Isnin, 19 Januari 2009

Aku nak jadi apa di UTP? : Satu sorotan awal pengaplikasian mazhab pemikiran al-Attas di UTP



Saya pun tak tahu. Balik ke kampus ni sebagai apa sebenarnya? Apakah saya dalam mode Jābir ibn Hayyān atau Abū Hāmid al-Ghazālī?


Adakah saya pulang sebagai seorang mahasiswa tahun akhir Kejuruteaan Kimia ataupun mahasiswa tahun satu Sekolah Pemikiran al-Attas?


Keliru dan kabur tapi saya rasa, 8 bulan berkelana di Kuala Lumpur, walaupun membuat kerja-kerja Ekonomi Petroleum, saya lebih banyak belajar berkenaan Falsafah dan Pemikiran Islam.


Maka, acuan yang saya bentuk untuk kembali ke UTP ini lebih berat kepada acuan failasuf.


Buktinya adalah ini:



Saya tak boleh tinggalkan buku-buku saya di rumah! Bila nak keluar rumah tu saya masih membelek perpustakaan mini saya. Kalau boleh nak bawak semua ke UTP tapi sangat banyak.


Maka saya membawa yang mana patut. 60% buku di atas rak itu adalah bersumberkan mazhab pemikiran al-Attas a.k.a ISTAC lama.


Hanya 2 buah buku kejuruteraan kimia saya bawak balik. Itupun tak tentu saya akan baca:



Pagi jam 10 tadi, saya terus serbu perpustakaan UTP. Sangat merindui buku-buku disana!


8 bulan dulu, saya hanya mampu tenung buku-buku falsafah, dan segala macam lagi yang berat-berat isinya. Tak mampu nak baca.Sekarang saya dah boleh faham! Syukur Alhamdulillah!


Maka saya pun boronglah beberapa buah buku untuk dipinjam. Itupun terlebih kuota pinjaman maksimum, 12 buah buku. Saya perlu pinjam kad matrik kawan untuk pinjam lebih.




Antara buku menarik yang saya tak sabar nak baca:

  1. Hayakal al-Nūr ( The Shape of Light) oleh failasuf gergasi pencerahan Parsi, Suhrawardi.
  1. Miftā al-Falā wa Mi al-Arwā ( The Key to Salvation & the Lamp of Souls) oleh Sufi Intelektual gergasi, Ibn `Aā’ Allāh al-Iskandarī.
  1. At-Tadbirat al-ilahiyyah fi islah al-mamlakat al-insaniyyah (Divine governace of the Human Kingdom) oleh Sufi Intelektual gergasi, Ibn ‘Arabi.
  1. Al-Wābil al-ayyib min al-Kalim al-ayyib ( The Invocation of God) oleh mutakallim gergasi Ibn Qayyim al-Jawziyya.
  1. Sufi Metaphysics and Qur’ānic Prophets: Ibn ‘Arabī’s thought and method in the Fuū al-ikam oleh Ronald L. Nettler.
  1. A History of Christian-Muslim relations oleh Hugh Goddard.


Banyak lagi buku-buku menarik yang saya masih tak sempat pinjam. Sungguh menggiurkan!


Apakah segala macam yang saya kaut sepanjang 8 bulan lepas serta sindrom bibliophilic ini relevan buat saya di akhir tahun pengajian di UTP?


Dengan izin Allah S.W.T, jawapan-nya ialah YA!


Al kisah pada tengah hari tadi, saya menghadiri kelas pertama iaitu mata pelajaran yang bernama Corporate Ethics ataupun dalam Bahasa Melayu-nya, ‘ Etika korporat’. Ini adalah subjek elektif yang boleh dipilih untuk diambil bagi mahasiswa tahun akhir seperti saya ini.


Maka berduyun-duyunlah mahasiswa dan mahasiswi yang masuk ke kelas pertama tersebut. Sudah tentu mereka datang dengan niat berbeza. Majoriti datang kerana ingin memenuhi kuota jam kredit akademik.


Tetapi kehadiran saya tidak begitu. Saya ingin mengaplikasikan ilmu dan kerangka pemikiran al-Attas dalam kelas tersebut.


Cuba lihat course outline bagi subjek tersebut:



Ada tertera disitu perkataan-perkataan seperti ‘utilitarianism’, dan ‘Kantian theory of Ethics’.


Saya hanya tersenyum melihat kandungan silibus tersebut. Lalu saya bertanya kepada pensyarah saya:


“ Madam, why is the syllabus so Western-centric?”


Beliau menjawab:


“ Well, this course outline is being designed by Lembaga Akreditasi Negara (LAN). But do not worry, I will include some Islamic perspectives in some of our lectures later”.


Utilitarianism itu adalah satu konsep falsafah yang diperjuangkan hebat oleh Jeremy Bentham dan John Stuart Mills manakala Kantian theory of Ethics pula sudah tentu dicedok daripada kerangka pemikiran Intelektual gergasi Pencerahan Eropah ya’ni Immanuel Kant.


Dan saya tidak nampak langsung konsep etika Islam dan yang bersifat Ketimuran tertera dalam silibus yang digariskan oleh LAN untuk UTP! Sedangkan yang masuk kelas sebegini adalah pelajar Muslim dan orang-orang Asia dan Afrika!


Ini jelas sekali bahawa dunia akademik yang konon-nya bebas nilai seperti yang difahami banyak orang sebenarnya sarat dengan nilai Kebaratan!


Itulah realiti. Agak-agak berapa ramai ahli gerakan mahasiswa Islam yang sedar bahawa keintelektualan mereka telah dikelar dalam kuliah akademik sebegini?


Inilah masalah kita yang cukup fundamental. Pencerobohan sekularisme dalam bidang ilmu akademik di Institut Pengajian Tinggi.


Jikalau hendak dicari akar masalah hedonisme di kampus UTP ini, jangan dipersalahkan budak-budak muzik kerana mereka adalah korban sembelihan menara gading sejati yang mana prosesnya diperlakukan dalam kuliah akademik sebegini!


Penghampaan nilai dan ma’na dalam menuntut ilmu membuka ruang vakum yang cukup besar untuk pandangan alam Barat seperti sekularisme dan hedonisme menyelinap masuk ke dalam benak minda mereka.


Sedarkah kita para pendakwah kampus? Sedarkah?


Masakan bagaimana kita, orang Islam, masih berkiblatkan Barat dalam memahami etika korporat dan perniagaan? Apakah ini bukan satu masalah serius?


Bayangkan kelak, setelah keluar kampus mungkin ada diantara mahasiswa dan mahasiswi ini yang memegang tampuk kekuasaan dalam syarikat besar. Ilmu etika yang mereka bakal zahirkan akan tidak lari jauh daripada apa yang dipelajari dalam kelas tersebut ya’ni yang sarat dengan nilai-nilai Barat.Tidakkah rosak dunia ini?


Maka, disinilah peranan saya selaku mahasiswa tahun akhir yang telah berkelana menuntut ilmu di Kuala Lumpur bersama-sama dengan para failasuf Muslim tanah air aliran mazhab Attasian untuk memperbetulkan keadaan dalam dewan kuliah semampu mungkin.


Buku-buku yang disebutkan tadi boleh dijadikan sandaran untuk ‘perang intelektual’ dalam menegakkan al-haqq dan meruntuhkan kebatilan dalam dewan kuliah.


Mungkin juga boleh saya petik isi penting dalam magnum opus Prof. al-Attas ya’ni Islam and Secularism dalam bab Islām: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality bagi melakukan check and balance sepanjang kuliah berjalan.


Ini baru satu subjek. Belum kira subjek kejuruteraan yang menghampakan nilai-nilai sakral tentang alam.


Ternyata, kerja kita masih banyak. Selagi mana kita tak selesai di ufuk ini, jangan mimpi generasi Salahuddin al-Ayyubi yang baru akan muncul bagi membebaskan Palestin daripada syaitan Zionis.


Ayuh, berjihad dalam dewan kuliah!




6 ulasan:

dakwatmerah berkata...

salam.
'Agak-agak berapa ramai ahli gerakan mahasiswa Islam yang sedar bahawa keintelektualan mereka telah dikelar dalam kuliah akademik sebegini?'
Ramai gak yang tak sedar dan buat2 x sedar ttg perkara tersebut demi mengejar pointer semata2.
Jgn jadi seperti robot yg diprogram..."this university belongs to the student!DIG it!

IndukYati berkata...

soalan ganas tu bang..memang banyak buku rujukan ditulis oleh mereka yang berfahaman dari Barat..lalu mengajarnya bulat bulat kpd anak bangsanya sendiri...aku dlm dilema

Hasbullah Pit berkata...

LAN sudah mati

"MQA" gantinya, supaya ia lebih kebaratan

haha

Rausyanfikir berkata...

Yes. Betul encik sebol. Maka ini adalah satu juzuk perjuangan yg bahaya juga.

Maka perlu ada ahli gerakan islam yang counter dari dalam.

Universiti adalah inkubator pemimpin masa depan.jgn rosakkan ia.

lutfi berkata...

Salam.
Falsafah etika Kant dan Mill - telah memberikan kesan negatif yang jelas dalam sistem hidup di Barat. Dan entah kenapa, saya rasa - dasar luar U.S sendiri dilihat dan ditafsirkan oleh pembuat dasar - berdasarkan etika Mill dan Dewey, yang pragmatik dan utilitarian itu. Dan, kita di Malaysia, ketika mengutuk serangan Zionis terhadap Israel dan serangan U.S terhadap Iraq - di dalam bilik kuliah dan dalam amalan harian di Malaysia - kita juga menggunakan alat yang sama. Sebab itu, usaha Islamisasi Ilmu dan Sains, yang dijana oleh Al-Attas, al-Faruqi dan Nasr - seharusnya difahami oleh golongan mahasiswa - kerana merekalh yang akan mencorakkan masa depan negara.
Teruskan perjuangan anda.

zikir berkata...

Teringat jihad kecilku menyangkal kenyataan2 halus puak sekular di Malaysia yang kononnya menggelar diri sebagai Islam moderat menurut mereka ataupun Islam 'had-hari' sebagai lebih baik ketika mengambil subjek sains politik tahun lepas..semoga diterima Allah walaupun pointer sedikit jatuh. Long Live & Succes Real Muslim! Be in Allah's bless..