Ahad, 11 Januari 2009

Forum Lorong Tengah (FORLOT): Krisis Gaza




Di UIA Petaling Jaya, ada satu budaya yang menarik untuk saya kongsikan bersama kalian. Adik-adik PKPIM telah berjaya menanam benih-benih intelektualisme kembali dalam kehidupan kemahasiwaan/siswian mereka.


Budaya ilmu yang dinamakan 'Forum Lorong Tengah' ataupun 'FORLOT' ini sememangnya harus diberi sokongan yang padu dan diciplak oleh abang-abang dan kakak-kakak mereka yang berjuang di pentas kampus lain.


Pada hari Jumaat yang lepas, saya telah dijemput oleh pihak pengajur untuk beforum bersama abang Jufitri Johar yang merangkap sebagai Exco ABIM dan juga orang kuat GPTD untuk membedah isu krisis Gaza.


Ini adalah kali kedua saya diberi peluang untuk berkongsi dengan adik-adik UIA PJ yang mana sebelum ini saya telah dijemput untuk berkongsi pandangan berkenaan isu kenaikkan harga minyak pada bulan Julai tahun lepas.


Seperti biasa kehadiran agak memuaskan, melebihi 50 orang. Muslimin dan muslimat yang hadir sangat fokus mendengar kami berforum. 


Apa yang lebih menarik, walaupun ini program PKPIM, adik-adik daripada We United For Islam (WUFI) turut sama menyokong penuh wacana sebegini. 


Perkara sebegini jarang dapat dilihat di kampus-kampus lain yang diwakili oleh abang-abang dan kakak-kakak mereka. 


Atas dasar itulah saya harus memberi pujian kepada kedua-dua amir PKPIM dan WUFI cawangan UIA PJ kerana berjaya bersatu di bawah payung ilmu. 


Sebagai ahli GAMIS yang biasa-biasa, saya amat gembira melihat suasana sebegini. Saya dan abang Jufitri sempat 'meracuni' dan 'brainwash' mereka agar terus bersatu dalam aktiviti sebegini kerana sudah lama gerakan mahasiswa Islam tidak membudayakan perkara sebegini malah kadang-kala saling bercakaran dalam perkara yang remeh-temeh semata-mata kerana "KAU BUKAN JEMAAH AKU!".


Saya peduli apa sentimen sebegini. Orang yang meracau tentang "JEMAAH AKU no. 1" seperti ini hanya melambatkan kemenangan Islam kerana memang orang Melayu di negara ini sudah terpecah-belah dalam politik dan merebak kepada kehidupan seharian dan kini, dikalangan pendakwah yang ingin merawat penyakit rakyat pun ingin bercakaran kerana sentimen dan keta'suban yang tidak bertempat.


Dengan itu, apa yang adik-adik WUFI dan PKPIM di UIA PJ sedang suburkan ini harus diberi sokongan yang penuh oleh kita, yang sudah lanjut usia kemahasiswaannya untuk diambil ibrah-nya agar perkara yang sama dapat ditanam di kampus masing-masing.



Kalau beginilah usaha mereka, saya percaya UIA bakal menyaksikan kebangkitan gerakan mahasiswa Islam yang lebih dinamik dari segi intelektualisme dan aktivisme-nya dalam masa 4 hingga 5 tahun lagi.


Syabas kepada adik-adik sekalian! Ana senantiasa terbuka untuk berkongsi bersama antum semua!


Untuk mendengar rakaman MP3 Forum tersebut sila klik sini. 



3 ulasan:

Iecothinker berkata...

Assalamualaikum,sahabat..

Ana sokong nta...

Moga wacana ilmiah yg akan dtg lebih menarik perhatian pertubuhan mahasiswa lain juga..

Satu perkembangan yg baik. Pemikiran mahasiswa harus dibuka dengan sudut pandangan yg berbeza agar mereka dapat menilai sesuatu perkara dengan lebih telus dan berbentuk realiti..

Teruskan perjuangan..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum w.b.t.

budaya ilmu perlu dan wajib diterapkan dalam setiap individu terutamanya yang berada dalam jammah tidak kira lah PKPIM,WUFI,KARISMA, atau jamaah2 yang pelbagai di UIAM PJ ni.. Jadi,marilah kita bersatu bagi membentuk Daulah Islamiyyah.
semoga usaha yang dibuat oleh PKPIM UIAM PJ ni menjadi contoh dan tauladan kepada yang lain. janga kita sanggup bertelagah dengan mengenepikan misi dan visi perjuangan kita. Ayuh, bangkital dari lena. Bersatu dalam jammah. Insya-Allah kita akan mampu menggegar Dunia dengan SUARA ISLAM.

fadzil yusof berkata...

Salam

itu satu usaha yang bagus buat masa ni. sejarah tak sekufu dua entiti persatuan pelajar muslim itu memang panjang. saya menyaksikannya. sudah banyak pasal mudarat tidak bersama ini sebenarnya. wufipun kena ingat ada bahagian yang dia mungkin tidak cukup bagus. pkpimpun sama. apapun mulakanlah sesuatu yang baru. demi islam dan ummah. elok buah2 pemikir besar dimarkazkan dari universiti lagi. sungguh! kita perlu mengkaderkan pemikir bukan orang pandai beretorika dan atau berceramah, lebih penting mengagaskan sesuatu...untuk keperluan masa depan. mulakan dan buat pembaharuan.