
oleh Rausyanfikir
Dalam keghairahan kita berpolitik dua hala antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, tanpa disedari terdapat 'orang ketiga' yang cuba mengambil peluang di atas konflik politik kepartian ini. Negara Kapitalis nombor satu dunia, Amerika Syarikat sedang mengintai peluang yang lebih cerah bagi menjalankan operasi penjajahan bentuk baru ke atas
Sesuai dengan zaman yang mengibarkan panji 'Kebebasan, dan Kesaksamaan' seperti yang dicanangkan oleh negara Uncle Sam tersebut, tidak lengkap jikalau negara yang mengamalkan sistem politik demokrasi melupakan semangat ekonomi liberal yang menjadi dasar kepada FTA dalam urusan ekonomi negara. Jikalau kita tanya kepada ahli ekonomi yang menuntut di Harvard, Cambridge ataupun London School of Economics (yang rata-ratanya menjadi penasihat ekonomi kepada kerajaan) sudah tentu mereka mengatakan FTA adalah satu kemestian bagi menjadikan negara Malaysia sebuah negara membangun sama seperti negara-negara maju yang lain.
Hakikatnya, semua ini adalah indah khabar dari rupa. Benua Amerika Latin , terutamanya
Harga yang lebih kompetitif daripada negara-negara maju tersebut dek kerana subsidi kerajaan yang telah diberikan para petani Amerika dan Kanada telah memaksa para petani
Situasi tersebut mungkin tidak akan berlaku secara pelanduk dua serupa ke atas
Pemergian 'Iron Lady'
Jauh panggang dari api, Rafidah yang sudah terkenal dengan korupsi AP kereta masih bertegas mahu menjalankan rundingan dengan Amerika. Isu ini menjadi lebih tegang apabila maklumat secara keseluruhan tidak didedahkan kepada awam kerana syarat rundingan FTA ini tidak membenarkan maklumat disebarkan diluar meja rundingan.
Kita harus belajar dari sejarah dan kesilapan orang yang telah ditimpa musibah FTA ini. Sudah tentu format rundingan yang berbentuk rahsia ini mempunyai agenda yang khusus bagi mengelakkan sebarang bantahan secara besar-besaran seperti yang berlaku sewaktu rundingan Badan Perdagangan Dunia (WTO) di Seattle pada tahun 1999. Bantahan sebegini hanya mampu dilakukan jikalau rakyat sudah dibekalkan dengan pemahaman yang konkrit berkenaan isu ini setelah dibahaskan secara total di ruangan umum.
Contoh terbaik adalah
Dalam kes Costa Rica, mereka terpaksa berhadapan dengan Perjanjian Perdangangan Bebas Amerika Tengah (CAFTA) yang melibatkan beberapa buah negara kepulau Carribean yang lain.Keseriusan yang timbul dari rakyat jelata akan isu FTA ini telah menyebabkan Bush dan konco-konconya daripada Rumah Putih dan CIA bertindak agresif dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbau ugutan kepada seluruh rakyat Costa Rica mengenai hubungan dagang antara dua buah negara tersebut. Terdapat laporan dalaman yang mengisahkan bahawa Amerika Syarikat bersedia untuk membantu tali barutnya iaitu Presiden Oscar Arias dalam memenangi referendum FTA tersebut secara kotor.
Hampir 100,000 rakyat ( bersamaan dengan nisbah 7 juta populasi Amerika Syarikat) telah dilaporkan turun ke jalan raya pada Oktober 2007 untuk menyatakan 'Tidak' ke atas FTA tersebut. Antara alasan kukuh yang menjadi momentum bantahan tersebut adalah mereka tidak mahu para petani merempat setelah kemasukkan gandum yang disubsidi dan juga produk pertanian lain daripada Amerika Syarikat. Mereka juga menyatakan kebimbangan terhadap kuasa yang mampu dimiliki oleh syarikat-syarikat gergasi dari Amerika Syarikat dalam mencabar undang-undang alam sekitar tempatan setelah FTA itu berjaya ditanda tangani.
Bukan mudah untuk melakukan mobilisasi dan referendum nasional berkenaan isu sekompleks FTA. Tapi bukanlah satu perkara mustahil dan ini telah dibuktikan oleh rakyat
Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin telah kerap kali menyatakan bahawa MITI tidak akan menggadaikan sektor-sektor penting negara, tanpa hitam putih dan perbahasan secara total yang diberikan kepada rakyat, rundingan FTA bersama Amerika harus dihentikan segera. Wakil rakyat harus ingat bahawa modus operandi ini merupakan satu dasar imperialisme Barat ke atas negara-negara dunia ketiga yang kaya dengan sumber alam serta pasaran ekonomi yang luas. Mungkin terdapat suara-suara daripada Pakatan Rakyat sendiri yang menyokong dasar ekonomi sebegini tetapi situasi yang bakal berlaku boleh diertikan sebagai 'untung secupak rugi segantang. 'Jangan kita lupa kisam silam Malayan Union kerana FTA bersama Amerika Syarikat ini tidak ubah seperti Malayan Union abad ke-21.













The Day of the Catastrophe of Nakba is the annual day of honour by the Palestinian people which marks the beginning of the 1948 Palestinian exodus and the loss of land that let to the creation of Israel.