Rabu, 24 Disember 2008

Penerus Tradisionalisme Islam dalam era globalisasi



Dalam keadaan umat Islam dihimpit dengan kebejatan politik semasa, kerakusan Israel menggempur Palestin, hampir semua negara umat Islam melihat kejatuhan khilafah sebagai faktor utama
permasalahan ummah.


Nama-nama seperti Syakh Muhammad Abduh, Jamaluddin al-Afghani, Hassan al-Banna dan terutamanya Syed Qutb menjadi petunjuk perjuangan para pendakwah. Gerakan Islam berorientasikan politik tumbuh bagai cendawan dengan mengambil inspirasi daripada Ikhwanul Muslimin.



Berbondong-bondonglah anak muda yang ingin sama menjadi seperti tokoh-tokoh tersebut. Sememangnya pengaruh mereka sangat besar di rantau ini terutamanya Hassan al-Banna dan Syed Qutb.



Tidak dapat dinafikan merekalah tokoh pejuang Islam pasca kolonial. Dalam keadaan umat Islam lemah setelah dipecah perintahkan oleh penjajah Barat, golongan inilah yang berusaha keras untuk mengembalikan
izzah umat.


Sasaran utama: Menegakkan kembali Khilafah Islamiyah.


Para
mujaddid pasca-kejatauhan Khilafah ini melihat sebab utama kemunduran umat Islam adalah kerana kemunduran sains dan teknologi yang berlaku kerana kegagalan pemahaman kepada "Islam yang sebenar".


Tokoh-tokoh seperti Sayyid Ahmad Khan dari India dan Syakh Muhammad Abduh dari Mesir yang merupakan antara
reformer yang terkenal telah menggagaskan perubahan pendidikan umat Islam dalam persiapan untuk berhadapan dengan "era moden".


Sekali imbas, sememangnya apa yang mereka perkatakan adalah benar. Tetapi jikalau direnung dalam-dalam rupa-rupanya bukan itu masalah utama umat Islam sejagatnya.


Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas telah menulis dalam karya beliau
Risalah untuk Kaum Muslimin yang telah disiapkan pada tahun 1973 bahawa kebanyakkan pemimpin Islam pada waktu itu melihat keadaan luar sebagai sebab yang melahirkan kemelesetan komuniti Muslim di seluruh dunia.


Para pemimpin ini yang terpengaruh dengan idea Barat telah mengambil langkah untuk menghidupkan kembali umat Islam dengan mengambil jalan yang salah sama ada dengan
membaratkan Islam melalui sistem pendidikan (westernizing Islam through the system of education ) atau dalam kes yang lebih ekstrim seperti Kemal Ataturk , membuang Islam secara keseluruhannya.

Dalam satu surat bertarikh 15 Mei 1973 yang ditujukan kepada Sekreatariat Islam yang berpengkalan di Jeddah, Prof. al-Attas telah menjawab berkenaan persoalan titik akar permasalah umat Islam:

"In most Muslim countries today many Muslims think that their problems stem from economic or scientific and technological inadequacy. Although it seems that at first glance this is true, and yet, however, the real crux of the problem, from which stems all other problems, is the problem of knowledge ( al-'ilm). Except for myself and perhaps one or two other Muslim philosophers no Muslim scholar in my opinion has considered the problem of knowledge to be a basic one for the Muslim today."


Di sini kita dapat lihat perbezaan
fundamental akan kefahaman permasalahan umat yang difahmi oleh Prof. al-Attas dan para reformis Islam yang lain.


Satu pada sudut ilmu dan satu lagi pada sudut politik kekuasaan.


Pada mulanya saya tidak faham juga apakah logik alasan Prof. al-Attas itu? Dalam keadaan rakyat kita kena ISA, rasuah, kebejatan moral takkanlah politik kekuasaan itu tidak penting?


Saya sangat skeptik dengan idea tersebut malah pada awalnya saya ini memang hidup mati atas perjuangan PAS. Lagi banyak saya membaca bahan bacaan yang mencapah, lagi dalam saya dapat terokai hubung kait permasalahan umat Islam yang sebenar. Alhamdulillah, berkat usaha dan yang pasti petunjuk Ilahi telah membantu saya memahami
hakikat permasalahan umat Islam seperti yang dianjurkan oleh Prof. al-Attas.



Di sebabkan orientasi tarbiyah gerakan Islam yang ada di Malaysia ini banyak beracuankan Ikhwanul Muslimin ya'ni berjuang untuk menegakkan negara Islam sebagai matlamat kemuncaknya, maka silibus usrah banyak berlegar kepada tokoh-tokoh Ikhwan seperi Hassan al-Banna dan tentu sekali ideologue Ikhwan yang paling terkenal, Syed Qutb.



Nama-nama seperti al-Ghazali, Fakruddin al-Razi, Ibn Rushd, Ibn Sina, al-Jurjani, Mulla Sadra, Muhammad Iqbal, Bediuzzaman Nursi, Ibn Ata'illah, Qadir al-Jilani dan banyak lagi tidak langsung diperkenalkan oleh naqib, murabbi gerakan Islam yang saya sertai.



Sudah tentu buku-buku Fathi Yakan mendapat tempat yang cukup tinggi dalam silibus usrah berbanding buku-buku al-Ghazali.



Saya buta dan "dibutakan" akan peranan ulama' silam yang berwibawa tersebut. Seolah-olah masalah yang ada pada hari ini berupa satu magis yang timbul selepas tahun 1924. Tidak pernah dikuis lebih dalam daripada itu atas usaha untuk memahami
falsafah jatuh-bangunnya Tamadun Islam. Kalau ada pun lebih kepada himbauan nostalgia seperti pencanaiaan era Emas di bawah Umar Abdul Aziz. Jangan tanya banyak-banyak. Wala' saja!


Suapan sebegini tidak mematahkan semangat dan idealisme saya untuk mengetahu lebih lanjut. Semua ini akhirnya terjawab setelah Allah S.W.T izinkan dengan limpah Tawfiq dan Hidayahnya untuk saya memahami gagasan yang dibawa Prof. al-Attas.



Subhanallah. Rupa-rupanya saya telah tidak berlaku adil terhadap sejarah dan para ulama' silam. Pemukul rataan kesemua ulama' dahulu kepada satu peringkat telah melahirkan sindrom kekeliruan
adab dalam diri ini.



Inilah yang berlaku kepada hampir kepada semua gerakan Islam yang beracuankan Ikhwanul Muslimin. Kita "gagal" membezakan martabat ulama' silam sebagai rujukan perjuangan kita sehinggakan kadang-kala tidak rujuk langsung pun ulama' silam tersebut!



Slogan "Al-Quran dan Sunnah" sebagai penyelesaiaan yang dibawa oleh reformis Islam sedunia melalui gerakan Islam telah gagal menghubung kait tradisi ulama' silam dalam
memahami, dan merungkaikan masalah serta menterjemahkan penyelesaiaan yang disandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah. Seolah-olah seribu tahun lebih kewujudan Tamadun Islam terabai daripada pengamatan reformis Islam ini. Sebelum kita hendak mendapat khazanah ilmu daripada Al-Quran dan Sunnah, sudah tentu kita memerlukan penjelasan daripada ulama' silam yang telah membina Tamadun dengan menggunakan kerangkan tersebut.



Muhammad Abduh, Hassan al-Banna dan Syed Qutb bukanlah orang yang salah dalam perjuangan. Tetapi dengan mengangkat
mereka semata-mata sebagai rujukan perjuangan Islam mutakhir ini hanyalah satu kezaliman terhadap tradisi ulama' silam yang telah berusaha keras dalam usaha membina tamadun yang beradab.



Harus ingat dengan sekadar memetik kata-kata Imam al-Ghazali dalam ceramah di masjid belum cukup untuk kita menjustifikasikan beliau sebagai rujukan utama perjuangan kerana alim yang diberikan jolokan "Hujjatul Islam" ini lebih besar martabatnya daripada Hassan al-Banna dan Syed Qutb.



Jikalau kita mempersetujui perbezaan martabat ulama' silam dan reformis Islam ini, maka hendaklah kita bersungguh-sungguh cuba memahami sumbangan mereka terutamanya dalam aspek rangka pemikiran dan sistem penyelesaiaan masalah ummah dengan lebih komprehensif.




Tapi sayangnya kita gagal meletakkan mereka pada tempat yang selayaknya.



Kekeliruan terus berlaku malah lebih dahsyat daripada zaman Syed Qutb. Umat mencari-cari di mana al-Ghazali tetapi tidak kelihatan kerana al-Ghazali diletakkan sekadar rujukan sisipan dalam perjuangan Islam. Diletakkan sebaris dengan reformis abad ke-20 sedangkan
maqam beliau nun jauh di atas.



Inilah masalah kita pada hari ini. Gagal mempergunakan khazanah Islam yang Allah telah kurniakan kepada kita dengan baik. Mustahil karya-karya agung mereka ini boleh bertahan ditelan badai zaman tanpa
keberkatan daripada Yang Maha Esa.



Tapi syukur Alhamdulillah, masih terdapat ulama' yang berwibawa seperti Prof. al-Attas yang meletakkan al-Ghazali dan ulama' silam yang lain pada tempat masing-masing dengan begitu baik sekali sehingga menampakkan permata yang terkambus dalam kejelekkan kekuasaan demokrasi yang berepistemologikan sekularisme dan liberalisme
Aufklarung.



Malah saya sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya masih sayangkan kita dengan melahirkan golongan ulama' muda yang bakal menjadi penerus cahaya kegemilangan al-Ghazali dalam era "tajdid" ini.


Lebih menggembirakan hati ini apabila semalam saya berpeluang mengikuti satu pertemuan tertutup anjuran ABIM dengan Shaykh Dr. Muhammad Afifi al-Akiti, anak Melayu kita yang cukup cemerlang sebagai seorang mutakallim dan
philologist di Faculty of Theology, University of Oxford. Malah guru falsafah dan pemikiran Islam saya, Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud apabila saya bertanyakan ilmuan Islam muda yang berwibawa selain produk ISTAC lama, memuji Dr. Afifi sebagai salah satu "brilliant young scholar" yang ada pada hari ini.


Saya berdiri di sebalah Dr. Afifi yang berjaket dan bersongkok hitam. Saya ni dah macam ahli keluarga PKPIM dan ABIM. Betullah Prof. al-Attas cakap kesatuan dengan ilmu itu lebih utuh.



Baca sajalah biografi beliau di Wikipedia
ini untuk memahami aura intelektualisme beliau. Untuk rujukan lanjut akan ilmu beliau boleh rujuk di sini.


Ops. Harus diingatkan bahawa Dr. Afifi tidak datang daripada aliran reformis seperti Syed Qutb tetapi sangat berteraskan tradisionalisme Islam. Maka, memang tak dapat la kita rujuk beliau hal-hal politik semasa.


Tidak menjadi masalah kerana seperti yang saya katakan tadi bahawa ulama' muda seperti beliau dan para alumni ISTAC lama merupakan penerus gagasan Tradisionalisme Islam.


Harus diingat juga bahawa maksud aliran "Tradisionalisme Islam" itu bukanlah yang berserban lilit dan berjubah labuh. Itu hanya luaran yang penting
ma'na yang mereka perjuangkan itulah harus dijadikan ukuran terutamanya ulama' mana yang menjadi rujukan mereka.


Perkembangan sihat ini bertambah meriah setelah kewujudan ISTAC lama pada abad ke-20 yang lalu. Malah bukan sahaja ISTAC lama yang berjaya melahirkan ilmuan yang disegani malah Barat sendiri telah melahirkan "penerus al-Ghazali"-nya yang tersendiri.


Antara ulama' Islam Barat aliran tradisionalisme Islam seperti produk ISTAC lama dan Dr. Afifi adalah
Timothy Winters a.k.a Syakh Abdal Hakim Murad.





Subhanallah saya amat menyintai tradisi ilmu yang diteruskan beliau. Setiap
makalah yang ditulis sangat menarik dan mendalam buat saya selami dalam usaha memahami realiti silam, semasa dan akan datang dari kaca mata aliran keilmuan Tradisionalisme Islam.


Bertugas sebagai pensyarah Faculty of Divinity di Cambridge University, Director of Studies in Theology di Wolfson College dan juga pelajar Phd di Oxford University, beliau merupakan seacuan dengan pendekatan ISTAC.


Mereka inilah yang tidak melupakan gagasan ulama' silam terutamanya seperti yang telah di bawa oleh al-Ghazali.


Maksud saya di sini
sangat tidak melupakan dan memakai penuh rangka pemikiran ulama' silam.


Ada satu lagi alim yang seacuan dengan produk ISTAC lama, Dr. Afifi dan Syakh Abdal Hakim Murad. Tak lain dan tidak bukan
Syakh Hamza Yusuf.





Pengasas dan tenaga pengajar di
Zaytuna Institute, California, Syakh Hamza Yusuf merupakan seorang alim yang mampu mengharmonikan realiti semasa dengan aliran Keilmuan tradisionalisme Islam.


Dengar sajalah ceramah beliau di Youtube dan anda akan dapat lihat
perbezaan signifikan yang ditonjolkan oleh beliau dengan ulama' yang kita lahirkan di Malaysia dan Dunia Arab pada masa kini.


Sememangnya, golongan ulama' aliran Tradisionalisme Islam ini sangat relevan untuk kita pelajari dari mereka kerana sesungguhnya mereka sangat memahami realiti Ketamadunan Barat ( semua produk ISTAC lama, Dr. Afifi, Abdal Hakim Murad, dan Hamza Yusuf mempelajari falsafah) kerana mereka sangat lama bermastautin di Barat.


Marilah kita sama-sama meletakkan mereka pada tempat yang sewajarnya kerana apa yang mereka perjuangkan sangat relevan untuk kita fikirkan sedalam mungkin. Yang pasti, mereka ini meletakkan Imam Abu Hamid al-Ghazali sebagai rujukan yang cukup penting dalam menilai dan menyelesaikan permasalahan umat Islam sejagat.


P/S:

Berkenaan artikel Ibn Taimiyah dan Imam al-Ghazali tempoh hari, ada kesilapan berkenaan penolakkan tassawuf secara
absolute oleh Ibn Taimiyah. Sebenarnya tidak begitu kerana Ibn Taimiyah sendiri telah menggariskan beberapa kategori ahli sufi.

Mungkin saya terkeliru dengan penolakan
absolute berkenaan falsafah yang ditonjolkan oleh Ibn Taimiyah.

Dr. Adi Setia, pensyarah falsafah sains UIA Gombak merangkap alumni ISTAC lama turut menjelaskan kepada saya bahawa:


There's actually an academic paper on Ibn Taymiyyah belonging to the Qadiriyyah tariqat; I think I have it but got to dig it up from somewhere.

Anyhow, he's not against tasawwuf as such but against what he sees to be problematic practices amongst the Sufis and pseudo-Sufis (not a new problem anyway), and at times he gets carried away in his critique, but the Wahhabis then made the whole situation worse by getting further carried away and conducting actual physical persecution when they took over the Hijaz; my quick view is that the Wahhabis are way more extreme, but they need a great classical name to justify their actions and so they invoked Ibn Taymiyyah, but my cursory readings of Ibn Taymiyyah's life convince me that if he were alive today he would never have condoned the bloodletting of the Wahhabis. By the way, the other "great" figure in wiping out Sufism was Ataturk, for secular reasons.

Lastly Sufism is still very much alive even tolerated in Saudi Arabia, so we shouldn't be too quick with the word "malaise". As with all extremists, over time the Wahhabis have grown soft or wiser!


Maknanya, Ibn Taimiyah telah di "hijack" oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menjustifikasikan penentangan mereka terhadap tassawuf

Penjelasan lanjut berhubung Tassawuf dan Ibn Taimiyah boleh dapatkan di
sini.




11 ulasan:

Abqori berkata...

Salam kenal. Baru kali pertama membaca blog ini kerana dipromosi oleh seorang kawan. Ini entri pertama yang dikhatami. Jadi maaf jika komen ini sedikit provokasi kerana ianya dengan tidak menilik entri-entri yang sebelumnya.

Alhamdulillah. Akhirnya saya terjumpa juga dengan orang yang sekufu dengan saya. Saya sebenarnya sudah lama muak disuap dengan perjuangan untuk menegakkan khalifah islamiyah ini sedangkan punca kemerosotan umat bukan sepenuhnya berpunca dari kehilangannya. Golongan yang terpengaruh ini mungkin akan jadi amat jumud dan sukar untuk menerima perjuangan yang lainnya. Apabila ada sahaja ulama yang tidak ikut berpolitik seperti mereka, ulama ini dikiaskan sebagai sungai yang terempang. Mati. Dan akhirnya menjadi busuk airnya. Tidakkah itu sesuatu yang kurang ajar?

Hidup saya dikelilingi oleh insan-insan ini. Di Azhar. Golongan ini majoriti. Namun saya tidak pukul rata bahawa semuanya jumud. Masih ada yang tercari-cari seperti saudara. Cuma saudara telah terketemukannya lebih awal dari mereka.

Tokoh-tokoh yang sama sahaja diperbincangkan sedangkan berbondong-bondong lagi yang lain ditinggalkan. Itu baru ulama-ulama yang sezaman atau yang hampir dengan kita. Belum lagi dikira dengan para sahabat R.A. Lagi banyak dilupakan, bahkan ada sahabat-sahabat ini yang langsung tidak dikenali.
Ingatlah bahawa kata nabi,

“Ashabi kannujum. Fabiayyihim iqtadaitum, ihtadaitum”. Au kama qol Rasulullah.

Maksudnya,

“Sahabat-sahabatku umpama bintang. Mana-mana satu yang kamu ikut, maka kamu akan mendapat hidayah -dengannya-”.

Mereka ini lebih layak untuk disebutkan nama-namanya. Kerana perjuangan merekalah yang lebih mulia.

Tak salah untuk menyebut-nyebut tokoh-tokoh yang baru, namun menyebut-nyebutnya dengan terus melupakan langsung yang nama-nama yang lama -iaitu para sahabat-, maka itu adalah kekejaman dan tidak beradab namanya. Bukankah mereka inilah yang mendapat Radhiyallahu anhum?

Saya ambil perumpamaan yang mudah. Ini kepelikan yang berlaku dalam hidup saya. Begini. Perjuangan kita berasaskan Al-Quran. Makanya, dalam perjuangan, seluruh kitab kita akan digunakan. Segala isi-isinya. Namun bila mengikut perjuangan mewujudkan khilafah, saya rasa hanya beberapa ayat sahaja yang selalu diaju-ajukan. Mana ayat yang selebihnya. Kisah-kisah Anbiya’. Ayat-ayat tentang keimanan. Kenapa fungsinya terus jadi terhad bila dalam perjuangan. Walhal kisah-kisah itu lebih banyak diceritakan dalam Al-Quran. Bahkan berulang-ulang kali disebutkan berbanding ayat-ayat yang digunakan golongan ini. Kerana itu, saya mula merasakan jalan perjuangan ini sebenarnya tidak berapa selari. Pasti ada jalan perjuangan yang lebih suci yang betul-betul menepati. Cuba kaitkan kisah Habib An-Najjar yang didalam surah yassin dalam perjuangan mewujudkan daulah. Saya tak rasa kisah beliau yang dipijak-pijak sehingga terkeluar ususnya melalui dubur itu mampu diperolehi dalam usrah. Ingat, Tuhan tidak sebut cerita yang sia-sia dalam Al-Quran.

Paling menyedihkan, adalah apabila dalam perjuangan golongan ini, mereka menyatakan bahawa hijrahnya Nabi ke Madinah adalah semata-mata mahu menegakkan daulah. Percayalah, kalaulah memang Nabi mengejar daulah, maka telah lama Nabi menerima pelawaan menjadi raja Arab yang diberikan golongan kafir Quraisy. Bahkan ingatlah, bahawa ayat yang mula-mula disebutkan Nabi ketika masuk ke Madinah tidak ada sedikitpun berkaitan dengan penegakan daulah. Bahkan yang Nabi katakan adalah,

“Ya ayyuhannas, afsyus salam, wa at3imut to3am, wa sollu billail wannasu niyam, tadkhulu jannata bissalam”. Au kama qol Rasulullah.

Maksudnya, “Wahai manusia, sebarkanlah salam, dan berilah makan, dan bangunlah malam ketika manusia semua sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga dengan penuh salam.”

Semuanya tentang akhlak. Bahkan tidak termasuk pun di antara syarat-syarat masuk ke syurga itu kerja-kerja mendirikan daulah (kalau betullah Nabi berhijrah untuk mendapatkan daulah). Dan ingatlah, dengan mengatakan bahawa Nabi mengejar daulah, maka kita telah mengatakan Nabi itu mencari pangkat dalam kehidupan dunia. Sesungguhnya itu tidak pernah terlintas dalam hati Baginda. Selawat dan salam ke atasnya.

Semoga pencerahan minda yang saudara gapai ini berterusan dan semakin terang cahayanya.

Bagaimana ya untuk saya dapatkan buku-buku Prof. al-Attas? Pastilah ianya tidak kedapatan di Mesir. Ada versi PDF tak? Tolonglah kongsi. Tak pun tolonglah poskan ke mari. Takkan taknak sebarkan cahaya pencerahan itu ke mari. Haha!

P/s: Saya tidak cari gaduh. Cuma hanya menulis yang terlintas di hati. Maaflah jika terkasar bahasa dan kerana saya menggunakan kalimah jumud, sebenarnya kalimah itu sudah lama ditujukan untuk orang-orang macam saya. Dan saya tak sedikit pun kecil hati. Huhu. Semoga kita semua sentiasa mendapat Hidayah-Nya. Amin.

Izudin Abqori berkata...

Maaf sekali lagi. Sengaja hantar guna akaun ini pula agar semua komen masuk ke dalam emel saya.

Faizal berkata...

Bagus saudara...teruskan menggali pemikiran Prof SN Al-Attas dan muslim scholar yg lain kemudian dituangkan ke dalam bentuk yang mudah dicerna oleh orang awam seperti saya dan sahabat-sahabat yang lain..teruskan usaha anda!

Tanpa Nama berkata...

salam..sy komen di sini bukan utk berkongsi apa2.. tp saya ingin bertanya krn sy juga masih tercari2arah perjuangan yg sebenar, samada dgn ilmu dahulu atau dgn siyasah dahulu...
Ya. sy juga bersetuju bhw prjuangn yg asasnya ilmu lebih kuat ikatannya berbnding siyasah, tp bukankah apbl berbondong2 jemaah2 Islam meninggalkan prjuangn siyasah ia akan memberikan peluang keemasan kpd pelaknat2 agama Allah utk berkuasa dan seterusnya menghimpit Islam kiri dan kanan dgn kekuasaan mereka?
saya hnya mneluarkn pendpt sy dan sy juga ingin keluar dr kekeliruan ini... utk pngetahuan saudara, sy juga amat2 bersetuju dgn entri saudara.. cuma inilah isu yg mnjadi kekeliruan sy buat ms ini...

harap saudara dpt mmberikan pnjelsannya spy kekeliruan sy terbubar

Rausyanfikir berkata...

Waalaikumussalam kepada semua.

1) Kpd Abqori, buku2 Prof. al-Attas hanya terdapat di ISTAC, Damansara. Lebih baik anda direct order daripada ISTAC kerana mereka boleh hantar ke luar negara dengna mudah.

2)Saya masih tidak merungkai habis idealisme perjuangan mahasiswa yang terbaik untuk kita sama2 perjuangkan. akan saya kupas pada entri akan datang tentang "falsafah permasalahan" yg mirip fiqh awlawiyat.

3)Sebenarnya, ilmu itu basic kepada segala perbuatan. Masalahnya skrg, gerakan Islam seluruh dunia bnyk berorientasikan politik kekuasaan sehingga tidak seimbang langsung perjalanan perjuangan tu.

Saya tidak nafikan peranan politik malah saya sendiri aktif berdemo, dan segala macam aktivisme lapangan TETAPI harus juga kita dekat dengan ulama' yang FAHAM REALITI SEMASA kerana di penghujung hari, KITA HARUS TANYA APAKAH MASALAH UMMAH YANG PERLU DISELESAIKAN?

yang pasti, KUASA semata2 takkan mengubah nasib umat Islam. Akan saya jelaskan nanti harap bersabar ye :)

rauf berkata...

salam

sdr

kita perlu bijaksana dan memahami dengan baik ttg latar belakang kehidupan ulamak2 ni.. terutamanya yg hanya tinggal warisan teksnya sahaja kepada kita.

kita harus memasuki teks tersebut scr subjektif dari perspektif masa dan pengarangnya. Setiap teks mewakili masa serta tujuan pengarang dan tidak boleh dimanipulasikan bagi kepentingan dan tujuan yang selain daripada itu.

saya yakin sdr arif ttg hal ini.

zaman imam al-ghazaliyy, daulah dah kukuh. Jd, selepas menyelesaikan syubhat pemikiran di zamannya seperti yg dibawa oleh falasifah, beliau bertindak memencilkan diri utk menyuburkan imannya pula. Semua tu adalah tindakan yang paling haraki di zamannya.

zaman imam ibn taimiyah, dgn serangan Tartar dsb; keperluan kpd 'aksi' mendesak. Jadi Ibn taimiyah terpaksa 'cut off' perbahasan cara kalami dlm tauhid yang memerlukan masa yg pjg, dan create tauhid rububiyah dan uluhiyyah untuk memacu jihad yang amat mendesak keperluannya ketika itu.. itu pendekatan yang paling haraki di zamannya

zaman kita sekarang, daulah dah berkubur.. lebih dahsyat dari zaman Tartar dan serangan fikiran yg dahsyat menyerbu pemikiran ummah..

kita memerlukan perumusan imanulqali dan aksi serentak skrg ni..



epsitemologi al-banna terkandung dalam usul 20 nya. dan ia dilanjutkan oleh syed quthb dalam maalimnya. dan itu berpatutan dgn pendekatan yg sesuai dgn zamannya; zaman baru kejatuhan khilafah. zaman skrg ni, dgn serangan syubhat pemikiran dari pelbagai arah; kita perlu lanjutkannya dan tidak memadai setakat yg dah ada. setuju. tapi, khilafah juga belum tertegak. jadi di medan implikasi kita kene balik kepada landasan ikhwan semula.. Mujaddid sebelum ini ialah Hassan al-Banna. Jadi jangan pisahkan epistemologi ini dengan Hassan al-Banna. Jgn jadi aliran epistemologikal yg jd academician semata2..

sdr abqori

ana suka ungkapan seorg ust. ilmu tu peluru.. buah2 dia dari azhar. tapi peluru perlukan pelancar untuk luncurkankannya. pentas pelancar tu adalah pengalaman gerakan Islam. dua-dua ada di mesir. kita la yang kene kreatif nak menyulam dan sintesiskannya.

ye, ana faham dan setuju. betul kubu kuat dia pada ilmu, tapi pentas pelancar serangan terhadap sekular tu perlukan pengalaman gerakan Islam.

kdg2 mmg x dinafikan intelek2 ni hebat, tp sbb tak intimak dengan harakah, usaha tu xleh ditukar sebagai satu jihad; satu usaha ke arah untuk menangkis atau menolak halangan-halangan ke arah pelaksanaan syariat.

jom, bincang ttg content perumusan teori..kita boleh bincang lebih pjg

http://msaidhawwa.blogspot.com/2008/12/pengintegrasian-ilmu-pengetahuan-semasa.html

Rausyanfikir berkata...

Ya akhi rauf,

Ana sarankan enta cari buku Dr Majid Irsan Kilani. Di Mesir banyak rasa pasal pertalian Imam al-Ghazali dan Salahuddin ayubi.

Keadaan pada waktu itu lebih parah daripada apa yang kita ada skrg.


Masalah pendokong/penyokong PAS adalah ramai yang terlampau tidak memahami realiti.


Realiti yang dilihat banyak kepada KEKUASAAN sehinggakan ASPEK LAIN TERABAI DENGAN SANGAT JAUH.

PAS langsung xsama macam Hizbullah Lebanon dan Hamas. Orientasi PAS lebih kepada KUASA sedangkan gerakan islam yang lain seperti AKP, Hizbullah dan HAMAS semuanya sudah siapkah homeworknya dahlu sebelum KUASA ya'ni beri kefahaman dan mobilisasi sosial di LUAR LINGKUP POLITIK.


Enta rasa orang yang buru KUASA ni akan siapkan kerja2 nak ISI KEMENANGAN ISLAM tu ke lepas pegang kerajaan?

Dalam jangka masa tu, yg lebih penting adalah untuk KEKALKAN KUASA.

Malah apabila tiada budaya ilmu yang subur dalam gerakan, kita hanya akan tersungkur dalam jurang penipuan yang dahsyat.


Ana percaya, PAS takkan dapat apa sangat dengan Pakatan Rakyat. Mana ada ulama' PAS yang mampu duduk semeja dengan Anwar dan bercakap mengenai dasar luar negara, ekonomi dunia, politik dunia yang mana semua itu sangat penting dalam memerintah!

Di Iran lain kerana tradisi dan budaya ilmu dia sangat solid! Tak hairanlah Ahmadinejad naik dia lantang kerana mereka tidak perlu bergantung kepada kuasa luar.


PAS harus insaf akan peranan ulama' bukan di medan politik kepartian.

Macam mana orang awam hendak bezakan statement ulama' PAS yang dibuat adakah sebagai political statement ataupun ontological statement.


kalau orang belajar falsafah akan dapat kesan semua ni.


Malah masa ISTAC ada dulu pun bukan tak pernah ISTAC engage dengan PAS. Cikgu Azmi pun berbuih nak tolong tingkatkan kefahama ilmu kontemporari ulama' tapi macam biasa bila dah nampak KUASA shj, yg lain hanya jadi runcitan.


Ana percaya, PAS xkan kemana dengan sikap mcm ni.

Ahli Fiqir berkata...

bgusla..kalo saudara rausyan dah bfikir bgitu.. ana bukan nak menyampuk dengan ilmu yang kurang lagi daif ini. cuma apa yang ana nak perkatakan adalah pendapat yang ana tlintas dihati utk dikongsikan. Jika enta menyebut bahawa kelemahan umat Islam yang paling teruk skali ialah ilmu, ana setuju dengan statement itu. Namun ada beberapa part yg ana tidak bersetuju mengenai sebahagian dari artikel saudara. Al-Quran sememangnya merupakan rujukan utama kita dan kebanyakan menceritakan sirah anbiya'. Al-Quran dan As-Sunnah merupakan rujukan utama kita dan menjadi buah untuk kita berikan kepada masyarakat di dunia itu melalui medan amal yang wajib kita lakukan. Apakah medan amal yang perlu kita perjuangkan? Penyebaran ilmu yang bermatlamatkan membawa manusia sejagat kpd pengabdian diri kepada Allah. Bagaimanakah dakwah itu hendak dilakukan jika di dalamnya terdapat pelbagai aliran pemikiran yang mahu memenangkan diri masing-masing. Perjuangan PAS itu sudah betul pada dasarnya untuk memperjuangkan Islam berada pada tempat tertinggi namun mungkin ada kelompongan dari sudut thaqafah ilmu dikalangan ahli PAS. Jadi menjadi tanggungjawab mereka yang mempunyai ilmu untuk menyebarkan dikalangan ahli PAS dan membawa mereka kepada kesedaran ttg kepentingan ilmu bukan lari meninggalkan PAS dengan kerana PAS tidak mahu mendengar kata-kata anda ataupun Cg Azmi. Usaha yang berterusan mungkin dapat merubah persepsi ahli PAS itu sendiri. Saya suka untuk menggunakan kata-kata Hassan Al-Banna yang menceritakan bahawa "kamu adalah golongan yang tergopoh-gapah sekiranya kamu ingin melihat natijah (tindakan kamu) berlaku pada zaman kamu". Perjuangan Islam(bukan PAS shj) sememangnya dipenuhi dengan mehnah yang pelbagai.

Kita perlu sedar kenapa PAS dan Gerakan Islam lain memperjuangkan untuk menegakkan khalifah Islamiah. Kerna dengan cara itulah kita dapat melaksanakan undang-undang yang digariskan Allah yakni meletakkan kalimah Allah itu ditempat yang tertinggi. Ana sangat terkilan melihat komen salah seorang sahabat kita yang menyamakan perjuangan PAS menegakkan daulah dengan kenapa Nabi tidak menerima pelawaan org Quraisy untuk menjadi Raja di Tanah Arab.

Saya yang clear yang ana hendak bawa di sini ialah dalam sirah Anbiya juga banyak menceritakan ttg para anbiya bersama-sama pengikutnya secara berjamaah berusaha menyebarkan Islam sebaiknya, jadi janganlah kita mempertikaikan perjuangan PAS dan sebaliknya mengisi kelompongan yang ada dalam PAS supaya persediaan untuk memerintah negara dari pelbagai segi dapat disiapkan dan menjadi negara Islam yang berusaha untuk mencapai khilafah Islamiah.Wallahua'alam

rauf berkata...

yup.

ana lebih gembira kalau cara perjuangan issue-oriented ni kempen ttg pelaksanaan syariat sekali..

dan ana x nafikan keperluan kpd ilmu.. itu perlu dikonstrak -dah cite panjang lebarnya di msaidhawwa.blogspot.com. kita bincang aspek teoritikalnya di sana.k

dan apa yg ana nak tegaskan; kuasa dan ilmu perlu menyokong dan membantu kepada pelaksanaan syariat scr syumul.

ana dah tulis kat blog dulu ;
http://abdulrauf.blogspot.com

k, ana harap enta jelas ngan pendirian ana.

teruskan perjuangan

LensaPR berkata...

JAHANAM AMERIKA !!!!!!!!!!!

HANCURKAN BAPAK SYAITAN AMERIKA

MARI KITA BERAMAI-RAMAI KE KEDUTAAN AMERIKA

BERSAMA DEWAN PEMUDA PAS

MEMBANTAH SOKONGAN BIADAB AMERIKA TERHADAP SERANGAN ISRAEL KE ATAS RAKYAT PALESTIN

HARI SELASA 30 HB. DISEMBER 2008 JAM 11.00 PAGI

Bawa kain rentang bagi menyatakan bantahan anda

Tanpa Nama berkata...

masya Allah...

artikel yg bernas yg gagal dihayati sepenuhnya khususnya bg "kaum muda" yg meminggirkan "tradisionalisme Islam".

Apa guna perjuangkan "ISLAM" dgn fikrah yg salah. Ia lebih menyebarkan kesesatan ke dlm msyarakat.

Sesetengah org melihat sekular musuh ttpi terlupa diri sendiri bekerjasama dgn "liberalisme" yg turut mnjadi penyakit masyarakat Islam.

TQ atas prkongsian...