Sabtu, 26 April 2008

Legacy of a Malaysian 'Public Intellectual'




The first time I’ve heard about this term ‘public intellectual’ was when I first came across Jean Paul Sartre biographical books in Kinokuniya, KLCC one year ago. I tried to read his book-Being on Nothigness which of course I can’t simply comprehend till today.

At first I cannot understand why the Westerners really uphold Sartre. Later on as I read Frantz Fanon and Ali Shariati books I start to understand that Sartre influences was quite widely accepted among those Third World intellectuals in their struggle against colonialism.

Simone de Beauvoir, Sartre and Che Guevara in Cuba circa 1960 having a philosophical discussion. I wish I could be there during that time!

Furthermore his activism spirit in campaigning for Algerian independence was enough to earn respect from me. He cemented his ‘public intellectual’ credential by refusing to accept Nobel Prize that had being offered to him in 1964 by stating that:
"It is not the same thing if I sign Jean-Paul Sartre or if I sign Jean-Paul Sartre, Nobel Prize winner. A writer must refuse to allow himself to be transformed into an institution, even if it takes place in the most honorable form."

Wow, I think this is why people really uphold him as one of the great public intellectual of 20th century. France did produce quite a number of public intellectuals the likes of Michel Foucault, Pierre Bourdieu and Jean Braudillard which I personally read some of their writings and interviews. ( Google the debate Foucault had with Chomsky.Very nice to watch).

Well, that’s the White Men stories. How about ours? Do we have this so-called “public intellectuals?”

I just got to know the story this week that we do have one. It is none other than the late Rustam A.Sani.

I rarely heard about his works until I discovered his writings in Siasah, which I have always bought every week since 2 years ago. I never knew that he was a respected academician (he once was a fellow in Malaysian premier think tank-ISIS). Of course he left the think tank later due to incongruent working atmosphere in ISIS that hindered his vox populi spirit.

The shockest news I heard after his death was that, he actually had a father by the name of Ahmad Boestaman! Well, for history buff like me, the name will always signal about the purest nationalism form of struggle side by side with the likes of Dr Burhanuddin Helmy and Pak Sako of PKMM in their quest for Malayan Independence.

As a son of one of the respected Malay nationalist of pre-independence years, surely he walk beneath his father’s shadow. I guess I was wrong today.

Much can be said about the ‘real Rustam’. I was a bit ignorant about him.
That was before I came to his book launching session just now, which being officiated by Anwar Ibrahim.


Lots of political celebrities were there just now, which taking place at Selangor State Library in Shah Alam. Not to mention literature figure like A.Samad Said as well the renegade liberalist -Hishamuddin Rais was also there to pay last tribute to this great man.


I asked my fellow Siasah comrades, bro Haris Zalkapli, whom I attended the function with him:

“What does it takes to be recognized as ‘public intellectual’ in our country?”

He replied:

“Rustam was one of the few intellectuals who has a rational voice when it comes to discourse on politics and national issues.”

Its better for the readers to get a copy of Siasah that just came out yesterday and check out some of the comments about the late Rustam. Even Prof Jomo managed to write a piece of tribute that was given to the attendees of the event. Prof Jomo and Rustam was comrades in academics I supposed.

It’s a sad thing for me because I never take any heed to learn more about this great man when he was alive. Nonetheless I will dig his writings that have been published in his two books that I bought 5 hours ago as well from his Suara Rakyat blog.

Public intellectual of today not only left their writings and ideas in form of books but also blog!

I wonder what would I left later if I were to be a ‘public intellectual’ like Rustam…May Allah bless his soul.

Enjoy the picture of Pakatan Rakyat celebrities that have attended the book launching just now!

P/S 1: I did salam Anwar just now but that does not mean I agree with everything he said furthermore to call him my idol! I was wondering in the car just now whether the big crowd was there to pay tribute to the late Rustam or just wanted to take a glimpse of Anwar Ibrahim who recently made headlines about party hopping scheme .Malaysian after all, use their emotion more than their faculty of reason when it comes to political discourse and surely Anwar packs a punch in that department!

The Selangor State Library entrance.


Anwar having a chat with Rustam family members.



The old bloke of Malaysian socialists.










P/S: 2: I did bought few cool books:



Jumaat, 25 April 2008

Rempah ratus cuti hujung minggu

Hujung minggu merupakan antara masa yang dinanti-nantikan oleh kesemua pelajar UTP. Buat diri saya, memang menjadi kebiasaan selang 2 minggu akan saya habiskan masa hujung minggu ini di Kuala Lumpur bersama Ibu dan kedai-kedai buku yang terdapat di Jalan TAR dan KLCC.

Minggu ini, saya pulang dengan urusan mesyuarat bersama ahli editorial akhbar Siasah bersama beberapa mahasiswa dari IPT sekitar Lembah Kelang bagi membicarakan beberapa perkara penting berkenaan mahasiswa dan media alternatif.



Allahyarham Rustam Sani-pemergian beliau akan dirasai oleh para aktivis masyarakat.

Selang beberapa hari yang lepas, saya dikejutkan dengan pemergian Rustam Sani, seorang aktivis yang sering artikelnya saya rujuk dalam media alternatif. Sebelum ini saya hanya menganggap beliau sebagai kolumnis bebas yang senantiasa memberi komentar yang tajam berkenaan isu semasa dan politik nasional.


Rupa-rupanya, beliau mempunyai lebih banyak ‘rahsia’ yang saya tidak ketahui. Antara butiran diri arwah yang saya tidak ketahui ialah bahawa beliau adalah anak kepada pejuang nasional Melayu kiri yang cukup terkenal di zaman Dr Burhanuddin Al Helmy iaitu Ahmad Boestaman.



Allahyarham Rustam Sani juga sebenarnya bukan sekadar kolumnis malah juga merupakan seorang intelektual yang celik kepada masalah semasa. Beliau pernah menjawat jawatan Associate Professor di UKM dalam bidang sains politik pada era 80-an.


Esok, Sabtu 26 April 2008, sepatutnya beliau akan menghadiri sesi pelancaran 2 buku baru beliau yang akan dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perpustakaan Negeri Selangor di Shah Alam. Majlis tetap akan diteruskan dan dijangka Anwar akan turut bersama dalam sesi tersebut yang dikelolakan oleh SRID. Sudah tentu saya akan ke sana bersama abang Haris Zalkapli dan beberapa lagi wartawan Siasah.



Sampai sahaja saya di Puduraya sekitar jam 12 tengah hari tadi, objektif pertama ialah mendapatkan majalah Islami no.1 Indonesia-Sabili di kedai majalah yang sederet tersebut. Syukur dapat dan seperti biasa artikel di dalamnya unik dan menarik hendaknya selepas sahabat saya saudara Herry Nurdi menjawat jawatan ketua editor majalah tersebut baru-baru ini.


Sepatutnya majalah Milenia Muslim sudah ada di pasaran sekarang tapi tidak nampak pula di kedai majalah tersebut.


Jam semakin berdetik pantas menandakan waktu Zuhur hampir masuk. Hendak solat di mana agak-agak? KLCC atau Masjid Jamek? Akhirnya saya memutuskan untuk solat di Masjid Jamek memandangkan masih banyak ruang untuk saya berehat sebelum menunggu khutbah jumaat berlangsung.Jikalau solat di KLCC sudah tentu sekitar jam 12.45 pm berduyun-duyun manusia membanjiri ruang solat masjid As-Syakirin tersebut.


Selesai solat saya bergegas ke Jalan TAR bagi mencari juadah makan tengah hari. Dalam perjalanan ke Restoran Insaf saya singgah sebentar di kedai majalah Mamak yang terletak di sebelah Emporium MYDIN. Ah! Itu pun dia majalah Milenia Muslim!


Wow! Menarik sungguh cover page edisi Mei ini. Yang lebih teristimewa ialah tajuk artikel saya menjadi tajuk besar di muka hadapan majalah tersebut! Syukur dan terharu rasanya. Mungkin pihak editorial cuba highlight isu krisis makanan yang digembar gemburkan bersama isu biofuel mutakhir ini.



Artikel yang dimuatkan dalam majalah tersebut saya siapkan sebulan yang lepas selama 2 hari di dalam bilik hostel di UTP. 2 hari yang solid dengan kajian melalui internet dan beberapa buah buku yang saya bawa dari rumah menjadikan sumber-sumber tersebut sebagai rujukan utama. Proses menulis artikel tersebut boleh dikiaskan seperti mencatum kepingan jigsaw puzzle yang datang dari pelbagai sumber dan ragam.


Agak-agaknya UTP marah tak tulis artikel macam ni?


Cantuman-cantuman maklumat itu akan saya perhalusi dan perkemaskan dengan gaya bahasa yang lebih santai untuk kesusaian para pembaca umum yang jarang sekali peka dengan isu makanan ubah suai genetik (GM). Satu lagi hasil kerja yang menambahkan semangat dan motivasi saya untuk terus menulis tajuk-tajuk yang tidak mainstream seperti politik semasa tetapi cukup penting dalam mengenal pasti permasalahan semasa umat.


Ah terlupa nak cerita pengalaman menarik. Sebelum saya berhenti membeli majalah di tepi MYDIN, sempat saya bertenggek sebentar di hadapan Masjid India mendengar ceramah akademik yang disampaikan oleh pakcik berjubah biru.

Sudah maklum bahawa ruang kosong kaki lima di hadapan Masjid India selalu menghidangkan pelbagai ragam manusia yang berceramah mengenai pelbagai hal. Kali ini saya terserempak dengan pakcik yang menggelar dirinya sebagai ‘KETUA SAINTIS DUNIA’. Sekilas pandang rasa macam pakcik ini orang kurang siuman. Tapi ternyata tidak. Ternyata beliau unik.


“Orang melayu kena guna otak kanan dalam belajar Matematik!” Jelasnya kepada para pendengar.


Beliau melakukan demonstrasi matematik yang unik dan kreatif di hadapan khalayak ramai. Setelah selesai menerangkan satu contoh soalan berserta penyelesaian, beliau menawarkan kepada mana-mana pihak yang ingin memiliki set naskah ringkas catatan yang beliau tulis untuk memahami teknik yang beliau paparkan sebentar tadi. Saya membelinya dengan harga RM5.


Ternyata pakcik yang bernama Abdul Halim Bustaman ini bukanlah orang gila. Beliau merupakan bekas guru matematik di beberapa buah sekolah beberapa ketika dahulu seperti yang tercatat dalam dokumen RM 5 yang saya beli. Lampiran gambar bersama beberapa tokoh akademik luar negara turut dimuatkan dalam dokumen tersebut dalam warna hitam putih fotostat.


Beliau menegaskan dalam ceramah ringkas yang disampaikan bahawa kita Orang Melayu kurang menggunakan bahagian otak kanan dalam kehidupan seharian. Demonstrasi penyelesaian masalah matematik yang ditulis pada papan putih itu diselesaikan menggunakan cara yang kreatif yang saya kira, menggunakan kekuatan yang lebih di bahagian otak kanan beliau.


Jikalau direnung secara mendalam, memang betul apa yang dicakap oleh Pakcik Halim itu. Sistem pendidikan kita dari sekolah hinggalah di universiti didominasi dengan bahagian otak kiri dalam penyampaian ilmu serta penyelesaian masalah. Maka tidak hairanlah anak-anak muda kita tidak kritikal dalam menilai masalah yang ada kerana sudah terbiasa disuap dan mengikut aturan yang ada. Bagi yang jenis memberontak dan kreatif, selalunya akan dianggap ganjil dan tidak pandai.




Jauh sekali jikalau hendak dibandingkan dengan pendidikan yang dicorakkan di Barat yang begitu menekankan pendekatan yang lebih holisitik. Sampai sekarang saya masih tidak berpuas hati melihat kualiti mahasiswa UTP yang kononnya dicanang sebagai well rounded hakikatnya indah khabar dari rupa. Rata-rata mahasiswa UTP tidak ubah seperti mesin peperiksaan yang saban hari menghitung GPA dan CGPA dalam kotak minda akademik masing-masing.


Ternyata saya tidak dan tak akan meletakkan diri saya sama seperti rakan-rakan yang senantiasa mendapat anugerah dekan. Serius, bukan saya cemburu cuma rasa proses pendidikan yang saya cari jauh lebih penting daripada sekadar ingin memuaskan hati pihak sponsor dan pihak universiti secara taqlid. Bagi saya, falsafah pendidikan yang saya pasakkan sepanjang 2 tahun lepas selepas mengalami kesedaran intelek adalah ‘belajar untuk mencari Kebenaran’.


Moga-moga Pakcik Halim diberkati Allah atas usahanya yang mungkin nampak remeh di mata orang awam tetapi jikalau direnung dalam lembaran sejarah, kegiatan sebegini merupakan satu budaya di zaman tamadun Abassiah di mana para intelektual dan ilmuan berkumpul bersama orang awam di tempat terbuka bagi menjalankan diskusi berkaitan penemuan baru dalam kajian mereka ataupun sekadar mencetus pemikiran dan budaya cintakan ilmu dalam jiwa masyarakat am.


Selesai makan nasi beriyani di Restoran Insaf saya berangkat terus ke KLCC. Sementara menunggu ibu pulang dari kerja jam 5 petang, saya mengambil kesempatan untuk meluangkan hampir 2 jam lebih di Kinokuniya bagi membelek buku-buku yang menusuk minda.


Berbekalkan biasiswa yang ada, saya keluarkan RM300 untuk membeli beberapa buah buku yang bertajuk:

  1. A brief history of Neoliberalism oleh David Harvey

2. The case against the Global Economy diedit oleh Jerry Mander dan Edward Goldsmith






Untuk penjelasan lanjut mengenai buku-buku tersebut, klik sahaja pada link yang telah saya selitkan pada tajuk buku tersebut.


Selesai berbelanja sebanyak RM 181, saya terus turun ke bahagian concourse bagi menunggu Ibu turun dari pejabatnya yang terletak di tingkat 48 dalam bangunan berkembar Petronas.


Rasanya malam makin tebal dan buku-buku tersebut masih tidak dijamah dengan teliti, adalah lebih baik saya berundur dahulu. Nantikan catatan dan kupasan berita yang lebih menarik!

Isnin, 14 April 2008

Bertemu Intelektual ulung Nusantara


Prof Wan dengan gaya santai. Minda beliau tetap tajam ketika berbincang dengan kami selama 4 jam.


Nama Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud mungkin agak asing dikalangan rakyat jelata. Tidak seperti Prof Khoo Kay Kim ataupun Prof Shamsul Amri Baharuddin yang sering tersiar wajah dan kenyataan mereka di dada akhbar arus perdana, intelektual no.2 ISTAC ini bukanlah asing di kalangan ilmuan Islam di benua-benua yang lain.

ISTAC? Tak Pernah dengar? Klik sini.

Pembantu setia Prof Syeq Naquib Al-Attas ini merupakan antara ilmuan penting yang telah melahirkan sejumlah ilmuan Islam dari pelbagai negara Islam terutamanya dari Indonesia yang turut telah menubuhkan INSISTS.



Monograf Prof Naquib ini kata sahabat saya Ali Bukhari Amir, kalau hendak photostate, satu page RM 1 di Perpustakaan Negara. Di perpustakaan UTP, saya dapat photostate 2 sen sahaja!


Tak pernah kenal Prof Syeq Naquib Al-Attas? Mungkin mana-mana pembaca yang menelaah buku teks Sejarah tingkatan 4 tidak akan terlepas dengan teori yang cukup penting berkenaan 'Teori Kedatangan Islam ke Nusantara' hasil kajian Prof Naquib sendiri.


Kunjungan kami ke rumah Prof Wan bukanlah satu kunjungan 'biasa'. Maklumlah, sudah setahun lebih kami ingin bertandang ke sana bagi membicarakan beberapa isu penting yang bersangkut paut dengan umat yang amat jarang sekali dibicarakan di pentas-pentas masyarakat. Maklumlah, isu politk kan lebih panas.


Saya pada mulanya agak keberatan untuk pergi memandangkan projek kejuruteraan yang melimpah ruah ditambah dengan tempoh masa untuk menempuh peperiksaan semakin mencekik jiwa.


Selaku peminat setia karya Prof Naquib Al-Attas seperti Islam and Secularism dan Risalah untuk kaum Muslimin, berjumpa dengan anak muridnya yang paling hampir adalah sama seperti berbicara dengan beliau juga. Maklumlah, world view mereka sudah tentu sama.


Maka dengan poket yang sengkek saya bertolak ke Kuala Lumpur pada pagi Sabtu lepas. Saya jangkakan KL akan sesak dengan manusia yang datang dari seluruh pelusuk semenanjung sempena 2 pesta gergasi yang berlangsung di sana iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan PC Fair.



Mujur Prof Wan membekalkan kami dengan manual perjalanan yang cukup detail.

Bukan mudah untuk ke rumah Prof Wan kerana jalannya agak berliku dan terpencil. Sebaik sahaja kami tiba di perkarangan rumah beliau, kelihatan minaret seperti yang ada di ISTAC. Cantik seni bina beliau.



Insyaallah, dah kerja saya akan bina sebuah study room begini!


Hanya dengan kain pelikat dan kemeja biru, Prof Wan menjemput kami dengan mesra untuk dibawa ke study room beliau. Melihat saja rak buku yang cukup padat, aura intelektualisme berderu deras ke arah kami. Kelihatan abang Azril daripada ABIM sedang menanti kami sambil menikmati keropok lekor yang terhidang di atas meja.


Abang Nizam memberitahu saya bahawa Prof Wan sering dikunjungi ramai orang untuk berdiskusi. Memandangkan beliau adalah apolitical person, kunjungan daripada ahli UMNO dan PAS adalah satu yang tidak asing. Kami cukup bertuah setelah setahun lebih menunggu peluang ini, akhirnya diizinkan Allah untuk bersama dengan beliau selama lebih kurang 4 jam.



Sahabat seperjuangan serius mendengar 'kuliah mini' daripada Prof Wan.


Pada mulanya kami berbincang secara rawak diselangi dengan pelbagai persoalan yang diutarakan oleh saya dan abang Nizam. Lama-kelamaan perbincangan kami menjadi bertambah dalam dan agak philosophical.


Untuk pengetahuan para pembaca, Prof Wan juga telah menghasilkan karyanya sendiri bertajuk Budaya Ilmu, Pembangunan di Malaysia dan Falsafah dan Amal Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas.

Hendak mencerita ke semua perbincangan kami yang berlangsung selama 4 jam mungkin tidak beberapa sesuai untuk ditulis dalam blog ini atas batasa ruang dan waktu. Walau bagaimanapun mungkin saya akan berkongsi bersama para pembaca mengenai beberapa persoalan penting yang boleh kita fikirkan bersama sepanjang kami berdiskusi bersama Prof Wan.

Politik dan Kebangkitan Umat

Walaupun tidak terlibat secara direct dengan mana-mana parti politik, pengamatan Prof Wan tentang situasi politik negara masih tajam. Beliau tidak berasa hairan dengan kejatuhan BN dalam PRU ke-12 yang lepas.


Beliau menceritakan kepada kami perihal Maharaja Septimius Severus yang merupakan pemimpin Rome yang paling berjaya tetapi kejam. Sepanjang pemerintahan beliau, Rome maju dan aman. Ramai ahli sejarah berpendapat bahawa benih-benih kejatuhan empayar Rome telah ditanam sewaktu pemerintahan Maharaja
Septimius Severus.

Sejarah ini berulang dalam konteks yang berbeza di Malaysia. Prof memperkatakan apa yang berlaku ini bukanlah semata-mata kerana kelemahan kepimpinan Pak Lah tetapi merupakan satu kekalahan yang lahir daripada sistem yang korup yang disemai kepimpinan terdahulu (baca: Tun Mahathir).


Prof Wan turut mengkisahkan tentang teori kebangkitan Islam zaman Salahuddin Al-Ayubi.


" Salahudin Al-Ayubi tidak lahir dalam satu vakuum. Bagaimanakah seorang Sultan Mesir (bukan khalifah) yang datang dari kaum minoriti (puak Kurdish) mampu menyatukan umat Islam untuk berjuang merampas Palestin daripada tentera Salib?"

Beberapa tahun sebelum itu, seperti yang dijelaskan oleh Prof Wan, umat Islam sedang berada dalam zaman yang cukup terseksa setelah tentera Monggol menyerang kerajaan Abbasiah, pembunuhan umat Islam secara besar-besaran di Anatolia dan juga pergaduhan antara mazhab-mazhab yang cukup kritikal.



Prof Wan merumuskan terdapat satu 'missing link' disebalik kebangkitan Salahuddin Al-Ayubi. Ramai ilmuan Islam moden serta Prof Wan sendiri memperkatakan bahawa pengaruh Imam Al-Ghazali memberi dampak besar kepada revolusi yang dibawa Salahuddin.


" The ideas from Al-Ghazali was floating around after his death for about 70 years. It takes a long time after he wrote Ihya Ulumuddin for the Muslim world to digest and to be accepted about his thoughts after the Ummah had gone through some horrific events" kata Prof Wan kepada kami.

Prof Wan meneruskan lagi:


"It justifies what Prof Naquib and ISTAC were doing since 14 years ago. We need to be patienced in reviving the ummah through knowledge, just like what Al-Ghazli did. Dalam buku Ihya dia, Al-Ghazli tak sebut sedikit pun tentang bencana yang tentera Salib bawa, pembunuhan umat Islam secara berleluasa. Ulama' haraki dan pejuang Islam mengkritik hebat Al-Ghazali kerana tidak memperjelaskan situasi tersebut sedangkan beliau hidup dan menyaksikan sendiri keruntuhan kerajaan Abbasiah dan Palestin"


Sepanjang perbincangan kami berkenaan politik dan segala masalah yang dikongsi bersama, saya perasan bahawa Prof sangat konsisten menekankan tradisi keilmuan sebagai perkara asas kebangkitan umat.



Prof Wan turut melahirkan kekesalan yang beliau alami sepanjang beliau berjuang membawa gagasan yang diasaskan oleh Prof Naquib Al-Attas iaitu 'Islamization of Knowledge'.


Aktivis dakwah Muslim di Malaysia sering memberi alasan apa yang cuba disampaikan oleh Prof Wan dan Prof Naquib adalah satu yang tidak praktikal.


"Is changing people's mind is something not practical? Then what is practical? Does politican do practical things? They just know how to talk"


Beliau telah meluahkan perasaan dukacita beliau kepada Tok Pa ( mantan Menteri Pelajaran Tinggi) perihal Prof Syed Naquib yang ditendang keluar daripada ISTAC selepas Reformasi 1998. Gara-gara sentimen politik.


"How come when you want to build a world class universities in the same time you sideline the people who is being internationally recognized even by the Westerners?"


Prof Wan menyokong hujah beliau dengan memberi bukti bahawa para pemimpin muda Australia sendiri perlu mengenali Prof Naquib dalam silibus kepimpinan yang dibawa oleh The Myer Foundation dalam Cranlana Programme:


Di muka hadapan laman web Cranlana Programme:
The Cranlana Programme offers people from all sectors of Australian society the opportunity to participate in a unique programme of seminars directed at enhancing their understanding of the philosophical, ethical and social issues central to creating a just, prosperous and sustainable society in Australia and to securing Australia’s place in the world.
The fundamental purpose of the Cranlana Programme is to foster enlightened and responsible leadership.
The Cranlana Programme is a non-partisan, not-for-profit organisation.
Kupasan lanjut berkenaan pengiktirafan Barat terhadap Prof Syed Naquib dijelaskan oleh Adian Husaini yang merupakan bekas anak murid Prof Naquib sendiri dalam tulisannya ini:

Sebagai contoh, perhatian terhadap teori Al-Attas adalah apa yang dilakukan oleh The MyerFoundation di Australia bernama "The Cranlana Program" yang menerbitkan dua volume buku berjudul Powerful Ideas: Perspectiveson theGood Society (2002). Buku ini menghimpun gagasan pemikir-pemikir besar dalam sejarahumat manusia. Volume 1 buku ini memuat pemikiran:

Confucius (551-479 SM),
Sopocles (495-406 SM),
Thucydides (460-400 SM),
Plato 428-348 SM),
Aristotle (384-322 SM),
Mencius (371-289 SM,
St. Agustine (354-430 SM),
Xunzi (310-220 SM),
Nicolo Machiavelli (1469-1527),
Thomas Hobbes (1588-1679),
John Locke (1632-1704),
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778),
Adam Smith (1723-1790),
Immanuel Kant (1724-1804),
Karl Marx (1818-1883),
Frederick Engels (1820-1895),
John Stuart Mill(1806-1873),
Harriet Taylor Mill (1807-1858).
Sedangkan volume 2 buku itu memuat pemikiran:
Simone Weil (1909-1943),
John Rawls (1921-),
Avishai Margalit(1939-),
Raimond Gaita (1946-),
R.H. Tawney (1880-1962),
Friedrich Hayek (1899-1992),
Milton Friedman (1912-),
Arthur Okun (1928-1980),
Rachel Carson (1907-1964),
Garret Hardin (1915-),
Isaiah Berlin (1909-1997),
Amartya Sen (1933-),
Nelson Mandela (1918-),
Marthin Luther King Jr. (1929-1969),
Virginia Woolf (1882-1941),
CarolGiligan (1936-),
J. Appleby,
E. Covington,
D. Hoyt,
M. Latham,
A. Sneider,
Edwar Said (1935-2003),
Syed Naquib al-Attas (1931-),
Kevin Gilbert (1933-1993),
Jean Paul Sartre (1905-1980),
Ummberto Echo (1932-),
Peter Singer (1946-),
Vaclav Havel (1936-),
Ursula Le Guin (1929-).

Dari sederetan nama itu, Al-Attas merupakan satu-satunya ilmuwan Muslim yang pemikirannya diambil sebagai reprensentasi dalam memandang Barat secara kritis. Menariknya, gagasan Al-Attas yang diambil adalah pemikirannya yang tertuang dalam sebuah tulisan berjudul "The Dewesternization of Knowledge". (Jennifer M. Webb [ed.], Powerful Ideas: Perspektives on the Good Society [Victoria, The Cranlana Program, 2002]).

Walau bagaimanapun, Prof Wan berkata Prof Naquib masih bersyukur kerana selama 14 tahun beliau berjuang di arena pendidikan ISTAC, ramai anak murid beliau yang telah menyumbang kepada kebangkitan budaya ilmu di merata-rata tempat.


Kompromi Politik, liberalisme dan pluralisme.



Saya dan Ustaz Hafiz khusyuk mendengar penjelasan Prof Wan. Sangat menarik.


Perbincangan kami turut tertumpu kepada insiden MP Shah Alam, Khalid Samad yang bertandang ke gereja Roman Katolik di Shah Alam semasa upacara 'mass' sedang berjalan. Khalid Samad yang juga merupakan dari PAS mengeluarkan kenyataan ini seperti yang dilaporkan dalam Malaysian Today dan juga The Malaysian Insider:

Khalid said that in all Arabic-speaking communities, “Allah” just means “God”, therefore it is not “unique to Islam”. He had once attended church in the Middle East and heard a Christian priest preach in Arabic with no trouble.
“For us, the problem is we're not an Arabic-speaking country. Therefore some people question why non-Muslims have to use this word when it is not really necessary. People then make all sorts of speculations about idealogy. But there's no reason for the word to be banned from Christian worship. We're quite happy if people use it.“

"Sebab itu kita kena berhati-hati. Non-Muslim they are very careful. Dia dah ada plan lepas satu, satu tuntutan. Mereka dah alam tunggu. Of course ada orang kata pada saya sekarang ni kita nak dapat kuasa dulu. Saya kata kalau tak ada kuasa kamu compromise, nak kekal kuasa kamu compromise, nak dapat kuasa kamu compromise. Lama-lama dah tak ada benda nak compromise!"


Allah adalah nama yang Allah berikan pada dirinya dan sifat nama ini antara lain adalah tidak beranak dan tidak diperanakkan (refer al mu'minun ayat 91)


Seorang parishioner gereja tersebut dalam blognya membuat komentar:


It was definitely a first time for the Church of Divine Mercy, a Roman Catholic church that took 26 years to build (not as reported earlier by me which I mistakenly put at 18 years), that she welcomed the newly elected Member of Parliament, Y.B. Khalid Abd Samad to its premises for a meet the public session. Y.B Khalid Abdul Samad, a member of the Parti Islam Malaysia offered to meet the church members when he got in touch with the Parish Priest Father Paulino Miranda and hence Thursday, 27th March 2008 would go down in history, perhaps, where a Muslim Elected Representative stepped foot into a church compound here in Malaysia.


"Kalau orang Kristian contohnya di PJ 10,000 orang dan yang pergi gereja cuma 1,000 orang. Why should they have the biggest church in South East Asia. Maknanya it is no longer a religious statement but a political statement. Mereka akan guna hujah Tuan Guru Nik Aziz benarkan pembinaan tokong Buddha yang terbesar di Asia Tenggara di Tumpat, walaupun bukan ramai orang Siam di kawasan tersebut." tambah beliau lagi.


Kami turut melahirkan rasa kerisauan tentang sekumpulan liberalis yang = bergerak melalui badan-badan seperti Institut Kajian Dasar, Open Dialogue Center, dan Jalan Telawi dalam mempromosi idea liberalis mereka.Buku-buku Ali Abdul Raziq yang 'luput' ideanya dalam dunia Islam cuba diserap masuk ke dalam masyarakat kita. Siapakah yang akan menghalang mereka?


Prof Wan tidak gusar. Sudah menjadi sunnatullah katanya golongan sebegini wujud. Tambah beliau lagi bahawa mereka ini bukanlah yakin sangat dalam memperjuangkan idea liberalisme dan pluralisme. Yang menjadikan mereka bergerak pantas itu adalah wang yang melimpah masuk daripada NGO Barat yang memperjuangkan idea-idea sebegini rupa.


Nasihat kepada saya

Saya meluahkan hasrat untuk belajar dibawah beliau kelak dan beliau mengalu-alukan saya untuk hadir ke ATMA, UKM.


"We need more Malay intellectuals"


Turut dinasihatkan kepada kami untuk terus membaca buku-buku yang 'berat' bagi memahami permasalah akar umat Islam seperti yang ditulis ulama Islam terdahulu termasuklah karya Prof Naquib seperti Risalah untuk kaum Muslimin, Prologomena of Metaphysics dan juga Islam and Secularism.

Pemikiran Prof Wan dan Prof Naquib memang mempunyai ciri-ciri nasionalis Melayu. Prof Wan kata "it is impossible untuk perjuangkan Islam dengan mengenepikan agenda Melayu. Untuk kupasan lanjut kenalah bacah buku Prof Naquib yang ini.

"Memanglah susah. Kena sabarlah kalau hendak baca karya sebegini. Ibnu Sina membaca kitab Metafizika karya Aristotle selama 40 kali tetapi masih tidak dapat memahaminya...sehinggalah beliau menemui ulasan al-Farabi tentang kita tersebut."


Beliau turut berharap agar para bloggers yang mengenali perjuangan Prof Naquib dapat berkongsi di ruangan maya agar lebih ramai umat Islam mengenali idealisme yang dibawa oleh Prof Naquib.


Saya bertanya "Sekarang Prof Naquib selalu buat apa selepas keluar daripada ISTAC?"


Dengan tenang Prof Wan berseloroh " Apa lagi berfikirlah! Minum kopi, cari ilham, menulis, baca Quran"


Kemudian beliau bertanyakan kami satu killer question:


" Pernah kamu berfikir apa yang Nabi bicara dengan Abu Bakar sewaktu dalam perjalanan berhijrah ke Madinah? Dalam tempoh lama sebegitu...adakah Nabi diam sahaja ataupun ada perkara yang dibincangkan?"


Cukup berbekas sekali soalan ini pada diri saya dan para sahabat yang hadir...






Puas hati selepas pulang bertandang ke rumah Prof Wan. Abang Nizam yang lapar terus kenyang selepas makan 'idea' Prof Wan.


Menarik dan cukup berbaloi sekali lawatan ini! Prof Wan memang karismatik dengan pemikiran yang dikongsi bersama kami. Selaku anak muda yang baru berjinak-jinak dengan ilmuan Islam sebegini melalui pembacaan dan perbincangan bersama aktivis-aktivis senior, bertemu Prof Wan Mohd, Nor Wan Daud merupakan satu pengalaman yang cukup membuat jiwa intelektualisme muda saya berasa bergetar hingga ke saat ini!

Khamis, 10 April 2008

Imbuhan menambahkan semangat!


Patutlah Faisal Tehrani memilih untuk menjadi penulis sepenuh masa. Walau bagaimanapun, yang utama adalah NIAT YANG IKHLAS DEMI PERJUANGAN MEMBANTU ISLAM.


Setelah menulis secara amatur dalam media alternatif selama 5 bulan lebih (bermula sebelum PRU ke-12) rasa macam tak percaya dibayar setinggi ini oleh Media Ikon yang menerbitkan akhbar alternatif no-2 Malaysia iaitu Siasah.


Bayaran honorarium pertama yang saya terima adalah daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang menerbitkan artikel berkenaan biofuel.


Pertama kali melihat hasil nukilan amatur dalam media bercetak merupakan saat yang cukup bermakna dalam diari hidup seorang aktivis muda seperti saya. Jiwa ini meronta-ronta untuk berkongsi dan membantu masyarakat tetapi apakah daya dengan pelbagai kekangan masa dan peraturan prasejarah (baca: AUKU), dengan menulis sedikit sebanyak dapat membantu meleraikan kemelut jiwa muda yang membara ini.


Terima kasih saya ucapkan kepada abang Haris Zalkapli dan abang Hafiz Baqi kerana memberi kepercayaan terhadap saya untuk menulis di ruangan Kampus dalam akhbar Siasah. Tidak lupa kepada Encik Zul kerana memberi ruang yang secukupnya dalam menyiarkan artikel saya dalam akhbar yang menjanjikan 'Kebebasan dan Kelainan' tersebut.



Bertenggek sebentar di tepi pejabat media alternatif no.1 negara-Harakah.

Kesemua pencapaian kecil ini telah memberi satu momentum yang kuat untuk saya melangkah lebih jauh dalam bidang penulisan. Yang menghalang saya daripada terus maju mungkin pada waktu ini adalah kesuntukkan masa serta beban akademik yang menggunung. Sasaran seterusnya adalah untuk mencuba nasib menjadi kolumnis tetap majalah Milenia Muslim.

Jom kita menulis untuk mengubah!

Ahad, 6 April 2008

Ilmu palsu: Perangkap samar di menara gading.


Oleh Wan Ahmad Fayhsal

Sebagai seorang mahasiswa kejuruteraan, adalah satu kemestian buat penulis untuk menguasai ilmu sains dan matematik dengan baik. Secara tradisinya, seorang jurutera memerlukan ilmu teknikal bagi menyempurnakan tugas yang dikendalikan kelak setelah memasuki alam pekerjaan.


Pada zaman ini, tidak cukup buat seseorang mahasiswa kejuruteraan untuk hanya memiliki ilmu teknikal. Zaman globalisasi tajaan negara-negara Dunia Pertama telah mengubah profesion jurutera yang seterusnya memberi dampak yang besar ke atas sistem pedidikan bidang kejuruteraan pada masa kini.

Semester baru kali ini menyaksikan penulis terpaksa mengambil sebuah mata pelajaran bertajuk ‘Ekonomi Kejuruteraan’. Subjek ekonomi yang direka khas buat mahasiswa dan mahasiswi kejuruteraan ini memuatkan pengetahuan yang cukup penting dalam memastikan golongan yang akan menerajui bidang kejuruteraan mampu menimbang tara keputusan yang bakal menelan perbelanjaan yang bernilai beratus-ratus ribu hinggalah yang berharga berjuta-juta ringgit dengan baik.


Jikalau sebelum ini tugas jurutera hanya diperlukan untuk melakukan kerja-kerja teknikal, zaman ini profesion tersebut memerlukan skil yang lebih dinamik dan diantaranya adalah membuat keputusan kejuruteraan yang baik dari sudut ekonomi.


Subjek ‘Ekonomi Kejuruteran’ ini menerangkan perkara yang melibatkan dollar and cents, sama seperti subjek ekonomi klasik, cuma diselitkan elemen-elemen kejuruteraan. Rata-rata mahasiswa dalam jurusan kejuruteraan, menganggap subjek ini tidaklah penting untuk ditumpukan sepenuhnya berbanding subjek teknikal yang lain. Mereka melihat subjek yang dipelajari ini cukup dipelajari ala kadar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaan.



Logik sebegini telah membuatkan para mahasiswa yang mengambil subjek ‘Ekonomi Kejuruteraan’ ini untuk bersikap pasif dalam menilai secara kritikal kandungan yang diutarakan sepanjang proses pembelajaran berlangsung.


Dalam diam, ilmu yang diperolehi melalui pembelajaran subjek ini sebenarnya telah menyuntik bibit-bibit kerosakkan umat. Mana tidaknya, yang menjadi elemen fundamental dalam subjek ini adalah ekonomi yang berasaskan riba’. Terang-terangan terpampang dihadapan layar putih tertulis perkataan INTEREST sewaktu kelas kami sedang berjalan saban hari ini.


Perkara ini bukanlah perkara remeh yang boleh diberi diskaun dari segi pemerhatian dan penilaian buat golongan celik seperti mahasiswa. Dalam kitab suci Al-Quran, Allah S.W.T telah menurunkan begitu banyak larangan yang cukup keras berkenaan riba’. Antaranya adalah:


"Orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit jiwa… Dan jika kamu bertaubat ( Daripada pengambilan riba ) maka bagimu pokok hartamu : kamu tidak menganiaya dan tidak (pula ) dianiaya ." (Al-Baqarah : 275-279)


Jikalau ditinjau dari segi historikal, riba’ merupakan elemen terpenting buat sistem ekonomi kapitalis. Masakan bagaimana institusi perbankan moden yang dipelopori keluarga Yahudi bernama Rothschild itu masih kekal sehingga hari ini.


Sebelum sistem perbankan yang diasaskan Rothschild meresap masuk ke dalam sistem kehidupan masyarakat dunia, pihak gereja turut mengharamkan elemen riba’ dalam jual beli masyarakat Krisitan Eropah. Hanya bangsa Yahudi yang merupakan pada masa itu rakyat kelas kedua dalam struktur masyarakat Eropah pada masa itu dibenarkan mengamalkan riba’ dalam urusan jual beli.


Dengan elemen riba’ ini jugalah keluarga Rothschild mampu mendominasi Eropah dengan menggunakan kuasa kekayaan mereka untuk membiayai begitu banyak perang antara kerabat diraja Eropah. Peperangan sudah semestinya menelan wang yang banyak . Ini telah memberi nafas yang cukup panjang buat keluarga Rothschild dalam memastikan tampuk kekuasaan Eropah, secara tidak langsung senantiasa berada di bawah genggaman mereka hasil pembiayaan pinjaman peperangan yang berbentuk riba’.


Kesan yang paling besar sehingga hari ini, hasil daripada sistem ekonomi berasaskan riba’ adalah jurang kaya miskin yang begitu dahsyat dan umat Islam merupakan antara mangsa utama ekonomi berasaskan riba’ ini.


Jadi apakah para mahsiswa dan mahasiswi Muslim tidak berasa apa-apa ketika mempelajari subjek sebegini? Apakah kita hanya boleh menutup mata dengan mudah dalam membiarkan sistem pendidikan yang ada di universiti masing-masing melahirkan tangan-tangan yang secara sedar ataupun tidak, merupakan alat buat golongan kapitalis kelak?



Masakan bagaimana umat akan bangkit jika jati diri ilmu begitu dibelenggu oleh ilmu palsu yang merosakkan hasil ciptaan golongan sekularis? Lebih parah apabila golongan aktivis dakwah mahasiswa hanya mengambil sikap enteng ataupun lebih parah, tidak peka langsung dalam menilai masalah ini kerana hanya melihat proses pembelajaran semata-mata untuk lulus cemerlang ataupun melihat ianya hanya sebagai satu proses yang sudah kekal sifat kebenarannya, tanpa perlu dikritik dan dibahas secara mendalam baik buruk yang bakal tertulis ke atas masyarakat kelak.


Pencemaran jati diri ilmu bangsa dan agama kita tidak disedari kerana golongan intelektual, baik pensyarah mahupun mahasiswa sudah dikaburi kotak pemikiran masing-masing. Proses pembelajaran yang dialami mereka sekian hari ini hanyalah bersifat menerima, hadam dan memuntahkan kembali ilmu secara membuta tuli kepada yang diajar dan yang belajar. Semua ini berlaku hanya kerana piawai jurusan tersebut telah dibentuk berasaskan modul sistem pendidikan Barat,yang dicanangkan sebagai ‘terbaik’ oleh badan-badan berpengaruh seperti Times Higher Education Supplement yang saban hari mengklasifikasikan pencapaian universiti di seluruh dunia mengikut kaca mata budaya Ilmu barat.



Secara automatik, adalah satu yang normal untuk masyarakat kita pada hari ini menilai ilmu yang datang dari intelektual Barat sebagai satu kebenaran yang tidak perlu disemak mengikut acuan bangsa dan agama kita.Gejala taqlid ilmu ini secara diskrit telah merosakkan titik kebangkitan umat selama hari ini terutamanya dalam kebangkitan tradisi kelimuan bangsa dan agama kita. Fenomena ini begitu pesat meracuni bidang-bidang teknikal seperti ekonomi, sains dan kejuruteraan melalui akar epistemologi yang diterapkan secara sekular.


Sistem pendidikan tanah air ini dahulu, sewaktu sebelum dijajah sudah tentu berasaskan ekonomi Islam yang adil lagi saksama. Apakah kita masih berasa selesa untuk meneruskan kebangkitan bangsa dan agama kita menggunakan ilmu palsu seperti ini, yang terang-terangan merupakan hasil peninggalan penjajah?


Satu revolusi kritikal terhadap sistem pendidikan negara harus diperderaskan secepat mungkin. Negara ini, walaupun sedang mengalami perubahan politk yang positif tidak akan menjamin kesinambungan survival bangsa, agama dan negara pada masa akan datang dengan hanya bergantung kepada kuasa politik.


Ini adalah kerana seperti ikan, ianya akan busuk di kepala dahulu sebelum membusuk keseluruhannya. Sama seperti masyarakat kita. Rosaknya pemikiran bijak pandai dek kerana kejahilan totok para intelektual, maka rosaklah masyarakat yang dipimpinnya kelak. Maka dimanakah relevannya ilmu yang dikendong di universiti untuk digunakan untuk membangunkan umat yang semakin tenat pada hari ini? Melihat permasalahan sebegini masih terbiar sunyi tanpa protes yang serius, ternyata perjuangan mahasiswa dan warga intelektual di menara gading masih panjang.


Artikel ini telah tersiar dalam akhbar alternatif Siasah pada 5 April 2008.