Jelas disini Ali Shariati sering menegaskan bahawa mahasiswa yang menempatkan diri dalam kelompok rausyanfikir ini perlulah sedar akan fungsi dan tanggungjawab sosial masing-masing. Untuk menterjemahkan peranan ini dengan lebih baik perlunya golongan rausyanfikir ini mencapai dzauq (rasa) yang dapat memberi penghayatan yang baik berkenaan perjuangan akar umbi. Dengan yang demikian, para aktivis mahasiswa haruslah sentiasa turun ke
Perkara ini bukanlah sesuatu yang asing dalam sejarah negara kita. Mahasiswa pada tahun 70-an telah turut sama menterjemahkan konsep rausyanfikir ini dengan baik seperti rakan seperjuangan mereka di
Melalui penjelasan dan contoh-contoh di atas, kita dapat kenal pasti bahawa peranan aktivis mahasiswa dalam konteks rausyanfikir sememangnya relevan pada hari ini. Situasi pada zaman Ali Shariati merupakan zaman pasca penjajahan yang mana pemikiran masyarakat masih berbekaskan perasaan inferiority complex terhadap penjajah. Perasaan ini telah diterjemahkan dalam pelbagai konteks seperti arus budaya asing yang merosakkan, pemahaman sekularisme dan juga pengetengahan maksud pembangunan materialistik yang ditinggalkan oleh bekas penjajah.
Tetapi pada zaman ini kita sedang berhadapan dengan penjajahan bentuk baru yang lebih diskrit dan halus sifatnya. Maka adalah perlu sekali lagi golongan aktivis mahasiswa menjawat tugas rausyanfikir agar perjuangan rakyat yang tulen mampu menghasilkan revolusi sosial yang betul.[6]
Maka, untuk mencipta penyelesaiaan yang betul, golongan rausyanfikir pada era moden ini harus juga mempunyai akidah yang kuat serta daripada kekuatan akidah itu dapat diterjemahkan menjadi satu pandangan alam (world view) yang tepat. Dengan adanya pandangan alam yang tepat, rangka pemikiran (framework) aktivis mahasiswa akan menjadi lebih tersusun dan relevan dengan permasalahan semasa. Seringkali kita lihat perjuangan yang didasari dengan semangat juang semata-mata tanpa pemahaman yang menyeluruh mengenai permasalahan yang ada hanya akan melahirkan penyelesaiaan yang tempang.
Pemahaman konsep-konsep penting seperti yang dirumuskan oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas dalam pemahaman makna kebahagiaan, pembangunan, kebenaran dan realiti harus difahami secara mendalam agar pembentukkan pandangan alam yang betul sebagai asas perjuangan tidak lari dari lunas-lunas yang terdapat dalam Al Quran dan hadith.[7]
Seringkali permasalahan aktivis mahasiswa adalah berlakunya dikotomi antara aspek teori dan praktikal. Masalah yang wujud daripada pemisahan sebegini adalah kecelaruan dalam melahirkan penyelesaian yang sesuai dengan konteks tempatan. Seperti contoh kebanyakkan pejuang reformasi Dunia Ketiga telah terperangkap dengan idea-idea baru dari bekas penjajah seperti makna pembangunan dan kejayaan ekonomi. Maka reformasi yang sepatutnya membuahkan hasil yang baik kepada rakyat menjadi sebaliknya seperti kegagalan pengurusan ekonomi rejim Suharto yang terperangkap dengan idea dan konsep pembangunan neoliberal anjuran IMF dan Bank Dunia.[8]
Adalah tidak wajar untuk aktivis mahasiswa melakukan pemisahan sebegitu rupa kerana telah terbukti bahawa golongan rausyanfikir merupakan golongan aktivis yang membawa teori dan praktikal bergerak seiring antara satu sama lain dalam menyelesaikan masalah rakyat. Dengan itu, barulah penulis yakin bahawa peranan mahasiswa selaku golongan rausyanfikir dapat diterjemahkan dengan lebih baik dalam masyarakat kita.[9]
[1] Jikalau kita lihat sekarang, realiti perjuangan mahasiswa pada hari ini sangat tidak seimbang. Kefahaman akan kedudukan mereka sebagai mahasiswa di universiti itu sendiri boleh dipersoalkan dengan serius. Ketegaran dalam berpolitik, dengan menciplak budaya politikus di luar kampus melahirkan satu kebangkitan yang superficial dan jumud sifatnya. Ini kerana kebangkitan yang hanya diisi dengan emosi semata-mata tidak kena dengan adab sebagai seorang mahasiswa yang hidup di kampus. Adab yang dimaksudkan disini, seperti yang dikupas dengan panjang lebar oleh failasuf Muslim, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas adalah “meletakkan sesuatu pada tempatnya”. Maka kedudukan mahasiswa, apatah lagi sebagai seorang pejuang mahasiswa Islamis, haruslah berada pada tempatnya yang tersendiri, bukan menjadi klon kepada watak-watak diluar kampus yang mempunyai tempat mereka yang tersendiri. Sudah tentu imej yang akan timbul dalam benak masyarakat apabila nama ‘mahasiswa’ itu dilaungkan adalah berkenaan ‘kebijakkan’, ‘kepandaian’, ‘keintelektualan’ dan ‘keilmuan’. Apabila aktivis mahasiswa menjadi klon politikus kepartian seperti yang wujud di luar kampus, maka dia telah gagal meletakkan dirinya pada tempat yang sewajarnya sebagai mahasiswa di universiti masing-masing. Malah, kemenangan yang dikecapi akan beransur lesu akibat momentum emosi yang akan semakin berkurangan ditelan masa. Hanya dengan ilmu yang memberi kefahaman yang meyakinkan dalam pembentukkan weltanschauung mahasiswa yang berasaskan al-haqq (truth and real), seperti yang digariskan berkenaan ilmu yang meyakinkan dalam surah al-Takathur, mampu memberi momentum yang berkekalan dalam episod perjuangan di kampus, mahupun di luar kampus yang lebih mencabar sifatnya.
[2] Secara peribadi, penulis lebih terkesan dengan konsepsi yang diutarakan oleh Ali Syariati berbanding apa yang dikemukakan oleh Hassan al-Banna dalam membentuk idealisme/fikrah perjuangan mahasiswa. Ini mungkin kerana pengalaman Ali Syariati yang lebih meluas dalam berinteraksi dengan pelbagai jenis golongan intelektual yang berjuang di Eropah seperti Jean-Paul Sartre dan di Afrika seperti Frantz Fanon. Pertembungan idealisme perjuangan yang berbeza ini tidak menjadikan Ali Syariati keliru, malah membantu beliau merumuskan titik pertemuan antara idealisme perjuangan asing (seperti sosialisme yang begitu besar pengaruh di dunia Arab pada ketika itu) dengan idealisme perjuangan Islami (versi Syiah). Maka, anak-anak muda Iran yang pada mulanya terpengaruh dengan idealisme perjuangan Barat seperti sosialisme, akhirnya terpanggil untuk menukar arah kepada idealisme perjuangan Islami yang turut sama menganjurkan tenaga dan dinamika yang sama malah lebih kukuh daripada apa yang diketengahkan oleh sosialisme ala Lenin dan Stalin pada ketika itu. Penyuburan idealisme ini akhirnya membuka jalan kepada Imam Khomeini untuk melancarkan Revolusi
[3] Falsafah perjuangan rausyanfikir yang menggagaskan kepedulian dan kesedaran yang tulen akan masalah yang wujud dalam masyarakat boleh memberi satu fokus yang cermat buat aktivis mahasiswa mencerna realiti yang ada. Ini kerana, hanya dengan membaca buku tanpa bertafakkur, berusrah dengan bertaqlid, dan berjuang dengan emosi, ianya tidak dapat membantu aktivis mahasiswa memperkemas kinikan kefahaman dan keperluan perjuangan berdasarkan waqi’ yang ada. Kesedaran tulen ( real consciousness) yang difahami oleh aktivis mahasiwa melalui pengamalan konsep rausyanfikir dalam kehidupan seharian dapat membantu diri aktivis mahasiswa untuk memperkukuhkan pembinaan pandangan alam Islam yang lebih syumul dan dinamik. Ma’lumat, dan idea yang diperolehi melalui pembacaan, perbincangan, usrah, tamrin dan segala macam aktiviti dalaman dapat dimatangkan melalui pencernaan ma’na perkara-perkara tersebut yang mana dapat diperolehi melalui pengalaman peribadi dalam gerak kerja akar umbi bersama masyarakat sama ada berbentuk intelektualisme ( seperti wacana ilmiah, kajian dasar sosio-ekonomi dan politik masyarakat etc.) mahupun aktivisme ( seperti demonstrasi, culture jamming, kempen etc.)
[4] Ini telah dibuktikan oleh Che Guevara dan Syed Qutb sendiri, yang mana masing-masing telah mengalami krisis idealisme setelah keluar merantau. Mustahil tokoh-tokoh ini dapat menjadi apa yang telah tertera dalam sejarah jika mereka sendiri tidak bertindak seperti rausyanfikir yang sangat peka dengan permasalahan umat masing-masing.
[5] Untuk mengetahui contoh terbaik gerakan mahasiswa Islam yang bersifat rausyanfikir, rujuk karya Zainah Anwar bertajuk ‘Islamic revivalism in
[6] Penulis berpendapat bahawa cabaran utama aktivis mahasiswa pada hari ini adalah cabaran ilmu. Penulis mengambil pendekatan Prof. al-Attas dalam merungkaikan masalah akar umat Islam ya’ni masalah kehilangan adab. Korupsi, kebejatan moral yang berlaku di kampus dan dalam masyarakat secara am-nya bertitik tolak dari kehilangan adab yang melahirkan kekeliruan ilmu. Amat kurang sekali respon aktivis mahasiswa terhadap cabaran ilmu ini kerana kebanyakkan daripada kita lebih cenderung mengikut jejak langkah politikus di luar kampus yang acap kali cenderung mempolitikkan banyak perkara yang kadang-kala tidak perlu pun untuk dipolitikkan.
[7] Penulis berpendapat penggunaan kitab aqidah yang betul, seperti yang telah diajar turun-temurun dalam sejarah ketamadunan Islam di dunia Arab mahupun di Nusantara ini haruslah diperkenalkan semula dalam sistem tarbiyah masing-masing. Ini kerana kitab-kitab tersebut telah terbukti melahirkan generasi umat Islam yang mempunyai kefahaman yang tepat berkenaan pandangan alam Islami. Dengan adanya kefahaman yang tepat inilah umat Islam pada zaman dahulu, selama lebih 1000 tahun telah membina tamadun dan melakar sejarah dalam pelbagai lapangan kehidupan manusia. Setakat ini, penulis mengesyorkan kitab aqidah seperti Al-Fiqh al-Akbar karangan Imam Abu Hanifa dan Aqaid al-Nasafi karangan Najm al-Din al-Nasafi sebagai kitab induk pembentukkan pandangan alam Islami yang lebih konkrit dalam berhadapan cabaran semasa yang sangat sulit seperti sekularisme dan liberalisme pemikiran. Bagi yang cenderung kepada mazhab pemikiran al-Attas, bolehlah rujuk Risalah untuk kaum Muslimin, Islam and Secularism dan diperingkat lebih tinggi, bolehlah rujuk Prolegomena to the metaphysics of Islam.
[8]
[9] Konsep rausyanfikir yang digagaskan oleh Ali Syariati adalah satu sintesis yang rumit akan perihal intelektualisme dan aktivisme. Pada hemat penulis, kerangka pemikiran al-Attas sangat sesuai digunakan untuk perjuangan aktivis mahasiswa di
Kesimpulan mutakhir:
Kemenangan apa jua pilihan raya yang berlaku di pentas masyarakat mahupun kampus harus diisi dengan budaya ilmu yang bersifat rausyanfikir. Ini kerana, penulis melihat para politikus dan aktivis mahasiswa Islamis masih tidak peka dengan badai besar krisis ekonomi global yang bakal menghimpit rakyat
3 ulasan:
Great article...keep writting!
Salam.
Gagasan Rausyanfikr atau pemikir yang celik, yang diutarakan oleh Ali Syariati - sebenarnya, menekankan daya kreatif seseorang pemikir itu sendiri, khasnya dalam mengadaptasi pelbagai pendekatan yang sesuai, setelah memahami situasi sosial dan psikologi lokasi gerakan itu sendiri. Mungkin kerana itu, Ali Syariati sendiri melihat Sarte ialah seorang pemikir celik di Eropah, tetapi jika dibawa ke belahan dunia yang lain, apa yang Sarte lakukan itu hanya merosakkan lagi apa yang ada.
Dalam sisi yang lain, saya melihat, gagasan Ali Syariati sangat bagus untuk diterapkan, dan difahami oleh semua orang - kerana, takrifnya itu yang sangat fleksibel.
Sgt setuju bro lutfi. Satu takrif yg fleksibel. Sartre mmg di satu sudut nampak sgt pelik dgn Islam tp falsafah existensialisme itu kalau dikena gayakan dengan Islam mampu meleburkan kebatilan yg ada. Islamisasi ilmu.
Catat Ulasan