Rabu, 10 Disember 2008

Berusrah bersama MT Gamis





21 Oktober, Gombak : MT GAMIS mengambil inisiatif menjemput blogger, intelek muda dan aktivis sosial, saudara Mohd Faisal (www.sosialiskanan.blogspot.com) untuk memahami krisis ekonomi global secara lebih jelas dan bagaimana Islam memberikan jawapan kepada krisis “The Great Depression” yang kian dirasai oleh seluruh penduduk dunia saat ini.



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berbahasalah dengan bahasa yang difahami dengan sasaran kita.

kalau bercakap dgn academician, maka guna kan bahasa mereka.

kalau bercakap dgn student, maka gunakan bahasa student.

bercakap dengan liberalist, guna lah bahasa liberalist ;)

blog saya tidak mensasarkan orang bijak pandai sangat, sebab tu bahasanya lebih santai. dan ada yang menuduh saya tidak bersifat akademik.

kalau faham firman Allah swt yang meminta para Nabi bercakap dgn bahasa kaum mereka, tentu ceramah di UTP bukan orang yang sama sahaja yang dengar.

p.s baguslah tu GAMIS, PKPIM panggil. teruskan usaha tu.

Pakdi
http://pakdi.my

eh, rasanya tadi dalam komen pasal domain baru tu lupa letak nama. guna anon je. maaf ya.

Rausyanfikir berkata...

Bukan Pakdi, memang di UTP ni langsung terpisah dengan idealisme di luar. Material lain. Serius. Bukan tak cakap bahasa mudah. Bahasa Melayupun. Siap bagi handout, powerpoint.

Kalau dah dibius pemikiran tu tak bleh gak. Rigid.

az-Zafaraniy berkata...

Saifuddin az-Za'faraniy

Salam. Ana sangat bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh pihak saudara Rausyanfikir itu tadi. Kelesuan idealisme kemahasiswaan dan kesedaran jati diri ummah yang rendah dalam diri masyarakat mahasiswa kini sangat membarah. Sebagai contoh ana ingin bercakap pasal isu Palestin di IPT ana pun agak 'segan'kerana ada dalam kalangan penggerak mahasiswa Islam di sana tidak kenal apa itu 'Palestin' dan isu -isu yang melingkunginya. Ini bukanlah satu fenomena yang pelik dalam kemelut kebejatan fikrah dan tabii yang melanda ummah mutakhir ini. Kita, para penggerak idealisme kemahasiswaan akan lebih banyak 'berlawan' dengan kelompok yang mempunyai 'fikrah yang kurang jelas' berbanding musuh lain. Perlu diakui kejahilan merupakan musuh utama ummah. Ayat pertama yang diturunkan kepada baginda Rasulullah s.a.w. iaitu dari Surah al-'Alaq merupakan dalil utama kepentingan umat Islam sejagat menguasai ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu, ummah akan hanya akan tewas dalam peperangan dalam diri sendiri. Musuh Islam hanya bergelak ketawa di hadapan. Dan ini juga merupakan satu tanggung jawab kepada kita, para mahasiswa yang mendogmakan diri kita sebagai penggerak mahasiswa untuk membangkitkan panji-panji kebenaran seantero dunia massa, bukan sekadar dalam khalayak dunia kampus yang kadang-kadang bersifat 'fatamorgana'.
Ana khuatir jika kita memandang enteng akan 'tugasan' kita ini, kita hanyalah berdebat dan bertelagah dalam skop emel post ini sahaja. Tanpa tindakan dari mereka yang ahli danber kemampuan , segala ilmu kita akan hilang harganya. Berkisar kepada fenomena itu tadi, ana sebenarnya sekadar nak menonjolkan rendahnya nilai martabat ilmu-ilmu bersifat semasa terutama berkaitan ummah dalam kalangan mahasiswa kita kini. Jangan sampai IPT kita dilabel sebagai kilang yang hanya mampu melahirkan golongan 'robot' - golongan yang bertindak hanya sebagai pengampu , tanpa memberi apa-apa sumbangan bukan sahaja terhadap negara, bahkan yang utama ummah. Itu satu kerugian yang amat besar apabila seseorang graduan IPT yang diharap-harapkan agar menjadi agen perubahan dalam masyarakat, tidak mampu memenuhi harapan ummah, bangsa dan negara ini. Bahkan dikhuatiri kelompok mahasiswa ini akan menjadi agen pemusnah masyarakat. Itulah sekadarnya pandangan dari seorang teman seperjuangan yang memperjuangkan kalimah Allah termasuklah dalam sesi idealisme kemahasiswaan. Dunia kemahasiswaan amat dekat dengan fikrah tauhid. Jangan pisahkannya. Sekadar menulis.

saifuddinaz-zafaraniy.blogspot.com

Rausyanfikir berkata...

Memang yang banyak rosakkan dunia ni orang pandai2.

Sebab tu kita yang diberi amanah menuntut ilmu ni kena tanam niat nak cari Kebenaran dalam menuntut ilmu.

Banyak ilmu palsu yang merosakkan minda manusia seterusnya merosakkan rakyat dan negara.

Contoh ekonomi riba', liberalisme politik etc.

Sbb tu ana suka bangkitkan isu sunyi ni.

Hasbullah Pit berkata...

cabaran saya lagi susah, membentuk idealisme dilakangan orang kampung.

salam ukhwah fi sabilillah berkata...

""Memang yang banyak rosakkan dunia ni orang pandai2.

Sebab tu kita yang diberi amanah menuntut ilmu ni kena tanam niat nak cari Kebenaran dalam menuntut ilmu.

Banyak ilmu palsu yang merosakkan minda manusia seterusnya merosakkan rakyat dan negara.

Contoh ekonomi riba', liberalisme politik etc.

Sbb tu ana suka bangkitkan isu sunyi ni.""

~~Setuju dengan kata penulis! Kebanyakkan perosak itu adalah di kalangan para cerdik pandai. Segalanya terbukti di sekeliling kita. Lihatlah dengan mata sendiri.

Tahniah buat penulis teruskan perjuangan untuk membumikan perjuangan rakyat

TAHNIAH juga atas kewujudan website baru yang boleh menggegarkan semua. Insya`allah.

Barakallah~~