Selasa, 9 Disember 2008

Kertas kerja 'Universiti dan Minda Tertawan'


Keadaan agak sibuk. Dengan kempen anti-PPSMI dan juga masalah ekonomi yang semakin menekan menjadikan diri ini rasa tidak ingin balik ke UTP meneruskan tahun akhir di sana. 








Suka atau tidak, saya masih warga UTP. Maka dengan ini saya mengambil kesempatan untuk membentang satu kertas kerja berkaitan dengan universiti dalam persidangan Regional Conference on the Humanities 2009: Managing ASEAN's Future.



Ini adalah kali pertama fakulti Kemanusiaan dan Sosial UTP mengajurkan persidangan sebegitu rupa. Kemasukkan Prof. Murad Merican yang daripada UiTM sekurang-kurangnya mampu memberi satu paradigma baru buat warga kampus. Untuk itu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan UTP yang semakin celik untuk meletakkan semangat intelektual kembali kepada tempatnya.



Saya akan membentangkan kertas kerja bertajuk 'University and The Captive Mind'. Tujuan saya hendak membentang kertas kerja ini bertujuan untuk memberi perspektif baru terhadap perjalanan institusi pengajian tinggi negara kita ke arah "kecemerlangan". Saya tak tahu sejauh mana kesan kertas kerja ini kelak, tapi yang pasti ianya akan membantu saya mengasah daya intelektual serta dengan harapan pihak universiti akan mengambil peduli akan kegusaran ini.



Kalau gagal, jalan raya senantiasa terbuka untuk kita "berjuang".



Ini adalah abstrak yang saya hantar saya:


Abstract for UTP Inaugural Regional Conference on the Humanities 2009

 

Title: University and The Captive Mind

 

Author: Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Final year student, Chemical Engineering department of UTP.

 


            The role of university in this modern age has become much more important as the new discourse by the name of ‘globalization’, and ‘development’ dominates our daily lives, particularly in the developing countries. Almost everybody synonymously agree that the challenge of globalization and development must be considered seriously in order to avoid any calamities that might be fallen to the country. Thus, as most world leaders might think, university as one of the forerunners in this project must be redefined its nature to suite itself with the current phenomena.

 

This paper will discuss about how an institution called university has dramatically being altered in terms of its structure, substance and most importantly the purpose that finally resulting a problem among its students, to borrow the late Professor Syed Hussein Alatas word, in the rise of  the ‘captive mind’.

 

The discussion in this paper would also include the analysis on the impact of the discourse that carries the essence of ‘globalization’ and ‘development’ to the university and the way forward to curb this fallacious and hegemonic trend that spread like wildfire especially in the Third World countries.


Dengan ini saya ingin meminta sebarang pandangan daripada para pembaca berkenaan isi-isi penting yang boleh saya masukkan dalam kertas kerja ini. Saya sekarang masih menunggu ilham daripada Yang Maha Esa untuk menulis kertas kerja ini. Walaupun saya mempunyai ratusan buku yang boleh saya rujuk di rumah, penulisan yang berkualiti memerlukan satu "X-Factor" untuk menjadikannya "Oomph". Dan itu semua tidak dapat diperolehi melalui buku semata-mata.


Bak kata Prof. al-Attas, ilmu itu ialah " ketibaan (husul) ma'na ke dalam diri, dan ketibaan diri kepada ma'na".


Untuk rujukan lanjut berkenaan persidangan di atas bolehlah rujuk di sini


 


1 ulasan:

Anas Alam Faizli berkata...

Mungkin Rausyanfikir boleh gunakan contoh di Malaysia sendiri di mana pemimpin berkaliber dan ilmuan adalah daripada golongan yang aktif sejak dari Universiti lagi dan membandingkan Universiti dahulu dan sekarang. Mungkin jika kuantiti tidak boleh dijadikan ukuran kerana pastinya sekarang lebih ramai graduan gunakan peratusan berapa orang yang keluar sebagai pemimpin, wakil rakyat, etc. Negara lain pun boleh dijadikan contoh dimana dikebanyakkan negara semua pembaharuan dan perjuangan bermula di menara Universiti sebagai institusi pendidikan terhormat.