Selasa, 30 Disember 2008

Ironi Gaza berdarah dan Pakatan Rakyat



Saya tertanya-tanya.


Apakah status DAP, Suaram, dan segala macam badan-badan yang memperjuangkan hak asasi manusia dalam menyatakan pendirian mereka berhubung isu kekejaman rejim Zionis di Gaza ini?


Apakah mereka mempunyai perasaan yang sama seperti gerakan Islam yang lain dalam menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini?


Kenapa hanya kepada ISA mereka menjadi jantan dan dalam hal kekejaman rejim Zionis terus sunyi lesu?


Sejauh mana esprit de corps Pakatan Rakyat dalam hal ini?


Jikalau betul kita ingin lihat negara Malaysia yang Baru seperti yang dicanang oleh DSAI, maka isu Gaza ini wajar dijadikan kayu ukur awal untuk menentukan semangat perpaduan menentang kezaliman merentas sentimen perkauman dan keagamaan.


Boleh percaya ke puak-puak hak asasi manusia ni?



Teringin jugak nak lihat wakil Cina, India daripada PKR turun sama menyatakan bantahan secara keras. DSAI pun tak kelihatan. Takkan sebab demo depan Kedutaan Amerika, PKR tak nampak bayang langsung? Apakah missing in action ini tanda silent protest ataupun nak jaga hubungan luar Malaysia Baru dengan Amerika kelak?



Sebagai "PM in waiting", DSAI juga harus tegas dalam isu Gaza ini seperti zaman mahasiswa beliau yang lalu. Tegas bukan sekadar keluarkan kenyataan media tetapi bersama-sama hulur memorandum di bawah panas terik dengan politikus PAS yang lain. Setakat kenyataan media, apa sangatlah darjat so-called PM in waiting yang kita agung-agungkan ini kalau hendak dibandingkan dengan sleeping partner Israel, Perdana Menteri Britain, yang keluarkan kenyataan sebegitu. 




Kalau beginilah caranya, baik PAS semak balik persahabatan dan kompromi kekuasaan ini. Jangan bila dah berkuasa kelak, rupa-rupanya kawan kita ni musang berbulu ayam. 



Bak kata Rumi " Same old donkey but with different saddle". 


Kalau dah كافر  tu sama jugak.



Lupakah bagaimana Syed Qutb dikhianati Gamal Abd Nasser? Rasanya, orang PAS lebih mengetahui. Hati-hatilah ye.



P/S: Psst. Tak rasa pelik ke Mat Salleh British, US, pun boleh protes dengan lantang isu Gaza ni tetapi rakan-rakan ( baca: politikus bukan Melayu kita yang lain tak ada semangat yang sama macam Mat Salleh tu. Orang macam ini ke nak peduli nasib Orang Melayu?




14 ulasan:

Izwan berkata...

Salam.. Semalam pihak pakatan sudah menghantar memorandum dan membentangkan bil di parlimen mengutuk serangan Israel..

Wahai cik Rausyan yang saya hormati. Mahu salahkan pakatan atau kerajaan?

Kita pun sebenarnya dalam senyap sudah menjadi ejen2 dan anak kecil zionis, lagi mahu berbicara tentang keadilan?

Pengalaman saya ketika membeli makanana ringan di Pasaraya Giant, tertera di pek-pek makanan menulis, USA Products..

Wah2.. Ironinya kita dengan si pengkhianat tapi masih kita berdagang secara terbuka dengan Amerika Syarikat..

Jadi, sinonimnya kita dengan zionis?

Kita adalah anak-anak kecil Zionis bertopengkan agama Islam..

Mahu tidak mahu, itu adalah hakikat..

Kerajaan telah mendidik kita daripada makanan sampailah ke pendidikan untuk menjadi zionis kecil.. Cuma kita lupa dan pekak seringkalinya..

Maaf kalau saya tersalah memberi pendapat...

alQasam berkata...

Great question.

pemerhati kecil berkata...

itulah dia, nak berjuang untuk kebaikan manusia sejagat tak ikhlas, hak asasi manusia konon! semua ni pentingkan diri sendiri, bila menyuarakan sesuatu hak, semuanya ada kaitan dengan kepentingan diri sendiri. Bila orang Melayu bersuara mempertahankan hak mereka, dikatakannya perkauman, tapi bila diorang menyuarakan hak mereka, "oh ini hak asasi manusia". dah duduk sama lebih 50 tahun pun tak reti-reti lagi nak faham maksud sebenar menjadi rakyat Malaysia. Kita orang Melayu ni bukan lah tamak, dah banyak kita korban kan hak kita atas nama kemanusiaan.

Contoh perhimpunan semalam pun dah boleh nampak, ini lah perjuangan hak asasi manusia yang sempit diperjuangkan oleh golongan-golongan penting kan diri sendiri. Bukan rakyat yang menyeluruh yang mereka perjuangkan. Kuasa! Kuasa!

Isma Ae Mohd berkata...

Ya Lah, DSAI pun senyap..?

LensaPR berkata...

Apa sangat kau nak harap kat DAP tu. yang islam mcm Umno dan lain2 NGO Islam pun senyap sunyi aja.

sufi mustika berkata...

salam bro. baca la kenyataan Lim Guan Eng, blog DSAI, Harakahdaily. Jangan emosi. Cikgu Azmi TERAS pun hanya asyik menganjurkan demonstrasi je? Betul, ada solat Hajat dan sebagainya tapi setakat mana demonstrasi berjaya mengendurkan kepuakaan Amerika dan Israel.

Patut semangat Hijrah ni diambil bukan bermula dari Rasulullah dan para sahabat berhijrah ke Yathrib (kemudian Madinah) tetapi hijrah yang dahulu Baginda S.A.W lakukan adalah hijrah jiwa, hijrah fikrah. Hapuskan kehambaan sesama makhluk kepada kehambaan hanya mutlak semata-mata kepada Allah. Tapi kita gagal faham fiqh Al-Sirah yang satu ni.

Berdemo memang best. Semangat naik sampai ke kepala tapi berapa banyak kesannya? Jangka panjang? jangka pendek?

Seronok berdemo ramai-ramai maki hamun caci Amerika tapi dalam poket tetap ada rokok Amerika, penat berdemo pulak pergi tibai Coke pulak.Apa ni? Lepas maki Amerika, mengalir pulak duit kita dalam kantung mereka. Duit tu pulak diguna bina senjata, tembak umat Islam. Jadi tak nampak ke secara langsung kita pun bersekongkol dengan Amerika? Jadi label apa pulak yang patut untuk kita? Musang berbulu ayam? Jin Afrit? atau....MUNAFIK

sufi mustika berkata...

Jangan nak tengok jauh-jauh. Dalam negara ni pun isu umat Islam masih tak selesai. Tapi apa yang kita buat? Demonstrasi lagi?
Pelik juga satu ketika dulu bila dikata orang Islam banyak yang murtad dalam negara ni kita masih seolah-olah tak tahu apa nak buat. Last sekali demonstrasi la, hantar memorandum.

pelik lagi dalam negara ni NGO Islam banyak. ABIM,JIM,GAMIS, PEMBINA, dan macam-macam tapi kenapa masih ada yang murtad? kenapa masih ada yang bukan Islam masih tak faham Islam walau hanya sekadar melunakkan hati mereka?
NGO banyak, kementerian yang selia hal ehwal agama ada tapi...

Soalannya, apa yang NGO-NGO ni buat? Usrah? Tamrin? bentang kertas kerja? tapi lupa nak bertemu masyarakat, lupa nak selidik apa ubat untuk masalah dalam negara ni. penyakit banyak tapi tak tahu cara nak ubat pun tak betul jugak.
okey salam....

Haris Zalkapli berkata...

Tulisan ini pada saya masih rasional, dan menimbulkan persoalan yang wajar dijawab.

Pandangan saya, penulis blog ini telah memerhati dengan agak mendalam sehingga dapat menimbulkan persoalan tentang sikap selektif yang dilihatnya.

Dan pada saya, respons kepada tulisannya yang emosional dan cetek. Politik perlu dibaca dengan lebih dalam daripada sekadar kenyataan media dan juga demonstrasi.

Dan kita tidak menjadi "ejen Zionis" hanya dengan membeli barangan Amerika. Lebih tidak rasional jika kita terus menutup perdagangan dengan Amerika kerana beberapa isu politik.

Tanpa Nama berkata...

Sufi Mustika: betui tuuuuu

psychedelicmundo berkata...

Pandangan yang bagus.kritikan sosialis kanan punya sudut pandang yg berbeza tapi tak kurang penting.teruskan kritikan kau wan.kita perlukan ramai lagi pejuang-pejuang muda yang punya pikiran yang matang dan kau tak terkecuali.Insya Allah harap dapat 'mengeteh' satu hari nanti.

LensaPR berkata...

Pertma : jihad pi perang dengan israel

kedua: sabotaj semua kepentingan ekonomi israel dan balacinya, setakat mampu

ketiga: tunjukkan simpati anda; derma, ucapan dan bangkitakan kesedaran.

So, demo dan press statement slah satu cara.

Ok lah tuy.

Yang diam lagi tak berguna langsung

sufi mustika berkata...

siapa yang mampu nak menerobos masuk ke dalam hati manusia? nak tahu sama ada dia ni ikhlas atau tidak ketika memberi kenyataan?

sekurang-kurangnya kita melihat itu sebagai bantahan.full stop. kalau nak pertikai sangat jadi yang ikut berdemonstrasi tu ikhlas? mereka yang berdemonstrasi tu semuanya faham ke isu Palestin ni atau sekadar mengikut?

jangan persoalkan kenapa dia tak buat begini atau begitu. bukan setiap manusia mampu untuk bertindak seperti yang kita inginkan. ramai-ramai wartawan yang berada di depan Bush, baru kita jumpa seorang yang berani baling kasut sambil jerit ANJING kat bangsat Amerika tu. tapi kalau nak kata kita je betul pun boleh jugak. kita cakap la wartawan tu nak cari publisiti untuk jadi glamour, mungkin.

Syiah yang mengkritik keras AS dan Israel pun kita tak dapat nak pastikan sama ada ye atau tidak mereka ni nak bela Islam tapi dah sebab mereka mengherdik musuh kita yang sama maka kita setuju la dengan kritikan yang dilemparkan.

kadang-kadang menyelidik dengan mendalam ni (mungkin) buat kita mencipta suatu suasana yang selalu memihak kepada kita. maka bila ini terjadi, kelihatanlah dipandangan kita yang orang ni cetek pengetahuan atau yang ni emosional.

Rausyanfikir berkata...

Kpd sufi mustika,

Ana akan tulis pasal kejatuhan Andalusia dan nanti enta boleh timbangkan tentang pakatan rakyat.

nurul berkata...

haishhh... msg2 nk jadi siapa lebih hebat nih... tp saudara kita kt sana sdg sengsara... ermm apa kita x bole bersatu dlm perkara yg besar dari berbeza pndgna dlm perkara furuk? sekadar bertanya..