Selasa, 23 Disember 2008

Perhimpunan dan Latihan Aktvisme Penggerak Melayu






Dengan segala hormatnya Yang Berhormat/Datuk/Datin/Tuan/Puan dijemput menyertai Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan Kali yang ke Sebelas (PPMK- 11)


Berikut adalah butiran lanjut mengenai perhimpunan :

Ucapan Bertindak             : 29hb. Disember 2008 (Isnin)

Masa                                : 09.00 pagi

Tempat                            : Institut Tadbiran Agama Islam Perak (INTIM), Ipoh Perak.

Perhimpunan Penggerak  : 28 Disember 2008 (2.00 petang )


Yang berhormat/Datuk/Datin/Tuan/Puan bolehlah membuat pengesahan penyertaan dengan menghubungi kami melalui Jawatankuasa Sekretariat PPMK Ke -11, iaitu Sdr. Azizan  Bin Osman (019 - 4818687) atau Sdr. Mohd Shahrizan Sazali (016-4731816) Sdri Shakiroh ( 019-4620255)  atau melalui email : azmi58@yahoo.com Maklumat dan keterangan lanjut pihak tuan bolehlah melayari laman sawang : www.temanteras.wordpress.com


Segala kerjasama serta perhatian positif daripada pihak tuan sangat dihargai.

_______________________________________________________________________________________________

JOM SERTAI LATIHAN YANG MEMBAKAR IDEALISME/FIKRAH PERJUANGAN!!!

Di samping itu saya turut sama akan menyertai program ini: 


TENTATIF PROGRAM

PROGRAM LATIHAN TENAGA PENGGERAK MASYARAKAT, TERAS.

Tarikh : 27 – 28hb Disember 2008

Tempat : Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Ipoh Perak Darul Ridzuan

Peserta : 70 Orang

 

Staff yang terlibat :

Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid ( guru/murabbi rausyanfikir.com dalam hal ehwal aktivisme Melayu dan Dunia Ketiga)

Mohd Shah Rizan Sazali

Mohd Ridzuan Yusof

Azizan Osman

Wan Ahmad Fayhsal ( sosialis kanan a.k.a rausyanfikir)

 

Masa

Hari Pertama

Objektif

Hari Kedua

Objektif

05.50 pg

 

Solat Subuh / Kuliah Subuh.

 

Kulia untuk pengukuhan perspektif Masyarakat.

“Membina Karektor Diri Sederhana”, Teladani Rasulullah saw.

 

08.30 pg

Sesi II ;

“Perspektif Masyarakat dalam Pemakanan dan Kesihatan”.

Oleh CAP.

 

Sesi Cambah Fikiran (1 jam)

Mendedahkan peserta mengenai realiti isu Masyarakat dalam pemakanan dan kesihatan.

 

Mengukuhkan kefahaman peserta terhadap isu ini.

 

Menghurai agenda penjajahan yang wujud dalam isu ini.

 

10.00 pg

Rehat / Minum pagi

 

10.30 pg

Latihan 2

“Memahami Isu Masyarakat Setempat & Mengupaya Tindakan Penyelesaian”

 

Pendedahan dan Membina kepekaan peserta terhadap persekitaran.

 

Membina keupayaan peserta untuk mencari jalan penyelesaian masalah setempat.

 

Membina komitmen peserta dalam gerakkerja berkumpulan.

 

12.30 t.h

Rehat / Makan Tengah Hari dan Solat

 

02.00 ptg

Latihan 2

“Memahami Isu Masyarakat Setempat & Mengupaya Tindakan Penyelesaian”

 

Pendedahan dan Membina kepekaan peserta terhadap persekitaran.

 

Membina keupayaan peserta untuk mencari jalan penyelesaian masalah setempat.

 

Membina komitmen peserta dalam gerakkerja berkumpulan.

 

02.30 ptg

Pendaftaran Peserta

 

Pembahagian Kumpulan & Penginapan

 

 

 

03.00 ptg

Taklimat, Ta’aruf dan Ice Breaking

 

Menjelaskan kepada peserta mengenai tujuan dan matlamat program latihan.

 

Membina hubungan dan jalinan kemesraan persaudaraan dengan rasa bersama untuk memberi komitmen menjayakan matlamat program diadakan.

 

Sambungan

Latihan 2 ( ½ jam)

 

Sesi Pembentangan & Soal-jawab (½ jam)

 

Pembentangan hasil perbincangan kumpulan dan soal-jawab untuk perkongsian idea penyelesaian.

 

04.00 ptg

 

Sesi I ;

“Membina Perspektif Kepentingan Kerja-Kerja Kemasyarakatan dan Aktivisme

Oleh ; TERAS

Membuka perspektif dan kefahaman peserta mengenai kepentingan Kerja Kemasyarakatan dan Aktivisme.

 

Mendedahkan realiti masyarakat kini.

 

Membentuk kesedaran untuk ambil tahu dan kritikal terhadap sesuatu isu masyarakat

 

Sambungan Latihan 2

 

05.30 ptg

Minum petang / Solat

 

Minum petang / Solat

 

07.00 mlm

Makan Malam/ Kuliah Maghrib

 

Makan Malam / Kuliah Maghrib

Mengukuhkan Perspektif Masyarakat.

“Keupayaan Merubah, Teladani Rasulullah saw.”

 

08.15 mlm

 

Latihan 1

“Mengenali Isu-isu Masyarakat Masyarakat & Perspektif Keperluan Terlibat

 

Sesi Cambah Fikiran (½ jam)

 

Pengenalan isu Masyarakat dan pengumpulan data isu lokal & luar.

 

Pemahaman kepentingan terlibat sebagai  kepada kelompok memahami isu dan menjadi aktivis penyelesai isu Masyarakat.

 

Latihan 3

“Pembinaan Organisasi ; Jaringan Masyarakat Sedar”

 

- Pemahaman kepentingan gerakan organisasi dalam masyarakat.

- Membina komitmen langkah seterusnya.

- Merancang pelan organisasi setempat.

- Merancang geraktindak setempat.

 

09.30 mlm

Indoor Game

“Analisis Isu Masyarakat Semasa.”

- Peta Masyarakat Diri

- Peta Masyarakat Keluarga.

- Peta Masyarakat Masyarakat

Menghasilkan peta diri, kumpulan & masyarakat, semasa dan yang diingini.

 

Peserta akan terlibat secara kritikal menganalisa isu Masyarakat semasa dalam diri, keluarga dan masyarakat.

 

 

Sambungan Latihan 3 ;

 

Sesi Cambah Minda dan Tugasan

 

Pembentangan

 

 

11.00 mlm

Rehat / Tidur

 

Sesi Pengukuhan & Kesimpulan.

 

Membentuk mekanisme berkesan dalam gerak kerja dan follow up.

 

Bagi yang berminat untuk ikuti latihan aktivisme yang mirip pembentukan idealisme perjuangan saya bolehlah sertai program ini.


ACHTUNG! PERINGATAN!

INI BUKAN PROGRAM PERKADERAN JEMAAH/GERAKAN MAHASISWA! TERBUKA UNTUK MANA-MANA KUMPULAN/JEMAAH ISLAM YANG BERMINAT! TAK ADA JEMAAH PUN TAK APA! KAMI TIDAK INGIN MERACUNI PEMIKIRAN ANDA MELAINKAN MEMBANTU ANDA MENJADI PEJUANG YANG LEBIH BAIK! *


Saya amat syorkan sebab saya dah lalui program ini. LAIN DARIPADA YANG LAIN!!!! 


Hubungi Ridzuan (who_83@yahoo.com, 012-9675690) dan Shah (016-4731816) untuk memberi maklumat penyertaan.


Jumpa di sana! 


*Saya cakap macam ni sebab ramai dah tuduh saya ni "pencemar fikrah". Nauzubillah. Jom sertai kalau nak kenal lebih lanjut.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maaf sheikh....
saya dah pernah lalui program sebigini.

ia ibarat sebuah rumah terbuka,mahu mengumpulkan ke semua fikrah yang sedia ada di atas satu landasan supaya dapat bersama dengan perjuangan yang TERAS perjuangkan selama ini.

fikirkan molek deh..

Tanpa Nama berkata...

kenapa takut dengan bayang-bayang sendiri?

lu fikir la sendiri!!!

Rausyanfikir berkata...

Erm rasanya benda ni bukan untuk TERAS tapi sebagai tempat latihan.

Jangan salah faham macam tu. Jangan besarkan jemaah daripada perjuangan.

TERAS hanyalah satu jaringan bertindak yang hala tujunya bukan kerana KUASA.

miqdad berkata...

Salam,

Boleh saya tahu adakah program sebegini akan dilaksanakan di negeri pelis?

wassalam

Rausyanfikir berkata...

Nanti saya tanya pada organizer. Boleh diatur.

rauf berkata...

salam

saya pernah ikut program seumpama ini yang dibawa oleh Cikgu Azmi. Ia menekan pemahaman yg mendalam ttg masalah rakyat, agar diagnosis yg dibuat benar2 mewakili permasalahan rakyat marhaen. terlihat bgmn jiwa 'rausyanfikir' benar2 tergambar pada batang tubuh itu..

tgk perbincangan ttg realiti iran d
http://abdulrauf.blogspot.com/2007/04/ulamak-haraki-dan-pemikir-bervisi.html

cuma; sedikit pandangan dan cadangan.

alangkah eloknya kalau pendekatan yang bersifat issue-oriented tersebut disekalikan dgn kempen terhadap pelaksanaan syariat.

sebab, rugilah masa dan stamina kalau kita cuba menyelesaikan masalah2 yg ada secara juz'ei (issue-oriented) tanpa kita linkkan penyelesesaian secara kulli (iaitu pelaksanaan syariat).

masalah2 yg timbul itu adalah kerosakan yg dibuat oleh sistem yg pincang; sekularisme. dan kerosakan itu abadi sifatnya tanpa penyelesaian scr syariat. pengislahan dalam 'rangka dan sistem sekular' tidak menyentuh dasar sekular secara bersemuka.

jadi, elokla kiranya para aktivis dalam menguruskan propaganda isu masing2, berkempen sekali ttg pelaksanaan syariat.

cth simple2 utk dijadikan bahan kempen ialah dari sudut hikmah tasyri'iyah.buat perbandingan;

kalau mat rempit terlanggar anak kamu sehingga mati;
a)ikut sistem undang2 sivil hari ni, mat rempit mungkin akan didenda bayar kpd negara dipenjarakan dsb
b)ikut sistem Islam, dia kene bayar diat kepada keluarga mangsa
p/s : nak yg mana?

dalam isu cukai tanah;
a)sistem sivil sume tanah kene cukai baik dimanfaatkan atau tidak
b)sistem Islam, hanya tanah yg diusahakan sahaja yg dikenekan cukai.
p/s : nak pilih yg mana?

kaji la sample2 pelaksanaan syariat dlm lingkup isu masing2, ataupun topik besar isu tersebut, dan sekalikan la kempen ttg keperluan pelaksanaan syariat.

moga setiap masalah yang dihadapi mengembalikan kita kepada Pemilik kita..bukan yg lain drp itu.