Sabtu, 3 Januari 2009

Kekeliruan PAS dalam perihal Bahasa Melayu


Church rejects 'Herald' permit conditions


2009/01/03


KUALA LUMPUR: The Roman Catholic Church of Malaysia has rejected the three conditions imposed on it by the Home Ministry in the approval of the annual publishing permit of its weekly. The publishers of the Herald and Archbishop of Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam also planned to take the matter to court if the issue was not resolved by Friday.


In a letter of reply to the ministry, which was made available to the press, he criticised the conditions as "
unreasonable", "irrational", "illegal" and "reeking of ill-will and bad faith".


The letter was addressed to the ministry's Publications and Quranic Text Control unit deputy secretary Abdul Razak Abdul Latif.


The ministry, in a letter received by Murphy on Dec 31 that gave the green light to publish the newspaper, laid down the following conditions:


- the publishing of the Herald in Bahasa Malaysia be stopped until the court decides on the move to seek a declaratory relief that it was entitled to use the word "Allah" in it;

- the publication can only be sold in churches; and

- the newspaper was only meant for Christians be printed clearly on the cover.


Murphy was perplexed by the first condition.


"We are unable to see how these two matters are related.


"Even if the courts dismiss our application for judicial review, that has no bearing on the publication in Bahasa
Malaysia."


He said the condition was a serious violation of the constitutional freedom of expression and speech, adding that it also prohibited and/or diminished the rights of citizens to communicate in the national language, in contravention of the National Language Act 1967.


"Connecting the matter of publication in Bahasa Malaysia with the determination of the judicial review proceedings is not only grossly unreasonable, irrational and illegal, but also reeks of ill-will and bad faith in that this condition serves as a form of retribution or punishment on account of our filing of the judicial review."


Murphy said the Herald should be allowed to use the word "Allah" in its Bahasa Malaysia segment until the High Court decided otherwise.


He also took exception to the other two conditions.


"We wish to state that the Herald has always been made available only in Catholic churches.


"Further, the masthead 'Herald -- The Catholic Weekly' is self-explanatory and serves as sufficient notice to the world at large that it is a magazine meant only for Catholics in
Malaysia."


Murphy asked the ministry to reconsider it's decision and revoke the conditions.


The ministry usually renews the weekly's permit months before the Dec 31 deadline.


This year, it renewed the permit only two days before the New Year.


Razak had warned that the ministry's enforcement unit would take action if the conditions were not met.

Sumber: NST Online


Saya akan terjemahkan syarat yang diberi oleh kerajaan:



Kementerian berkata dalam
surat yang diterima oleh Archbishop of Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam pada tarikh 31 Disember telah memberi lampu hijau untuk membenarkan penerbitan Herald akhbar untuk pengaut agama Kristian, dengan beberapa syarat:

·

  • Penerbitan akhbar Herald dalam Bahasa Malaysia harus diberhentikan sementara waktu sehingga mahkamah bersetuju memberi kebenaran sama ada boleh menggunakan perkataan “Allah” atau tidak dalam akhbar tersebut.
  • Penerbitan akhbar tersebut hanya boleh dijual dalam gereja

  • ·Akhbar tersebut harus melabel “untuk orang Kristian sahaja” pada muka hadapannya.

Saya nak tanya, kenapa Arcbishop Murphy nak guna perkataan “ Allah” ni sangat dalam akhbar Herald versi Bahasa Malaysia?


Kenapa tak boleh guna nama Tuhan?


Apa agenda mereka sebenarnya?


Allah adalah nama khas yang sarat mengandungi ma’na metafizika aqidah Islam yang boleh sewenang-wenangnya digunakan oleh penganut agama lain tanpa memahami konteks penggunaannya dengan betul.


Apa kaitan nama "Allah" dan konsep Tuhan yang difahami orang Kristian? Tiada bukan? Lupakah surah al-Ikhlas?


Saya tersangat kecewa dengan Dewan Ulama’ PAS yang telah membenarkan penggunaan nama “Allah” berhubung isu ini.


Ini masalahnya bila tak faham susur galur pengislaman Orang Melayu. Sekarang, polemik penggunaan nama “Allah” ini masih tidak berkesudahan. Saya yakin pada masa akan datang orang Kristian di Malaysia akan cuba menjustifikasikan penggunaan nama “Allah” dalam penerbitan mereka kerana dahulu Dewan Ulama’ PAS sendiri membenarkannya.


Kenapa tak boleh biarkan penganut agama lain guna nama ‘Allah”? Klik sini untuk memahaminya.


Masih tidak terlambat untuk Dewan Ulama’ PAS membetulkan keadaan. Saya harap Dewan Ulama’ PAS dapat memberi kata tegas bahawa penganut agama lain “TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN NAMA ALLAH” dalam penerbitan mereka.


Satu lagi kes:


Akhbar Cina dibenar, papan tanda jalan tulisan Cina dihalang

Zuharhaman MN
Wed | Dec 24, 08 | 6:27:45 pm MYT

PASIR PUTEH, 24 Dis (Hrkh) - Hairannya mengapa penerbitan akhbar berbahasa Cina dibenarkan, rancangan televisyen juga ada berbahasa Cina, sebaliknya tulisan Cina pada papan tanda jalan tidak dibenarkan.


"Sepatutnya kalau tidak boleh, tidak boleh semualah," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada satu program di sini, baru-baru ini.


Sebelum ini ada pihak tampil membidas kerajaan Pulau Pinang kerana menggunakan tulisan Cina bersama tulisan Melayu dan Inggeris pada papan tanda jalan di tapak warisan dunia di George Town.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, penggunaan lain-lain bahasa pada papan tanda jalan di samping mengekalkan bahasa Melayu, tidak menjadi kesalahan baginya.


Menurut beliau tindakan pihak tertentu yang mempertikai langkah dibuat kerajaan Pulau Pinang sebenarnya hanyalah berunsur politik, secara tidak langsung mencerminkan sikap tidak menghormati bahasa lain.


"Hairan.. perkara macam ni pun jadi isu. Nampak sangat kurang cerdik. Sedangkan dalam Islam ia dianggap satu nikmat dijadikan oleh Allah SWT untuk semua bangsa dalam dunia ini," katanya.


Sedangkan kata beliau Islam tidak membezakan bahasa serta bangsa.


Sumber: Harakahdaily.net


Saya tak kisah sangat Tuan Guru hendak berpolemik berkenaan isu papan tanda, tapi saya sangat berharap Tuan Guru dapat keluarkan kenyataan keras berhubung isu PPSMI.


Kalau isu seciput papan tanda Cina pimpinan PAS boleh bersuara, apakah tidak boleh juga mereka bersuara secara “FORMAL” (bukan press statement runcitan) dan “TEGAS” untuk membantah PPSMI?


Saya percaya ramai pucuk pimpinan PAS kurang faham akan isu kepentingan mempertahankan institusi Melayu yang sangat bersangkut paut dengan Islam iaitu Bahasa Melayu. Kalau ada pun kenyataan yang diberi banyak dilakukan diperingkat pimpinan bahawan dan tidak konsisten sangat.


Kita semua sedar bahawa dalam ceramah-ceramah PAS, stand Ke-Melayuan itu tidak berapa jelas.


Kenapa jadi macam ni?


Saya dah kata selalu yang PAS ini anti tesis kepada UMNO.


Walaupun UMNO jemaah Melayu Islam yang zalim, jangalah sampai dibenci nasionalisme Melayu itu membuta tuli sehingga melupuskan ma’na Melayu dalam perjuangan PAS.


Perjuangan membela Melayu bukan sekadar bagi bantuan ketika banjir, dan sebagainya tetapi lebih penting mempertahankan institusi Melayu (seperti Bahasa, tanah Melayu, Kesultanan) yang sangat berhubung rapat dengan survival Islam di tanah air ini.


Mursyidul Am PAS kata:


“Sedangkan kata beliau Islam tidak membezakan bahasa serta bangsa"


Ya benar Islam tidak membezakan bahasa serta bangsa tetapi pimpinan PAS harus sedar juga akan peranan bahasa dalam proses pengislaman sesebuah bangsa ya’ni dalam menyampaikan risalah dakwah kepada manusia.


Masakan tidak dalam dunia ini ada sekelompok keluarga Bahasa Islami yang mana penggunaan kata kunci penting yang sama ditekankan dalam bahasa-bahasa tersebut seperti yang ada dalam Bahasa Parsi, Urdu, Turki Uthmani, Melayu, dan Arab. Malah skrip mereka juga berubah kepada bentuk jawi. Bukankah ini semua menunjukkan ulama’ silam sangat memahami kedudukan bahasa dalam proses Islamisasi?


Saya tidak mengecam pimpinan PAS tetapi saya minta sangat kepada mana-mana ahli PAS yang mampu membawa perkara ini kepada mereka untuk diambil tindakan tegas berhubung isu PPSMI ini.


Bolehlah kirimkan artikel saya ini kepada Tuan Guru dan minta Dewan Ulama’ PAS keluarkan kenyataan akhbar. Lebih baik Mursyidul Am PAS sendiri yang membuat kenyataan. Barulah impaknya besar dan orang akan lebih peka tentang isu ini.


PAS harus jangan berasa malu meng-izzah-kan Ke-Melayuan kerana Islam berdiri disini dalam aspek juz’i-nya beracuankan Melayu.


Tapi saya masih tak nampak PAS kearah itu lagi. Mungkin kerana termpau bencikan UMNO, habis Ke-Melayuan itu dijadikan korban secara tidak sengaja.


Masih belum terlambat untuk PAS kembali kepada pangkal jalan. Boleh juga rujuk Prof. al-Attas sementara beliau masih hidup untuk PAS berbincang lanjut akan identiti yang harus PAS miliki dalam konteks perjuangan Islam di Malaysia.



50 ulasan:

perokoksoleh berkata...

salam...
perkataan ALLAH itu memang diguna pakai oleh orang-orang bukan islam dr dulu..
xcaya?
mai lah arab nie..
bukaklah bible-bible..
cuma..
aku ingatkan..

sebelum nak menegur dewan ulama..
cermin diri tue ekk..
dewan ulama bukan orang yg ada ilmu sahaja..
bukan dinilai dari sijil/master/ijazah...


"kadang2x pemikiran kita xsampai dengan mereka"

Rausyanfikir berkata...

Saidina Ali kata:

" Jangan melihat Kebenaran melalui orang, lihat Kebenaran melalui kata-katanya (hujah)"

Anda pasti tak pernah baca artikel yang saya lampirkan dalam posting itu.

Sebelum nak 'serang' saya, baca dulu.

Lampirkan hujah anda dulu. Baru kritik saya.

Saya kritik Dewan Ulama' berasas.

Anda kritik saya hanya semata saya bukan ulama'.

Kalau hujah saya salah sila betulkan.

Baca dulu baru kritik.

Tanpa Nama berkata...

nape perkataan Allah tu hanya sesuai utk penamaan nama Tuhan Katolik di negara2 arab je ye?

pelik la kenyataan ini.

depa x keliru ke nanti, nak banding mana Tuhan org Islam, dan mana Tuhan org Katolik..

rasanya la,kepentingan pendefinisian yg disarankan al-Attas tu melibatkan katakunci2 pntg UTK org Islam je. pemahaman konsep tu penting utk kita je.

dalil yg ada jelas je, mcm ayat 64 Surah Ali Imran tu dan beberapa ayat agi spt yg diungkap oleh ust asri.

Dan takkanlah dewan ulamak x sedar ttg bahaya kristiansasi ni.

berbalik ttg fiqh maqasid syatibi yg dikatakan; benar2kah mafsadah yg nyata akan timbul dgn penamaan ini? Kalau boleh, tampilkan perbahasannya supaya kita dapat menilainya kembali.

saya rasa, apa yg sdr perlu tekankan dlm isu ini ialah pelaksanaan dan penguatkuasaan enakmen syariah yg melarang penganut agama lain menyebarkan agamanya kepada org Islam.

itu yg lebih penting utk diperjuangkan.

Tanpa Nama berkata...

opss. lupa plak.

antara cth penguatkuasaan enakmen syariah tu ialah haramkan je terus surat khabar bahasa melayu tu

kalo bincang dr sudut penamaan je, xde masalah. sbb ada nas.

nak halang penyebaran agama lain kpd org Islam, kena kuatkuasakan enakmen syariah yg ada.

masalah lain-lain, penyelesaiannya kene tgk setiap qadiyah satu persatu.

E the Prototype Robot berkata...

as far as I know,Judaisme,Christianity and Islam root on same religion,but those religions splited into three because of discontent among those religious figures,and believe they're deserves to be Prophet,or seek power through religion.

These people,using a religion as their reason to reign in power is actually create "they own version of religion".And because this power-thirst religious figure seek political and religious power,therefore they created religion and we,the people just follow the dogma that they already created for us.

Misuse and misleading in using power not only for happens at politicians,religious figures also have a same problem as well.

Who wrote Bible?Who wrote Old Testament?Those books came from Taurat and Injil,right?

We lives in the confusion.We confused ourselves.

Tanpa Nama berkata...

sejak 2004 PAS telah hantar saman terhadap kerajaan...

namun, tiada tindakan diambil???

skarang, GAPENA baru nak blajar saman menyaman..

baca tulisan karangan peguamPAS, hanipa maidin

sufi mustika berkata...

kita asyik bertengkar dengan penggunaan nama ALLAH walaupun hakikatnya ALLAH yang menjadikan makhluk didunia ini.

kitab-kitab sirah pun menegaskan betapa puak kafir Quraisy sendiri tatkala menentang seruan dakwah Baginda S.A.W bersumpah atas nama Allah begitupun dalam usaha melawan Baginda tetapi aqidah mereka tetap ditolak. Paling kurang buka Sirah Nabawiyah An-Nadwi.

Andainya isu nama Allah ini hanya berlaku di dalam Malaysia sahaja (mungkin) bolehlah kita tunjuk kuasa lagi tapi kalau pope di vatican hendak menggunakannya juga, dengan apa lagi kita nak membantah? Masih dengan demonstrasi seperti ketika keluar isu Melayu ramai murtad?

Yang perlu ditegaskan ketika ini adalah bagaimana penerangan tentang aqidah Islam yang sebenar itu patut difahami.Aqidah seperti yang dibawa oleh Rasulullah iaitu bukan berikrar Allah itu Tuhan seluruh alam kerana itu pun kafir quraisy dan tahu tetapi yang mesti difahamkan ialah aqidah itu adalah menafikan ketuhanan selain hanya kepada Allah taala, maka dalam kes ini Kristian akan diam tidak bersuara (mungkin la) kerana mereka masih dengan kepercayaan Triniti.

Majlis Fatwa Kebangsaan patut berperanan juga dengan isu ini.

kita punya kuasa jadi kita boleh memotong lesen pihak-pihak yang tertentu tapi ini zaman moden. kalau tidak melalui akhbar, penggunaannya masih boleh berleluasa di alam maya. pendakwah kena realistik akan hal ini.

Rausyanfikir berkata...

"Dan takkanlah dewan ulamak x sedar ttg bahaya kristiansasi ni."

Apakah gerakan sekularisme itu mampu dihalang dengan undang2?

Mafsadah yg berlaku dlm masyarakat kita pada hari ini ada 2 punca: luaran dan dalaman.

Yang diluar tu terang2 seperti Zionis semua, sekularisme, liberalisme.


Yang di dalam ini, kata prof al attas atas sebab kekeliruan dan kelemahan kita sendiri.

Kita terlampau memandang rendah kesan idea/ilmu yang mampu memberi impak secara diskrit ke atas masyarakat kita.

Anda perlu baca sejarah sebelum Khilafah Turki Uthmaniyah jatuh.

Gerakan Tanzimat = Reform yang dijalankan kononnya mampu membaiki umat akhirnya melahirkan masyarakat yg bersedia menerima Kemalisme dan sekularisme ekstrimisme.

rujuk sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Tanzimat


Kejatuhan umat Islam bukan dalam vakum tetiba je berlaku. Ada proses. Ibn Khaldun, Malik Bennabi semua akui benda ni.

Sufi Mustika,

Enta tidak melihat masalah ini dari sudut falsafah sekularisme dan kristianisasi kepada orang Melayu yang "zero" aqidah.

NGO Islam semua bantah benda ni tp PAS semacam tidak ambil berat nama "Allah".

Siapa belajar mantiq, falsafah Islam, akan faham benda ni.


Kita perlu rujuk Ihya Ulmumiddin dan al-Maqsad al-asna fi sharh asma Allah al-Husna karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.


Beliau mengupas tentang pencemaran kata kunci pada zaman Abbasiah.


Sekarang Prof. al-attas mengulangi benda yang sama dalam konteks sekularisme.

Baca artikel yang saya linkkan dahulu dan counter saya balik menggunkana hujah yang betul.

Susah sangat ke PAS nak keluar press statment?

PAS adalah jemaah Islam dulu, parti politik kedua.

Xkan sebab nak jaga political mileage prinsip sanggup dikompromikan.

Baca sejarah baca! Jangan baca sirah nabawi je sebab masalah zaman skrg lebih kompleks!

Kita ada sejarah 1400 tahun ketamadunan Islam!

sufi mustika berkata...

jadinya kalau mereka ingin menyebut Allah adalah tuhan mereka adakah kita menafikan?

masalah umat Islam yang zero aqidah bukan disebabkan gejala kristianisasi semata-mata tetapi disebabkan sikap pendakwah kita juga dalam menyampaikan dakwah itu. inilah masalah kita selalu salahkan musuh.walhal diri sendiri kerja tak setara mana. beritahu berapa banyak NGO Islam yang memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik. jadi kalau persatuan kristian atau buddha atau sebagainya ingin membantu adakah itu salah mereka?

kita bercakap dengan kertas dan pena. di luar sana entah berapa ramai yang tidak lagi tahu asas aqidah sekalipun. siapa yang berperanan dalam hal ini. andai ada seminar sekalipun dibuat dengan kehadiran yang tertentu(mungkin) dan bercakap soal agama ini dengan istilah yang sukar difahami.

saya memberikan contoh kitab sirah bukan untuk dirujuk itu semata-mata tetapi sebagai suatu bukti bahawa masalah kita sekarang ini bukan masalah siapa itu ALLAH tetapi bagaimana seharusnya kita beraqiah seperti yang diajar oleh Rasulullah. sirah itu mesti dibaca apakah fiqh yang terdapat disebaliknya.

andai terdapat pencemaran kata kunci maka tugas kita menghalang kesalah fahaman itu sendiri bukan menghapuskan kata kunci itu.

baca sirah fahami fiqh didalamnya. seperti kata IBN RUSHD banyak ulama bertindak seperti telah berada dalam suatu kebenaran yang mutlak maka banyak pula menyalahkan orang lain

Tanpa Nama berkata...

sekularisme? kekeliruan ilmu?

tadi kita tengah cakap ttg kristianisasi. isu akhbar versi melayunya yg boleh mempengaruhi atau mengelirukan anak org melayu dgn penggunaan lafaz 'Allah' juga untuk Tuhan org Kristian.

di manakah mafsadah yang nyata dan pasti tersebut? kenapa kat negeri arab, ok je depa guna perkataan Allah ni.. jd, di manakah mafsadahnya?

saya masih tidak jelas..

kita bahas secara usul fiqhnya la, walaupun dgn konsep maqasidnya, tp biarlah jelas maslahah dan mafsadahnya..jika kita taknak berpegang secara literal pada nas yg ada.

cadangan penguatkuasaan enakmen syariah ttg larangan penyebaran agama lain kpd org islam tu pulak -mmg dah ada dlm perlembagaan. Jadi,laksanakan je la. tutup terus akhbar versi melayunya sahaja.. sebab sasarannya jelas kpd org Islam. versi english, tamil ke,mandarin, terpulanglah pada depa. apa masalahnya? ini mmg ada dlm peruntukan undang2.

sufi mustika berkata...

fiqh yang saya maksudkan bukan fiqh tentang apakah hukum untuk sesuatu tetapi bagaimana kita melihat konteks perkara tersebut. apakah perkara tersirat yang mesti ditekankan dahulu.

Rausyanfikir berkata...

Kpd Anonymous:

Baca sini: http://khairaummah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=246&Itemid=1

Kpd Sufi Mustika:

Apa posisi anda sebenarnya dalam hal ini?

Kita sedang berbicara dalam ruang lingkup yang bukan untuk orang awam peningkan kepala mereka. Ini tugas ulama'. Isu penggunaan nama Allah oleh akhbar Herald ini bukan sebarang ustaz boleh faham kalau tak ada ilmu falsafah,dan mantiq.

Kita sendiri tahu tradisi ilmu ini dikalangan ulama' melayu moden sangat rendah.

Saya tak hairan kalau ramai orang tak notice benda ni sebab mmg sangat halus!

Penerangan dalam link di atas itu sudah cukup membuka mata bagi yang tak faham.

Tanggungjawab dakwah pada semua orang mengikut kemampuan masing-masing.

Jangan perkecilkan golongan taffaquh fiddin. Walaupun mereka ini tidak terjun ke dalam masyarakt secara langsung, golongan inilah yang mengubah dunia dengan mata pena.

"bukan masalah siapa itu ALLAH tetapi bagaimana seharusnya kita beraqiah seperti yang diajar oleh Rasulullah. sirah itu mesti dibaca apakah fiqh yang terdapat disebaliknya."


Di Malaysia sendiri kitab2 lama aliran Ashaariyah sudah tidak digantikan dengan ajaran neo-tauhid yang tiga (uluhiyyah,rubbubiyah etc.)

Ini masalah kita. Sedangkan ulama' silam mendidik generasi Salahuddin Ayubi dengan kitab Aqidah yang komprehensif seperti Aqaid al-nasafi,aqaid al-tahawi, Fiqh al-Akbar Imam Abu Hanifa.


Masalah siapa itu ALLAH tetap menjadi masalah. Apakah niat kita mereka sebenarnya?Perbincangan sudah dijalankan antara NGO Islam dengan Paderi2 tersebut dan mereka tetap mahu menggunakannya.

Sirah seprti kata Ibn Khaldun adalah sebahagian daripada falsafah.

tanpa kefahaman berkenaan pandangan alam, tassawurat dan tasqidat kita akan nampak benda sebegini remeh.


Memang salah kita. Salah komuniti kita kerana gagal memainkan peranan dengan baik. Fardhu ain dipisahkan dengan fardhu kifayah.


Saya inign lihat PAS menykong statement Kerajaan BN dalam hal ini iaitu pengharaman penggunaan nama Allah.


Ini bab aqidah brother. Bukan politik. Takkan itu pun nak berbeza pendapat.


Bila UMNO buat baik, PAS senyap tak sokong. mana boleh. Adil la.


Sejahat mahathir, najib, pak lah diorg bukan sembah berhala.

Kena beza dengan baik. Dulu dah slalu mengkafir2. Orang Melayu jadi haru biru bila ada pemimpin politikus ala ulama; yang macam ni.


Prinsip2.

perokoksoleh berkata...

raushan..
bukan menyerang tapi sila lihat kenyataan saudara..

"Kenapa tak boleh biarkan penganut agama lain guna nama ‘Allah”? Klik sini untuk memahaminya."

"klik sini"-http://khairaummah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=246&Itemid=1


disitu dia kata perkataan ALLAH adalah untuk umat islam??
wah2x...
dari mana dapat nie??
sumber rujukan ulama bukan syeikh al-attas tp adalah quran dan sunnah dan setakat nie dewan ulama bukanlah orang yang hanya mempunyai master sahaja tapi dipercayai keperibadiannya...

dan ini bukan soal anti-umno or tidak..aku masih pelajar dan aku juga biasa pergi majlis umno andai majlis itu majlis agama..

ps:rasanya tok guru tersenyum melihat surat ini..
agama ini bukan blajar dari buku tp kena ada guru...
andai membaca shaja boleh jadi berguru dengan syaitan..

Rausyanfikir berkata...

Perokok soleh,

anda tak kenal siapakah mereka2 dalam khairaummah.com.

Mereka bukan seniman jalanan, mereka adalah produk ISTAC(mungkn saudara xpernah sedar) yg dita'dib kan oleh failasuf Muslim yang cukup disegani oleh Orientalis dan umat Islam antarabangsa: Prof. Syed Muhammad naquib al-Attas yg juga merangkap Tok Guru Anwar Ibrahim masa student.


Apa yg perokoksoleh cuba buktikan? Apakah hujah mereka tidak berlandaskan sunnah dan al quran?

Anda serkap jarang dengan individu malah tidak membahaskan idea. Malah menuduh saya dan yang memberi hujah ini macam tak berguru. Apakah guru perlu orang PAS baru boleh diterima?


Perokoksoleh,
Anda bukan jauhari yang mengenali manikam sebab itu anda serkap jarang sebgitu rupa dengan hujah mereka.

Anda tidak membahas langsung hujah mereka. apakah ini adil?

Anda belajar di mesir dan kenal budaya ilmu di sana. apakah ulama' sana mengenepikan kitab al-ghazali,ibn sina,ibn rushd,ibn hazm dan terus kepada quran dan sunnah?

Quran dan Sunnah adalah asas kepada semua buku ulama2 dan rujukan kpd ulama2 silam xbererti meninggalkan quran dan sunnah!

Maaf, saya rasa anda cukup biadap dengan tuduhan sebegitu kepada ilmuan ISTAC.

Kalau xkenal buat cara xkenal.jgn tuduh sebarangan.

Apakah anda kenal al-Attas dan keperibadiannya?

Apakah saya menyerang keperibadian Dewan Ulama'? Saya menyatakan kritkan dengan hujah bukan tuduhan rambang macam saudara.


Sila muhasabah diri agar tidak termakan dosa menfitnah ulama' yang anda tidak kenal mereka ulama'.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa Perokok Soleh tidak menepati org berilmu. Mengapa menyerang keperibadian, tidak kpd hujahnya? Jika hujha sdr lemah usahlah serang peribadi orng

Ini lah Azhariyun, ilmu mantiq sudah sepi

Tanpa Nama berkata...

mmg komen saya sebelum ni merujuk kpd
tulisan ust khalif muammar tu.

persoalan2 yg ditimbulkan juga ditujukan kepada artikel itu. harapnya mendapat respon.

mmg kita kena amik pendapat dari pakar bahasa dan sebagainya. tapi dalam pebincangan fiqih, benda2 tu sume menjadi furu' dan bukannya usul. kene timbang benda2 tu sume mengikut perbahasannya yg betul. k.

Tiada masalah utk diterima, tp harapnya dibahaskan dulu dgn metodologi ilmiah yg sepatutnya terlebih dahulu, yg dalam kes ni ialah perbahasan fiqh.

perokoksoleh berkata...

cik raushan..
ko nie bgus ekk,
segan lak aku pas bc entry br ko nie..
peduli palestine rupanya..
akhlak ko mesti 1001x baik dari aku..
tapi nak wat camner..
aku xboleh kalo dewan ulama dipertikai..lalaa~~~
dan aku xkan pertikai ulama walau aku xsependapat dgnnya seperti tantawi..lalala~~
camnielah..
selepas muhasabah diri..
aku dah tau kenapa ko tulis camnie..
bukan nak burukkan majlis ulama tapi nak kebaikkan bersama..
akupun salah paham entry ko..

maafkan la aku..

kalau tulisan aku silap ko tegur la ekk..
mungkin aku silap dalam hal nie dan ko btoll dan mungkin ko silap dala hal nie dan aku btoll..
allah yang mengehtahui..

yang pasti,ko adalah sedara aku,lalaal~~~
sorry la kalo xsuka gaya bahasaku..

maafkan aku lagi sekali...
dengan itu izinkan aku link blog ko sebagai tanda maaf..
walau kita xsependapat tp buah fikiran ko lagi bgus dari aku..

thankss..

xbernama
-dah2x..pasni xyah ckp camtue..
aku mmng xberilmu=bodoh,
aku mmng bodoh,laalal``..
sbb tue blajar..

Tanpa Nama berkata...

aku tak nampak hati perokok soleh yang cuba menyindir sheikh al-attas.
aku tak nampak kenyataan yang menunjukkan perokok soleh menyindir sheikh al attas.

rausyan, kalau hang nak tau, dalam PAS ada ILMUAN, mereka adalah orang2 di dlam menara gading yang berani. mereka juga adalah penasihat untuk Jamaah PAS.

tak caya???
join PAS, dan anda akan temui mereka

Rausyanfikir berkata...

Baik perokoksoleh. maafmu diterima. Kalau ada masa bacalah entri saya yang lain.

Kpd Anonymous,
Saya percaya ramai lecturer support PAS tapi tidak tersusun. Kejap ada kejap xda.

Anda pernah jumpa Dr Dzul ketua PAS Research Center? Jumpa dulu baru kritik saya.


Saya ahli GAMIS semenjak 2006. Saya xbenci PAS malah saya paling support PAS tp saya xsuka PAS jadi balachi dalam Pakatan Rakyat dan saya mahu PAS jadi jemaah Islam dahulu baru parti politik.

Tanpa Nama berkata...

cik rausyan...

aku ader hantar 2 comment..

1-comment yg asli..

2-comment selepas muhasabah diri

tp cik tayangkan 1 sahaja..harap tayangkan ke2 2nya..

*sbb comment yg asli aku ader tegur mamat xbernama 1 sbb ayat dia cam sengal(jumudisme),hehee...

wahh...
ada lagi mamat x bernama 2 yg lain..hahaha,biarlah..hati aku nie bukan bersih sangat sbb tue payoh berhenti rokok...

lalala~~~

yang malas nak sign in,
perokoksoleh....hehee

Tanpa Nama berkata...

comment asli..
maybe comment aku xsampai kot..
nie commentnya..

jgn baca ayat kepada cik tp ayat pada mamat xbernama 1 yg kata budak azhar..

slaam raushan fikir...lalala~~~
xsemesti belajar dimesir bagus..
belajar kat mana2xpun boleh..
sedara sendiri xpaham apa yang aku nak sampaikan..kukuu

aku xkata kepada syeikh al-attas aper2x cemuhan....
cuma aku cuma memberitahu,
kenapa dewan ulama perlu rujuk kepada syeikh al-attas??
kenapa khusus kepada syeikh al-attas?
maybe,sedara kenal ulama nie je kot??
kita perlu bersikap terbuka
sesungguhnya ddalam islam sumber ada 12...
yang disepakati ada 4...

dan aku xpernah mencemuh mereka..
hatta ibnu tamiyyah dan abdullah bin wahab...sebab dorang ulama,
dan aku xderpun cemuh syeikh tantawi walau aku xsependapat sebab taraf kita dimana??..
so,kenapa kater aku cemuh syeikh al-attas???

so,jangan nak ubah topik ekk...

topik kita adalah isu nama ALLAH yang sedara xpaham...lalala..

xbernama:
hahahaa...
aku xmenyerang keperibadian..
tapi ini adalah adab orang biasa dengan ulama..
pemikiran kita tidak sampai dengan ulama..
dan amat bahaya kalau berselisih dgn mereka...
kalo ko berselisih eloklah ko mengucap
"sesungguhnya ALLAH dan rasul yang lebih mengetahui"

dan jangan sebab aku sorang ko bantai sumer azhari..
jumudnya akal??

tp xper sebab ko yang rugi sebab kater sumer azhari,
aku xmau bawak fitnah...
ko xtau??
disini(arab) aku yang paling bongok yang lain sumer dasyat2x..
so,ko xperlu nak jadikan orang yg paling bongok untuk mencemuh segolongan orang2x yg mulia..

"kte xbley pakse org ikt cara kita,tp kita bley diberi peluang untk bincangkan perkara mna yg btl or x"


yang mengatal,
paham-paham la,haha

Rausyanfikir berkata...

Sya xmencela budak azhar.

Sya xmencela Dewan Ulama'. Saya hanya membentangkan hujah yang konkrit daripada ulama'bukan PAS berkenaan isu nama Allah.

Saudara masih xjwb pn lg dengan hujah yg betul. Xpalah. Xnak berbincag xda masalah.


Polemik anda berakhir disini.Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Kesian perokok soleh.
terlalu apolegetik, nampak sgt hujah xde.

azhar2..

LensaPR berkata...

ha ha ha, gaduh le sampai lumat

Prostat berkata...

Berat betul sdr Rausyan.

Agama islam ini dizalimi kerana semua orang tak kira aliran mahu bercakap agama. Bahaya budaya kritik membabi buta begini, terutama yang bukan dari gol Ulama atau nama lainnya 'Protaz' termasuklah Dr Zul pun.

Profesional membongkar rahsia tuhan melalui pandangan/kajian terhadap alam semesta. Ulama pula membongkar rahsia2 tuhan dalam Al-Quran & sunnah. Tiada masalah kalau entum nk cakap pasal engine dan kami tak akan bangkang sbb itu bidang entum. Skrg ni lain. Entum bercakap tidak pada tempatnya. Spend la masa beberapa tahun belajar agama dari Ulama2 agung bersungguh2. Jangan baca thesis2 org 2jam seminggu je.

Rausyanfikir berkata...

Haish,kalau saya main kritik tanpa asas takpela nak bantai camni, sekarang tak ada asas langsug nak berhujah!

Apakah hujah yang saya lampirkan bukan daripada golongan yang ADA AUTORITI DALAM BIDANG BAHASA, FALSAFAH DAN USULUDDIN?

KENAL KE TIDAK PROF AL ATTAS?

Jawab hujah dulu. Apakah ulama' PAS maksum sgt sampai tak boleh kritik?

Saya bukan hina janggut dan jubah mereka. Saya hanya mempersoalkan kekeliruan yang timbul dan ulama' bukan PAS sudah menjelaskan seperti yang saya lampirkan!

Prostat berkata...

Sy tak nafikan peranan naquib, tapi ada beberapa perkara yg kita tidak boleh bertolak ansur terutama masalah berkaitan Akidah.

Sikap mengambil rujukan dan tulisan ilmuan silam tanpa menghiraukan saringan yang telah dibuat oleh ulama2 mu'tabar adalah sikap yang tiada adab. Sikap mencedok2 dan pukul rata begini tabiat orientalis itu sendiri. Sama lah spt pakar islamisasi ilmu yg lain2 pun. Bercakap tntg sekular tapi tunduk pada sekular itu pula.

Sdr selalu sebut naquib sama spt al-ghazali sedangkan al-ghazali sendiri berpegang pada akidah asyairah. Islam versi Naquib ini jelas beza dan seolah2 sedang membuat satu mazhab yang baru dgn beratas namakan ilmu. Elakkanlah diri dari taksub dan fanatic na..

Penat dah Pas nk lawan UMNO, la ni muncul pula golongan keliru dengan idea falsafah sehingga berani mencabar syura ulama terkemuka yg jelas mempertahan akidah islam zaman berzaman.

Jgn dalam nk menjadi 'protaz' terjadi 'prostat'pula... Maaf guna perumpamaan sebegini :)

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa keliru, kenapa Dewan Ulama tidk boleh dikritik? Alangkah Sheikh Qaradawi pun dikritik hebat kerana dikatakan terlalu 'lembt' dlm mengeluarkan hukum.

Namun, Sheikh Qaradawi tidak pula melenting. Anak murid dia pun x.

Saya rasa ada sesuatu masalah yg perlu diselesaikan dlm pemikiran penyokong parti Islam. Hujah vs Hujah, bukan hujah vs emosi.

Kritik bukan nak menjatuhkan, tetapi memperbaiki. Inilah masalahnya bila agama dijadikan dogma/ doktrin utk mengindoktrinasi ahli. Sebab itu ramai ahli yang ikut melulu (tidak semua eh)

Prostat berkata...

[Ada beberapa bab yang kita tidak perlu berhujah macam buat paperwork bos]

Asyik2 kata pas antithesis UMNO. Inilah tembelang mereka yang asyik membahas masalah Akidah Ummat dengan bahasan falsafah. Mereka yang awam jadi keliru, seolah2 melihat hujah mereka sgt ilmiah padahal mengarut alias nonsense!

Ops, lupa yang entum ni lahir dari rahim naquib yang kagum dengan penyelesaian 'cara barat' dan memukul rata pandangan ilmuan-ilmuan silam tanpa bertolak ansur atau melihat dengan kaca mata Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Tidak akan ada titik temu sampai kiamat jika sdr masih mahu meletakkan falsafah(akal) sebagai usul dan quran sunnah (wahyu) sebagai furu'. Selamanya lah entum akan jadi anti-thesis pd Dewan ulama.

Harap entum tak buat kaderisasi la ek. Kesian pula pada ahli jemaah kampus lokal.

Tntg isu bahasa melayu pula, cukup entum perhati kitab2 kuning berbahasa melayu tulisan jawi yang mempertahankan epistemologi al-quran sunnah di bumi archipelago melayu itu. Siapa yang pertahankan? UKM? UM? uh.. jauh sekali barisan nasional. :)

Rausyanfikir berkata...

Sekali lagi teguran yang tidak berasas. Sah fanatik PAS. Bahas isu nama Allah tu.

Hujah dalam Bahasa Melayu pun. Bukan guna Bahasa Inggeris. Bukan guna kita Bible.

Sekali lagi saya ingatkan, JANGAN SERKAP JARANG KEPADA PROF AL ATTAS.


Buat dosa free je. Macam la Prof al Attas Zindiq,Munafik,Syiah.


Enta ni macam Sufastaiyah. Kenal siapa golongan tu?

Prostat berkata...

Sudah jelas jawapan kepada isu nama Allah. Berbahas panjang lebar dari sudut falsafah tanpa fokus kepada perlaksanaan enakmen syariah dan hukum islam di Malaysia adalah perangai kurang cerdik dan dungu.

Jelas sdr yang terlebih ta'sub dan berpenyakit fanaticism kpd naquib.

Aleh2, sy pulak yang dituduh macam Sufastaiyah. Ada ke sy kata naquib tu Zindiq,Munafik,Syiah?

Rausyanfikir berkata...

Falsafah haramkah dalam Islam? Kemukakan dalil yang mengatakan haram. Apa kaitan dengan perlaksanaan enakmen syariah dengan penggunaan nama "Allah" ini?

Cuba cerita sikit camne nak implement syariah dekat Malaysia.

Ingt petik jari laksana syariah, Malaysia jadi negara Islam. Kelakar betul.

Sloganisasi Islam. Doktrinisasi Islam. "La iqra ha fiddin".

Kalau rakyat jahil lagi pasal Islam, kita nak buat syariah jawabnya jadi Taliban la. Fitnah je.


Apa bukti saya ta'sub dan fanatik kepda Prof al-Attas?

Sedangkan ulama; silam semua bersandarakan kepada sesebuah school of thought!

Saya masih tak nampak sebarang refutation berkenaan hujah LARANGAN PENGGUNAAN NAMA ALLAH BERDASARKAN HUJAH METAFIZIK, DAN FALSAFAH YANG DILAMPIRKAN TADI.

Prostat berkata...

Bab isu nama Allah ni, bacalah kenyataan Ketua Dewan Ulama tu betul-betul. Jangan amik sekerat-sekerat je macam puak UMNO yang jelas2 memperalat agama.

Mari kita sama2 lihat:

"Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa,"

Kemudia dia menyambung pula:

"Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang."

Senangnya tak payah la guna. Hanya akan membuatkan orang awam keliru.

Persoalannya, mengapa Umno yang menguasai kerajaan tidak mengharamkan saja akhbar tersebut yang disebar kepada umat islam. Ataupun mengajarkan prinsip Sifat 20 dan risalah tauhid pada remaja islam seperti PLKN.

Adapun hujah papan tanda tu tiada kaitan sama sekali dalam isu ini dan boleh diabaikan.

Rausyanfikir berkata...

En Prostat,

Tajuk entri ini adalah berkenaan kekeliruan PAS dlm Bahasa Melayu. Bukan kebodohan PAS dlm Bahasa melayu.

Maknanya, PAS betul tapi tak tepat. Dalam aqidah, mana boleh sipi2.

Bulls eye.

Betul Dewan Ulama' kata camtu tapi adakah itu mengcukupi? Saya lampirkan hujah bahawa pada masa akan datang, non muslim akan gunakan asas Dewan Ulama untuk mintak macam2 berkenaan agama Islam.

Sebab tu bahaya keluar statement. Macam dalam court case. Kita tau Lina Joy xnak masuk islam balik TAPI KITA FIGHT UNTUK ELAK dia jadikan hujah dalam sistem undang2 kelak bagi meruntuhkan INSTITUSI syariah yang menghalang kepada pemurtadan besar-besaran.

Sama dalam hal Bahasa Melayu. PAS xingin jadi Melayu. PAS nak Islam je. Betul tapi tak tepat.


Mana boleh perjuangkan islam tanpa sentuh aspek institusi Melayu secara KONSISTEN.


Kan saya dah cakap, di malaysia, Institusi Melayu dan Islam tu sangat rapat.


PAS mana faham peranan Bahasa Melayu dalam islamisasi masyarakat Melayu.


PAS nak terus kembali kepada al quran dan sunnah DENGAN MELANGKAUI TRADISI ULAMA' SILAM DALAM MEMBINA TAMADUN DI RANTAU INI YANG BERUSIA 1400 TAHUN.

Mana boleh. Sebab tu keliru.


PAS perjuangkan BM tp tak konsisten.


Sya harapkan PAS lebih konsisten itu sahaja. Bukan nak hancurkan PAS.


UMNO memang nak haramkan benda ni. Masalahnya, kenapa pihak Herald berdegil lagi. Nampak sangat ada agenda. Shah Kirit dah berdebat dengan puak2 kristian ni. Berdalih2 mereka.


isu papan tanda itu JELAS STATEMENT POLITIK.


Isu Bahasa melayu yang kian reput ni jadi isu kelas kedua sebab tak bawak untung undi!


Sebab tu saya kata PAS HARUS JADI JEMAAH ISLAM DULU BARU PARTI POLITIK!

SEKARANG TERBAILIK! NAK SANGAT KUASA AMIK KOMPROMI DENGAN ANWAR!


Ingt, saya bersama PAS tapi dalam beberapa hal saya tak setuju. Perlu kritik agar ada yang bukak mata.


Dah baca belum hujah dalam khairuummah?

Prostat berkata...

hm.. mengantuk pula. Saya sudah lama baca khairuumah tu. Banyak je orang copy paste dalam blog.

Banyak dah tulis kat blog nta ni. Sakit pinggang ni. Tak nak ucap terima kasih ke?

Prostat berkata...

La.. Masa akan datang Islam pasti akan menang. Pada masa itu Al-Quran Sunnah menjadi perlembagaan negara. Hak muslim dan non-muslim pasti dan pastinya akan terjaga dan terjamin. Keadilan akan tertegak semula. Lina Joy kalau tidak bertaubat sudah dipancung pun.

Bila sdr kata, pas ingin islam je dan mengabaikan bahasa melayu menggambarkan suatu kekeliruan. Indonesia guna pakai bahasa indonesia disegenap penjuru negara, tidak jadi apa pun.

Kita berbilang bangsa. Apa pula nasib india dan cina muslim nantinya? Yang ingin Pas dakwahkan pada mereka adalah Islam sebagai suatu sistem kehidupan terbaik berbanding pohon materialis pragmatis lainnya. Itu prioriti yang lebih utama. Bahkan itulah tuntutan jihad ain pada zaman tiada khilafah ini.

Bercakap tntg BM dalam negara sekular malaysia dengan mengabaikan jihad ain membentuk daulah islamiyyah samalah seperti bercakap memprjuang bahasa turki dalam negara sekular turki..

Zaman berubah. Serangan falsafah ketika Asyari dan Al-Ghazali berlainan dengan serangan falsafah dimasa kita. Sebab itu, jgn terpengaruh dengan roh mana-mana zaman silam. Pelajari prinsip dan kaedahnya shj tanpa mengabaikan pandangan ulama kalam kontemporer.

Falsafah tidaklah salah, tapi letakkanlah perbahasan falsafah pada tempatnya.

Satu lagi, sains dan teknologi bukan kayu ukur kejayaan sesuatu bangsa. Kalau mcm tu, firaun pasti org paling berjaya sekali. Sebab, ana tgk keluaran ISTAC ni selalu cakap soal membangun peradaban tanpa pertegas mana yg ahlussunnah wal jamaah, mana yang ahli punah wal ranah. Semua bagus.

Terima kasih sudi berkongsi ilmu
k. wasalam.

perokoksoleh berkata...

raushan..
aku xkata ko ckp budak azhar bukan2x..
dan ko dgn pemikiran ko..lalala~~~

-"kte xbley pakse org ikut cara kita,tp kita bley diberi peluang untk bincangkan perkara mna yg btl or x"


aku kater kat xbernama..

uishh xbernama...bukan sebab xder hujah tapi aku xnak jadi fitnah budak2x azhar dan tnet nie bukan medan perjuangan sebenar,ilmu aku curahkan kat blog aku cuma 10 peratus jerk sbb nak bincang dlm tnet payoh..hahha
dan aku nak bgtau,
ko dah la jumud lepas tue nak kritik ulama?haha
belajar la adab2x dengan ulama..
jangan sebab mulut kita dhina,lagi lok duk diam..lalala

yang merokok...

Rausyanfikir berkata...

K.wassalam. Nampaknya encik Prostat masih sinis dengan mazhab pemikiran ISTAC.

Saya takkan ulas panjang sebab Kebenaran hanya datang kepada orang yang ikhlas mencari.


Mungkin Allah tak buka lagi pintu hati enta untuk fahami ISTAC lebih lanjut.


Ana tau, dalam PAS, yang sinis dengan Islamisasi ilmu prof al attas datang daripada Azhariyun yang banyak belajar di Baitul Qurra'.


Tak ada masalah. Kita boleh bincang lain kali.


Tapi ana tidak bersetuju dengan banyak penjelasan enta. Perlu bincang lebih lanjut.

Prostat berkata...

Sah sofis!

Jawab dulu komen2 ana di atas. Terutama tntg naquib tu. La ni satu pun tak terjawab, entum nk beralih topic pulak. Ini perangai budak kecil.

Benarkah mazhab ISTAC yang entum kagum itu berlandaskan prinsip Ahlissunnah wal Jamaah yang dipertahan dengan darah para ulama zaman berzaman?

Bukan suruh bentang kertas kerja pun. Takkan sampai nak buat kajian di damansara atau bincang dalam usrah wan daud?

Kalau tiada hujah, mengaku salah. Dan cubalah mencari kebenaran dengan ikhlas. Dimana prinsip al-gahazali entum?

Ana kecewa dengan comment entum.

Rausyanfikir berkata...

Akh,

Kalau ana Sofis, takkan ana pertahankan hujah nama "Allah"ni.

Ok kejap.

Ana nak tanya dulu, apa bukti mazhab ISTAC bukan daripada Ahlus Sunnah Wal Jamaah?

Bagi dulu hujah enta dan ana akan jawab dalam entri akan datang.

Prostat berkata...

ok. Alhamdulillah. Kami tunggu entri entum.

Komen2 berkenaan naquib di atas sudah memadai. Jawab itu dulu.

Tegaskan balik bahawa islamisasi ilmu ini bukanlah cubaan halus untuk menundukkan islam kpd khayalan ideologi barat. Itu sahaja.

perokoksoleh berkata...

lalala....

per gado-gado nie??
sampai jadi kata-mengata...
korang 2 nie..
kesatuan ummah adalh lebih penting...
lalaala~~

tunjukkanlah adab orang berilmu beb...
kalah berhujah xsemestinyaa kalaah..
jngn la jadi budak kecik..
lalala~~

so,
prostat..
adlah lebih elok senyapkan..
rausyan lak,
adalah elok simpan jerk comment prostat..
cubalah hidup dengan aman..

aku ingatkan:

"kita xboleh orang ikut cara kita tapi kita diberikan peluang untuk membincangkan perkara mana btoll or tak..selagi tidak menjadi fitnah.."

sufi mustika berkata...

Lantak korang la. Dakyah Kristian (Kristinisasi) dah melebar jauh dan luas. Kita asyik lagi bertikai sapa lagi betul. Ok la. Mana yng setuju nama Allah boleh digunakan teruskan dengan prinsip ini sebab ada ulama yang membolehkannya. Mana yang tak setuju pun boleh terus berpegang dengannya. Jadi sekarang ni apa pulak tugas kita untuk fahamkan aqidah yang tulen kepada masyarakat? atau masih nak bertelingkah? Sama ada nak guna sifat 20 kelolaan Abu Hassan Asya'ri atau tauhid uluhiyyah, rububiyyah dan asma' wa sifat kelolaan Wahabi?

Rausyanfikir berkata...

Sifat 20 dan kitab2 aqidah yang lama. Ahlu Sunnah pasti aliran Asya'riyah atau Maturidiyyah.

Sekularisme semua ini harus di tangani dengan pengajaran aqidah yang mantap. Bukan shortcut mcm dalam usrah.

Prostat berkata...

Ana masih menunggu entri entum. Buktikan sejauh mana relevannya pengajaran aqidah versi naquib yang kononnya mantap itu. Silakan..

Prostat berkata...

Ops.. Lupa ada yang tak terjawab. Isu papan tanda BUKAN STATEMENT POLITIK semata.

Dari segi syariat ia tiada masalah. Jika bermasalah, sila kemukakan dalil. Jgn pakai logik aristotle sahaja.

Ya, ulama inginkan kuasa tapi untuk apa?

Tn Guru pernah mengatakan sekiranya UMNO sanggup melaksanakan dasar-dasar islam didalam pentadbiran kerajaan BN, PAS akan dibubarkan, semua ahli PAS akan masuk UMNO.

Bezakanlah antara dakwah-strategi-fitnah

miftah an-najah al-imama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Edy hafiez berkata...

salam asy ariyah wa almaturidiyah

'Umar berkata...

Alhamdulillah...
Semakin ramai golongan yang macam anta lahir kat dunia ni...
Sekadar pendapat ana yang lemah dan jahil ini..
Tiadalah sepatutnya kita mempertikaikan sesuatu yang bukan dalam bidang kita dengan sesuka hati...
Rujuklah mereka-mereka yang lebih faham dalam isu ini sebelum kita mengatakan pendapat kita sendiri..
Ramai manusia yang ditimpa kebinasaan kerana bangga dengan pendapatnya sendiri...
Bukanlah dewan ulama itu tidak boleh dikritik...
tetapi setiap pekerjaan ada adab-adabnya...
sedikit persoalan... Adakah saudara turut bersama dengan dewan ulama ketika membincangkan hal ini? Adakah saudara tahu yang mereka tidak membincangkan kesan-kesan di sebalik keputusan yang mereka putuskan?
Tiadalah mereka itu dengan izin Allah melainkan membincangkan dengan sebaiknya setiap perkara yang dibincangkan...
Saudara mungkin bijak...
Cuma nasihat daripada saya yang jahil ini, tidaklah semua perkara itu dapat difahami dengan hanya melihat pada luaran sahaja tanpa memikirkan perkara yang terselindung di sebalik semua itu. Rujuklah mereka yang benar-benar ahli dalam bidangnya....

'Umar berkata...

Alhamdulillah...
Semakin ramai golongan yang macam anta lahir kat dunia ni...
Sekadar pendapat ana yang lemah dan jahil ini..
Tiadalah sepatutnya kita mempertikaikan sesuatu yang bukan dalam bidang kita dengan sesuka hati...
Rujuklah mereka-mereka yang lebih faham dalam isu ini sebelum kita mengatakan pendapat kita sendiri..
Ramai manusia yang ditimpa kebinasaan kerana bangga dengan pendapatnya sendiri...
Bukanlah dewan ulama itu tidak boleh dikritik...
tetapi setiap pekerjaan ada adab-adabnya...
sedikit persoalan... Adakah saudara turut bersama dengan dewan ulama ketika membincangkan hal ini? Adakah saudara tahu yang mereka tidak membincangkan kesan-kesan di sebalik keputusan yang mereka putuskan?
Tiadalah mereka itu dengan izin Allah melainkan membincangkan dengan sebaiknya setiap perkara yang dibincangkan...
Saudara mungkin bijak...
Cuma nasihat daripada saya yang jahil ini, tidaklah semua perkara itu dapat difahami dengan hanya melihat pada luaran sahaja tanpa memikirkan perkara yang terselindung di sebalik semua itu. Rujuklah mereka yang benar-benar ahli dalam bidangnya....