Isnin, 22 Disember 2008

Tentang al-Ghazali dan Ibn Taimiyah




Kenyataan saya berhubung dengan "Ibn Taimiyah bersifat reactionary berbanding Imam al-Ghazali yang mempunyai framework yang lebih jelas dalam menangani permasalahan umat" telah mengundang kontroversi.


Siap ada yang kata saya bukan dari golongan ahli sunnah wal jamaah lagi. Nauzubillah. Jangan sebarang tuduh "enta kuffar!" tanpa justifkasi.


Salah saya juga tidak mengupas lebih lanjut berkenaan hujah itu.


Apakah kenyataan saya itu berbau fitnah ataupun menghina Ibn Taimiyah?


Saya rasa tidak. Saya hanya menjelaskan kekuatan dan kekurangan yang ada antara dua tokoh besar itu.


Ya, Ibn Taimiyah dan Imam al-Ghazali merupakan "gergasi intelektual" dalam sejarah ketamadunan umat Islam. Amat menarik jikalau para pembaca sekalian dapat membaca sejarah hidup mereka dan memahami tindakan mereka dalam menangani masalah umat.


Saya akan quote balik penjelasan saya berhubung perkara ini seperti yang tersiar dalam entri terdahulu:


Al-kisah, Dr. Ugi Suharto dalam satu syarahan ekslusif dan tertutup anjuran Angkatan Pemuda-Pemudi Islam (API) pernah mengupas karya penting Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas ya'ni Risalah untuk Kaum Muslimin. Dalam syarahan tersebut, beliau menceritakan perihal perbezaan martabat antara Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dan Syeik al-Islam Ibn Taimiyah.



Analogi yang dibuat Dr. Ugi adalah mudah. Beliau berkata bahawa jikalau ada makhluk asing daripada angkasa lepas menyerang bumi, Ibn Taimiyah akan membunuh makhluk asing tersebut dengan cemerlang di planet bumi.



Berbeza pula dengan Imam al-Ghazali. Beliau akan mengejar makhluk asing tersebut dan menghalaunya sehingga ke planet makhluk asing itu. Kemudian akan dibunuh juga sang makhluk asing tersebut dengan cemerlangnya.



Apa yang
cuba disampaikan Dr. Ugi ini bukanlah satu lawak jenaka yang kosong.




Sewaktu saya mendengar perkara ini pada pertengahan tahun 2007 sudah tentu saya tidak dapat menggapai maksud sebenarnya sebab pada waktu itu diri ini masih tin kosong akan bab-bab falsafah.




Merujuk kepada karya
Risalah untuk kaum Muslimin tersebut, antara sebab berlakunya masalah akar umbi umat Islam masa kini seperti yang diterangkan Prof. al-Attas adalah berkenaan kehilangan adab ( the loss of adab).


Perkara ini apabila kita memukul rata semua perkara ( process of levelling ) ya'ni memukul rata semua orang dari segi kapasiti minda dan perilaku mereka kepada peringkat yang sama dengan diri yang memukul rata tersebut. (the levelling of every one, in the mind and the attitude, to the same level of the leveller).


Imam al-Ghazali dan Ibn Taimiyah tidaklah sama.




Imam al-Ghazali, mengikut penjelasan ilmuan daripada Sekolah Pemikiran ISTAC mempunyai rangka pemikiran (
framework) yang komprehensif dalam menyelesaikan masalah. Berbanding dengan Ibn Taimiyah, beliau lebih kepada bersifat bertindak terhadap sesuatu setelah masalah tersebut berlaku, lebih berbentuk reactionary.




Imam al-Ghazali tidak pernah menolak logik ( mantiq) dan juga falsafah secara menyeluruh. Beliau telah berjaya meletakkan falsafah di tempat yang betul dalam pembahagian disiplin ilmu Islam. Bermula dengan karya Maqasid al-falasifah kemudian diselusuri dengan magnum opus karya falsafah beliau Tahafut al-falasifah, Imam al-Ghazali telah berjaya mengislamisasikan falsafah Yunani dengan baik sekali.


Bak kata Dr. Adi Setia, pensyarah falsafah sains UIA dan alumni ISTAC akan kepentingan karya ini:


" Go for Tahafut. If you have that you have the
GENERATIVE GRAMMAR OF PHILOSOPHY east or west. Once you master the tahafut, all philosophy is just "pisang goreng sejuk"!



Ibn Taimiyah lain pula. Beliau terus menyerang institusi falsafah secara keseluruhan ( walaupun dalam berhujah tanpa disedari beliau menggunakan logik juga).


Yang mana satu lebih baik? Anda boleh fikir sendiri bukan.


Apa yang diperkatakan oleh saya ini bukanlah satu tuduhan rambang kerana perbahasan akan martabat ulama' sudah lama dibincangkan dikalangan para ilmuan Islam silam dan yang ada hari ini.


Yang banyak attack Imam al-Ghazali pada hari ini adalah golongan "Salafi" a.k.a "Wahhabi". Serangan demi serangan yang dikenakan kepada Hujjatul Islam Imam al-Ghazali di depan khalayak ramai yang tidak biasa meneliti kedua-dua tokoh ini secara mendalam akhirnya melahirkan kekeliruan.


Magnum Opus Imam al-Ghazali ya'ni Ihya' 'Ulum al-Din telah diserang dengan dahsyat oleh golongan ini contohnya seperti yang ada di sini.


Dalam sudut falsafah, Ibn Taimiyah menyerang institusi falsafah secara menyeluruh manakala Imam al-Ghazali tidak menyerang secara menyeluruh cuma menyaring ( filter) yang mana salah! Inilah yang dinamakan proses Islamisasi ilmu!


Maka kita seharusnya bijak membezakan yang mana satu helang dan yang mana satu puyuh. Burung puyuh tidak akan membuat sarang setinggi sarang helang dan burung helang juga tidak akan membuat sarang di tempat burung puyuh.


Kenalah baca buku-buku Imam al-Ghazali secara TOTAL dan kesan sejarah karya-karya tersebut dalam Tamadun Umat Islam dari dulu sampai sekarang.


Ibn Taimiyah dan Imam al-Ghazali mempunyai tempat mereka yang tersendiri. Adalah satu kebiadapan untuk kita memukul rata semua golongan ulama' pada sama taraf.


Seperti contoh, ada banyak karya ulama' silam yang berada di bawah tajuk 40 hadith tetapi karya Imam Nawawi berkenaan 40 hadith menjadi karya yang paling evergreen antara kesemua karya tersebut.


Ihya' merupakan satu testimonial yang cukup agung dalam menjustifikasikan kewibawaan nama "Hujjatul Islam" yang diberikan, diperakaui oleh ulama' Islam turun temurun, zaman berzaman kepada Imam al-Ghazali.


Begitu juga dengan karya beliau Tahafut al-Falasifah yang telah memukul senak falsafah Yunani yang bertentangan dengan Islam TETAPI beliau tidaklah beliau menolak kesuluruhan institusi falsafah seperti Ibn Taimiyah.


Malah dalam kitab al-Mustasfa fi 'ilm al-isul ( The Clarified in Legal Theory) Imam al-Ghazali menjelaskan kepentingan mantiq (logic,philosophy) dalam proses mengeluarkan fatwa.


Untuk rujukan lanjut boleh baca pengalaman Ustaz Hasrizal dalam mengenali lebih dekat berhubung al-Ghazali.


Maklumat tambahan mengenai Imam al-Ghazali di sini, sini dan sini.


Maklumat tambahan mengenai Ibn Taimiyah di sini, sini.


Dah baca semua tu, kalau nak berbincang dengan saya, nak kritik ke, bolehlah. Kalau tak jangan serkap jarang tuduh menuduh.


Ingat, saya hanya memperkatakan bahawa Ibn Taimiyah dan Imam al-Ghazali mempuyai tempat yang tersendiri.


Bukan menghina Ibn Taimiyah. Yang menjadi masalah ada kumpulan tertentu yang menyama ratakan mereka ini malah mengecam Imam al-Ghazali tanpa usul periksa dan justifikasi yang jelas. Ibn Taimiyah adalah ulama' yang hebat tetapi semenjak Wahhabisme meningkat naik, ada beberapa perkara yang berkenaan Ibn Taimiyah yang telah disalah fahami (ab-used, mis-used) sehinggakan menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan dalam komuniti kita pada hari ini! Akhirnya tokoh yang patut diangkat tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam berhadapan dengan cabaran semasa pada hari ini!




9 ulasan:

Abu Saif berkata...

Assalamualaikum.

Komentar yang mendamaikan fikiran seimbang.

Komentar yang bisa menjadikan anta sunyi dalam perjalanan, kerana manusia lebih selesa melangkah tempang, ekstrim ke kiri dan ekstrim ke kanan.

Ibn Taimiyyah dan al-Ghazzali, adalah model unggul challenge and response legasi Islam.

Hanya yang tempang, gemar mencemar gelanggang

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Syukur Alhamdulillah ada juga orang yang faham.

Terima Kasih ustaz. :)

faizal berkata...

Kedua-dua tokoh ini mempunyai sumbangan dan buah fikiran yang penting untuk umat islam fikir dan gembeleng menghadapi tentangan zaman sekarang. Kedua-duanya boleh di ambil sebagai contoh dan ikutan buat bekalan berjuang..Cuma perlukan sedikit kreativiti untuk tidak 'salah' memberatkan mana-mana tokoh!..
Teruskan perjuangan..Kami sentiasa menyokong!

Tanpa Nama berkata...

Salamun 'alaikum,

Benarkah Ibnu Taimiyah menolak ahli sufi 100%? Mungkin kertas kerja Hafiz Firdaus boleh menjelaskan perihal ini dan pendirian Ahli Sunnah secara ringkasnya terhadap ahli sufi dan tasawuf.

Bahkan, ada satu buku yang dikarang khusus menerangkan banyak pendirian Ibnu Taimiyah terhadap ilmu tasawuf. (Buku sudah dihantar ke Malaysia, tak ingat nama pengarangnya dan terbitannya - Maaf)

Wallahu'alam

shah2873

Rausyanfikir berkata...

Saya rasa bukan Ibn Taimiyah yang menentang begitu tapi golongan Wahhabi "hijack" Ibn Taimiyah untuk hentam Tassawuf.

Ada link disitu.

hartini islet of lingerhen berkata...

salam.
terima kasih atas artikelnya.
alhamdulillah, artikel ini bnyk mmberi mklumat baru kpd tin kosong sprti saya ni.jazakallah.

alFaisal berkata...

Assalamua'laikum,

Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara dalam entri ini. Biasanya yang melihat al-Ghazali dengan pandangan skeptik adalah orang yang prejudis atau belum mengenali beliau dan jasa beliau. Tidak memahami seorang tokoh dalam konteksnya.

Tepat, menilai mereka dengan kesedaran bahawa mereka mempunyai tempat tersendiri akan menjadikan kita lebih adil.

Wallahua'lam

p/s: Saya rasa masalah ni adalah masalah golongan yang cepat melenting bila disebut sahaja nama tokoh kecintaannya bukan sebagaimana ia mahukan (terlalu memuliakan tak bertempat)

Ibn Yusof berkata...

Salam saudara wan,

Dengan masa yang terbatas,saya sekadar ingin berkongsi pandangan hasil pembacaan artikel saudara ini melalui artikel di blog saya.Semoga kita dapat bertukar-tukar pandangan insyaAllah.

http://ibnyusof.blogspot.com/2008/12/antara-falsafah-sufi-dan-tasawuf.html

Lenggang Kangkung berkata...

alhamdulillah