Isnin, 15 Disember 2008

Mari selamatkan Bahasa Melayu!










Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI.

Tarikh: 16 Disember 2008

Masa: 4.15 pm

Tempat: Putrajaya International Convention Center, Putrajaya.




"It is easy to take liberty for granted, when you have never had it taken from you. " ~Dick Cheney, 46th Vice-President of United States of America.


"Freedom is the oxygen of the soul. " ~Moshe Dayan, Israeli Military Leader (1953–1958)




Nama dua tokoh di atas bukanlah enak untuk didengari oleh kita. Kedua-duanya sudah membunuh jutaan umat Islam.  Walaubagaimanapun, kata-kata yang dilontarkan mereka di atas harus diteladani dengan baik agar mendapat i'tibar daripada apa yang diperkatakan mereka.



Memang mudah untuk memandang enteng nikmat kebebasan yang dikurniakan Allah S.W.T. Generasi yang ada pada hari ini, adalah anak-anak pasca DEB. Anak-anak yang tidak bergelut dalam mencari ma'na mempertahankan agama, bangsa dan negara daripada dirobek oleh musuh-musuh durjana yang ada dalam sejarah kita.



Secara metafizika, memanglah definisi "kebebasan" itu berbeza dengan semua bangsa yang ada di dunia ini. Tetapi yang pasti, generasi terdahulu, tidak kira negara mana pun, baik Amerika dan Israel semuanya pernah dibelenggu kebebasan fizikalnya.  



"Kebebasan" yang mereka kecapi tidak hanya disandarkan kepada aspek fizikal semata-mata tetapi masih mampu mengakar jauh ke dalam lohong sejarah yang menjadi saksi akan keagungan jati diri mereka. Oleh kerana mereka memahami ma'na "kebebasan" secara metafizika dan fizkal, Amerika dan Israel masih tetap utuh dengan akar Judeo-Kristiannya dan tidak kurang juga warisan budaya Ketamadunan Yunani yang agung disebalik kerancakkan arus modenisasi ciptaan mereka sendiri. Malah mereka sangat bangga dan mampu mengeksport pula semuanya ke negara-negara yang semakin buta sejarah diri mereka sendiri.



Sekarang, apakah yang kita faham akan ma'na kebebasan buat orang Melayu? Apakah yang ada pada hari ini datang begitu sahaja tanpa aturan sejarah? 



Tentu tidak bukan. Makanya, adalah menjadi satu tanggungjawab buat kita anak muda yang melabelkan diri sebagai "pejuang" memahami latar ma'na kebebasan itu sebaik-baiknya mengikut panduan ulama' berwibawa yang tidak kompromi prinsip dan kebenaran HANYA KERANA HENDAK MENJAGA KUASA DAN KEDUDUKAN.



Antara "kebebasan" agung yang mampu kita kecapi selepas Merdeka pada hari ini ialah dengan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Kita masih lagi mampu mengenali diri kita melalui bahasa ibunda kita sendiri ya'ni Bahasa Melayu.



Ni'mat ini tidak dapat dilihat di kebanyakkan negara-negara bekas penjajah yang lain. Lihat saja bagaimana anak-anak Afrika yanng bahasa ibundanya dikesampingkan dan terpaksa menggunakan bahasa penjajah untuk membangun. Begitu juga negara-negara bekas Soviet. 



Ini tidak berlaku di Malaysia. Walaupun negara ini terdapat cacat cela dari segi pemerintahan, tetapi permulaan awal akan "kebebasan" dan "kemerdekaan" yang kita kecapi cukup bermakna dalam erti kata mempertahankan ruh jati diri Melayu Islam itu sendiri terutamanya melalui Bahasa Melayu.



Perjuangan bahasa ini bukan benda cincai. Apatah lagi hingusan sifatnya. Dalam keadaan jati diri kita lemah berdepan dengan arus modenisasi Barat, Bahasa Melayu hanya di pandang bahasa pasar oleh golongan berada pada awalnya. Pengajaran di peringkat tinggi hanyalah dalam Bahasa Inggeris sehinggalah sedikit demi sedikit melalui perjuangan fasal 152 diangkat kembali meletakkan Bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya.



Apakah kalian tidak sedih melihat para pemimpin Melayu bersikap sayur dalam isu Bahasa Melayu ini? Tidak malukah kalian pada kesungguhan pemimpin Cina dalam menentang isu pencerobohan budaya dan bahasa mereka?



Sudahlah nama "Allah" di perlakukan dengan mudah sebelum ini. Selepas ini takkan Bahasa Melayu pun hendak di perlakukan dengan begitu mudah juga!



Biarpun tidak ramai yang ingin bersama kami dalam isu ini, prinsip tetap prinsip. Ini bukan assabiyah, ini adalah persoalan aqidah buat cucu cicit kita! Rosaknya bahasa, maka rosaklah pandangan alam seterusnya melahirkan aqidah yang songsang melalui pentafsiran ilmu jiwa yang asing daripada ma'na yang disuntik dengan ruh Islam!




Bahasa Melayu, antara puluhan bahasa lain dalam dunia ini seperti Urdu, Turki Uthmaniyah, dan Parsi yang diangkat oleh Allah untuk menyambung risalah kefahaman Islam. Peminggiran Bahasa Melayu dalam arus keilmuan seperti yang bakal kita hadapi dalam masa-masa mendatang dengan dipercepatkan lagi oleh projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini merupakan satu cabaran halus arus sekularisasi ke atas umat Islam di Malaysia. 




Biarpun protes esok mungkin kecil tetapi akan tersemat dalam sejarah sebagai satu testimonial bahawa mahasiswa tidak pernah lupakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu! Ayuh hadirkan diri anda untuk memperjuangkan Kebenaran Bahasa Melayu!





2 ulasan:

ahura mazda berkata...

Seminar ASASI + Pusat Dialog Peradaban

Tema: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Intelektual dalam Konteks Tamadun Alaf Baru
Pembentang: Prof Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar, Dr. Shaharir Mohamad Zain, Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir, Dato’ Dr. Hasan Ahmad, dll
Tarikh: 19 Disember 2008 (Jumaat)
Tempat: Bilek Wawasan, Rumah Tetamu, UM
Penyertaan: Hanya 35 hadhirin (menerusi tiket ASASI), MASUK PERCUMA (Sila mendaftar di sini: http://www.kesturi.net/archives/501)

Tanpa Nama berkata...

bukankah sepatutnya ditulis ...

Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya?

Jangan jadi macam ...

United Malay National Organization

hehe

Pakdi
http://pakdi.my