Isnin, 10 November 2008

Sembang berat-berat



" Kamu kena makan dulu. Kalau tak jangan pergi"


" Ala..."



Itulah rutin saya setiap pagi PASTI dipaksa makan sarapan oleh Ibu sebelum ke mana-mana. Masalahnya bukan tak nak makan tapi dah terlambat!



Maklumlah bukan
rush nak jumpa orang biasa-biasa tapi guru falsafah dan pemikiran ni! Lambat karang tak tentu pasal jadi loss of adab.



Maka bergegas la saya naik Putra LRT kemudia Komuter ke UKM. Sampai di sana, dah ada masalah lain pulak.



"Berapa ringgit ke Sg. Merab?"


"RM 25"


Mak oi...meletupnya harga tambang teksi kat Bangi ni. Nasib baik elaun ada lagi, hangus pun hangus lah. Nak ilmu punya pasal. Maka tanpa buang masa saya terus sahaja naik teksi tersebut untuk terus ke rumah Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud.



Dua orang kuat NGO Islam Malaysia. Abang Nizam dan Abang Yusri. Mereka asalnya macam kita juga.Sejauh mana kita mampu kekalkan idealisme seperti mereka?



Saya memang dah terlambat kerana pertemuan ini sepatutnya saya hadir bersama dua orang besar NGO Islam Malaysia ini.



Abang Nizam Mashar, merupakan orang kuat Persatuan Ulama' Pulau Pinang dan juga Sahabat Alam Malaysia merangkap mentor saya selama 3 tahun kebelakangan ini.



Abang Yusri pula macam biasa, Presiden ABIM yang juga merangkap
driver kami pada hari tersebut.




Sebenarnya minggu ini sahaja dah dua kali pergi rumah Prof Wan. Isnin lalu, saya dan Hilmi merangkap Presiden PKPIM sudah bertandang ke rumah beliau selama 4 jam. Sampai lentok jugakla balik malam tu.


Walaupun datang secara 'informal' bilamana "orang-orang besar" datang maka orientasi diskusinya jadi "lain" sedikit.




Maka sudah tentu bila orang-orang kuat gerakan Islam "intelektual" ini datang menziarahi Prof. Wan ada benda besar lah yang perlu dikongsi antara anak murid (kami) dan guru ( Prof. Wan).



Nak kongsi semua tak boleh kot sebab ada banyak
confidential matters tapi yang pasti saya akan cuba selit-selitkanlah dalam penulisan saya kelak mana-mana isu yang patut dibahas.




Belek sahaja surat khabar dan perhati betul-betul isu apa yang hangat diperkatakan sekarang.



Melayu. Melayu. Melayu.



Bila cakap pasal Melayu, bukan soal kaum je yang perlu ditimbulkan tetapi lebih daripada itu. Bagi orang Islam yang kenal sejarah dan jati dirinya, isu ini akan menjadi tumpuan penting. Tapi sangat jaranglah dapat jumpa gerakan Islam mahupun Nasionalis yang betul-betul faham makna Melayu tersebut.




Mungkin ada yang tanya berbaloikah melawat guru dengan tambang RM25? Jujur saya rasa dengan RM 25 tu saya dapat lebih daripada buku yang saya beli RM 100 di Kinokuniya walaupun kami sembang selama 2 jam sahaja ( standard 4 jam).
 



Apalah sangat RM 25. Ulama' dahulu sanggup meradah padang pasir yang panas semata-mata hendak mendengar sendiri hadith yang dipegang oleh perawi tertentu. Kadang-kadang bila saya fikir dalam masa setahun ini saya memang all-out mencari, berjumpa dengan orang-orang yang saya kira sangat penting untuk kelestarian perjuangan Islam pada masa hadapan.



Pergi bukan kerana arahan pimpinan apatah lagi kerana habuan kerana hanya penat dan habis duit sahaja dapat selalu!



Tapi disebalik semua itu, adalah permata-permata ilmu yang saya kumpul dalam setiap pertemuan. Yang pasti kehadiran kami bukan berbentuk "menadah" kemudian balik dan "telan".




There is no such thing as spoon feeding in Islamic education because Allah will never give you the understanding without you own effort too.




Kadang-kadang saya terfikir bila masa nak tulis buku ni. Dalam kepada dah ada dua projek. Satu nak tulis pasal "kritik sosial" satu lagi pasal "mahasiswa". Bab-bab menulis buku ni bukan macam tulis artikel. Aduhai nak perah idea dan susun itulah yang paling mencabar. Dan disinilah saya sangat setuju dengan apa yang guru falsafah dan pemikiran Islam saya katakan bahawa "speed kills".




Tapi sebagai mahasiswa dan aktvis saya harus menjadi manusia yang responsive dan juga visionist. Ada immediate problems dan ada long term problems. Ini yang kacau bila tak ramai yang hendak buat kerja yang 'mengakar' @ 'dakwah grass root' dan juga yang 'meng-angkasa' @ 'memikir'. Sekarang bujang lagi bolehlah buat dua-dua ni dengan baik masa depan siapa tahu. 



Ini 1/4 daripada khazanah ilmu Prof. Wan bersamaan dengan 1/2 khazanah ilmu di bilik saya. Great scholars normally have great library.




Semua ini berbalik jua pada soal usaha. Usaha diri ini harus dipulun sebaik mungkin setelah mendapat tunjuk ajar daripada guru. Keluar duit beli buku,
book hunting buku-buku lama, dan yang paling jenuh adalah nak faham semua benda tu!



Tak mungkin dengan akal sendiri semata-mata saya dapat faham benda-benda serius ini dengan mudah. Pasti ada
deus ex machina yang membantu! Pasti! 



Syukur Alhamdulillah kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui segala sesuatu dalam memberi kefahaman terhadap beberapa perkara penting. Amin.



Lain kali saya kongsi lagi.






P/S: Kalau sesiapa yang cenderung kepada "Wahhabisme" dengan mentah-mentah menyerang Imam al-Ghazali kerana menggunakan hadith dhaif dalam
Ihya, tesis ini menjelaskan semahu-mahunya tentang isu tersebut. Sebenarnya ulama' dahulu zaman berzaman dah bahas isu ini tapi biasalah bila ada orang yang menyempitkan perolehan ilmu itu pada khabar sadiq SEMATA-MATA maka jadilah bidaah sana-sini. Faham-faham je la ye.

5 ulasan:

dinoor berkata...

saya kagumi anda, semangat yg ada perlu diteruskan.

insyaAllah dues ex machina akan sentiasa hadir 1000 langkah lebih dekat selangkah kita menghampiriNya...

bak kata awak, speed kills, atau al'ajalah minasy syaitaan... awak ada banyak perkara bermain di minda dan banyak kerja mahu dilakukan, but my advice, take it slowly but steadily bro.

saya takut akan datang satu masa di mana anda merasa "kepenatan" setelah terlampau bersungguh2 di waktu sekarang....

awak sendiri sudah berkata masa depan tak tahu bagaimana....

"Sekarang bujang lagi bolehlah buat dua-dua ni dengan baik masa depan siapa tahu. "

apa2 pun, sentiasa berdoa padaNya moga Dia berikan istiqamah dah kekalkan di jalan ini, hindarkan dari futur dan aafat yang mungkin berlaku.

Doa saya mengiringi anda.

alqasam berkata...

Salam Saudara

Semoga tetap tegar di jalan ini.

Benar malah, mana mungkin kepingan kertas itu diqiyaskan dengan nilai harga pertemuan dengan guru-guru kita.

Sudah menjadi impian bersama teman sekuliah dari seberang sejak dahulu mengunjungi guru-guru Istac. Semoga suatu hari kelak, dapat kami mengunjungi Prof Wan Daud juga.

Teruskan bekerja, memerah minda dan keringat untuk membumikan perjuangan.

Tahniah atas tulisan di Milenia, majalah kegemaran dan wajib bulanan. Kami tunggu buku anda pula!

:: unexistance :: berkata...

"confidential matters"? tu yang menarik tu.. kalau ada kelapangan email la sikit isu2 tu..

lagi satu, create la link site2 ke gerakan Islam intelektual ni :D

p/s: bila la nak pergi kinokuniya ni..

Rausyanfikir berkata...

Terima kasih kepada Puan alqasam dan dinoor. InsyaAllah yang mana berkesempatan akan saya kongsikan bersama para pembaca budiman sekalian.

Kpd unexistance, "condidential matters" tu akan dikupas menjadi unconfidential matters secara berperingkat-peringkat dalam makalah saya yang lain nanti.

Harap maaf, rasanya tak ada gerakan islam yang intelektual. Ulama' Islam wibawa adalah.Itu pun dah banyak yang meninggalkan karya agung sahaja. Maka untuk lebih mudah marilah kita selongkar buku2 mereka.

lifeinside berkata...

saya minta saudara tulis tentang konsep syiah dari perspektif prof wan atau syed naquib.

please yeah.

and i wonder why faisal tehrani closed his blog down.