Selasa, 13 Januari 2009

Korban sembelihan di Menara Gading: 'Revisit' sempena pembukaan semula semester dan PRK.



Memandangkan gelombang Pilihan Raya Kampus (PRK) di IPTA semakin deras menyapa kesedaran mahasiswa ( sejauh mana agaknya?), saya terpanggil untuk berkongsi kembali artikel yang saya kira boleh dijadikan satu wacana muhasabah buat semua yang mengaku pejuang/dai'e/aktivis mahasiswa di kampus, terutamanya yang akan memimpin baik di tahap 'permukaan' ataupun 'bawah tanah'.


Artikel di bawah ini merupakan mahar pertama yang saya beri kepada akhbar Siasah  setelah dijemput oleh beberapa editor mereka yang saya akan terhutang budi sampai mati kerana memberi ruang dan peluang (tak kurang juga wang honorarium) untuk saya mengasah bakat dalam bidang aktivisme penulisan. Hendak dibandingkan blog ini dengan blog sebelum ini sangatlah jauh sekali kualitinya. Setelah itu, tidak putus-putus rezeki untuk menulis dalam pelbagai media massa walaupun saya ini budak setahun jagung dalam penulisan ala aktivisme.


Syukur Alhamdulillah saya ucapkan kepada Tuhan yang Maha Kaya dalam memberi ilham. Tanpa bantuan Yang Maha Esa, takkan mampu ku coret artikel yang ku rasa tidak lagi mampu ku tulis dua, mahupun tiga kali sepesen seperti yang telah tercoret sebelum ini.


Pesanan Mawdudi di bawah ini, serta syarah yang saya coretkan selepasnya haruslah direnung bukan selapis dua, tapi tiga dan empat barangkali untuk mendapat ma'na yang terselindung di sebalik perkataan tersebut.


Saya teringin jika diizin Allah S.W.T untuk berkongsi idea saya bersama pimpinan gerakan Islam di setiap kampus untuk kita sama-sama menyemak semula kerelevanan perjuangan kita yang saya kira masih belum menjalar ke akar permasalahan yang sebenar baik dalam kampus mahupun di luar kampus.


Sesungguhnya, PRK dan segala macam gerak kerja kampus hanylah medan tarbiyah awal untuk memantapkan idealisme/fikrah/pandangan alam/weltanschauung masing-masing. Mutiara paling berharga yang harus cuba dimiliki oleh mahasiswa/mahasiswi yang mendambakan diri dalam perjuangan ini adalah rasa 'dzauq' perjuangan itu sendiri dengan mengambil i'tibar yang telah dilalui sendiri oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. 


Rasa 'dzauq' ini, pada hemat saya harus dicapai dengan mengaplikasikan prinsip ketauhidan penggunaan rasionaliti dan emosionaliti yang dapat menghasilkan perubahan radikal berasaskan kefahaman Ilmu. Barulah ma'na yang dicari-cari selama ini akan timbul dan memberikan satu petanda yang serupa sepertimana Archimedes berkata "Eureka!"- dalam erti kata lain making sense out of things you understood superficially or 'taqlidi' before.


Dalam setahun lepas, inilah yang berlaku ke atas diri saya yang kerdil ini. Semuanya semacam roller coaster ride. Akhirnya, saya jumpa ma'na dan tujuan pendidikan di universiti yang hilang selama hari ini di bawah timbunan sampah yang dipanggil "CGPA" dan gred-gred palsu yang menjustifikasikan kecerdikan homo academicus seperti kita ini. Konon-nya bijak rupanya ditipu juga! 


Bila sudah tahun akhir ini, saya tergelak seorang diri bila bermuhasabah kembali akan perjalanan hidup di universiti.


Tidak mengapa. mari kita sama-sama renung kembali artikel di bawah. Kepada sahabat-sahabiah yang bertanding dalam PRK sama ada yang saya kenali, dan yang langsung saya tak kenal, artikel ini untuk anda semua. Kemenangan PRK yang diidamkan hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih dahsyat ya'ni perlaksanaan.


Tanpa ilmu, bagaimana mungkin?


Ayuh membudayakan ilmu yang sebenar dalam kampus kita! Elakkan diri daripada jadi korban sembelihan di Menara Gading!




Korban Sembelihan di Menara Gading: 'Revisit' sempena pembukaan semula semester dan PRK.



Sayyid Abul Ala Maududi (1903-1979)

"‘Dear students! You have spent many years of your life at this institution to acquire education. You have eagerly been waiting for the day when you will reap the harvest of your labour in the form of a degree. I am aware of your emotions on this occasion, and that is why it pains me to express my thoughts so bluntly.


Frankly speaking, I consider this Alma Mater, in fact all Alma Maters of this kind, slaughter houses rather than educational institutions. The degrees to be awarded are in fact death certificates, issued when the murderer is satisfied that he has accomplished his task; fortunate are those who escape from this organised butchery with still some spark of life.
 


I have not come here to congratulate you on receiving these death certificates. I am, rather, overwhelmed with grief to see you in such a miserable plight. I am like someone seeking a person who might still be alive among a mass of corpses.’"



"'Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini. 


Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik in, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematiandiberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.


Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."

Syarah:

Mungkin, tidak ramai orang kita yang mengenali sosok pejuang Islam dari Pakistan ini. Sejarah telah mengukir betapa sosok ini berupaya berdiri sama tinggi dengan Imam Hassan Al Bana dalam perjuangan menegakkan Islam sebagai Sistem Kehidupan di tanah air masing-masing.


Sayyid Abul Ala Maududi merupakan seorang pejuang, intelektual dan da'ie yang cukup disegani dalam abad ke-20. Namanya senantiasa meniti dibibir para pejuang Islam yang dahagakan tiupan semboyan daripada pemimpin sepertinya.


Beliau merupakan pengasas kepada Jamaat-e-Islami di Pakistan, sebuah gerakan Islam yang sama hebatnya dengan Ikhanul Muslimin dibawah Imam Hassan Al Bana.


Ungkapan yang tajam dan tersirat di atas merupakan salah satu ekspresi diri beliau terhadap realiti sistem pendidikan yang telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan semenjak zaman kolonial hinggalah ke hari ini.


Kenapa begitu teruk sekali pandangan beliau terhadap universiti? Adakah pengorbanan mahasiswa tidak bererti dalam menimba ilmu?


Persoalan ini akan terjawab jikalau kita bersikap kritikal dalam menilai sejarah dan impak yang tersirat didalam masyarakat.


Memang benar. Universiti telah menjadi pusat penyembelihan kepada anak-anak muda yang suci pemikirannya. Disinilah mereka dikelar mindanya, dipatahkan tulang kesedarannya dan digantung maruah mereka selaku pengubah masyarakat.


Para penyembelih yang terdiri daripada golongan aristokrat pendidikan telah mengupah manusia-manusia yang kelu untuk menyiat potensi minda perjuangan anak-anak muda ini. Diasingkan daripada realiti dan diangkat menjadi fantasi.


Itulah keadaan sebenar pada hari ini. Golongan mahasiswa sudah dicincang dengan lumat sehingga tidak dapat dikenali lagi sebagai seorang 'insan' yang berguna pada rakyatnya. Terkurung daripada cahaya kebenaran, mahasiswa akhirnya dibutakan dengan lambakkan makanan berupa sampah untuk dibuntalkan perut minda mereka agar tidak ada apa lagi yang perlu dipersoalkan.


Akhirnya, kegemukkan minda menghasilkan sifat kemalasan dan kepekaan kepada sekeliling menjadi pudar. Buta hati mula melingkar menusuk kalbu. Itulah mahasiswa. Hanyalah haiwan sembelihan buat golongan kapitalis yang menyedut darah merah yang segar daripada otak beku mereka.


Selagi mana golongan mahasiswa terpisah dengan realiti masyarakat, kehidupan yang sempit didalam kampus hanya mampu menjadikan mereka daging pejal buat golongan kapitalis yang saban hari menyediakan hidangan daging mentah buat umat manusia. Mungkin, inilah yang ingin cuba disampaikan oleh Pejuang Islam ini. Pendidikan warisan penjajah yang membunuh.


TAMAT




Pengumuman dan Iklan:


1) SEMINAR & LATIHAN DAKWAH MENDEKATI REMAJA MENANGANI GEJALA SOSIAL

   Maklumat lanjut di sini.
 
   Saya pernah sertai di bawah bimbingan Ustaz Kamaruddin yang pakar dalam bab-bab ini. Catatan pengalaman diri      ini boleh rujuk di sini.




2) CERAMAH KHAS OLEH GURU FALSAFAH DAN PEMIKIRAN ISLAM SAYA



     Butiran lanjut program anjuran Muslim Professional Forum, klik sini.



3) SIRI CERAMAH 'AKAR PERMASALAHAN KRISIS GAZA' oleh saya sendiri

    
    - Khamis, lepas Maghrib di surau Kolej ke-11 Universiti Malaya (dwi-bahasa: BM dan BI)
    - Jumaat, jam 11am-12.15pm di Sek. Agama Men. Tinggi Tengku Ampuan Jamaah, Seksyen 11,  Shah Alam.




3 ulasan:

ainon mohd berkata...

Tuan Sosialis Kanan,

Isu proses pendidikan pada peringkat universiti yang "mem-bodoh-kan" otak-otak yang tinggi-IQ (dan oleh itu pintar-pintar belaka) berlaku sudah lama diperkatakan.

Saya sebutkan apa kata Dr. Edward de Bono berkenaan isu ini.

Menurut beliau, universiti melatih pelajar-pelajar menjadi sangat pandai berfikir bagi tujuan men-describe sahaja. Hasilnya, mereka menjadi descriptivists. Analisis adalah salah satu proses men-describe sesuatu. Golongan yang memiliki ijazah sangat pandai meng-analisis apa-apa sahaja yang ada di depan mereka.

Namun, anak panah analisis adalah menghala ke belakang. Kita tidak mungkin dapat menganalisis sesuatu yang belum berlaku. Justeru, mereka yang pandai meng-analisis adalah pakar dalam hal-ehwal mengkaji dan memahami perkara-perkara yang sudah berlaku.

Semakin banyak analisis, semakin kita faham apa yang TELAH berlaku, tetapi analisis tidak menelurkan idea-idea baru.

Analisis lilin tidak menghasilkan mentol, kerana mentol bukan tercipta dengan membaiki lilin.

Rausyanfikir berkata...

Betul Puan Sifu,

Sudah banyak intelektual Barat dan Dunia Ketiga yang memperkatakan sebegitu.

Tetapi hairan, ulama' kita jarang mengkritik sistem pendidikan tinggi. Sedangkan yang merosakkan dunia ni siapa lagi kalau bukan 'bijak pandai yang dungu'.


Saya sokong moto PTS untuk memandaikan bangsa dengan membaca!

Tanpa Nama berkata...

The only way to stop future genocide is to fight back our way. The cowards use drones and missiles. No suicide bombs. Use snipers and hitmans. Pay them to kill their ambassadors and their families, their company ceos and their families. They kill our children. List down the numbers they have kill and we try to reach that number. An eye to an eye. Hit them anywhere in this world, from Brazil to Mongolia.
Distribute this comment to as many people as possible all over the world.