Selasa, 30 Disember 2008

Ironi Gaza berdarah dan Pakatan Rakyat



Saya tertanya-tanya.


Apakah status DAP, Suaram, dan segala macam badan-badan yang memperjuangkan hak asasi manusia dalam menyatakan pendirian mereka berhubung isu kekejaman rejim Zionis di Gaza ini?


Apakah mereka mempunyai perasaan yang sama seperti gerakan Islam yang lain dalam menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini?


Kenapa hanya kepada ISA mereka menjadi jantan dan dalam hal kekejaman rejim Zionis terus sunyi lesu?


Sejauh mana esprit de corps Pakatan Rakyat dalam hal ini?


Jikalau betul kita ingin lihat negara Malaysia yang Baru seperti yang dicanang oleh DSAI, maka isu Gaza ini wajar dijadikan kayu ukur awal untuk menentukan semangat perpaduan menentang kezaliman merentas sentimen perkauman dan keagamaan.


Boleh percaya ke puak-puak hak asasi manusia ni?



Teringin jugak nak lihat wakil Cina, India daripada PKR turun sama menyatakan bantahan secara keras. DSAI pun tak kelihatan. Takkan sebab demo depan Kedutaan Amerika, PKR tak nampak bayang langsung? Apakah missing in action ini tanda silent protest ataupun nak jaga hubungan luar Malaysia Baru dengan Amerika kelak?



Sebagai "PM in waiting", DSAI juga harus tegas dalam isu Gaza ini seperti zaman mahasiswa beliau yang lalu. Tegas bukan sekadar keluarkan kenyataan media tetapi bersama-sama hulur memorandum di bawah panas terik dengan politikus PAS yang lain. Setakat kenyataan media, apa sangatlah darjat so-called PM in waiting yang kita agung-agungkan ini kalau hendak dibandingkan dengan sleeping partner Israel, Perdana Menteri Britain, yang keluarkan kenyataan sebegitu. 




Kalau beginilah caranya, baik PAS semak balik persahabatan dan kompromi kekuasaan ini. Jangan bila dah berkuasa kelak, rupa-rupanya kawan kita ni musang berbulu ayam. 



Bak kata Rumi " Same old donkey but with different saddle". 


Kalau dah كافر  tu sama jugak.



Lupakah bagaimana Syed Qutb dikhianati Gamal Abd Nasser? Rasanya, orang PAS lebih mengetahui. Hati-hatilah ye.



P/S: Psst. Tak rasa pelik ke Mat Salleh British, US, pun boleh protes dengan lantang isu Gaza ni tetapi rakan-rakan ( baca: politikus bukan Melayu kita yang lain tak ada semangat yang sama macam Mat Salleh tu. Orang macam ini ke nak peduli nasib Orang Melayu?




Ideas have consequences

Piramid Agung di Giza (Great Pyramid of Giza)

Taman Tergantung Babylonia (Hanging Gardens of Babylon)

Patung Zeus di Olympia (Statue of Zeus at Olympia)

Kuil Artemis di Ephesus (Temple of Artemis at Ephesus)

Makam diraja Maussollos di Halicarnassus (Mausoleum of Maussollos at Halicarnassus)

Patung Colossus di Rhodes (Colossus of Rhodes)

Rumah Api Alexandria (Lighthouse of Alexandria)


Nama-nama ini merupakan lambang kagungan sesebuah tamadun…pada satu ketika dahulu.

Kini, hanya tinggal Piramid Agung di Giza sebagai wakil tunggal 7 Keajaiban Dunia Silam.


Yunani

Romawi

Umaiyyah

Abbasiyah

Turki Uthmaniyyah

Soviet Union

Empayar British


Nama-nama ini merupakan lambang kekuasaan politik sesebuah tamadun…pada satu ketika dahulu.

Kini, hanya tinggal serpihan-serpihan negara bangsa yang terpecah belah dek wabak demokrasi.


Aristotle

Immanuel Kant

Al-Ghāzalī

Ibn Sinā

Friedrich Nietzsche

Karl Marx

Adam Smith


Nama-nama ini merupakan lambang ketamadunan sesebuah tamadun…dulu, kini dan akan datang..


Dulu, kini, dan akan datang akan diperingati, diajar dan diselami jiwa dan minda yang telah melahirkan sebuah tamadun dengan tinta mereka..


Golongan ini tidak mengangkat senjata membaham musuh tetapi mereka amat mengerti bahawa pena itu lebih tajam daripada mata pedang. Mereka juga mengerti, buah fikiran itu mampu membina Tamadun dan mereka sangat memahami ideas have consequences...


Tatkala Gaza diserang…mayat bergelimpangan…emosi marah, sedih membuak-buak..kebangkitan massa mengundang tuntutan perubahan…


Sangat sedikit sekali cuba bertafakkur dimana sebenarnya akar permasalahan berdarah ini…



Ketika Gaza diserang lumat, tarikh 24 Disember 2008 juga merupakan tarikh pemergian pemikir kontroversi Dunia Barat, Samuel P. Huntington.


Dengan makalah yang bertajuk "The Clash of Civilizations?" yang diterbitkan di dalam majalah politik antarabangsa yang berpengaruh Foreign Affairs dan kemudian di jadikan sebuah buku di bawah tajuk The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order, Samuel Huntington telah berjaya “membasuh” minda para penggubal dasar Dunia Barat untuk menerima hakikat bahawa pergolakan pada abad ini bukanlah disebabkan perbezaan ideologi tetapi perbezaan idea antara tamadun besar dunia.


Beliau menggariskan dunia pasca Perang Dingin kepada beberapa tamadun seperti (i) Barat (Western), (ii) Amerika Latin (Latin American), (iii) Islam (Islamic), (iv) Cina (Sinic,Chinese), (v) Hindu, (vi) Kristian Ortodoks (Orthodox), (vii) Jepun (Japanese), dan (viii) Afrika (African).


Tesis ini mendapat perhatian yang cukup berpengaruh dan sememangnya serangan keganasan 11 September menjadikannya lebih ber-ma’na di mata orang-orang Barat seterusnya menjustifikasikan peranan mereka sebagai sebuah Tamadun yang perlu berhadapan dengan Tamadun Islam terutamanya di kawasan Timur Tengah.


Gaza berdarah pada hari ini kerana idea seperti ini.


Indonesia di serang penyakit SIPILIS (sekular, pluralisme, liberalisme) kerana idea seperti ini.


Siapa sangka pakcik tua berkaca mata seperti beliau mampu me-rasionalisasi-kan (rationalization) kempen pergolakan di Timur Tengah?


Itu belum lagi kita kaji gerakan sistematik untuk melakukan hegemoni ke atas dunia umat Islam melalui perang saraf yang amat sulit seperti RAND Corporation, dan intelektual-intelektual dhollin seperti Richard Dawkins dengan Darwinisme-nya.


Tetapi itulah hakikat. Hakikat yang banyak sekali dipandang enteng oleh golongan ilmuan pada hari ini terutamanya daripada golongan agama. Kita pandai marah, dan beremosi ketika musibah menimpa tetapi kita sangat lemah mengkaji dan memahami titik permasalahan yang ada.


“Hujjatul Islam” Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghāzali merupakan role model terbaik untuk kita ambil i’tibar dalam berhadapan dengan ancaman tamadun Barat yang sangat diskrit ini.


Atas kesedaran dan ketajaman pemikiran yang tinggi hasil kebergantungan kepada Allah S.W.T, Imam al-Ghāzali telah menyaring arus pemikiran songsang falsafah Yunani daripada pemikiran umat Islam. Karya Tahafut al-Falasifah ( The Incoherence of the Philosophers) menjadi saksi bahawa umat Islam bukan tin kosong dalam berhadapan dengan ancaman saraf daripada Barat.


Kalau dahulu kita perlukan Tahafut, zaman sekarang kita perlukan Tahafut AAAAAA+.


Pada hemat saya, Islam and Secularism karya Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas layak menerima mantel perjuangan Tahafut itu.


Tesis Samuel Huntington bukanlah sesuatu yang asing bagi Prof. al-Attas kerana beliau sendiri melihat permasalahan luaran umat Islam bertitik tolak daripada ancaman Ketamadunan Barat.


Beza antara dua intelektual gergasi ini adalah dari segi takrifan Ketamadunan Barat dan kedalaman penghuraian permasalahan tersebut.


Prof. al-Attas sendiri memperakui bahawa ancaman Ketamadunan Barat merupakan satu ancaman yang berbentuk perennial. Akan berterusan sehingga entah bila!


Gaza akan terus berdarah selagi mana kita umat Islam tidak mampu melahirkan generasi Salahuddin al-Ayubbi AAAA+. Konflik Gaza bukan konflik dunia Arab tetapi cerminan konflik dalaman kebejatan akliah dan spiritual ketamadunan Islam.


Percayalah bahawa Gaza berdarah bukan kerana Israel tetapi kerana idea yang telah mendapat tempat dalam diri Tamadun Barat dan idea yang telah melemahkan Tamadun Islam ke tahap kekeliruan yang melampau.


Ayuh kita sama-sama memahami konflik ini daripada akar umbinya untuk mempersiapkan generasi Salahuddin yang baru.


Untuk itu kita harus memahami dahulu bahawa ideas have consequences.

Jumaat, 26 Disember 2008

Krisis Kejuruteraan Kimia dan penyelesaian alternatif kepadanya






“BASF, the giant German chemical company, said Wednesday that it would temporarily halt or slow production at 180 plants around the world as it adapts to a "massive decline in demand" brought on by the economic crisis.”

Sumber: IHT

“The world's biggest chemicals company, warned adjusted earnings before interest and tax won't grow this year. It's temporarily shutting down 80 plants worldwide and reducing production at 100 plants in a move that will affect 20,000 jobs.”

Sumber: Market Watch.


Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Pendaftaran UTP kerana telah memberi ruang dan peluang untuk saya pelajar kejuruteraan kimia pada tahun 2006 untuk mengambil 2 subjek yang tidak ada kena mengena dengan kejuruteraan kimia iaitu: Economics (GAB 2023) dan juga International Business ( GAB 3053). Kedua-dua subjek ini merupakan subjek pelajar BIS.

Dalam proses pembelajaran yang telah saya lalui dibawah Encik Amzairi ( Int. Business) dan Encik Azhan (Economics) ini, saya telah banyak mempelajari pelbagai perkara penting yang menjadi isu central (secara overview ) kepada core business kita, iaitu Industri Minyak dan Gas.

Saya sudah menjangkakan perkara ini semasa saya di tahun 2 lagi. Harga minyak yang menggila adalah satu petanda serampang dua mata. Boleh jadi baik dan buruk. Atas dasar ingin tahu lebih lanjut, saya terpaksa lompat jurusan buat sementara waktu.

Maka disini saya ingin berkongsi sedikit analisis ringkas berkenaan krisis ekonomi dan industri kima dunia.

Minggu lepas, kalau ada sesiapa yang membaca berita ekonomi, menunjukkan satu krisis yang cukup genting telah berlaku kepada industri kereta Amerika Syarikat. Chrysler, General Motors dan juga Ford sedang diambang kebankrapan gara-gara krisis ekonomi yang bermula di Wall Street.
  
Krisis industri automobil Amerika Syarikat secara tidak langsung akan menimbulkan ripple effect kepada industri-industri sekunder yang lain seperti industri besi, aksesori kereta, tayar etc.

Dalam hal ini, industri petrokimia turut sama terasa. Berdasarkan kenyataan di atas, BASF yang merupakan gergasi petrokimia dunia telah mengambil langkah awal untuk tidak terjatuh ke dalam lubang kerugian yang besar.

Jikalau kita melihat masalah ini secara paper cutpiece by piece kita akan gagal melihat skala masalah tersebut. Anda perlu cantum kepingan jigsaw puzzle tersebut agar dapat melihatnya dengan lebih tajam. Untuk itu, anda perlu ilmu ekonomi dan perdagangan dunia yang asasi.

Sememangnya ini bukanlah masalah yang terpencil. Penurunan kadar permintaan produk petrokimia, kereta etc. merupakan satu sinstesis ekonomi yang cukup bermasalah.

Kita tidak bercakap lagi dengan krisis global warming, post-Kyto Protocol yang memerlukan pengurangan mendadak dalam menurukan kadar penggunaan bahan api fosil.

Kita tidak bercakap lagi tentang kebejatan industri makanan dan barangan haria dalam merosakkan kehidupan masyrakat dengan pengeluaran produk yang berbahaya seperti kes susu tepung bayi Sanlu dan mainan di China.

Kita tidak bercakap lagi berkenaan krisis geo-politik di Alaska, Rusia-Georgia, Palestin-Israel, AS-Iran.
  
Kita tidak bercakap lagi berkenaan krisis Peak Oil yang semakin menjadi kenyataan dengan pengalaman dan data terbaru para professional dalam industri minyak dan gas.

Kita tidak bercakap lagi tentang arus pemboikotan barangan kimia  ( from chemical to organic. A movement for sustainable living) dalam makanan, pakaian etc. oleh  masyarakat Barat, Eropah. ( Harus diingat, baja, racun serangga semuanya dibuat menggunakan bahan asas petroleum.)

Dan beribu satu macam masalah bakal melanda industri petrokima dengan hebat.

Mengikut jumhur pakar-pakar ekonomi baik yang kapitalis, sosialis dan Islam sekalipun ini adalah satu krisis yang panjaaaanggg….Dan ini semua hanyalah permulaan kepada krisis yang lebih besar. Di ulangi HANYALAH PERMULAAN.

Ini bukanlah pengulangan Internet Bubble 2000. Krisis Kewangan 1998, bukan juga krisis 1980-an malah mengikut jumhur pakar ekonomi dunia, krisis ini bakal mengatasi krisis yang paling buruk abad ke-20 iaitu The Great Depression of 1930!

“The Oracle” of Federal Reserve, Alan Greenspan, mantan pengurusi bank sentral Amerika Syarikat yang mengurus perjalanan ekonomi dan kewangan Amerika ( secara tidak langsung dunia) sendiri mengakui bahawa “ianya adalah satu kesilapan besar yang pernah saya lakukan” dalam mengurus sistem kewangan AS.

Kenapa boleh satu dunia rasa sakit walaupun masalah awalnya adalah di AS? Ini kerana sistem ekonomi dan kewangan dunia TELAH DIITENGRASIKAN DENGAN SANGAT KOMPLEKS.

Sekali lagi, kita tidak boleh melihat masalah ini sekadar setahun dua, tapi perlu menjangkau 10 tahun akan datang.

Sistem kapitalisme yang cemerlang pada kebangkitan Revolusi Industri Eropah pada awal kurun ke-19 telah menghampiri masa kematiannya dalam beberapa tahun akan datang (mereka perlu rombak secara radikal sistem ekonomi yang ada sekarang). Kita bukan sahaja berbicara berkenaan sistem malah resources yang perlu kita senantiasa kita gunakan semakin hilang dari muka bumi ini. Dengan ketamakkan kita, masa depan anak, cucu cicit kita bakal menjadi mimpi ngeri.

Maka disini saya berpendapat, para pelajar UTP harus dilengkapi dengan ilmu HOW TO ACQUIRE KNOWLEDGE. Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Dalam keadaan yang penuh  tidak menentu ini, falsafah “well rounded”  UTP sudah cukup baik untuk melahirkan graduan yang relevan. Cumanya dari segi pelaksanaan saya rasa kita boleh perbaiki dengan lebih baik lagi.
  
Graduan UTP haruslah tidak mempunyai single track mind. Seperti contoh walaupun dia seorang pelajar Kejuruteraan Mekanikal, dirinya harus juga mampu menjangkaui disiplin ilmu yang lain.

Tiada jaminan life-long employment apabila krisis ekonomi terburuk dalam sejarah ekonomi moden melanda kita. Malah mungkin graduan UTP pada satu hari nanti terpaksa berniaga di pasar malam untuk menyambung hidup bukan kerana dia bodoh tetapi kerana industri itu memang sudah tidak bermaya.

Ini bukan tekaan kerana telah berlaku pada tahun 1930 di seluruh dunia!

Maka di saat ini yang paling berguna adalah skil HOW TO ACQUIRE KNOWLEDGE kerana dengan skil ini para graduan UTP bakal menjadi lebih fleksibel dalam menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam pekerjaan yang ada dalam mana-mana industri sekali pun. Apabila kita TAHU CARA YANG BENAR AKAN HAKIKAT ILMU, DAN CARA MENCAPAINYA ianya tidak akan menjadi masalah untuk graduan UTP shifting their skills according to the demand dalam jangka masa yang singkat. Ianya akan menjimatkan juga perbelanjaan HRM syarikat kerana para pekerja lebih efisyen mempelajari sesuatu benda yang baru dek kerana mereka telah mempunyai asas yang kukuh berkenaan EPISTEMOLOGI ILMU.

Ini juga bukan satu teori olok-olok kerana telah terbukti ribuan tahun. Tamadun Islam Umaiyah, Abbasiah, Andalusia, Turki Uthmaniyah telah melahirkan jutaan ulama’ yangmultidisciplinary.

Kita ambil contoh Ibn Sina. Beliau terkenal dengan sumbangannya dalam bidang perubatan melalui karya Al-Qanun fit Tibb ( The Canon of Medicine). Tetapi berapa ramai daripada kita yang tahu bahawa sebenarnya Ibn Sina ini di Barat telah menyumbangkan pemikiran falsafah Aristotel dengan cukup meluas sekali?

Apabila saya melihat karya mentah Al-Qanun fit Tibb yang terdiri daripada 14 jilid di samping karya falsafah beliau yang cukup kompleks, saya tertanya “how on earth this guy could write a lot in his short life time?”

Beliau juga telah menulis lebih daripada 450 volumes karya ilmiah yang merentasi pelbagai bidang!

Ingat pada waktu itu tiada Wikipedia, Google, Xerox, Lampu Kalimantang, Laptop, Hard Disk, Pilot G-2 etc. untuk melahirkan karya yang begitu hebat.

Cukuplah satu contoh daripada jutaan ulama’ silam yang lain sebagai peringatan bahawa THE WISDOM OF THE PAST MUST NEVER BE UNDERESTIMATED.

Dalam keadaan krisis ekonomi yang menggila ini, adalah wajar setiap pemegang saham dalam Industri Minyak dan Gas negara memikirkan modus operandi yang baru dalam menilai permasalahan yang ada.


Kepada rakan-rakan se-coursemate,:

please open your eyes (including the one in your heart) and mind in analyzing your future. Please read newspapers, net, books and THINK properly on the current state of our country, life so that you will not get a shock IF something strange happen to your nicely planned future life. Our intellect can never simply be defined with CGPA (read the article above on How to Acquire Knowledge) or how many events you have organized in UTP, it requires more than that to survive in today’s harsh world.”


Saya selaku insan yang dididik di UTP berasa sangat terpanggil untuk menyumbang idea, pandangan dan kritikan membina kepada pihak yang bertanggungjawab dalam membantu meningkatkan kualiti pendidikan di UTP demi bangsa, agama dan negara. Insyaaallah.


Wallahua’lam.

Bukan senang...



Bukan senang. Semakin ramai yang singgah di blog ini semakin 'dahsyat' soalan-soalan yang diajukan. Fitnah juga tidak kurang banyak yang ditinggalkan.


Baru umur setahun blog ni dan kena pikul beban yang memenatkan ini.


Tidak kiralah bagaimana sekalipun anda pandang dan nilai saya baik dalam blog ataupun dunia realiti berulamkan graviti, saya tetap saya ya'ni:


1) Mahasiswa tahun akhir Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
2) Umur 21 tahun.
3) Bujang


Hal-hal ISTAC, falsafah, Prof. al-Attas, dan segala macam yang saya ungkapkan dalam blog in, tulisan dalam majalah, dan akhbar semuanya berlaku dalam masa setahun ini.


Sangatlah muda sekali usia dan pengalaman tu.


Semua ini menggambarkan bahawasanya saya bukanlah autoriti dalam bidang yang sering diajukan tersebut. Maka, jangan salah sangka terhadap saya jikalau saya tidak mampu melunaskan penjelasan yang sewajarnya.


Masih belajar dan terus belajar sampai mati Insyaallah.


Bukan senang.


Sebelum hendak tulis, kena berfikir. Sebelum boleh berfikir kena renung. Sebelum renung kena membaca. Sebelum membaca kena membeli. Sebelum membeli kena ada duit. Sebelum ada duit kena tunggu biasiswa/duit Mak/gaji menulis Siasah/Milenia Muslim. Sebelum tunggu semua itu kena tunggu ilham. Sebelum dapat ilham kena berdoa dan beri'tiqad kepada Allah dalam mencari ilmu yang memberi ma'na dan kefahaman. Dan proses ini mungkin melingkari antara satu sama lain.


Fuh. Memang rasa kepala ni berdenyut-denyut. Masalah makin banyak dan nak selesaikan tu hanya Allah yang tahu betapa sukarnya nak cari jawapan dan menunggu kefahaman!


Patutlah ulama' silam macam Ibn Sina, Imam Syafiee tak tidur malam bersengkang mata memikir, menulis. Kalau dapat jawapan punyalah mereka bersyukur kepada Allah.


Kepada para pembaca budiman, saya tidak dapat menerangkan banyak perkara dengan mudah dalam jangka masa terdekat ini kerana saya kena:


1)Siapkan laporan latihan industri selama 8 bulan di KLCC.
2)Siapkan kertas kerja persidangan di UTP berkenaan universiti.


Semua ini akan mengambil masa yang banyak dalam beberapa minggu ini.


Walaubagaimanapun, untuk yang berminat untuk selongkar idea kritis berkenaan gerakan Islam moden/reformis, bolehlah rujuk dua buku di bawah:






Kedua-dua buku ini mampu membuat gerakan Islam di Malaysia tidak senang duduk jikalau kita mampu berhujah dengan baik atas niat untuk membantu mereka bermuhasabah akan status quo perjuangan yang dipikul mereka sekarang. Satu dari sudut epistemologi perjuangan (berkaitan Muhammad Abduh) dan satu lagi aspek sosio-budaya-politik perjuangan gerakan Islam.


Apabila kita kritik bukan hendak jahanamkan mereka tetapi hendak membantu mereka jadi lebih baik. Ini yang susah bila ulama' berpolitik. Rakyat jadi keliru ulama' mana yang lebih afdal untuk diikuti.


Maklumlah, bila ulama' berpolitik, macam mana nak bezakan kenyataan yang dibuatnya sama ada kenyataan politik untuk political mileage dan kenyataan menyampaikan al-haqq yang tidak pilih bulu.


Sebab itulah dalam sejarah silam, ulama' yang berwibawa seperti al-Ghazali, Bediuzzaman Nursi, dan banyak lagi akan sedaya upaya menjauhi jaringan kekuasaan dalam hal-hal agama. Ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang bakal timbul daripada rakyat yang merujuk.


Ulama' have to be independent from the interest of political power to safe guard the Truth from being distorted inside-out of the context!


Panjang ceritanya tapi makin lama saya makin disillusion dengan ulama' politik.


Sehari suntuk saya di UIA tadi. Banyak buku saya beli dan fotostat. Antaranya adalah di bawah:





Ini harus dibaca oleh semua aktivis/da'ie mahasiswa dan cuba fahami bagaimana semua ini berlaku di Malaysia.


Selamat berfikir dan harap bersabar dengan penulisan saya yang seterusnya.