Sabtu, 20 Disember 2008

πρᾱξις kekuasaan Pakatan Rakyat: satu kritikan ringkas



πρᾱξις atau dalam Bahasa Inggerisnya " Praxis" menggambarkan satu proses penterjemahan idea kepada perbuatan ( translating an idea into action). Dalam falsafah politik praxis menerangkan mekanisme kepada proses mencapai sesuatu matlamat politik.


Pada hari ini, Pakatan Rakyat merupakan sebuah entiti politik yang cukup dipandang tinggi oleh kebanyakkan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Bila sahaja kita sebut Pakatan Rakyat, maka nama yang menjadi fokus utama rakyat adalah Dato' Serin Anwar Ibrahim (DSAI) sendiri.


Ya, itulah realiti, bukan Lim Kit Siang mahupun Tn Guru Haji Hadi. Ini bukanlah satu kehairanan kerana yang berjaya menyatukan kedua-dua parti yang kontra ini ya'ni DAP dan PAS adalah DSAI.

Kenapa DSAI bukan orang lain? Apakah yang istimewa berkenaan DSAI sehingga mampu mempengaruhi banyak orang di Malaysia ini dari zaman mahasiswa sehinggalah hari ini? Sedikit sebanyak telah saya ceritakan disini. Tetapi bagi saya, kenapa DSAI menjadi lebih sedikit berbanding orang lain adalah kerana faktor ilmu. 


DSAI bukanlah produk yang wujud dalam vakum tanpa bagasi sejarah yang membentuk akal budinya. Kepimpinan, retorika, idealisme, fikrah, dan apa sahaja ciri-ciri ( attributes ) yang dimiliki beliau digilap dari lahir kecil lagi (MCKK, UM).
  

Kita boleh cuba buktikan analisa ini menggunakan logik ringkas berkenaan "mengapa DSAI seorang pemimpin yang hebat".


Logik 1: DSAI seorang pemimpin yang hebat. Mengapa beliau hebat?


Logik 2: DSAI hebat kerana petah berbicara, wibawa intelektual, empunya fikrah Islami etc. Mengapa beliau mempunyai semua itu?


Logik 3: DSAI mempunyai semua itu melalui pengalaman yang ditimbanya dari zaman muda hinggalah sekarang. Bagaimana beliau menimba pengalaman?


Logik 4: DSAI menimba semua itu melalui pendidikan formal (sekolah, universiti) dan tidak formal ( usrah, aktivisme). Siapa yang mendidik beliau sehingga jadi begitu?


Logik5: DSAI dididik oleh ramai ilmuan yang hebat seperti Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas,Pak Natsir, Imaduddin, Prof. Ismail al-Faruqi, Edward Said etc. disamping minat membaca beliau yang cukup tinggi sewaktu zaman mahasiswa sehinggalah kini. Apa yang menjadikan guru-guru dan DSAI hebat?


Logik 6: Guru-guru dan DSAI menjadi hebat dan "melebihi" orang lain adalah kerana ILMU yang dimiliki mereka.


Kesimpulan: Ilmu adalah Kuasa. Kuasa adalah Pengaruh. Pengaruh adalah kemenangan Politik
.

Dalil Aqli/falsafah: 

Francis Bacon, ahli sejarah British juga memperkatakan " scientia potentia est" ataupun dalam Bahasa Inggerisnya "Knowledge is Power". Ini terbukti melalui depan mata kita sendiri bahawa bangsa yang berilmu yang kena pada realiti masa kini sangat berkuasa. Bangsa yang memiliki ilmu sains dan teknologi yang tinggi bukan sahaja menguasai kehidupan manusia malah dunia tabii (nature) sekaligus. Tapi berkuasa sahaja belum tentu mereka berada dalam jalan Kebenaran tanpa petunjuk wahyu.

Dalil Naqli: 


(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. Al-Quran (39:9)


Sungguh terang dan jelas sekali orang yang mengetahui mempunyai darjat yang berbeza daripada orang yang tidak mengetahui. Perbezaan ini sudah tentu sekali menghasilkan "kuasa" baik fizikal, mental, spiritual antara yang mengetahui dan tidak mengetahui. Secara amnya begitu. Tetapi jikalau ilmu yang dimiliki adalah ilmu yang salah tidak kena dengan prinsip Islam maka yang "kuasa" yang ada hanya melahirkan kerosakkan (fasad) terhadap diri,masyarakat dan dunia.


Contohnya, teknologi nuklear yang dipunggah daripada ilmu fardhu kifayah tanpa diletakkan di bawah selian fardhu ain hanya mendatangkan kerosakkan seperti yang kita lihat di Hiroshima, dan Nagasaki membunuh orang yang tidak berdosa. 


Sememangnya orang yang mempunyai ilmu nuklear itu berkuasa tetapi kerana sifat haiwaniyyahnya tidak dipertimbangkan dengan aqal yang dipandu wahyu maka lahirlah kerosakkan yang maha dahsyat. Hukumannya pasti durjana kalaupun tidak di dunia tetapi di akhirat kelak!


Berbalik kepada persoalan asal berkenaan praxis kekuasaan Pakatan Rakyat. Apalah yang menjadi Pakatan Rakyat seperti sekarang? Kita setuju bukan bahawa DSAI adalah "X-Factor" kepada Pakatan Rakyat. Bukan Lim Kit Siang, bukan Tn Guru Haji Hadi. DSAI melebihi mereka dari segi pengaruh yang merentasi perkauman. 'Kuasa" DSAI lebih seimbang dalam semua lapangan yang bersangkut paut dalam politik semasa. Beliau berpengetahuan dalam politik, ekonomi, kepimpinan, perpaduan, agama Islam yang mana pimpinan DAP dan PAS tidak mempunyai leverage yang sama seperti beliau. Mereka mungkin mempunyai sedikit pengetahuan sepertimana yang ada pada DSAI tetapi dari sudut pragmatisme politik semasa terutamanya pengalaman memerintah dan memimpin rakyat Malaysia yang berbilang kaum DSAI jauh mendahului mereka. Itu hakikat. DSAI seorang pemimpin yang well rounded.


Cubalah letak Lim Kit Siang sebagai pemipin utama dalam kerajaan Pakatan Rakyat 16 September. Mahu Orang Melayu tidak menyokong. 

Cubalah letak Tn Guru Hj Hadi sebagai pemimpin utama dalam kerajaan Pakatan Rakyat 16 September. Mahu Orang bukan Melayu tidak menyokong.



TETAPI masalahnya saya tidak boleh terima DSAI seterusnya Paktan Rakyat sebagai Kebenaran yang meyakinkan untuk memerintah negara ini. 


Ini kerana dari segi idealisme dan hala tuju DSAI yang kurang jelas dalam segenap segi menjadikan ianya satu ilusi politik yang cukup berbahaya. DSAI sebagai individu tidak menjadi masalah. Tetapi untuk memimpin negara, ianya memerlukan pasukan yang hebat. 


Masakan bagaimana Pakatan Rakyat ingin memipin negara jikalau tiada kesatuan fundamental antara parti-parti komponennya. Barisan Nasional berjaya sekian lama bukan kerana rasuah (walaupun membantu juga) tetapi kontrak sosial yang wujud antara parti-parti komponen Barisan Nasional memungkinkan semua itu. Ideologi nasionalisme yang sederhana (UMNO bukan kafir, fasik mungkin. mereka silap kerana melihat Islam sebagai aspek budaya sahaja) dengan menghormati perbezaan antara kaum dan agama yang ada itu melahirkan ikatan politik yang agak kukuh dalam jangka masa 50 tahun kebelakangan ini. 



Ini tidak ada dalam Pakatan Rakyat. PAS mahukan syariah dan negara Islam tetapi DAP sangat anti Islamisasi! PKR duduk di tengah-tengah berkompromi antara satu sama lain selagi boleh. Apakah mustahil mereka akan terus bertahan tanpa keselarasan fikrah/idealisme? Kita tidak boleh bersatu semata-mata atas DASAR MEMBENCIKAN UMNO DAN KEZALIMAN semata-mata yang sarat dengan emosi dan sentimen. Tanpa Ilmu yang meyakinkan, mana mungkin momentum praxis kekuatan Pakatan Rakyat mampu bertahan lama? 



Kita ambil satu senario yang mungkin berlaku. Jikalau DSAI sudah tidak berkuasa lagi, siapakah penyatu kuat kepada Pakatan Rakyat? Adakah pemimpin PKR yang lain mempunyai kewibawaan seperti DSAI? Apakah Azmin Ali, Sivarasa, Wan Azizah mampu menjadi penyatu dalam Pakatan Rakyat sama wibawa seperti DSAI? Saya rasa tidak kerana mereka bukan DSAI. 



Mengimbau kembali analisa ini, kita harus mencari titik kekuasaan DSAI dan mengalihkannya kepada PAS agar PAS menjadi lebih dominan dan mampu memandu Pakatan Rakyat bukan sebaliknya. Titik kekuasaan DSAI itu tidak lain tidak bukan adalah ilmu. Dari segi kepercayaan (tsiqah) dan Kebenaran hala tuju kehidupan dunia akhirat anak Adam , PAS lebih relevan untuk umat Melayu Islam berpaut harapan. 


TETAPI masalahnya PAS tidak empunya kekutan yang dimiliki DSAI iaitu dinamika budaya ilmu kontemporari.




Inilah masalah PAS. Saya sering katakan PAS tiada budaya ilmu dalam kalangan pimpinan, serta ahlinya. Kalau ada pun sangat sempit sekadar berlegar di medan ilmu fardhu ain. Kaji sajalah usrah, akhbar Harakah, ceramah, manifesto mahasiswa aktivis PAS dan segala macam medium yang mendefinisikan PAS. Banyak slogan dan sentimen berbanding ilmu yang meyakinkan untuk menyelesaikan masalah kontemporari. Kelemahan PAS paling ketara adalah pada bahagian ilmu fardhu kifayah. 


Oleh kerana DSAI mempunyai Institut Kajian Dasar (IKD) dan segala macam hubungan beliau dengan badan-badan pemikir, intelektual, ulama' di seluruh dunia, PKR menjadi kunci kesatuan Pakatan Rakyat keranan DAP dan PAS terpaksa bergantung kepada DSAI! Pasukan DSAI-lah yang bakal mendominasi percaturan dasar dari segi sumbangan idea, terutamanya dari sudut ekonomi. 


Saya pasti jkalau DSAI sekadar pandai buat lawak dan maki hamun dalam ceramah, insan yang bernama Anwar Ibrahim itu tidak akan menjadi seperti apa yang beliau ada sekarang. 


Sudah jelas bersuluh bahawa ILMU merupakan faktor utama yang mendefinisikan kewibawaan DSAI seterusnya DSAI sebagai pempimpin utama Pakatan Rakyat.


Jadi harapan kita umat Islam yang berpegang kepada prinsip, yang paling relevan untuk diharap pun hanyalah PAS. 


TETAPI penumpuan PAS lebih kepada KEKUASAAN daripada KEILMUAN. Ada aktiviti ilmu tetapi kurang sangat untuk menampung beban perjuangan dan cabaran MEMIMPIN RAKYAT kelak. 



Selalunya dalil yang diberikan oleh ustaz-ustaz PAS dalam ceramah, bengkel, tamrin, program etc. menggunakan kaedah usul-fiqh:

"ما لايتم الواجب إلا به فهو واجب"


   " apa yang membawa kepada sesuatu yang wajib adalah wajib"


Contohnya untuk bersolat kita perlu berwuduk ( ablution ). Mengambil wuduk secara hakikatnya bukanlah benda yang wajib semata-mata tetapi sesuatu yang sunat(untuk baca Al-Quran, untuk mengelakkan marah etc.). Tetapi untuk solat fardhu ya'ni sesuatu benda yang wajib, maka hukum wuduk berubah menjadi wajib pada ketika itu. Tanpa wuduk tidak sah solat.


Dalam perihal politik, dikatakan perlunya umat Islam kepada kuasa, bagi meletakkan syariah ( Islamic sacred law) dalam masyarakat. Betul. Saya setuju. Tiada siapa kata salah. Tanpa kuasa masakan bagaimana kita boleh merealisasikan hukum-hakam Islam dalam masyarakat.


Kuasa itu menjadi wajib TETAPI BUKAH ITU SAHAJA YANG WAJIB. 


Seharusnya kita harus bertanya apakah yang membawa kepada perlaksanaan syariah yang berjaya? ( what leads to the implementation of syariah?)


Sudah tentu ilmu! Wajibat terhadap ilmu adalah lebih besar daripada kuasa. Dengan kuasa semata-mata tanpa kefahaman yang baik di kalangan ahli masyarakatnya, kejayaan perlaksaan syariah akan menjadi tempang. Masakan bagaimana masyarakat yang tidak terdidik dengan ilmu kefahaman agama Islam mereka boleh menerima semua itu dan melaksanakannya dengan ikhlas? Dalam keadaan umat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai jenis masalah ilmu yang datang dari pelbagai penjuru fardhu ain dan farhu kifayah, kuasa SEMATA-MATA tidak boleh melahirkan kemenangan yang kita inginkan.


Apabila saya berhujah begini dengan menekankan peri penting ilmu BUKAN BERMAKNA kita tidak beramal. Ilmu yang benar pasti melahirkan amal yang benar. Ilmu yang palsu melahirkan kerosakkan yang palsu.

Yang saya tekankan di sini adalah perlunya PAS mempunyai persediaan ILMU yang mantap dalam usaha mendaki gunung kekuasaan politik! Dan persediaan ini bukanlah satu benda yang statik tetapi dinamik mengikut perubahan dan cabaran zaman! 

Yang saya selalu dengar:


" Kita harus mendapat kuasa dulu. Dah menang nanti baru kita isi dengan ilmu. Barulah kita fikir nak buat dasar, buat pelan, buat bajet. visi, misi kerajaan secara terperinci. Sekarang kita jatuhkah kerajaan toghut dulu! Takbir!!!"

Saya yakin kalau inilah persediaan kita, dengan PAS Research Center yang tak macam research center, lujnah-lujnah yang hidup segan mati tak mahu, akhbar Harakah yang semacam klon Utusan Melayu versi PAS, ceramah retorik tanpa penyelesaiaan, jangan mimpilah Islam mampu tegak berdiri dan diterima ramai. 


Saya hanya akan menjadi yakin apabila PAS mampu mengeluarkan blueprint kepada rancangan memerintah negara untuk 50 tahun akan datang. Panduan yang lengkap dengan pimpinan yang celik realiti kontemporari dan sejarah silam. Bukan slogan semata-mata. 



Sampai bila PAS mahu kompromi dengan PKR dan DAP? Hendak cakap pasal Melayu takut pengundi bukan Melayu lari. Inilah masalahnya. Orang Melayu sudah mula keliru. UMNO pun teruk, PAS pulak segan-segan hendak perjuangkan hak Melayu. Politik kompromi hanya melahirkan kekeliruan. PAS perlu lebih tegas dalam beberapa prinsip yang penting terutamanya berkenaan isu Melayu yang melibatkan Institusi Melayu. 



Kritikan ini bukanlah untuk menjahanamkan PAS tetapi agar kita dapat menimbang tara pro dan kontra yang tersembunyi tatkala kita sedang asyik menunggu 16 September yang entah bila. Biarpun DSAI yang menjanjikan coup de tat secara aman, bukan DSAI semata-mata secara hakikatnya yang bakal mezahirkan perubahan melainkan Allah S.W.T sendiri. 



Walau apa pun saya amat memuji tindakan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPPP)  ( terutamanya kepada ketua DPPP, Ustaz Hafiz Nordin) kerana bertegas berkenaan program tarian jalanan I-Dance anjuran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Sememangnya DPPP adalah antara segelintir ahli PAS yang betul-betul berjuang atas dasar prinsip. Suara lantang dalam beberapa isu menampakkan izzah mereka sebagai pejuang Islam yang sebenar. Kerjsama erat DPPP dengan NGO Pulau Pinang yang lain seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Sahabat Alam Malaysia (SAM), TERAS Melayu, Persatuan Ulama cawangan Pulau Pinang (PUMPP) Citizen International menjadikan mereka lebih relevan dan KONSISTEN dalam perjuangan. Saya amat kagum dengan mereka dan berbangga menjadi teman seperjuangan mereka selama 2 tahun lebih ini dalam memperjuangkan isu-isu yang bukan menjadi pilihan PAS Pusat seperti FTA, IFC (siap masuk makhamah lagi). 


Nampak susah tapi bukan satu benda yang mustahil. Maruah Islam berada di tangan pemimpin Islam. Buat masa ini, PAS hanyalah feeder party kepada Pakatan Rayat. Biarpun Unit Amal bertungkus lumus jaga trafik sewaktu BERSIH, PRU dan sebagainya, DSAI juga yang mendapat sokongan penuh para penyokong Pakatan Rakyat. 


Kenapa DSAI? Macam saya kata tadi kerana DSAI adalah manusia yang berilmu yang mampu merungkai masalah semasa dengan baik (walaupun tidak semua beliau cakap betul. Logik harga minyak turun, harga barang turun dah salah). 


DSAI memahami realiti semasa dengan baik (tetapi belum tentu dari segi ontologikal, dan metafizikal).




Praxis kekuasaan Pakatan Rakyat haruslah bertunjangkan ilmu. Siapa yang lebih relevan dan memahami realiti, dialah yang "berkuasa". Tetapi "kuasa" tanpa al-haqq hanya melahirkan fasad. 






16 ulasan:

LensaPR berkata...

BILA KERAJAAN PINCANG, MAKA LAHIRLAH GABUNGAN SPONTAN MENENTANG KERAJAAN. REVOLUSI IRAN BANGKIT DENGAN PENYERTAAN PELBAGAI ALIRAN SEHINGGALAH ULAMA MENGETUAINYA. MALAYSIA ... TERPULANG SIAPA YANG BIJAK DAN RAMAI PENYOKONGNYA.

mujahidmarwan berkata...

so, sekarang ni kita bukan hanya perlu sibuk membicarakan tentang revolusi pemikiran, tetapi yang lebih penting ialah berkenaan revolusi bertindak....

Rausyanfikir berkata...

Sudahkah kita mengetahui akar permasalahan kepada masalah umat Islam? Politik, hanyalah salah satu cabang kecil yang diatas. Kita harus tanya mengapakah hampir ke semua negara Umat Islam sebegini rupa?

Revolusi bertindak, dengan kedangkalan ilmu hanya menjadikan kita mudah ditipu oleh musuh.

Ingat Refah di Turki? FIS di Algeria? Ikhwan di Mesir?


Mereka semua ditipu oleh "rakan seperjuangan" yang zalim.

PAS? Masih belum ditipu sepenuhnya tapi mungkin boleh.

Akan saya huraikan kemudian.

psychedelicmundo berkata...

Aku setuju.PAS wajib sewajibnya melihat perkara ini.retorik ceramah sahaja masih belum mencukupi sekiranya PAS ingin terus kekal sebagai satu parti yg disegani dan dihormati serta boleh dipercayai untuk meminpin negara.Pelbagai kan aktiviti PAS yg perlu menzahirkan Islam itu secara lebih meluas.PAS perlu bukan sekadar menjadi badan politk.tetapi bandan dakwah dan kemasyrakatn.badan yg masyarakat boleh harap.Daulah Islamiyah jauh lebih luas dari sekadar hudud,qisas dan ta'zir.

MAA berkata...

Salam. Artikel menarik yg merungkai tasawwur politik & gerakannya di Malaysia; sememangnya kelebihan yg ada pd anda. Namun apakah tindakan susulan anda/kita utk merungkai kelemahan ini? Rakyat di bawah makan minum pun entah kemana, inikan pula dibebani dgn terjahan "Ilmu" yg tersangat asing bg mereka (bkn menafian peranan "Ilmu"). Ulama' kita tidak terlalu jahil utk meletakkan priority dlm perjuangan. Al-Ghazali, Badiuzzaman, Ibn Ato'illah sudah lama menjadi rujukan; tajdid bukan hanya pd pemikiran, malah TINDAKAN.

Iecothinker berkata...

Assalamualaikum, akhi... Ana bersetuju dengan pandangan nta tentang 'terdapat sebahagian' penyokongnya yang sedemikian rupa. Ana yakin, bukan semua. Ana nak tanya, nta ada berjumpa dengan Pengerusi PAS Reseach Center ke?
Ada pape, email pada ana ye? Ana ingin bersahabat lebih lanjut dengan nta. BAnyak yang ana nak belajar dengan nta...
Hanya untuk Islam yang kita cintai...

Ni email ana:

iecothinker@gmail.com

Salam perkenalan dan salam ukhwah dari ana..

Aliff Basri
UMS student...

admin berkata...

jazakallah for the thoughts, keep thinking outside of the box..

Insha Allah, I would like to discuss more with you about certain matters in the future.

Mohamadazhan hjDesa berkata...

salam rausyanfikir.

ana baru mula membaca blog anta, sangat bgus, teruskan penulisan. ana sangat bersutuju bahawa ilmu mampu kuasai segalanya.

mudah2an Allah merahmati

Rausyanfikir berkata...

Syukran :)

ABU SOFIYAH berkata...

Tetapi "kuasa" tanpa al-haqq hanya melahirkan fasad....

Apa cadangan RF...

Rausyanfikir berkata...

Salaam,

Sila baca makalah-makalah yang lain :)

Zahra R.Rahman berkata...

Assalamualaikum,
Alhamdullilah,

Allah telah mentemukan sy dgn penulisan hebat ini!
Nasihat utk para pelajar di cuti semester,perlu membaca buku yg SERIUS.. mmg betul! tq rausyanfikir.. :)

Sy ingin berkongsi sdikit..

Sptmane yg berlaku di kampus sy, majlis perwakilan mahasiswa dr parti yg 'berimejkan' islamik telah dipilih utk menerajui para pelajar pd pilihan raya yg lepas setelah 7 tujuh 'dimonopoli' oleh parti yg berimejkan sebaliknya. Ini bukanlah ttg soal imej krn pd masa kami yg mengundi , kami (mungkin bukan semua) inginkan pembaharuan terutamanya program yg bukan sj bermanfaat malah mampu memberi input dr sg kerohanian yg bukan sj terhad pd akt. keagamaan semata2..

Mmg benar dgn imej islam shj belum tentu mencerminkan kewibawaan utk memimpin. Ttp apa yg dpt sy lihat dgn kematangan ilmu & akhlak mulia (kebanyakn mudah tersenyum & mesra) yg dipamerkan melalui program kepimpinan yg dianjurkan, membuatkan sy (yg diibaratkan rakyat) berasa sgt selesa, insaf ... malah membuat sy rs bangga & bersyukur krn masih wujudnya orang islam terpelajar yg mampu memimpin dgn baik pd ms sama mngamalkan peraturan islam dgn betul.

Maka sy berfikir,jika ini berlaku pd sesebuah negara,sy yakin ngr & rakyat bukan shaja akn menjadi lbih aman malah diberkatiNya (krn melaksanakan peratuaranNya).

'Kesilapan' dlm memimpin itu mgkin sudah tentu berlaku krn stp manusia membuat kesilapan ttp keberkatan dr Tuhan itu adalah lebih penting jika benar perjuangan islam ingin ditegakkan. Dan dgn keberkatan itu juga sy yakin, kesilapan dpt diperbaiki dgn mudah & menjadikan pemimpin itu cemerlang krn dgn petunjukNya jua.

Maaf, jika ada kata2 yg tsilap. Mohon diperbetulkan.
Wassalam.. :)

mR Ishaq berkata...

Sy pun agak kecewa pilihan PAS yg hanya menjadi feeder dlm pakatan. Sampai sekarang pun haluan Pakatan Rakyat utk memimpin negara tidak jelas. "Negara kebajikan" idea dasar PAS yg baru, tp tiada kesepaktan dr kumpulan gabungan mereka.

Adakah perlu kita kembali kepada pembinaan dasar setelah begini jauh kita melangkah?

suhailsufian berkata...

setuju dengan sebahagian besar penulisan saudara.

Cuma ingin menambbah sedikit kemungkinan selepas itu,

DAP sendiri terdiri dari pemimpin yang ilmuwan seperti Lim Kit Siang dan Karpal sendiri, dimana Kit Siang sendiri bangun subuh seperti kita dan membaca buku sehingga terbit mentari,

dan mereka nampak lebih mengaburkan fahaman sosio-liberal mereka ttkala ianya akan menjauhkan mereka dari undi melayu

malah tulisan di roketkini nampak serius untuk mereka mengemudi Pakatan selepas Anwar.

Mengikut lojik yg anta tulis, jelas bahawa selepas Anwar, yang akan kemudi Pakatan adalah DAP, dan ini terbukti deNegeri2 yang jauh dari cengkaman anwar seperti Penang, Perak(suatu ketika dulu), malah selangor sendiri, ana sebagai rkayat selangor, jelas nampak bagaimana pos2 strategik dipegang DAP kerana masalah tiada orang Pas mahupun PKR yg layak dan sanggup.

Maka mereka yg bertaqwa ini duduklah mengurus HR, Pengurusan dalaman, jauh dari sumber strategik seperti Pelaburan, pengurusan ekonomi dan sebagainya.

Siapa baca, dapat ilmu, siapa yang dapat ilmu dapatlah memimpin,

Bak kata Umar Al-Khattab
"تفقهوا قبل ان تسودوا"
Bertafaqquhlah sebelum kamu memimpin.


salam ukhuwwah dari Mansurah, Mesir

Safwan Heris berkata...

saya yakin tuan pun dah bosan dengan pujian, dan saya yakin tuan menulis juga bukan untuk pujian...

Terima kasih atas perkongsian ni. asyik saya membaca, lebih sedap dibaca berbanding nota kuliah.

Allahumma faqehna fiddin, wa 'aleemnal ta'wil, wal hikmah.

Terima kasih tuan.

Rausyanfikir berkata...

Wassalam dan syukran,

Makalah ini ditulis 4 tahun lalu sewaktu masih di peringkat sarjana.